Ada 2 orang anak tiri, anak d4ra pemalas. Masuk bilik tidur rambut penuh atas lantai, pad dalam tandas 2-3 bulan

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Haritu mak dorang mintak anak sulung perempuan umur 17 hantar gambar dalam bilik. Bila dia tengok bilik tu bersepah, dia ‘cucuk’ budak tu cakap aku ni pemalas, tak ikhlas jadi ibu. Sebab aku ni ibu tiri je. Umur dah 17  takkan aku nak kena kemas bilik anak dia lagi..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku seorang akauntan berusia lewat 30an. Dipendekkan cerita, aku kahwin masa umur 32 dan ditakdirkan berjodoh dengan seorang duda anak 3. Anak – anak suami aku dua perempuan seorang lelaki dalam lingkungan 17, 15 dan 8 tahun.

Suami aku telah bercerai kira – kira hampir 2 tahun, kemudian baru berkahwin dengan aku jadi tidak timbul isu per4mpas atau ganggu rumahtangga orang dalam cerita aku ni. Suami aku bercerai dulu sebab bekas bini dia kena tangkap basah.

Disebabkan bekas bini dia nak kahwin dengan lelaki baru, dia lepaskan semua hak jagaan anak dekat suami aku. Dia hanya nak hak lawatan sahaja setiap minggu itu pun jarang dia ambil anak – anak ikut suka hati dia sahaja.

Jadi akulah yang sama – sama menjaga anak – anak tu sekarang ni. Alhamdulillah sudah 2 tahun kami mendirikan rumahtangga. Aku penat sebagai seorang ibu tiri. Anak – anak perempuan suami aku jenis tak pandai buat kerja dapur, membantu urusan rumah dan berdikari.

Silapnya aku dari awal perkahwinan, aku biasakan diri buat semua hatta basuh pinggan lepas makan pun aku yang selesaikan. Bilik tidur penuh dengan rambut atas lantai, pad wanita dalam bilik air sebulan dua tu perkara biasa tak dibuang.

Belum lagi aku selak bawah katil masing – masing penuh plastik jajan makanan diorang. Seawal aku bangun 6am, pergi kerja, balik kerja, pemandangannya sama sahaja begitulah bersepah. Masa awal – awal kahwin aku tolong buatkan kemas dengan niat tunjuk sebagai perempuan kena buat macam mana.

Macam mak – mak kita ajar dulu, bangun awal bukan matahari segalah baru bangun. Ini tidak, aku dah nak lunch dia baru nak makan sarapan dengan tak gosok gigi basuh muka. Terus ditanya hari ini sarapan apa? Tak patutkah aku mula terasa?

Sepanjang 2 tahun perkahwinan ni, anak – anak d4ra dia tak pernah sidai baju, masak nasi, siang ayam dan sebagainya. Pernah aku ajar sekali dua, selepas daripada tu terus lari masuk bilik kunci. Aku ni atas faktor kesedaran ibu tiri jadi malu alah nak panggil banyak – banyak kali minta buat itu ini.

Bukan niat mend3ra tapi sebab dia anak perempuan bagi aku basic macam goreng telur kena ada senang bawa diri ke mana – mana. Ini tidak, sisa makanan dalam sinki pun dia tak kutip berminyak, bersampah aku yang kena buatkan jika nak sempurna.

Itu pun basuh pinggan dia sahaja semua kena bersuruh tak ada common sense. Aku pernah sampaikan kepada suami aku tapi sebab mindset lelaki. Dia cakap kalau tak nak buat tak payah buat, kalau penat tinggalkan. Aku jadi tertekan sangat – sangat.

Aku pernah lepas geram tak masak 2 hari, biarkan baju dalam mesin basuh semua tak dibuat and guess what. Selagi tak kiamat, selagi tulah bersepah dengan sampah tak berbuang. Sinki penuh dengan pinggan mangkuk sisa makanan.

Bila aku tanya siapa makan, tiga – tiga makhluk ni diam tak mengaku. Aku letih, balik kerja 5pm terus lari buat kerja rumah pulak itu ini. Mak kandung diorang yang tak keluar sesen apa ni sekarang dah mula menghasut.

Rupa – rupanya dia baru bercerai dengan skandal lama dia jadi banyaklah benda dia mula sibuk hal aku laki bini. Haritu dia mintak anak sulung perempuan umur 17 hantar gambar dalam bilik. Bila dia tengok bilik tu bersepah, dia ‘cucuk’ budak tu cakap aku ni pemalas dan tak ikhlas jadi ibu.

Seorang ibu mesti akan kemas bilik anak – anak dia. Aku pertikaikan, 7-8 bulan awal kahwin dulu, aku kemaskan lepastu semua orang ambil kesempatan sampaikan tak tahu buat kerja, takkan aku nak berterusan biar anak aku jadi pemalas?

Tak cukup dengan tu, dia tanya pula aku masak apa sehari berapa kali makan semua. Anak – anak aku ni pula jenis tak gheti jaga air muka, dia cerita semua. Aku persoalkan balik, pergi sekolah dapat duit belanja sorang rm7.

Petang pukuI 3 balik sekolah, aku dah sediakan makan tengahari. Makan malam sejak laki aku kahwin dengan bekas bini dia tu, sampai cerai, memang dorang terbiasa makan macam cornflakes roti – roti sahaja. Jadi aku buat mushroom soup or roti – roti berlauk selalunya kalau tak makanlah coco crunch macam tu.

Dah mak kandung dia kata kalau duduk dengan Mummy macam – macam Mummy akan bagi makan. Ummi (gelaran aku) tu pemalas dan tak fikir anak nak makan apa sebab bukan anak dia. Aku lama – lama jadi nak mengungkit sebab anak tiri aku mula cakap sinis.

Malam je dia tanya, takda benda berat ke Ummi? Boleh ke buatkan roti telur celup? Ummi penat sangat ke? Aku terasa ya robbi. Laki aku pulak jenis dengar buat tak tahu apa yang anak dia tanya semua seolah – olah aku ni bibik dah rasanya.

Come on lah umur 17 kau goreng telur pun tak geti lebih kepada malas. Lepas tu cakap aku tak masak tak bagi makan malam. Anak umur 8 tahun lelaki. Yang ni memang anak emas aku sebab dari kecil aku bela. Dia tak berapa rapat dengan mak kandung dia.

Pergi dan balik sekolah memang aku yang urus sampaikan guru kelas dia terk3jut dapat tahu aku ni mak tiri tengok budak tu peIuk – peIuknya aku. Dia selalu bagitau mak dia call cakap aku bukan – bukan. Mak dia selalu remind yang aku ni ibu tiri dan takkan sama layanannya dengan ibu kandung.

Aku sepanjang kahwin ni, aku selalu cuba lupakan title tiri tirini sebab pedih. Dah 2023 kot kau masih kolot cakap mak tiri jahat sedangkan bertimbun kes mak kandung d3ra anak tinggal abai anak. Takda akalkah masing – masing?

Aku jadi down sekarang. Perempuan ni kuat main medsos dekat fb, tiktok, ig yang memang feature nye public. Aku kadang – kadang terniat nak tengok dan baca posting dia tu pedih mat. Dia cakapnya aku r4mpas suami dan anak – anak dia, aku d3ra anak dia, aku tak bagi makan itu ini.

Paling pedih dia cakap aku darjat ibu tiri aku ni terbukti dengan tak kemas bilik anak dia sebab seorang mak mesti akan urus 100% keperluan anak. Aku memang marahlah sebab 2 tahun aku kahwin, apa yang dia kesah pasal anak – anak dia? Takda.

Aku yang uruskan hal sekolah, makan pakai anak – anak sampaikan duit pun mintak dekat aku. Aku bagitau mertua aku sebab laki aku tak function. Mertua aku cakap perempuan tu dari dulu ada masalah ketandusan akhlak.

Boleh jadi dia menyesal tinggalkan laki anak – anak dia so sekarang ni dalam phase mer0yanlah tu nak ambil hati anak – anak balik dengan cara burukkan aku. Mertua aku ajar senang, kalau dia rasa anak dia tak cukup itu ini kenapa 2 tahun kami berkahwin ni tak pernah pun dia ambil anak bawa beli makanan atau hantar makanan?

Pernah ke dia ambil tahu anak s4kit apa semua dan act like a mother sampaikan anak dia umur 8 tahun pun taknak pergi jumpa dia. Jadi jangan ambil hati dan teruskan hidup. Aku cuma pelik dan keliru. Adakah salah aku didik anak – anak tiri aku jadi rajin, tahu serba serbi bab dapur kekemasan diri.

Bagi aku mak kandung aku pun ajar aku benda sama lagi – lagi aku perempuan. Aku dah sampai satu tahap rasa tak nak keluar apa – apa duit kos dah dekat anak – anak tiri aku sebab terasa dengan apa yang diorang sampaikan dekat aku.

Selama ni aku tutup jurang tiri tu tapi sekarang aku sendiri nak cakap, anak kandung takkan sama dengan anak tiri. Untuk semua doakanlah aku agar aku dikurniakan anak sendiri. Aku nak anak kandung d4rah daging sendiri agar aku tak sedih dan rasa lost lagi sunyi.

Aku dah rasa bibit perceraian dah dengan suami aku sekarang ni sebab aku tak larat dah buat semua sendiri yang akhirnya jadi tekanan dekat aku sendiri. Kalau ada wanita – wanita yang bergelar ibu tiri nak share tips, nasihat, tolonglah aku.

Patut tak aku cerai sebelum aku mengandung tiba – tiba dari pikul tanggungjawab ni selamanya. Mak kandung dorang kalau mulut baik takpe ni mulut macam hanat hasut anak bukan – bukan sampai mental aku dibuatnya. Terima kasih. – Syu Gombak (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Hora Hera : Bagi je balik 2 anak d4ra yang dah beso tu dekat emaknya, senang. tt bela yang kecik tu. Yang bapaknya pun jenis lepas tangan, kesiankan la isteri kena ranjau dengan bekas bini tagune. tt jangan lupa buat simpanan untuk diri sendiri ye.

Fydd Arsat : Anak – anak tiri puan dah diusia remaja. Ini usia di mana parents perlu jadi kawan. Instead of peningkan kepala ajar mengemas, apa kata tukar method. Puan cuba bonding dulu dengan anak – anak. Lagi – lagi anak remaja perempuan, rasanya lebih mudah tackle sebab puan dah tahu apa perempuan suka.

Bawalah pergi tengok wayang. Bawa pergi shopping barang mekap, bawa travel, food hunting dan sebagainya. Semuanya perlu buat dengan puan sahaja. Tak perlu bawa suami (sangat penting tak bawa suami supaya keberg4ntungan dia nanti penuh pada puan).

Lepas tu seminggu sekali ajak borak. Tanya pasal artis fevret, crush kat skolah. Dengar luahan perasaan dia. Budak – budak remaja ni once dia dah berkawan baik dengan kita, kita nak suruh apa pun mudah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5155 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.