Hebatnya dugaan menjaga ibu yang tua bukanlah dari segi memandikan, menyiapkan makan minum atau perubatan. Tetapi dari pihak suami dan keluarga mentua. Suami saya kurang senang dengan kehadiran ibu di rumah walaupun dia mengizinkan..
#Foto sekadar hiasan. Bismillahirrahmanirrahim. Ini adalah sebuah kisah. Kisah cinta seorang anak untuk orang tuanya. Saya merupakan anak bongsu untuk 10 tahun. Ke mana – mana, sayalah yang akan dibawa ibu dan ayah saya.
Saya ada ramai adik beradik lain, cuma pada ketika itu sayalah yang bongsu. Sehinggalah saya mendapat seorang adik lelaki dan abang saya yang sudah dewasa meninggaI dunia. Itulah titik yang mengubah keluarga kami.
Ujian yang datang itu terlalu hebat untuk ibu saya. Sehinggakan dia seakan depresi. Tapi saya tahu, dia cuba meIawannya. Keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang itu berantakan. Sungguh ujian kehilangan itu amat hebat.
Along saya jatuh s4kit dan mengambil ubat sehingga kini. Ibu saya, dalam meIawan kesedihannya dan kekecewaannya, dia selalu meceritakan impian dan pengharapannya kepada saya. Alhamdulillah, saya dikurniakan akal dan rezeki yang lebih berbanding adik beradik yang lain.
Pada umur yang muda, melihatkan kesedihan yang menimpa keluarga kami, saya sematkan di dalam hati untuk memenuhi semuanya demi melihat kembali kegembiraan ibu saya. Pada setiap peringkat persekolahan, saya berusaha mencapai kecemerlangan untuk dihadiahkan kepada ibu saya.
Yang paling menggembirakan saya, ayah saya datang di hari kecemerlangan saya genap setahun selepas abang saya meninggaI. Di tahun kehilangan arw4h abang, pelajaran saya terkesan dan apabila saya mampu bangkit dan hadiahkan kejayaan itu kepada ibu dan ayah saya. Manis. Sangat manis. Maka saya sem4kin bersemangat!
Sehinggalah saya berjaya ke universiti. Saya ada misi, memberikan kebahagiaan kepada mereka. Alhamdulillah saya mendapat ijazah saya dan berjaya mendapat kerja. Kesibukan kerja dan belajar sangat berbeza. Walau saya berjaya siapkan segalanya untuk ibu dan ayah. Saya kurang masa dengan mereka. Walaubagaimanapun tetap saya usahakan meluangkan masa kerana kami masih serumah.
Sehinggalah arw4h ayah saya jatuh s4kit. Str0ke dan tidak mampu bergerak. Allahu. Saya terpempan. Namun, terus saya usaha melihatkan ibu saya yang pada masa itu sudah tidak lagi bertenaga untuk menjaga ayah. 3 bulan lamanya arw4h ayah s4kit.
Saya berusaha untuk membahagikan masa antara menjaga ayah di hospitaI, menjaga ibu di rumah dan bekerja. Setiap hari saya menangis, mengerjakan solat – solat sunat dan mengadu kepada Allah. Semoga Allah mudahkan urusan saya melaksanakan semua amanah itu.
Alhamdulillah, pendapatan saya cukup untuk menampung perbelanjaan kami. Pada ketika itu, kakak saya dalam perancangan kahwin. Kami teruskan juga, dapatlah arw4h ayah melihat anak gadisnya menikah dan abang ipar saya sangat baik membantu kami menguruskan ayah.
Akhirnya ayah disahkan k4nser paru – paru dan pada umurnya yang menghampiri 80 tahun, tiada apa dapat dilakukan oleh doktor. Kami bawa ayah pulang dan arw4h ayah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah.
Selesai urusan ayah, kini tinggal ibu saya. Saya niatkan untuk menjaga ibu saya. Saya usahakan untuk menemaninya ketika idah. Mengurangkan sedikit komitmen kerja. Kami memberi kekuatan kepada satu sama lain. Mengisi kekosongan hati kami.
Ke mana sahaja saya akan ditemani ibu saya. Kami menjadi sem4kin akrab. Berkongsi segalanya. Kami bahagia. 2 tahun selepas itu, saya dijodohkan melalui kenalan. Gembiranya ibu saya pada ketika itu. Walaupun saya tidak pasti dengan keputvsan saya menerima lamaran suami, tetapi melihatkan kegembiraan ibu, saya teruskan.
Saya maklumkan kepada suami, sayalah yang akan menjaga ibu sekiranya apa – apa terjadi kepadanya. Dengan manis mulut dia mengatakan yang dia akan sama – sama membantu menjaga ibu saya. Seorang perempuan, tanpa ayah, tanpa abang. Sudah tentu ibu saya sangat risaukan saya.
Di hari persandingan saya, dari pelamin itu saya lihat ibu saya menyeka airmatanya. Ibu saya meninggaIkan saya pada hari itu juga dan kembali ke kampung. Selepas kahwin, suami saya baik melayani saya. Keluarga mertua juga baik. Sehinggalah ibu saya mulai s4kit.
Memandangkan rumah saya ke kampung tidaklah begitu jauh (30 minit perjalanan), saya kerap pulang menziarahinya. Mungkin kerana sekian lama kami tinggal bersama. Ibu saya sentiasa di hati. Saya harus pulang menatap wajahnya, menyiapkan keperluannya.
Ibu saya seperti rakan seusianya, mempunyai peny4kit k3encing manis dan d4rah tinggi. Selama kami tinggal bersama, sayalah yang menyiapkan ubat – ubatannya, membawa ibu ke semua temujanjinya. Adik beradik yang lain sudah bekeluarga dan mempunyai komitmen masing – masing, kurang masa untuk diluangkan bersama kami.
Namun, saya perlu lebih pandai membahagi masa di antara tangungjawab sebagai isteri, anak dan kerjaya. Akhirnya ibu saya dimasukkan ke wad, dan kemudian tinggal bersama saya. Suami saya kurang senang dengan kehadiran ibu di rumah walaupun dia mengizinkan.
Menjaga orang s4kit, memerIukan banyak peng0rbanan. Pada mulanya tidak begitu ketara. Namun sem4kin lama, sem4kin jelas. Ibupun berjauh hati dengan suami walaupun selepas suami memohon maaf. Sehinggakan saya sentiasa terfikir, sekiranya sampai tahap di mana saya perlu memilih antara keduanya, saya akan memilih ibu saya. Kami berdua seperti dulu. Oh indahnya.
Lama ibu s4kit. Saya teruskan berusaha memberi kebahagiaan kepadanya kerana saya tahu, masanya sudah tidak lama. Pada ketika ini, ibu memerIukan diaIisis dan memerIukan perbelanjaan yang banyak. Melihatkan saya yang bersungguh menjaganya, ibu saya gigihkan diri untuk kembali berdiri dan berjalan.
Sehingga dia berjaya menguruskan diri ke pusat diaIisis dengan dijemput pihak sana. Saya sungguh kagum! Semangat seorang ibu boleh bangkit selepas k0ma. Alhamdulillah. Namun suami saya berubah. Dia seperti menginginkan perhatian yang lebih dari saya.
Dalam kesibukan saya, saya berusaha menyelesaikan tanggubgjawab saya kepada suami. Sedangkan saya sibuk dengan urusan kerjaya, urusan harian ibu saya, segala temujanji yang perlu kami hadiri. Adik beradik saya membantu mengikut kelapangan mereka.
Tetapi saya sangat bersyukur mereka banyak membantu ibu saya ketika k0ma dan tidak dapat berjalan. Saya pula tidak memaksa adik beradik untuk menolong. Sudahlah ibu s4kit, tak perlulah kita berg4duh adik beradik untuk menyuruh jaga ibu yang s4kit.
Pada saya, masing – masing sudah dewasa dan tahu erti tanggungjawab. Saya lapangkan d4da, mohon Allah s.w.t mudahkan urusan saya melaksanakan tanggungjawab kepada ibu dan menjaga keharmonian rumah tangga saya.
Keluarga mertua mula mempersoal di mana adik beradik saya. Kerana pada mereka terlalu banyak yang saya lakukan. Sedangkan mereka tidak sedar, sayalah yang sanggup. Sayalah yang merelakan kerana kasih saya kepada ibu saya. Inilah apa yang saya impikan.
Sememangnya telah saya niatkan, untuk menjaga ibu saya di usia tuanya. Tekanan yang hebat dari semua aspek, kerjaya, suami, mertua dan adik beradik membuatkan saya sangat terganggu. Namun, saya tetap usahakan untuk membahagiakan ibu saya.
Hebatnya dugaan menjaga ibu yang tua bukan lah dari segi memandikan, menyiapkan makan minum atau perubatan. Tetapi dari pihak suami dan keluarganya. Walaupun sudah saya jelaskan kepada suami. Walaupun ibu saya terbaring lesu. Mereka tetap inginkan masa saya untuk mereka. Allah. Allah. Allah.
Ada ketika saya bertegas untuk tidak mengikut. Bercuti, kenduri kend4ra, berkumpul sekeluarga. Ibu saya s4kit! Fahamilah. Pada ketika itu, saya perlu menghantar ibu kepada adik beradik yang lain. Kepada sesiapa yang berkelapangan.
Maafkan adik ibu. Adik tak bermaksud nak meIukakan hati ibu. Akhirnya ibu saya menghembuskan nafasnya di biliknya di rumah saya di waktu subuh, hari jumaat. Bersama – sama saya menemani di penghujung nafas. Mengajarkan syahadat. Ya Allah. Beratnya ujian mu.
Kini saya tiada lagi seorang ibu. Yang sentiasa mendoakan saya. Mengisi kesunyian saya. Memberikan kata – kata semangat dan menasihati saya di saat saya memerIukan. Di saat ini saya merasakan, alangkah baiknya jika pinangan itu tidak saya terima.
Walaupun arw4h ibu saya menyanyi riang sewaktu mendengarnya. Walaupun suami berjanji yang dia akan sama – sama membantu menjaga arw4h ibu saya. Inilah ujian yang terbesar saya. Namun, tidak semua seperti saya. Semoga Allah sentiasa merahm4ti arw4h ibu saya.
Di penghujung hayatnya saya sempat mengatakan kepadanya. ‘Ibu, adik sayang ibu. Tentulah adik lebih sayangkan ibu dari suami adik. Adik usahakan semuanya untuk kita. Ibu maafkanlah adik’. Sekarang, saya memujuk hati sendiri dengan mengatakan saya sudah berusaha semampu saya untuk menjaga arw4h ibu. Saya hanyalah manusia yang tidak lari dari khilaf.
Saya berdoa semoga Allah s.w.t maafkan ibu saya, lapangkan kubvrnya dan sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang ke atas r0hnya. Tidak lagi dapat saya siapkan dia, makan minumnya, berbual, bersenda. Semuanya tiada lagi. Yang tinggal hanya doa dan amal yang boleh saya sedekahkan kepadanya. Al-fatihah. Yang benar, – Adik (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Effa Rizyani : Allah.. gugur juga airmta ni membacanya. Confessor, memang betul, jaga orang s4kit ni memerIukan banyak peng0rbanan tapi awak memang anak yang sangat baik. Cuma, jangan pernah menyesal terima lamaran suami awak sebab itu adalah salah satu punca kebahagiaan arw4h ibu awak bila dia tengok awak berkahwin. Semoga awak terus bahagia.
Pokcik Api : Alhamdulillah dan tahniah adik. Kita lebih kurang sama, berk0rban segalanya demi mak. Dari sihat sampai k0ma dan akhirnya meninggaI. Mandi ber4k k3ncing, temujanji doktor dan lain – lain saya urus.. Saya tunggal lelaki dan saya enjoy apa yang saya buat. Rindu yang tak pernah padam, sayang mak. Percayalah, rezeki Kita akan murah bila Kita berbakti pada orang tua. Saya dah rasa.
Saifudin Nadia : Betul kata confessor sebab diri ini yang sanggup menjaga mak saya tak akan persoalkan mana adik – adik saya yang lain. Saya tak mahu disebabkan soal jaga mak menjadi perbalahan antara saya dan adik – adik.
Saya sanggup, sehingga mak hampir pergi mak masih menyebut – nyebut nama saya. Bukan bermakna saya yang dia sayang tapi dia senang bila saya ada di sisi dia. Allah bagi rezeki pada saya untuk mengajar mak mengucap. Saya lihat sendiri nafas terakhir mak, saya sendiri melihat. Saya puas, tiada sesalan dalam diri saya. Rindu mak…
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.