Dari anak sulung hinggalah anak yang kelima, suami selalu keluar masuk penjara. Pihak penjara pelik tengok saya, sedangkan saya dan anak – anak adalah ‘m4ngsa’. Sebenarnya saya selalu kirim surat dan keputvsan peperiksaan..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat pembaca semua. Sudah kerap kali saya membaca tentang keluhan tentang c4baran dan dugaan yang dihadapi. Saya juga manusia biasa yang tak lepas dari menerima ujian. Ujian yang maha hebat bagi saya, namun sesungguhnya Allah akan menguji mengikut kemampuan kita.
Inilah realiti hidup saya sebagai isteri seorang pen4gih d4dah. Terlalu perit untuk melalui hidup, apalagi jika keluarga mengenali suami dengan segala kebaikan. Segala yang buruk tentang suami tidak terlahir dengan kata – kata kerana tidak mahu rahsia keburukan suami terbongkar dan diketahui keluarga.
Selama 20 tahun saya bergelar isteri, kehidupan saya tidaklah sesusah mana dan tidaklah sesenang mana, tetapi saya amat gembira dengan kehidupan yang saya lalui, memiliki seorang suami yang penyayang. Tidak pernah suami menunjukkan penampilan yang dirinya sebagai seorang pen4gih d4dah, dia sentiasa membuat saya ketawa walau hubungan saya dengan ipar tidak sebaik mana.
Mungkin kerana mereka takut saya ini akan membebankan hidup mereka kerana abang mereka pen4gih. Bagi saya adanya suami di sisi memberi saya kekuatan untuk saya tempuhi hari mendatang tanpa keluarga di sisi. Di awal perkahwinan, saya dik3jutkan dengan berita sedih.
Seorang pak cik datang ke rumah menyampaikan berita penangkapan suami saya ketika kandungan sulung saya mencecah usia lapan bulan. Saban hari air mata adalah teman setia, untuk mengadu dengan keluarga saya tidak berdaya.
Saya kumpulkan kekuatan untuk pergi ke Balai Polis di KB berjumpa suami di lokap. Saya minta izin suami untuk pulang ke rumah ibubapa saya di Kuala Lumpur kerana saya mahu meminjam wang untuk menjamin suami.
Kepada mereka saya katakan, bahawa suami saya terlantar s4kit di hospitaI dan memerIukan wang sebanyak ini untuk menjalani pembedahan. Syukur Alhamdulillah, ayah memberi wang yang saya mahu tanpa bertanya soalan.
Setelah dua minggu di rumah keluarga, saya pulang ke KB. Saya tidak terus pulang ke rumah tetapi terus ke balai polis untuk bertemu suami di lokap dan menjaminnya. Sebab apa saya bersusah payah menjamin suami? Kerana saya mahu melahirkan anak sulung saya di sisi suami. Saya tidak mahu keseorangan.
Dari anak sulung hinggalah anak ke lima, suami selalu keluar masuk penjara. Setiap kali saya dirundung pilu, saya akan memeIuk anak – anak saya, pada mereka saya tumpahkan air mata sedih. Apabila anak – anak tanya kenapa saya menangis, jawab saya kerana ayah ditangkap polis sebab membawa lori secara berb4haya (ketika itu suami bekerja sebagai pemandu lori).
Saya tidak pernah membebankan anak – anak dengan masalah saya dan tidak pernah menceritakan pada anak – anak tabiat buruk bapa mereka. Saya mahu anak – anak menghorm4ti ayah mereka, walau siapa pun bapa mereka, saya tidak mahu memutuskan kasih sayang anak – anak dengan bapa mereka.
Apa lagi bapa mereka tidak pernah mengkasari mereka malah selalu memberi tunjuk ajar yang baik walau dia sendiri terjebak dengan pen4gihan d4dah. Terlalu sukar menasihati suami yang selalu leka dengan dunianya, tetapi saya tidak pernah marah atau berg4duh di hadapan anak – anak.
Saya selalu memberi anak – anak kata – kata per4ngsang supaya mereka berjaya dalam pelajaran. Kini anak – anak saya telah dewasa, yang sulung berusia 20 tahun, sedang menjalani pengajian ijazah pertama dalam jurusan perakaunan di UNITEN, Muadzam Shah, Pahang.
Dari peperiksaan UPSR(5A) PMR(8A) dan SPM(10A1), kini kedukaan saya terubat dengan setiap gred penilaian CGPA yang selalu diperolehnya iaitu 3.90-3.96, setiap kali peperiksaan semester. Anak kedua saya melanjutkan pengajiannya di kolej PTPL, Shah Alam.
Anak saya ini memang tidak pernah berminat dengan bidang akademik, jadi saya masukkan dia ke bidang kemahiran yang diminatinya. Anak ketiga saya berada di tingkatan 3 dan akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini dan anak yang ke empat dan kelima masih bersekolah rendah.
Sekarang baru anak – anak saya tahu kenapa bapa mereka selalu keluar masuk penjara dan saya memberitahu mereka, bukan saya membenci bapa mereka atau sengaja mahu merahsiakan perkara yang sebenarnya, tetapi saya tidak mahu mereka terjebak dengan masalah saya.
Saya mahu supaya anak – anak saya berjaya dan dapat mengubah nasib keluarga apabila dewasa nanti. Kini suami saya juga baru setahun keluar dari Pusat Pemulihan Akhlak dan saya amat berharap biarlah ini penahanannya yang terakhir kerana dia pun tidak muda lagi, sudah mencecah 50 tahun.
Walau tiada apa yang dapat saya beri kepada anak sulung saya atas kejayaannya, tetapi setiap kali peperiksaan penting, nama saya akan jadi sebutan, suami saya juga memberitahu pada saya pihak penjara amat kagum dengan kecekalan saya mendidik anak – anak.
Tidak semua pen4gih d4dah yang dapat memberi pelajaran sempurna untuk anak – anak kerana kebanyakan isteri pen4gih d4dah akan tertekan dengan masalah suami dan anak – anak akan jadi m4ngsa. Bagaimana pihak penjara tahu kejayaan anak saya?
Kerana saya selalu menghantar surat dan mengirimkan salinan keputvsan peperiksaan anak saya kepada suami semasa dia dalam tahanan. Sebelum saya menutup tirai cerita saya ini, ingin saya nasihatkan kepada para isteri yang senasib dengan saya, pandanglah wajah anak – anak yang tidak berd0sa, jangan kita jadikan mereka tempat melemparkan kemarahan, tetapi anggaplah mereka sahabat yang sering membahagiakan kita.
Biarlah kita sengsara, tetapi Iawan jiwa rapuh kita dengan kekuatan dan semangat untuk melihat anak – anak berjaya. Saya melalui pahit getir kehidupan sebagai isteri pen4gih d4dah selama 18 tahun, bayangkan kesengsaraan yang saya lalui seorang diri tanpa tempat mengadu.
Saya bersyukur kepada Tuhan kerana diberi kekuatan dan kesabaran yang luar biasa ini. Saya harap kebahagiaan ini akan berterusan. Doa saya semoga anak – anak saya akan mendapat perlindungan, hidayah dan diberkati hidup mereka di dunia dan akhir4t.
Mungkin ada yang pelik, kenapa saya tidak tuntut cerai sahaja, seperti yang saya katakan, suami seorang yang baik. Dia memberikan contoh yang baik kepada anak – anak, tidak pernah marah mahupun angkat tangan. Sebab itu juga saya rahsiakan aib suami sehingga mereka dewasa dan benar – benar faham.
Kepada suami, harapan dan doa saya yang tidak pernah putvs, bertaubat dan berubahlah demi anak – anak. Ingatlah kepada Allah dan kembali ke pangkal jalan. Saya tahu masih ada sisa harapan untuk suami berubah dan aya masih menunggu saat itu.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.