Kawan ayah Dato’ tapi suruh ayah yang miskin buat loan, mak plak jual barang tapi bagi murah dekat kawan – kawan

Aku tak tau la mak ayah aku ni baik ke b0doh. Ayah kena blacklist, beras kat rumah pun takde. Yang kawan ayah aku boleh pergi haji, lepas tu s4kit, m4ti. Mak buat business, tapi jual dekat kawan harga murah, ada yang ambik je bayar pun tak. Akhirnya melingkup…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin terima kasih kalau cerita aku di approve. Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana tapi perIukan pandangan dari sudut berbeza. Benda ni aku simpan hampir 20 tahun. Macam tajuk, aku rasa penat.

Sedikit latar belakang keluarga ayah kakitangan swasta mak suri rumah adik beradik 5 orang hidup kami ada turun naik. Aku tak tau la mak ayah aku ni memang suka berhutang ke apa. Baik atau b0doh aku tak tau korang nilai sendiri.

Ayah aku bagi modal dan jadi penjamin seorang kawan dia ni dato rumah banglo sedangkan kami mase tu duduk rumah sewa kecil. Konon nak buat modal business melabur ke apa. Tak ingat sangat mase tu aku kecik. Yang aku ingat rugi teruk ayah diblacklist sebab jadi penjamin, rumah beras pun tak ada.

Duit belanja yang aku simpan setiap hari 50 sen atau RM1 aku tak pakai sebab mak aku bekalkan roti atau nasi goreng tak pun balik sekolah baru makan. Duit tu la aku bagi mak buat beli beras. Hilang puluhan ribu, ayah di blacklist.

Gaji semua tak ada. Dia balik office buat part time sebab tak ada duit. Tahun berlalu semua pulih, dan kawan ayah aku tu pergi haji hutang tak bayar. Lepas tu s4kit m4ti. Hutang tak bayar oleh anak – anak dia? Sama tak nak tanggungjawab.

Mak aku pulak buat business. Supply barang pakaian telekung dan lain – lain, orang ambik barang tak bayar, bayar sikit – sikit. Sampai jadi negatif. Jual dekat kawan murah. Sebab kawan mesti nak bagi diskaun, then kesan nya nak cover kos pun tak lepas.

Mase ni aku da SPM kami dah besar. Aku nak take over mak aku tak bagi sebab dia kata aku ni strict sangat. Sampai lah tutup je business tu sekali dengan hutang puluh ribu mak aku. Hutang sewa dan lain – lain. Yang orang berhutang mak aku langsung tak bayar.

Ada yang m4ti baru ni, hutang dengan mak belas ribu tak bayar. Mak aku cakap dia halalkan. Aku tanya, habis hutang dia nak bayar macam mana? Dia cakap Allah tolong. Aku tak tau la ni baik ke b0doh. Aku belajar tak la tinggi sampai sijil. Alhamdulillah jalan aku dipermudahkan berkat doa mak aku dari praktikal aku dah diserap kerja.

Dari starting gaji 1.5k tahun 2012 alhamdulillah sekarang dah cecah 4k. Aku kerja freelance. Contract dalam 6 bulan atau setahun. Gaji aku memang aku da peruntukan untuk mak setiap bulan. Duit tu semua dia bayar hutang lama sikit – sikit.

Kalau ada duit banyak memang aku langsaikan hutang dia. Lepastu aku akan bagi lagi sikit untuk dia ada duit kat tangan. Mak aku ni suke buat benda luar dari kemampuan contoh hantar adik aku taekwondo, tuisyen padahal bukan wajib.

Masa ni dia business masih ada lagi jadi dia bayar bukan duit ayah. Orang da tak bayar bagi ambil lagi barang sebab kawan dia konon. Kawan ke macam tu? Pergi kenduri kahwin mesti nak bagi salam keruk paling sikit RM50 walaupun tu je duit yang ada pada dia.

Mungkin kecil pada orang lain tapi besar bagi aku. Padahal tu duit aku bagi belanja dah nak dekat hujung bulan nanti tak cukup minta lagi kadang ada benda yang dibuat end up jadi hutang, tolong orang itu ini. Bukan aku kedekut tapi aku memang strict bab atur perbelanjaan kalau ada lebih aku tak kisah.

Selalu sangat sampai aku terp4ksa usik duit simpanan. Aku kena ada simpanan sebab aku sendiri. Jadi kena standby jika tak ada kerja kalau habis kontrak atau kerja seterusnya mula lewat sebulan atau dua. Setakat ni alhamdulillah rezeki sentiasa ada.

Gaji ayah aku pulak selalu tak cukup, kereta tertunggak bill api air tak bayar. Duit tak tau pergi mana. Ni lagi aku pening. Padahal gaji ayah aku dah besar kira pegawai atasan juga. Kalau duit habis semua berbayar tak ape ni tidak.

Ayah aku pulak bukan la jenis open dengan anak, suka berahsia. Tak tahu apa masalah ada kahwin lain ke apa. Ada buat benda tak baik belakang kami ke Allah je tahu. Tapi memanjang tak berduit. Perkara ini dari aku kecil lagi.

Aku penat. Mak ayah aku tak ade pun nak minta duit – duit diorang yang orang hutang. Ada minta tapi bagi aku tak cukup tegas. Minta macam segan, macam kita pulak yang berhutang. Minta sekali dah. Kadang – kadang untuk aku sendiri pun entah lah.

Aku bukan macam orang lain pergi bercuti beli barang – barang branded. Kereta murah itu pun dah habis bayar. Cuma aku ada beli rumah, tu jela commitment aku. Mungkin dah terbiasa gaji aku banyak ke keluarga aku. Belum lagi keperluan adik – adik belajar aku kene top up sebab bila minta ayah tak ada duit.

Aku kalau dapat gaji nak la bawa family pergi makan berseronok. Tapi tiap kali mesti aku kena cover kewajiban ayah. Macam tak ada makanan langsung kat rumah. Nak isi minyak kereta. Keperluan adik aku 2 orang sekarang di ipta dan ikbn.

Adik aku yang da bekerja 2 orang lagi ada bantu sikit tapi yelah gaji diorang kecik, mana yang mampu jelah. Bukan ungkit atau berkira tapi aku penat. Sampai bila? Aku nak kehidupan yang normal. Hidup sederhana tanpa hutang.

Memang bukan hutang aku. Tapi kesannya dia besar kat aku. Aku dah cuba slow talk tapi tak jalan. Aku selalu cakap kat mak ayah aku kalau dah tak mampu ke tak boleh, tak payah. Tapi tu la. Berd0sakah aku? Aku cuma penat. Tolong doakan segala apa yang tersimpul terlerai, persoalan terjawab dan segala hutang selesai. – Farid (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Salina Gunawi : Ayah Farid kena berterus terang tentang committment dia. You all tak boleh asume saja sebab kalau apa – apa jadi macamana you all nak settle. Contohnya dia ada isteri lain ke? Dulu ayah dan Arw4h Mak saya suka menghutangkan orang sampai saya feedup. Ada je yang tak bayar. Tapi we all terus terang. Semoga Farid dimurahkan rezeki dan berjaya mencari jawapan. Amiin..

Syahirah Queen : Ayah I pun kuat berhutang juga. Tapi I takde la baik nau nak tolong bayarkan hutang dia. You need to set boundaries with your parents. Bagitau berapa bajet bulanan. Kalau RM XXX yang you bagi tu dah habis, takde bagi lagi dah.

Kena pandai uruskan kewangan la. You pun kena tegas. Kalau parents you minta tambah duit, you tak payah la layan. You membantu je. Bukannya ambil tanggungjawab ayah you.

Atul : Kesian awak.. Cuba lepaskan je sume tanggungjawab ayah awak tu kat dia. Cuba tengok 3 – 4 bulan. Kata gaji awak 4k, bagi mak 500 pastu dah. Cakap kat mak ayah awak, yang awak dah penat nak tanggung sume ni sampai awak sendiri dah macam takde kehidupan.

Cakap terus terang yang awak hanya akan bagi 500 je sebulan untuk mak. Yang lain – lain tu ayah settlekan sendiri sebab tu sume tanggungjawab ayah bukan awak.. benda – benda macam ni jangan simpan, nanit boleh kemurungan. Sebelum terjadi macam tu lebih baik awak berterus terang. Kalau awak duduk sekali, tolong lah pindah. Duduk umah lain.. kalau tak selamanya lah macam ni.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.