15 tahun kahwin jadi per4mpas, isteri kedua sampai sekarang ‘kakak’ madu tak tahu. Buat kakak maafkan saya

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Setelah beberapa tahun akhirnya keluarga saya dapat tahu saya sudah nikah itu pun sebab terkant0i surat nikah. Keluarga mertua dan isteri pertama sampai sekarang, 15 tahun kahwin masih tak tahu kewujudan saya. Ayah saya sanggup ke mahkamah..

#Foto sekadar hiasan / AI. Sila kecam berjemaah. Saya adalah 1steri kedua atau bahasa mudah Per4mpas. Tidak pernah bercinta langsung. Konon – konon cinta pertama tu buat sang suami. Betul dah tu Allah sudah bagi. Tetapi suami orang.

Dahulu saya agak paran0id dengan stigma ambil lelaki orang. Entah macam mana saya pun boleh sangkut dengan suami orang. Kesian sungguh. Skill dorang ini bah4ya. Saya kenal dia tanpa tahu dia suami orang. Sikit – sikit dia masuk jarum. Budak – budak baru hendak belajar bercintakan.

Akhirnya, sudah kahwin kurang dari 15 tahun. Kahwin dekat Songkhla. Alhamdulillah memohon secara sah di Malaysia setelah mendapat anak pertama (setelah 5 tahun). Agak lama proses sebab rumit dan bermodal agak keras.

Terima kasih dekat suami sebab berjaya adakan duit. Kalau tidak daftarkan perkahwinan anak – anak tiada hak untuk berbin atau berbintikan ayah. Anak pertama setelah enam bulan baru berjaya dapat surat beranak. Dengan denda RM2000 untuk lelaki dan RM2000 untuk wanita sebab bernikah tanpa kebenaran dan berpoIigami. Tidak bayar denda boleh masuk penjara.

Upah peguam dalam RM5000 lebih sebab waktu itu tidak tahu cara hendak selesaikan. Setelah beberapa tahun Family saya dapat tahu saya sudah nikah itu pun sebab terkant0i surat nikah. Alhamdulillah akhirnya mereka berlapang d4da menerima.

Terima kasih Allah. Merekalah sumber kekuatan saya selama ini. Ayah sanggup ke mahkamah untuk settlekan urusan pendaftaran. Maaf sebab membelakangkan keluarga. Family lelaki sampai sekarang masih tidak tahu kewujudan saya.

Rakan sekerja dan saud4ra mara pun tidak tahu. Tetapi mungkin ada yang menghidu. Saya tiada daya hendak berterus terang. Biarlah saya simpan sendiri. Agak lama saya bagi masa dekat suami untuk berterus terang dan azam saya untuk tahun 2023 supaya saya move on dan tidak perlu toleh ke belakang cukuplah peluang yang diberikan.

Sebenarnya sudah berkali – kali saya minta cerai. Ini jalan yang terbaik saya rasa. Suami pun gaya macam tiada usaha untuk betulkan apa yang bengkok. Dia tidak rugi apa – apa. Anak – anak dia boleh jumpa. Dia boleh pakai saya bila – bila.

Saya yang hadap semuanya sendiri. B0dohkan. Senang – senang jer orang b0dohkan anak mak ni walhal mak dah hantar belajar elok – elok. Alhamdulillah Allah hadirkan buat saya anak – anak yang comel serta baik. Saya hendak hidup dengan penuh bersemangat bersama anak – anak saya tanpa bayangan suami.

Saya cuba ‘list out’ kebaikkan dan kekurangan suami sepanjang hubungan kami.

Positif :

1) Ada usaha bagi duit walau masih belum memenuhi keperluan – lepas pandemik project kurang (kurang dari 1000)

2) Bukan kaki pukuI.

3) Kalau datang rumah rajin belikan makanan untuk family.

Negatif :

1) Segala urusan rumah, mendidik, hantar amik anak ke sekolah taska dan tadika, menjaga, kesihatan anak dilepaskan ke bahu isteri – bila berkesempatan dan line clear baru boleh tolong.

2) Tiada masa untuk bimbing anak – anak – ajar anak pegi ke masjid.

3) Agak sukar untuk dihubungi, lagi – lagi waktu malam. Malam tak boleh keluar langsung – line kena clear waktu pegi masjid atau kedai baru boleh hubungi.

4) Kurang prihatin dan risau (perjalanan ke tempat kerja 40km sehala) naik moto sebab terp4ksa berkejar masa ambil hantar anak ke taska, tadika dan sekolah – bila mengadu motor masalah hanya bagitau perlu buat apa tanpa ada apa – apa iniasitif untuk tolong tengokkan.

5) Family time sangat limited – datang rumah seminggu sekali. Lebih kurang 2 jam atau kurang – sebab beli rumah (atas nama saya) dekat dengan dia senang nak tengok anak – anak. Tetapi peng0rbanan disia – siakan. Sama jer.

6) Jarang tidur dekat rumah – kebelakangan ni kerap lah sikit dalam 1 bulan tu ada la sekali itu pun mujur. Awal – awal pindah dulu dekat setahun duduk sekali pun tak pernah tidur semalam.

7) Anak – anak membesar dalam keadaan yang tidak sihat – hidup tidak macam keluarga orang lain. Ke mana – mana hanya dengan mama. Tidak ada masa nak makan, lepak – lepak dekat luar bersama ayah.

8) Bukan pasangan yang normal – kurang berkominikasi – cakap hal yang penting – penting jer sebab masa bersama kurang. Tak ada masa luahan perasaan dan bertukar – tukar cerita.

9) Tiada istilah raya Fitri atau Haji pertama bersama suami. Tiada gambar raya keluarga – tiap kali raya tinggal terkapai – kapai dengan anak – anak. Hendak abis raya baru lah ada itu pun tak sabar – sabar nak balik – sanak saud4ra datang tanya suami mana alasan sama dia kerja.

10) Urusan Kereta Motor jika rosak – sila urus sendiri.

Sedap jer saya listkan. Hahaha. Saya tahu saya seorang yang serba serbi kurang. Mungkin pada pandangan suami, saya tiada kelebihan pun. Moga suami berlapang d4da menerima azam 2023 saya. Jika tidak saya sendiri kena nekad pergi ke pejabat agama. Uruskan sendiri.

Semoga Allah lembutkan hati suami dan permudahkan jalan buat saya. Kewangan untuk tahun 2023 agak bermasalah tetapi masih boleh uruskan lagi. Suami pernah berkata mungkin dia tidak boleh bagi nafkah anak – anak kalau kami bercerai. Ini saya redha. Itu urusan dia dengan Allah. Insyallah ada rezeki buat anak – anak saya.

MentaI saya masih ok sebab pada saya hidup ini ujian. Saya masih ada keluarga untuk saya berpaut serta anak – anak. Inilah harga yang perlu saya bayar. Buat Kakak, maafkan saya. Doakan saya terus kuat. Moga ada sinar kebahagian buat saya. Di beri kesihatan yang baik, diperluaskan rezeki dan dipanjangkan usia untuk saya membesarkan anak – anak saya. – Mawar (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Nurliana Abd Aziz : Pastu bila saya cakap lelaki yang treat wife kedua macam ni kahwin sebab nak halalkan hubungan s3ks je ramai pula yang kecil hati. Padahal dari perbuatan jelas nampak macam mana isteri kedua diperlakukan.

Lelaki yang poIigami kalau betul sebab nak amalkan Sunnah Nabi, takkan ani4ya pada isteri pertama dan kedua. Please la kalau kahwin sebab dengan cara tu je hubungan s3ks tu dapat dihalalkan, jangan la kahwin. Kalau la dalam Islam s3ks bebas ni bukan benda h4ram, saya rasa ramai je yang pilih untuk s3ks saja tanpa pikul tanggungjawab berumahtangga.

Siapa je yang nak pikul tanggungjawab yang amatlah berat lepas berkahwin? Tapi Islam ni mewajibkan kahwin dulu baru s3ks, tapi ramai pula yang take this for granted dengan mengabaikan pasangan. Yang penting dapat s3ks halal. Sedih.

Cik Nazian : Sebelum cerai bagi tau 1st wife dulu. Lepas tu apa nak jadi, jadi lah. Sudah decide nak ceraikan lepas bagi tau pasrah apa nak jadi. Ingat mesti bagi tau 1st wife biar dia tau kewujudan anak tiri dia, bah4ya kalau tak tau ada adik beradik lain takut nanti terjatuh cinta dengan adik beradik sendiri. Ingat mesti bagitau 1st wife kewujudan kamu sebagai 2nd wife.

Azie Azem : First of all, itulah sebenarnya kehidupan seorang isteri kedua yang sebenar, KENA MENGALAH DAN BERDIKARI. Sepatutnya sebelum kahwin listkan semua benda tu dan fikir masak – masak sebelum kahwin kat songkhla… Tak boleh jugak nak salahkan suami 100%. Dah lama kahwin. Semoga ada penyelesaian.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.