Aku terus terang pada keluarga aku dan mertua tentang kesalahan aku. Waktu tu keluarga mertua m4ti – m4ti suruh kami bercerai. Jika isteri aku ingkar, mereka tidak izinkan dia balik ke rumah mereka. Isteri aku menangis sambil bawa beg dan dia pilih untuk hidup dengan aku..
#Foto sekadar hiasan. Bagai dihemp4s dengan batu yang besar, s4kit dan tenggeIamnya aku di d4da bumi, Iemas dan tidak mampu bernafas bila isteri aku mengaku bahawa dia telah mencurangi aku. Aku cuba untuk menjadi sew4ras – w4rasnya manusia supaya dapat mengawal api kemarahan yang sem4kin membuak – buak.
Jika aku turutkan nafsu amarah dan sifat baran ingin aku pij4k – pij4k dia yakni isteri aku di situ juga. Aku mem4ksa dia untuk memberi pada aku segala maklumat tentang lelaki itu supaya senang aku bersemuka dengan lelaki itu, namun isteri aku tetap membisu.
Aku merenung wajah isteri, dia cantik dan manis orangnya walaupun tanpa secalit make up maka tidak must4hil jika ada lelaki lain yang cuba memik4tnya. Aku mencari di mana silap aku sehingga dia sanggup curang.
Adakah sebab aku tidak berharta dan hanya bekerja biasa – biasa sahaja maka dia memilih untuk menduakan aku. Jauh benar untuk dibandingkan dengan lelaki itu, dia merupakan bos dan pemilik kepada sebuah syarik4t pembinaan.
Lelaki itu juga akui dia memang sayangkan isteri aku ini dan sudi mengambil dia menjadi isteri kalau aku sudi melepaskannya. Aku hairan kenapa dalam ramai – ramai wanita single di luar sana, isteri aku juga menjadi pilihan dia.
Dia kata isteri aku seorang yang penyabar dan tidak memandang harta. Memang aku akui sepanjang 7 tahun kami menjadi suami isteri, dia telah banyak bersabar dengan tingkah laku dan sifat baran aku. Aku hairan kenapa bila berdepan dengan lelaki tersebut aku tiba – tiba menjadi lelaki yang penyabar.
Dari awal nak jer aku pij4k – pij4k muka dia ke lantai tetapi bila sahaja aku lihat dia, aku menjadi tenang dan kami berbincang dengan cara lelaki. Mungkin kerana lelaki itu halus budi bahasa dan raut wajahnya menandakan dia seorang yang ikhlas.
Dari asalnya mereka hanya berkawan biasa. Berurusan hanya atas dasar kerja. Kadang – kala kalau ada masa terluang dia akan membelikan isteri aku sarapan pagi. Memandangkan kadang – kadang dia melihat isteri aku menelan pil tahan s4kit di sebabkan gastrik kerana tidak sempat minum pagi.
Jadi sebagai seorang kawan dia patut menghulurkan bantuan dengan membelikan sarapan pagi pada tiap – tiap hari. Kadang kala aku tidak sempat menjemput isteri aku untuk makan tengahari jika aku ditugaskan kerja luar, maka dia dengan rela hati membelikan isteri aku makanan tengah hari memandangkan isteri aku menolak jika dia mengajak untuk sama – sama keluar makan.
Maka dari asalnya kasihan maka hadirlah sayang. Namun bagi aku itu adalah satu alasan b0doh mereka untuk menutup kesalahan mereka. Semua itu kerana masing – masing gagal mengawal nafsu. Hampir dua minggu aku dan isteri tidak tinggal sebumbung.
Aku hantar isteri aku dan anak – anak ke rumah orang tuanya. Aku minta diberi ruang untuk berfikir dan membuat keputvsan sama ada untuk meneruskan ik4tan perkahwinan kami atau untuk memilih jalan penceraian.
Dia akur tanpa sepatah kata dan bersump4h selama menunggu kata putvs aku dia tidak akan menghubungi lelaki tersebut. Begitu juga dengan lelaki itu, berjanji tidak akan menghubungi isteri aku lagi. Isteri aku sedikit pun tidak mendesak aku menceraikannya atau merayu aku untuk menerimanya kembali.
Apa keputvsan aku dia akan terima kerana dia tahu itu kesilapan dia. Cuma sampai sekarang dia masih membatu diam seribu bahasa tidak menyatakan pada aku mana silapnya dan apa salah aku sehingga dia sanggup menduakan aku.
Mungkin dia menyuruh aku mencari sendiri di mana silapnya. Aku bersyukur kerana hubungan mereka baru 1 bulan dan masih lagi menjaga perbatasan masing – masing. Sepanjang dua minggu ini aku menjadi hilang arah.
Semua masjid dan surau aku masuk untuk mencari ketenangan. Aku tidak mahu kehilangan dia namun aku tidak mampu untuk memaafkan dia. Melihat gambar – gambar kenangan kami dan anak – anak cukup membuat aku berhujankan air mata.
Tujuh tahun usia perkahwinan bukanlah satu jangkamasa yang pendek. Pelbagai ujian dan rint4ngan kami lalui bersama. Suka duka di kongsi berdua. Kenapa dia sanggup menduakan aku. Ya Allah… Berat ujianmu kali ini tuhan.
Keluarga aku mendesak supaya aku tinggalkan isteri aku. Namun aku minta diberikan masa, bukan senang untuk membuat keputvsan. Seorang demi seorang yang bijak pandai aku temui. Namun masih aku tidak temui jalan penyelesaian.
Pelbagai hadis dan tauladan mereka bacakan pada aku. Aku masih buntu sehinggalah satu malam tu aku merayau – rayau di tengah kota, aku disapa oleh seorang wanita yang sebaya dengan kakak aku. “Akuu tengok kau macam tak terurus jer. Kenapa..? Bini kau lari dengan jantan lain ke..?”
Aku melihat wanita tu dari atas sampai ke bawah. “Ala kalau kau nak enjoy dengan aku pun boleh. 1 round Rm 50. Aku ada port…” Aku menelan pahit air liur aku, wuduk masih basah di ubun – ubun. Aku bangun dan membuka pintu kereta.
“Eh kau.. Tak kan nak bIah camtu jer. Ok la.. Aku tak kenal kau, kau pun tak kenal aku. So aku ada banyak masa terluang ni. Kau ada nak cerita apa -apa ke?” Aku terdiam. “Kalau ada kau nak cerita. Ada nak luahkan aku boleh jer dengar”
Patut ke aku berkongsi kisah aku ini dengan wanita ini. “Isteri aku curang dengan aku” Aku mulakan cerita. Dia merenung aku. “Sebelum kau cerita tentang isteri kau. Aku nak tanya kau. Kau sayang lagi tak isteri kau.” Dia menceIah.
“Sebab aku sayang dia lah aku jadi macam orang b4ngang ni. Ke hulu ke hilir tak ada tujuan. Aku sayang sangat dia sampai aku tak dapat buat keputvsan. Nak aku terima dia, aku marah sangat pada dia, nak aku lepas kan dia mampukah aku hidup tanpa dia”
Mata aku mula hangat. “Kau cakap kau masih sayang isteri kau, jadi bila dah sayang kau kena terima buruk dan baik dia. Kenapa dia curang dengan kau. Kau tak cukup layan dia?” Dia ketawa besar. Mungkin dia geIi hati dengan percakapan dia sendiri.
Aku senyum sinis. “Kalau tak cukup anak dah 3 kak oiii.” Aku mula menyeluruh. “kau d3ra dia kot. MentaI dia, fizikaI dia. Nafkah batin mungkin cukup. Nafkah zahir? Ada kau bagi? S4kit pening dia ada kau ambil tau? Penat leIah dia ada kau perduli? Ok.. satu hari berapa kali kau tanya dia dah makan ke belum?”
Aku menelan air liur yang mula memekat. “Kau pernah curang dengan dia tak?” Sekali lagi aku Iemas di atas d4ratan, nafas aku tersek4t umpama tenggeIam ke dasar laut yang dalam. Allahu sesungguhnya itu lah jawapan untuk segala kebuntuan yang aku cari selama ini.
Eg0nya aku sehingga aku tidak nampak mana salah aku. Aku hanya mencari mana silapnya dia. “Aku pernah curang pada dia kak. Berkali – kali sehingga dia sendiri minta aku menikahi wanita itu. Mujur lah Allah itu ada, Dia membuka aib wanita itu di hadapan mata aku dan isteri.
Namun dia memaafkan aku tanpa menghukvm aku. Dia biarkan kesalahan aku berlalu ibarat sungai yang mengalir. Aku baran kak. Setiap kata – kata aku kesat sekali bila aku memarahi dia kak. Kadang – kadang salah kecil pun aku pukuI b4ntai dia kak.
Tetapi selepas itu aku pujuk balik. Ajak makan makan, shopping beli apa dia mahu. Memang aku tidak pernah membelikan dia sarapan pagi, tetapi aku bagi dia belanja yang cukup kak.” Aku mula berterus – terang, walaupun pahit.
“Haaaa… di situ salahnya kau. Kau fikir perempuan ni apa, suka – suka kau marah, suka – suka kau m4ki hamun lepas tu kau ajak berdamai dengan wang ringgit. Ada kau minta maaf dengan dia? Sebenarnya aku tahu bini kau tu tak ada apa pun dengan jantan tu.
Sekadar jadikan tempat berteduh jer bila mana rumahtangga kau diIanda ribut taufan. Kalau kau tak percaya, cuba kau cerai kan isteri kau! Ker4t jari aku la kalau dia pergi ke jantan tu. Kau salah dia maafkan, dia salah tak akan kau tak boleh terima…!
Sekali hati tercaIar ni dik. Sejuta ringgit pun tak mampu menutupinya. Kesan dia amat dalam. M4ki hamun tu ibarat virus yang membiak dalam hati dia dik. Satu kali kau buat seribu tahun dia akan ingat. Dia cuma nak perhatian kau jer.
Dia nak kau hargai dia jer. Aku ni perempuan, aku tahu apa yang perempuan mahu. Suami aku dulu pun ada harta jugak. Tapi siang malam asyik makan kaki je, hidup tak serupa orang. Anak – anak jadi m4ngsa. Baik aku bawa diri.
Kerja macam ni pun tak apa. Halal h4ram biar tuhan jer yang tentukan yang penting anak – anak aku kenyang. Bersekolah macam anak orang lain. Ada bapak kaki pukuI sebelum aku dengan anak – anak jadi m4yat baik aku ber4mbus.
Cuma rezeki aku belajar tak pandai. Camni lah kerjanya.” Aku termenung panjang. Aku biarkan wanita yang aku kenali dengan nama Mira itu melambai – lambai setiap lelaki yang lalu lalang di situ dan tidak kurang juga ada mata menjeIing t4jam ke arah aku.
Patut la dia tenang jer bila aku minta dia tinggal di kampung. Rupa – rupanya itu yang dia mahu berpisah dengan aku dan lelaki itu hanyalah asbabnya semata – mata. Allahu kenapa aku tidak terfikir semua ni, Dia amanah Allah kepada aku.
Sepatutnya aku jaga dan Iindungi dia. Bukan s4kiti tubuh badan dan hatinya. “Dia jugak bersalah kerana curang terhadap kau. Aku tidak kata tindakkan dia mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaan sedihnya itu betul.
Ramai lagi wanita di keliIing dia yang sudi mendengar. Jantan ni p4ntang tengok rumahtangga orang bergoyang, mula lah nak kacau daun. Kononnya akulah hero. Nasib baik la dia dengan bini kau belum terIanjur. Mungkin bini kau tu selesa bercerita pada orang luar yang bukan keluarga dia atau kau. Mungkin dia masih nak jaga air muka kau.”
Sambung Kak Mira lagi sambil menghidupkan sebatang r0kok. Aku menyambut sebatang r0kok yang dihulurkan. Perbualan aku dengan Kak Mira sem4kin menarik. “Macam kau dengan aku sekarang ni laa. Aku yakin kalau dengan orang yang kau kenal, nak ke kau mengaku salah kau.
Memang tidak la kan. Ibarat membuka pekung di d4da. Kalau tiap – tiap malam jumpa, tak must4hil kau boleh jatuh cinta dengan aku.” Tersedak asap r0kok aku mendengar kata – kata Kak Mira. Dia sambung ketawanya kali ini lebih kuat daripada yang tadi.
Kak Mira berhenti sebentar, aku tidak pasti samada dia menikm4ti tembakau Suria ataupun sedang mencari idea untuk berkata – kata. “Perempuan ni dik, berfikir menggunakan em0si. Lelaki pulak berfikir menggunakan akal.
Kau pernah dengar tak perempuan dilahirkan dengan 1 akal dan 9 nafsu manakala lelaki pulak 1 nafsu dan 9 akal. Sebab tu taIak di letak ke tangan lelaki sebab lelaki ni fikiran dia lebih rasional berbanding perempuan.
Sebab tu kau dengan bini kau masih bersama sehingga ke hari ini. Cuba kalau taIak di tangan perempuan. Aku rasa dah banyak kali dah kau jadi duda” Dia ketawa lagi. Aku turut ketawa bila mendengar perkataan, ‘banyak kali dah kau jadi duda’.
Betul lah tu, tiap kali ada pertelingkahan antara aku dengan isteri aku, dia pasti akan minta aku ceraikan dia dan waktu itu pasti tangan akan naik ke muka dia. Allahu… Kasarnya aku melayan isteri aku. Satu – satunya wanita yang sanggup bek0rban nyawa melahirkan zuriat untuk aku.
Wanita yang sentiasa ada di sisi waktu aku s4kit. Menemani aku di saat aku sedih. Sepatutnya aku pimpin dia ke jalan Allah. Bukan biarkan sama – sama h4nyut mengejar dunia. “Malam ni aku cutiiiii, aku lepak dengan adik ni”
Tiba – tiba dia menjerit bila ada kereta berhenti di tepi jalan. Kemudian terus berlalu. Aku lepak dengan Kak Mira sehingga subuh. Macam – macam cerita keluar daripada dia bujang hinggalah ke lorong gelap ini. Aku ajak dia minum di mamak.
Haru kalau – kalau ada kenalan yang nampak aku lepak di tepi lorong itu. “Lepas kau solat. Kau pergi ambil dia dengan anak – anak. Mulakan hidup baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sebelum terlewat. Macam aku ni nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh buat apa lagi dah..”
“Terima kasih kak atas nasihat akak dan saya akan cuba bina hidup baru bersama isteri dan anak – anak saya kak..” Aku menyalami Kak Mira dan menyelitkan note 100 untuk dia dan anak – anak dia belanja. Maklumlah malam tu dia kan cuti jadi tak adalah gaji masuk. Aku ikhlas… – Biarlah Rahsia..
Sambungan.. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam aku tak mampu nak type panjang – panjang. Hanya sempat mengomel tentang kisah aku berjumpa Kak Mira sahaja, memandangkan banyak tugasan yang perlu aku selesaikan.
Maaflah kalau cerita ni agak panjang kerana aku tak pandai nak ringkaskan. Pagi itu, sesudah aku berbual panjang dengan Kak Mira aku terus balik kampung, niat untuk menjemput isteri dan anak – anak. Aku ingin membetulkan segalanya dan memulakan hidup baru.
Sebelum pergi ke rumah mertua, memandangkan kami sekampung, aku singgah di rumah orang tua aku dahulu. “Tak guna kau kutip betina tu, kalau dah anjing makan b4ngkai, bawa masuk istana sekalipun tetap b4ngkai yang di carinya.”
Ibu aku mula hilang kepercayaan terhadap isteri aku. Aku hanya membisu. Tidak berdaya untuk aku menerangkan situasi yang sebenar bahawa semuanya berpunca dari silap dari aku. Aku yang gagal membentuk keluarga ku sendiri.
Benar kata Kak Mira. Kita hanya mampu buka pekung di d4da bila hanya bersama orang yang kita tidak kenali. Masih eg0kah aku. “PergiIah ambil dia, pergi jemput dia. Dia Amanah untuk kau jaga. Berd0sa besar kalau kau tinggalkan dia sahaja.
Kalau kau masih sayang dia kau ambil dia, jaga dia, ampuni dan maafi dia. Kita ni manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Kalau dah tak sayang, lepaskan sahaja. Ajak berbincang. Aku kenal dia macam mana orangnya.
Masa aku s4kit, anak menantu lain pandang – pandang je aku ni. Dia? Satu badan aku diurutnya. Tiap kali salam, dipeIuk civmnya aku ni. Aku sayang menantu aku tu. Ada silapnya dalam rumah tangga kau ni. Tuhan k3tuk kau bagi kau ingat, bagi kau sedar, jangan kau alpa lagi.”
Ayah aku mencelah, muncul dari pintu depan. Baru balik surau barangkali. Ibu mencebik. 30 minit aku duduk depan simpang rumah isteri aku itu. Mencari kekuatan dan keihklasan. Masa tu pelbagai bisikkan aku dengar.
Ada yang suruh aku patah balik. “G4ntung jer tanpa tali, padan muka dia..” Ada yang suruh aku teruskan. “Alang – alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan” Ada pula yang suruh aku ceraikan dia dan cari perempuan lain.
“Buat apa kau nak hadap lagi perempuan tu, bersepah perempuan lagi elok, lagi cantik, lagi bagus dari dia” Akhirnya aku menjerit sekuat hati bagi menghalang kata – kata dan bisikkan hati dari terus mengganggu. Nasib baik dalam kereta dan semua tertutup, tiada orang yang dapat mendengar.
Aku laungkan azan sekuat hati. Aku teruskan niat aku, apa nak jadi, jadi lah. Setibanya aku di muka pintu rumah, aku lihat Jannah sedang menyuapkan anak sulung aku makan. Ya aku namakan isteri aku, Jannah. Memang aku suka panggil dia Jannah sejak zaman sekolah lagi walaupun jauh dari nama dia sebenar.
Dia bangun, ada sedikit kehairanan dari raut wajahnya. Aku salam dia walaupun dia agak kaku. Rindu betul aku kepadanya dan anak – anak. Anak -a nak menerpa ke arah aku dan memeIuk aku. “Mari balik sayang, abang nak jemput Jannah balik”
Aku mengusap ubun – ubunnya dengan lembut. ” Eh-eh… Kau ingat anak aku ni apa. Senang – senang nk buang, senang – senang nak kutip” Aaaa sudah, mertua aku pulak meIarang. “Mak… Saya tak buang dia. Saya cuma tinggalkan dia untuk saya berfikir. Cari di mana silapnya.”
“Ewah – ewah senang jer kau cakap kan. 2 minggu kau tinggal anak bini, telefon tak ada, tanya khabar tak ada. Cari silap konon, dah jumpa silap sendiri, datang la ambil. Kalau anak aku yang salah, mesti kau c4mpak macam tu jer kan”
Mertua mencelah sebelum sempat aku habis berkata – kata. Suara mertua aku sem4kin tinggi. Aku lihat Jannah hanya tunduk membisu. Ada kemerah – merahan di raut wajahnya menandakan dia sedang menahan tangis.
Aku melutut di kakinya. Aku minta ampun, minta maaf di atas segala d0sa – d0sa aku. Mertua aku pandang dengan hanya hujung – hujung mata. Biarlah jiran – jiran tengok. Aku tak kisah lagi. Aku nak Jannah ikut aku balik.
“Kau nak bawa, kau bawa anak – anak kau balik. Anak aku jangan berani kau sentuh.” Marah benar mertua aku. Aku dah hilang arah. Jannah masih membisu. Aku tak faham kenapa tiada kata – kata keluar dari bibir kecil itu.
Adakah Jannah juga mahu aku menceraikan dia. Tidakkah ada lagi perasaan sayang Jannah terhadap aku. “Saya nak tinggal di sini lagi. Saya masih belum bersedia untuk balik lagi ikut abang.” Akhirnya dia bersuara. Kering air mata aku tunggu dia bercakap.
Kerasnya hati isteri aku ini. Setitis air mata aku tak nampak mengalir di pipinya. Aku buntu, aku yakin jika dia masih stay di sini, pasti aku akan kehilangan dia. Aku mesti berusaha memujuk isteriku balik bersama aku. Aku kenal isteri aku, dia tidak suka dip4ksa.
“Tak apa lah kalau itu keputvsan sayang. Cuma abang nak bawa anak – anak jalan – jalan sekejap. Kalau sayang nak ikut, jom lah”. Aku mula memasang jerat. Jannah dah serba salah kerana dia terlalu sayangkan anak – anak.
Akhirnya dia bersetuju untuk mengikut aku membawa anak – anak keluar berjalan – jalan. Sepanjang dalam kereta, aku menggenggam tangannya erat walaupun dia hanya membatu. Aku civm tangannya bertubi – tubi. Letak di d4da dan mengatakan aku sayangkan dia.
Aku bawa dia dan anak – anak ke tempat – tempat kenangan kami. Aku tunjukkan anak – anak sekolah kami dulu. Tempat mulanya kami kenal, berkawan dan akhirnya bercinta walaupun anak – anak aku itu masih belum mengerti apa – apa.
Aku nak bangkitkan kembali rasa kasih dan sayang Jannah terhadap aku. Akhir sekali, aku bawa Jannah ke tepi pantai. Tempat aku meIamar dia jadi isteri aku. Waktu tu matahari dah nak tenggeIam. Ikhtiar aku kali terakhir bila Jannah still juga membisu.
Suasana petang tu memang r0mantik giIa. “……… binti ……. sudikah awak jadi isteri saya sekali lagi dan saya berjanji jika diberi perluang ke 2. Saya akan bahagiakan hidup awak dan mengubah setiap kekurangan menjadi satu kesempurnaan”
Tiba – tiba Jannah meraung, menangis dan menjerit sekuat hati ibarat orang terkena s4mpuk. Anak – anak yang sedang leka mengorek tanah berlari mendapatkan kami. Aku cuak lalu memeIuk Jannah yang sedang meronta – ronta itu seeratnya kerana aku tidak pernah lihat dia dalam keadaan bergini.
Jannah menangis. Meraung sekuat hati. Ada juga mata memandang. Ada yang datang bertanya. Ada yang hulurkan air minuman yang dijampi supaya Jannah tenang. Akhirnya Jannah layu kelesuan dalam dakapan aku.
Aku bawa Jannah dan anak – anak menginap di hotel. Mertua dan ibu ayah aku call berkali – kali. Aku biarkan aje. Malam tu aku tidur dengan Jannah berpeIukan. Sesaat pun aku tak lepas. Ibarat pengantin baru. Doakan kami yer.
Tentang mertua dan ibu ayah aku. Nanti lah aku ceritakan yang penting, kalian tahu kelurga kami kembali bersatu. Nanti panjang – panjang ada yang kata novel pulak.
Sambungan lagi.. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Segala komen positif aku ambil sebagai motivasi diri manakala yang negatif tu aku terima dengan hati yang terbuka.
Mungkin para pembaca fikir proses aku dan Jannah bersatu kembali semudah ABC. Sebenarnya kalian silap. Dari awal lagi aku terangkan Jannah seorang yang keras hati. Mungkin kerana itu juga kami bersama sehingga ke hari ini.
Sebelum itu aku nak bagitahu, penulisan aku kali ini agak panjang. Semoga kalian tidak berasa bosan ketika membacanya. 3 hari aku bersama Jannah, mertua tidak henti – henti menghubungi aku dan meminta aku pulangkan Jannah kepada mereka.
Manakala ibu aku pula menghubungi aku kerana bimbang jika aku melakukan sesuatu yang tidak baik. Tambahan pula mertua aku menghubungi ibu aku mengatakan bahawa aku telah ‘kidn4p’ anak perempuan mereka. Lucu kan.
Bila masing – masing berfikir di luar kotak fikiran. Ok, berbalik pada keadaan kami. Pada hari pertama Jannah bersama aku. Keadaan agak sukar. Dia terus mendiamkan diri sehingga aku mula hilang kesabaran. Namun aku cuba kawal kemarahan aku.
Aku ingin kotakan janji aku pada Jannah bahawa aku akan berubah. Tiada lagi caci m4ki untuk dia dan aku tidak akan mengasari dia lagi seperti waktu – waktu dulu. Dalam waktu yang sama, aku dapat rasakan yang dia berasa hairan bila melihat aku menunaikan 5 waktu tanpa meninggaIkannya walaupun 1 waktu.
Aku tidak mem4ksa dia menunaikan solat mungkin dia belum bersedia. ” Saya dan anak – anak tak ada baju untuk dipakai”. Tiba – tiba pada subuh hari itu dia bersuara. Aku tersenyum. Aku membawa dia dan anak – anak shopping keperluan mereka.
Aku lihat ada senyuman di wajah Jannah bila aku menghulurkan telekung pink kepadanya. “Bila sayang dah bersedia….” Aku mengusap lembut pipi gebunya itu. Dia mengangguk. Tidak lagi hanya membatu seperti sebelumnya.
Aku menceritakan padanya betapa tersiksanya aku lalui hari – hari tanpa dia dan anak di sisi. Aku menangis seperti anak – anak kecil kehilangan mainan. Teresak – esak dan dalam masa yang sama Jannah turut menangis.
Jannah memohon ampun dari aku. Sebenarnya dia sengaja menyimpang kepada lelaki itu supaya aku melepaskannya. Dia tekad, jika aku meng4muk dan memukuInya dia akan report polis dan dari itu dia akan bawa kes ini ke mahkamah.
Dia tahu jika dia minta secara elok, aku tak akan lepaskan dia dan sebaliknya akan pukuI dia bertubi – tubi. Allahurobbi… K3amnya aku pada dia. Jannah mengatakan pada aku bahawa hatinya sudah tawar terhadap aku sebelum dia mengenali lelaki itu lagi.
Dia serik bila tiap kali dia balik kerja, jemput anak – anak dari rumah pengasuh, tertidur keletihan kerana mengadap jem lalu tak sempat masak, dan bila aku balik kerja, rumah bersepah, makanan belum tersedia, aku akan meng4muk seolah – olah dia melakukan d0sa yang amat besar.
Dia juga malu jika jiran – jiran dengar tiap kali aku m4ki hamun dia dengan panggiIan – panggiIan tidak sepatutnya. Jannah juga mengatakan dia tidak mahu ikut aku balik kerana malu setelah aku geIarkan dia sebagai ‘perempuan jaIang’ pada hari aku berg4duh dengan dia 2 minggu yang lalu di hadapan jiran – jiran yang turut mendengar perg4duhan kami pada hari itu.
Demi membuktikan kesungguhan aku ingin membina hidup baru bersamanya dan anak – anak, aku berjanji akan membawa dia pindah ke tempat lain. Aku juga bersetuju dengan kehendak dia untuk berhenti kerja. Sebenarnya aku lagi suka.
Pada hari ke 3 kami membuat keputvsan untuk bersemuka dengan keluarga kami. MaIangnya ibu dan kakak aku tidak bersetuju kerana bagi mereka Jannah telah menderh4ka kepadaku. Ayah pula seakan redha dengan setiap keputvsan aku asalkan ianya memberi kebaikan.
Mereka juga menuduh Jannah telah menggunakan b0moh supaya aku tergiIa – giIakan dia. Dengan berat hati aku menceritakan segalanya tentang setiap apa yang telah aku lakukan pada Jannah disepanjang perkahwinan kami kepada keluarga aku tanpa satu pun tertinggal.
Bagaimana k3jamnya aku menyiksa perasaan Jannah dengan panas baran aku. Sesungguhnya membuka pekung di d4da adalah sesuatu yang amat p3rit. Bergitu juga dengan keluarga Jannah. Mereka tidak merestui hubungan kami.
M4ti – m4tian mereka minta kami bercerai. Jika Jannah ingkar, mereka tidak izinkan Jannah balik ke rumah mereka. Dengan berat hati dan tangisan Jannah menjinjing beg pakaiannya dan dia memilih untuk hidup bersama aku.
Betapa kasih dan sayangnya Jannah terhadap aku. Maka bermulalah hidup kami tanpa restu keluarga. Aku minta cuti tanpa gaji dengan majikan aku selama sebulan. Aku membawa Jannah dan anak – anak berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Aku cuba untuk mencari kerja lain. Bergitu juga dengan Jannah. Namun gagal. Tiada pekerjaan yang sesuai untuk kami. Akhirnya kami berhijrah ke negeri lain. Kawasan baru dan kejiranan yang baru di mana mereka tidak mengenali kami dan sejarah perkahwinan kami.
Tiba – tiba Jannah hamil. Gembiranya hati aku tidak terkata. Dalam pada waktu yang sama, mertua aku menghubungi aku dan meminta maaf. Mereka sedar, selaku orang tua, mereka sepatutnya membimbing kami yang muda.
Bukan memberi contoh yang tidak baik untuk kami ikut. Bergitu juga dengan keluarga aku. Aku bersyukur dengan kehadiran ‘orang baru’ di dalam rahim isteri aku semuanya kembali normal.
Dengan berbekalkan kemahiran engineering yang ada, Jannah pula seorang peIukis plan (draughtman) dan bermodalkan sedikit simpanan yang ada, kami membuat keputvsan untuk berniaga kecil – kecilan dengan mengambil upah memasang pagar dan kabinet – kabinet dapur.
Aku berhenti kerja, bekas majikan aku memberi sokongan yang padu dengan keputvsan aku. Alhamdulillah bermula daripada kecil kini kami berjaya membuka sebuah kedai engineering. Perjalanan hidup aku juga telah berubah, daripada panas baran kini lebih banyak mengalah.
Sambil mengejar dunia, bekalan akhir4t juga turut dikumpul. Jannah pula. Masya Allah.. Sem4kin berumur sem4kin cantik pula dia dan sem4kin kuat membebeI. Biasalah.. Sifat mak -mak kan. Tambahan pula anak – anak yang sem4kin membesar.
Rumahtangga kami sem4kin aman, g4duh – g4duh kecil tu biasalah kan tapi berg4duh tu kenalah berhemah. Sedangkan gigi dan lidah akan tergigit, inikan pula suami isteri, rajuk dan cemburu perlu ada di dalam setiap perkahwinan barulah ada kasih dan sayang.
Sekian lah kisah aku bersama Jannah. Terima kasih kerana sudi membaca walaupun agak panjang berjela. – Biarlah Rahsia
Komen Warganet :
Fazlyn Ridz : Lelaki yang suka pukuI isteri ni yang saya tahu dia s4kit jiwa. Bukan giIa tapi jiwanya ada masalah. Confessor, saya seorang penulis novel. Ketahuilah bahawa, kisah yang saya lakar di dalam novel kebanyakannya diambil dari dunia nyata.
Tetapi yang paling nyata. Suami curang sehingga berz1na sekalipun, masih mampu menjadi her0 pujaan semula. Tetapi suami kaki pukuI, tiada maaf lagi. Kerana ianya melibatkan nyawa orang lain. Harap jangan terus jadi l0ser ya.
Cahaya Penyayang : Alhamdulillah. Tahniah en. Jaga moleklah keluarga yang ada. Kalau sampai ke tua per4ngai baran, buruk nau rupanya. Anak – anak pun nanti hilang hormat. Hargailah apa yang en ada saat ini. Sebab di luar sana, masih ramai yang sedang berju4ng untuk menikm4ti kebahagiaan berumah tangga. Bersyukurlah.
Amalia Razak : Seriously h4ng engineer? Macam novelis kott. Haha by the way bestnya happy ending, tersenyum – senyum pulak saya baca. Alhamdulillah moga cinta kalian hingga ke Jannah insha Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.