Ibu ayah tak macam keluarga lain, aku tr4uma. Dapat suami pula per4ngai sebijik macam ayah. Aku lari bawa anak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Hiduplah kami keluarga miskin. Selalunya bila makan, telur sebiji pun dibahagi dua, satu untuk tengahari dan satu untuk malam. Macam mana ayah aku boleh terfikir untuk berkahwin lagi satu..

#Foto sekadar hiasan, Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Nama aku Melati. Ingin aku kongsikan kisah hidup aku. Status em0si aku sekarang, boleh aku katakan aku sedang dalam kesedihan. Mari aku ceritakan kisah aku.

Aku berusia 30-an, membesar dalam keluarga yang susah. Adik beradik lima orang semuanya. Ibu aku surirumah dan ayah aku pekerja biasa dengan gaji RM2000. Ketika usia adik aku mencecah 2 tahun, ibu dik3jutkan dengan permintaan ayah yang ingin berkahwin lagi 1. Aku pun tidak mengerti apa yang ayah fikirkan, waktu itu.

Kami sudah memang sedia susah, loan bulanan kereta pun kadangkala tidak berbayar sebulan, selalunya bila makan, telur sebiji pun dibahagi dua, satu untuk tengahari dan satu untuk malam dan ayah aku boleh terfikir untuk berkahwin lagi satu.

Sejak dari peristiwa tersebut (ayah aku meneruskan juga permintaannya untuk berkahwin lagi satu tu), ibu sudah tak seceria dulu. Ibu selalu baring kesepian dan sudah tidak beriya menyiapkan segalanya untuk ayah aku. Dulu aku tidak mengerti, aku masih kecil. Sehinggalah aku sudah berkahwin.

Ya, kini aku sudah mempunyai keluarga kecil aku sendiri. Aku dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 sudah bersekolah dan tadika, seorang lagi masih berumur bawah setahun. Usia perkahwinan aku kini genap 9 tahun. Aku juga surirumah seperti ibu, membuat jualan kecil – kecilan dari rumah asbab anak aku yang selalu jatuh s4kit dan memerIukan lebih perhatian dari biasa. Suami aku kerja pejabat dengan gaji RM3000 sebulan.

Aku ingat lagi, semasa anak kedua berusia 2 tahun, suami aku telah kant0i curang. Pecah sepecah – pecahnya hati aku waktu itu. Aku fikir, bila suami sudah mengetahui susur galur kehidupan aku, bagaimana peritnya perasaan aku melihat ibu dimadukan, suami aku akan lebih peka dan tidak melakukan yang serupa kepada aku. Ternyata aku silap.

Aku ingat lagi, bila sudah ketahuan, aku bawa anak – anak ke tempat lain yang tidak diketahui suami. Puas suami menelefon aku, whatsapp memujuk supaya aku kembali tetapi hati aku telah terlalu terIuka. Kepercayaan yang dibina sekian lama, hilang begitu saja.

Selama hari ini, yang suami katakan ada kerja lebih masa, kerja terlalu banyak dan sebagainya rupanya hanya sekadar alasan untuk suami aku keluar berdating dengan perempuan tersebut. 2 minggu aku berjauh diri. Anak-anak sudah menangis kerinduan dengan bapanya, maka aku pun bersetuju untuk kembali semula ke rumah dengan syarat ini adalah peluang terakhir untuk suami aku.

Tiada lagi peluang akan diberikan selepas ini. Aku juga memberitahu suami, kepercayaan aku kepadanya telah hilang semuanya. Aku tidak mampu untuk menjadi macam isteri mithali yang dulu. Suami aku akur. Maka kembalilah kami hidup sebagai sebuah keluarga.

Namun, semuanya tak lama. Hari ini suami aku kant0i lagi. Owh ya, sejak peristiwa Iuka tersebut, suami aku benarkan aku memeriksa telefonnya ikut suka aku, yang penting aku kembali percaya kepadanya dan cintakan dia sama macam dulu.

Jadi, dari semasa ke semasa, aku akan memeriksa telefon suami aku untuk melihat jika dia masih seperti dulu. Kebetulan, waktu itu kami baru pulang kerumah. Barangkali suami terlupa nak memadamkan segala apa yang perlu dipadam, maka aku terlihat suami kini rupanya aktif bermain apps OMI.

Semestinya, suami aku meletakkan kata laluan untuk apps tersebut. Lelaki, kalau dah letak kata laluan tu,tak mungkin untuk tujuan saja – saja. Pasti ada rahsia di sebaliknya. Suami aku masih belum mengetahui yang dia telah ketahuan. Aku mahu menyimpan bukti.

Kepercayaan yang cuba aku bina setelah peristiwa lepas pun masih belum penuh sepenuhnya… kini semuanya h4ncur kembali menyembah bumi. Aku sudah hilang kata. Kenapa ya? Kenapa susah untuk seorang suami memberi perhatian hanya kepada seorang isteri?

Bukan mahu menolak poIigami, tetapi anak 3 yang masih membesar dan hanya berbekalkan RM3000 sebulan saja tidak langsung mencukupi untuk suami berkahwin satu lagi. Belum lagi dikira segala hutang – hutang suami yang hampir separuh gajinya.

Belum juga dikira barang kemas isteri yang selamat dijual hanya untuk mencukupkan keperluan anak – anak. Suami aku pula sejenis yang hanya mampu memberi perhatian kepada seorang saja. Kalau dia tengah berwhatsapp, janganlah ditanya apa – apa, memang tidaklah suami perasan.

Kalau jaga anak, jaga anaklah saja, semua benda lain macam basuh baju, masak makanan anak dan sebagainya tidaklah dibuatnya. Bayangkan yang kant0i dulu pun sebab suami aku asyik mengadap telefon saja, kami yang di rumah ni macam patung, bercakap pun tiada yang mendengar.

Anak datang nak main pun tak dilayannya. Dia dalam dunia dia saja. Aku dan anak – anak bukanlah dunianya. Kenapa? Kenapa ya lelaki susah menghargai peluang yang satu – satunya diberi? 9 tahun dan semuanya sia – sia.

Aku sayangkan anak – anak aku, tetapi aku rasa aku perlu sayang diri aku dulu. Membesar dalam keadaan aku sentiasa melihat ibu tak seceria dulu betul – betul menyedihkan diri aku sebagai seorang anak. Adik beradik aku 5 orang… tetapi kami semua tidak rapat di antara satu sama lain.

Semuanya kesan membesar dalam persekitaran yang tidak ceria, yang kurang father figure dan hidup susah hasil keputvsan yang tak sepatutnya. (Aku sudah bekerja sampingan seawal 12 tahun sebagai pencuci pinggan, hanya untuk membantu mencukupkan makanan d irumah dan tolong ibu untuk sama – sama bayar bil rumah).

Satu perkara yang pasti, mereka, adik beradik aku pun merasakan kehidupan ibu hanya kesedihan saja, tiada hubungan mesra ibu ayah macam ibu ayah orang lain. Jika ibu ayah orang lain akan mengambil gambar bersama – sama, duduk rapat dan melakukan pose yang ‘sweet’, ini tidak pernah berlaku kepada ibu ayah aku.

Mereka sangat kekok, macam mereka tu housemate saja. Aku pun, tidak mahu anak aku merasakan yang sama. Aku tidak mahu anak aku melalui yang sama. Aku percaya, jika aku bahagia, anak – anak pun akan bahagia walaupun mak ayahnya tidak lagi bersama. Doakan aku ya supaya aku dipermudahkan dalam permasalahan aku ini. – Melati (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

ZUraida AWang Mat : Dekat apps ramai yang ngaku bujang, tapi kalau wanita tu bermaru4h, lepas tau lelaki yang dia kenal tu suami orang, dia akan undur diri dan rasa jijik. Lagi – lagi kalau tau dah ada anak 3 fuhhhh. Masa bujang maintenance tinggi, takkan nak harap suami orang gaji rm3k nak tanggung mantenance lepas kahwin.

Tapi tu kalau wanita tu bermaru4h laa, dapat yang jenis memang suka kat suami orang secara terang – terang tu cerita lain dah laa. Aku kan, str3ss dengan suami orang yang sibuk duk menyibuk kat dating apps tu. Kesian lelaki – lelaki yang single bujang ni ters4kiti kena tuduh padahal dorang memang single bujang pon.

Sis solat istikharah, solat tahajud dan solat taubat. Sampai sis rasa tenang dengan pilihan sis, then teruskan. Jangan ikut orang, ikut gerak hati yang Allah bagi. Semoga urusan dipermudahkan untuk sis.

Kird Ree : Jangan sceptical semua lelaki per4ngai macam tu. Yes, ada laki tak guna macam suami dan ayah confessor tu. Jenis suka kalau ada yang melayan dia sebab mungkin dia suka kalau saham dia masih naik walaupun dah bergelar suami. Tapi tak semua.

Ramai je laki yang bagus. Tahu hargai peng0rbanan isteri. Setia dll. Dalam setandan pisang, tak semua busuk. Cuba bincang dengan suami sejujurnya. Berpisah kalau takde penyelesaian. Tu bukan yang terbaik, tapi wajar dipertimbangkan.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.