Depan kadi suami janji akan rujuk semula dengan saya kalau saya berubah. Umur saya dah 60 tapi masih kena kerja

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Saya fikir nasib dan masa depan anak – anak yatim lebih baik dan terbela berbanding anak – anak m4ngsa cerai. Dah la bapak tak bagi nafkah, saya nak minta bantuan pun tak boleh sebab si bapak masih hidup. Saya doakan dia m4ti, senang saya nak minta bantuan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesenang yang ramai orang sangka. Memang kita bebas bergerak tetapi jika kita tidak punya kekuatan ekonomi, hidup kita lebih mend3rita. Tambahan jika kita tinggal di bandar dalam Selangor dan WP ini.

Beruntunglah golongan ibu tunggal yang bekerjaya sebab mereka terlindung daripada kepayahan hidup seperti kami golongan ibu tunggal yang tidak ada pekerjaan tetap. Tak perlulah saya bercerita penyebab perceraian kerana sudah lama berlaku.

Terlalu banyak pend3ritaan terp4ksa saya tanggung sendirian demi besarkan tiga orang anak. Kini dua orang sudah berkahwin. MaIangnya walaupun mereka sudah berkahwin, pend3ritaan tetap melingkari kehidupan kami.

Saya diceraikan tanpa nafkah walaupun bekas suami berjanji akan tanggung perbelanjaan persekolahan anak – anak. Tetapi semuanya bohong! Sejak bercerai, bermulalah pend3ritaan kehidupan kami anak beranak. Setahun sebelum bercerai, ketika saya tahu “manik manik” cinta bekas suami ada kekasih, kami sering bertengk4r kerana dia selalu balik lewat dan bagi saya duit belanja dapur tak pernah cukup apa lagi perbelanjaan sekolah anak – anak.

Dia kata saya boros berbelanja sebab tu tak cukup duit. Katanya lagi, saya tak tahu menilai duit dan berbelanja tak pakai otak. Jadi kalau saya bekerja tentu tahu berjimat dan boleh membantunya. Tentu saya ‘hangin’. Dulu masa saya kerja kilang, dia suruh berhenti katanya dia tak ada masa nak jaga anak – anak yang masih kecil.

Gaji saya pun tak seberapa. Jadi lebih baik duduk rumah jaga anak tak membazir. Kerana kami selalu bertengk4r setiap kali saya kerja malam, akhirnya saya terp4ksa ikut cakapnya berhenti kerja. Awalnya oklah dia tanggung semua, lama kelamaan bila anak sem4kin membesar, dia mula merungut tak cukup duit dan tuduh saya boros.

Dia tuduh saya habiskan duitnya dan cuma pandai minta duit dia. Dia mula menyindir pandai – pandailah cari duit kalau nak berbelanja mewah. Mewah apa? Dia bagi duit ciput. Tambang van sekolah sering tak berbayar. MemaIukan.

Akhirnya saya terp4ksa cari kerja. Masalahnya kalau dah berumur siapa nak ambil kita kerja? Tambahan kerja kilang. Akhirnya saya buat kuih jualan, selain kerja bantu memasak di gerai. Waktu itu, makan minum anak – anak memang mewah.

‘Si Bekas’ pun suka sebab saya tak minta duit dia. Akhirnya dia lepas semua urusan keluarga pada saya. Mana nak cukup. Bila kita minta duit, dia hangin dan sering tak mahu balik rumah. Memang cari alasan. Dipendekkan cerita, memang dia ada kekasih dan memang merancang nak kahwin. Siapa tak s4kit hati.

Tapi kuasa taIak di tangan lelaki, dia ceraikan saya dengan alasan saya cemburu buta. Depan kadi (zaman itu) dia janji akan rujuk semula jika saya berubah dan dia akan bagi nafkah anak – anak. Tetapi semuanya bohong.

Bila dah jadi ibu tunggal, kehidupan kita memang bertukar. Tuan rumah sewa mula bising sebab sewa tak berbayar. Malunya hanya Allah saja yang tahu. Nak balik kampung, emak ayah dah tak ada. Nak mengadu pada adik beradik, mereka bukan orang senang.

Rumah kampung adik dah duduk, jadi mana nak pergi kalau tidak terp4ksa duduk di bandar juga. Mulalah cari rumah sewa yang lebih murah. Tentulah rumah setinggan. Tapi tiga tahun kemudian, tuan rumah suruh pindah sebab tanah nak diambil untuk projek perumahan.

Tuan rumah dapat pamp4san dan dapat rumah ganti, tetapi kita terp4ksa keluar cari rumah sewa lain. Pindah lagi, sekolah anak ikut bertukar. Maka pelajaran anak – anak pun terjejas. Kalau dah tiga kali tukar sekolah, anak – anak pun pening.

Bukan itu sahaja, kita pun terp4ksa cari kerja tempat lain. Sebab bila rumah dah jauh, tak larat nak bayar tambang bas, sewa rumah dan sebagainya. Jadi kesimpulannya pelajaran anak – anak turut terjejas. Kalau dapat nafkah senang hidup anak – anak, ini tidak!

Saya tak salahkan anak – anak jika mereka tak pandai sebab sering tak sekolah bila saya tak berduit. Van sekolah tentu tolak. Akhirnya habis tingkatan lima masing – masing cari kerja, apa saja asalkan berduit boleh sara hidup sendiri.

Saya tak berdaya nak sekat mereka berhenti sebab saya tak mampu, apa lagi nak suruh sambung belajar! Jadi kalau ada sijil SPM sudah baik. Tetapi kerja apa mereka dapat? Ada orang suruh minta bantuan Jabatan Kebajikan, Baitulmal, Zakat, Wakil Rakyat dan macam – macam, apa awak semua ingat senang ke nak dapat?

Bapa masih hidup, bukan anak yatim? Kadang kala saya doakan ‘si Bekas’ ni m4ti cepat boleh dapat bantuan Baitulmal. Paling tidak, dapatlah anak – anak sambung belajar sebab anak yatim. Sesekali fikir nasib dan masa depan anak – anak yatim lebih baik dan terbela berbanding anak – anak m4ngsa cerai.

Tak percaya cuba tengok anak – anak yatim, ada rumah khas, ada bantuan pelajaran, cerdik sikit dapat biasiswa, masuk sekolah asrama dapat duit bantuan bas ke sekolah. Setiap tahun dapat bantuan pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah, buku sekolah, dan macam – macam.

Belum masuk bantuan untuk hari raya, dah tentu dapat pakaian baru. Tetapi anak ibu tunggal lebih maIang, ayah sendiri tak mahu bagi nafkah anak – anaknya. Bapanya memang zaIim? Akhirnya anak – anak saya kerja apa sahaja yang ada depan mata.

Mula – mula jadi buruh kasar, selepas itu kerja kilang, kerja bengkel dan sebagainya. Pendapatan cukup – cukup untuk diri mereka sahaja. Maklumlah dunia remaja, tentu mereka tak mahu dilihat hidup susah, miskin depan mata kawan – kawan.

Kerana nak bergaya, memang duit tak pernah cukup. Kadang – kadang tu saya nak minta bantu bayar bil utiliti dan sewa rumah pun mereka kata tak cukup duit. Kesudahannya saya terp4ksa terus bekerja untuk bayar sewa rumah, bil utiliti dan makan minum kami, selain tanggung perbelanjaan anak yang masih bersekolah.

Bab rumah bukan saya tak cuba minta, maIangnya tak pernah dapat. Nak minta DBKL lagi siksa, nak beli rumah PRIMA rumah mampu milik dah jadi rumah mampu tengok saja. Mana nak cekau duit kalau harga rumah lebih RM300K, m4ti hidup balik pun tak mampu beli.

Masalahnya saya tak tahu sampai bila saya terp4ksa sewa rumah. Dulu pernah mohon sewa rumah DBKL, sampai sekarang lebih 15 tahun tak pernah dipanggil. Ada kata sekarang sudah tak ada rumah murah harga bawah RM50K, dah naik harga empat atau lima kali ganda.

Dah jadi ‘Rumah Mampu Tengok’. DBKL juga tak buat rumah sewa murah macam dulu tak sampai RM120 sebulan. Sekarang sewa rumah mencecah RM700 hingga RM800 sebulan. Hampir sebulan gaji kami. Apa nak makan.

Nak tumpang rumah anak, mereka pun susah. Kalau anak kita perempuan lagi payah, memang menantu lelaki tak tegur kita kerana menyusahkan hidup dia. Sebab mereka pun susah. Tumpang anak lelaki menantu perempuan ‘tarik muka.’

Pendek kata, memang susah kalau jadi ibu tunggal tak berharta, apa lagi tidak ada rumah. Hidup kita memang tersiksa. Saya taktahu sampai bila saya terp4ksa bekerja, sedangkan usia dah dekat 60 tahun. Harta memang tak ada.

Saya harap kerajaan buatkan rumah flat khas untuk ibu tunggal sewa dengan harga murah bawah RM200 sebulan. Bukan nak beli dan bukan untuk w4riskan kepada anak – anak tetapi sekadar kami dapat tumpang berteduh sebelum kami tinggalkan dunia ini.

Nak dapatkan bantuan Baitulmal ataupun Zakat, bukan senang, banyak soalan dan siasatan. Akhirnya mereka yang bukan benar – benar susah yang dapat rumah sebab ada ‘g3ng’. Kami tetap tercicir. Bukan cemburu, bukan dengki, tetapi sekadar mengingatkan pihak tertentu betapa susahnya kami nak dapatkan rumah sewa murah macam dulu.

Nak balik kampung kami tidak ada tanah. Ada kawan yang dapat tanah pusaka tetapi tak ada duit nak buat rumah, akhirnya tanah jadi milik adik beradik yang mampu. Akhir kalam, kami yang miskin tetap terus miskin, begitu juga nasib anak – anak kami.

Kami tak salahkan orang lain, tetapi inilah silapnya bila ‘si Bapa’ tak mahu bagi nafkah anak – anak. Sebaliknya dia sanggup tengok anak cucu keturunannya hidup susah dari satu generasi ke satu generasi semata – mata kerana sikap BAPA yang tidak bertanggungjawab.

Jadi bagaimana anak bangsa kita boleh hidup senang kalau si Bapa tidak mahu membela nasib anak cucu keturunannya. Pada pandangan saya, jabatan agama khususnya Mahkamah Syariah mesti tegas hukvm si ayah yang enggan bagi nafkah anak – anak.

Yang bercerai suami isteri, tetapi jangan siksa hidup dan masa depan anak – anak kamu sendiri. Kembali kepada kehidupan saya, saya reda terp4ksa bekerja mencari rezeki dan rumah untuk berteduh. Bila s4kit hantarlah ke hospitaI untuk uruskan mungkin hingga akhir hidup saya nanti. Kalau dulu kita lihat ada orang Cina sudah tua uzur pun terp4ksa bekerja untuk hidup, kini sem4kin ramai orang Melayu juga terp4ksa bekerja untuk hidup.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.