Kami bukan orang kaya tapi isteri giIa emas. Bila terdesak aku gadai koleksi emas isteri. Sampailah aku kemaIangan

Isteri aku ni, memang minat emas. Dari kod 375, 700, 765, 916 dan 999. Semua ada. Original dan tipu – tipu pun ada. Sebab sikap dia ini ramai orang ingat kami orang berada. Satu hari isteri ajak aku keluar, dia pergi kedai motor..

#Foto sekadar hiasan. Emas dan Wanita memang tak boleh dipisahkan. Walaupun mulut mereka sering menutur ayat “EMAS MAHAL. TAK MAMPU NAK BELI” alih – alih aku tengok ada juga emas baru dekat badan. Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri bersama isteri aku.

Sepanjang 7 tahun aku bersama isteri aku dari kami masing – masing kosong sampailah kami miliki segalanya. Aku dengan isteri aku bekerja makan gaji. Gaji tidak besar tapi pada pandangan orang kami ini mewah dan berada.

Kerana apa? Kerana isteri aku ini seorang pemakai. Pemakai emas. Memang dekat dia memang lengkap satu set serba satu. Kalau digabungkan, gaji aku dan isteri hanyalah RM4K sahaja. Isteri aku ni, memang minat emas.

Dari kod 375, 700, 765, 916 dan 999. Semua ada. Original dan tipu – tipu pun ada. Sebab sikap dia ini ramai orang ingat kami orang berada. Aku masih ingat lagi, masa kami nak bertunang. Aku tiada duit. Isteri aku bagi aku sebentuk cincin miliknya.

Siap cakap, ‘PAJAK SAHAJA BUKAN GADAI. NANTI AWAK BAYAR BALIK’. Alhamdulillah berkat pertolongan dia. Kami bertunang. Berkahwin lagi lah. Perbelanjaan kami amat jimat. Aku tak perlu sediakan persalinan serba satu.

Isteri aku sudah sediakan semua tapi aku beli juga. Aku beli apa yang aku mampu. Aku ingat lagi ayat isteri aku. Masa aku nak beli cincin kahwin. ‘AWAK BELI LA YANG USED SAHAJA. JIMAT. EMAS NI, SUSAH NAK JATUH HARGA. BEZA ADA UPAH TAK ADA UPAH SAHAJA’

Akhirnya kami beli emas lelong dekat Ar rahnu. Majlis kami berjalan dengan lancar. Syukur alhamdulillah. Sungguh aku tak terfikir akan benda itu. Kalau ingat balik, aku tersenyum sendiri. Aku masih ingat lagi masa PKP, kami di berhentikan kerja.

Masing – masing tiada sumber pendapatan. Hanya berg4ntung kepada simpanan semata. PKP tahun pertama adalah tahun air mata untuk isteri aku. Mana tidaknya, setelah habis simpanan kami, aku terp4ksa gadai hampir separuh barang kemas isteri aku.

Dalam tidak rela dia terp4ksa lepaskan demi kelangsungan hidup. Alhamdulillah selepas PKP, kemudian kami bekerja kembali. Gaji pertama isteri aku masa itu, dia beli emas sebagai simpanan. Aku tidak menghalang sebab itu minat dia dan minat dialah yang sara kami sekeluarga diwaktu PKP.

Ada lagi pengalaman aku dengan emas isteri aku. Aku kemaIangan dan kereta aku total loss. Aku bagai c4cat ketika itu. Tiada kend3raan untuk ke tempat kerja. Kami decide untuk beli kereta. Kereta pula kena tunggu 6 bulan setelah lulus.

Takkan aku nak naik grab ke tempat kerja aku. Tempat kerja aku pula, tiada public transport. Sekali lagi aku termenung. Aku ingat lagi suatu pagi, isteri aku ajak keluar. Jalan – jalan makan dekat luar. Naik motor Demak dia. Motor itu dia beli time bujang dulu.

Tengahari itu, dia pergi kedai motor dan beli motor cash RM5K ke bawah. Geran motor atas nama aku. Masa tu aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku tahu dia pajak emas dia untuk aku. Apa aku boleh cakap. Terima kasih sahaja untuk isteri aku. Dia senyum sahaja.

Dalam masa 2 hari motor Kriss sampai dan aku boleh bekerja seperti biasa. Begitu mudah sekali urusan dia. Aku pernah tanya kenapa tak buat je loan dekat kedai. Jawap bini aku, motor murah bila beli cash, kalau ansuran sangat mahal. Lagipun kita mana mampu berhutang.

Masa kereta kami keluar pula, aku tidak cukup deposit. Isteri aku dan emas dia juga yang tolong ketika itu. Memang aku bersyukur. Isteri aku tidak cakap apa – apa, cuma dia sering cakap dekat aku. Ini simpanan dia dan anak.

Jika berlaku apa – apa pada dirinya nanti, jual emas miliknya dan bayar hutang dirinya jika ada masa itu. Beli rumah pun berkat usaha menyimpan emas juga. Kenapa aku tulis dekat sini, sebab aku baru sahaja teman isteri aku beli emas terpakai dengan orang yang dia kenal dekat FB.

Apa yang paling aku sedih. Suami pasangan itu, terus rebut duit jualan emas itu dari tangan isteri dia. Muka isteri dia pun sedih. Emas itu tidaklah besar, hanya sebesar janggut udang boleh aku katakan. Ayat yang telinga aku sempat tangkap tadi setelah selesai urus niaga ‘MURAHNYA EMAS KAU. EMAS ORIGINAL KE? RM200 TAK SAMPAI’

Wahai suami aku nak pesan sedikit. Kita ini suami, jika kita tidak mampu senangkan isteri kita, jangan kacau jiwa dia. Mungkin itu satu – satunya harta berharga isteri kau. Jika dia sanggup jual dan bagi semua duit jualan pada kau, ucaplah terima kasih.

Jangan dikeji isteri kita. Itu tanda dia sayang kita sehingga sanggup k0rban segalanya. Pada aku isteri aku sudah cukup baik dan sempurna. Aku bersyukur dia isteri aku. Aku tidak mampu bagi emas pada dia tapi apa yang aku mampu bagi kebebasan untuk dia beli emas dan aku tidak usik melainkan dia yang sanggup tolong aku.

Aku harap wanita yang berurusan dengan isteri aku tabah mengharungi hidupnya. Akhir kata dari aku, emas adalah salah satu terapi para isteri dan short cash terbaik untuk keluarga. – Ketua Keluarga (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Muhammad Aniq : Bro.. Belajar – belajar la buat saving. Jangan la asyik harap emas bini. Dah la dia beli sendiri. Ko plak tak pernah ganti. Sesak je bini yang tolong setel. Tiap kali. Malu la oi. Tak cukup duit buat la part time.

Ganti balik barang – barang bini. Cukup duit bayar, ko berhenti la part time tu. Sokong konon, cukup masa ko jugak habiskan alasan terdesak, makan hasil bini tak elok. Tipu la dalam hati bini tu tak terasa penat dia kumpul.

Bini ko dari tunang ko bagi emas second hand. Ko tau plak kata emas janggut udang. Ade ko bagi bini ko emas baru saiz janggut udang? Beli baru pon tak pernah. Menghabiskan je, pastu mengata laki orang tu. Ko selevel je dengan dia. Bini bergolok bergadai emas nak hidupkan laki tak guna macam ko. Acah – acah.

Nazira Mylisa : Tuan ni sebijik macam suami saya. 12 tahun kahwin, berapa banyak gaji saya dia tak pernah tanya. Dia kata lagi banyak dari dia kot. Sebab saya selalu berduit. Dia sesak selalu tolong. Sebenarnya gaji dia lagi banyak, tapi habis semua pada keluarga, anak dan isteri. Gaji saya habis simpan, beli emas dan komitmen sikit – sikit. Sebab tu kita sebagai wanita tak tergamak nak berkira dengan suami yang tak kedekut dengan isteri.

She Syida : Banyak peng0rbanan bini. Esok dah senang banyak harta jangan sibuk nak buka cawangan baru pastu jangan la wat content kahwin lain dan s4kitkan hati bini pertama sampai menangis. Sape tak setuju kata – kata aku ni, aku tak baca pun komen korang. Lantak la ko suka ke tak aku cakap benda betul. Seronok ke tengok bini yang banyak berk0rban menangis? Tak mengenang budi sungguh aih.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.