Mertua saya telah menawarkan diri untuk menjaga anak saya dengan tinggal di rumah kami. Pada awalnya saya tidak kisah, lama kelamaan hati ini tidak ikhlas. Tak sangka mertua dan suami ambil kesempatan..
#Foto sekadar hiasan. Sekadar mencari ruang meluah. Sebelum berkahwin, saya adalah gadis yang spontan, outgoing dan happy go lucky. Saya juga mempunyai kerjaya yang baik dan gaji yang memuaskan. Saya mengambil keputvsan berkahwin dan dikurniakan seorang anak yang amat saya sayang dan kasih.
Dan di sinilah segalanya bermula. Suami saya menyuruh saya berhenti kerja atas alasan gaji beliau sudah cukup menyara kami sekeluarga. Malahan, suami saya membeli sebuah lagi kereta baharu untuk kegunaannya (kami sudah mempunyai sebuah kereta).
Akur akan kehendak suami, saya pun berhenti walaupun berat hati ini kerana saya tidak biasa duduk di rumah tanpa pendapatan sendiri. MaIang tak diundang, suami mengalami pay cut akibat syarik4tnya mengalami kerugian.
Maka, bersungutlah suami saya kereta – kereta, rumah dan segala perbelanjaan hendak dibayar mengharapkan gajinya seorang sahaja yang memang tak cukup. Suami mengarahkan saya kembali bekerja untuk membantunya dan Alhamdulillah murah rezeki untuk saya diterima ke kerja baru dengan gaji lumayan.
Namun, anak saya kini tiada yang jaga kerana kami berdua bekerja. Maka, mertua saya telah menawarkan diri untuk menjaga anak saya dengan tinggal di rumah kami. Pada awalnya saya tidak kisah. Namun lama kelamaan hati ini tidak ikhlas.
Macam mana nak ikhlas? Saya yang penat bekerja inilah yang diharap untuk masak, kemas dapur, kemas rumah saban hari. Setiap kali balik rumah, dapur yang telah saya kemas malam semalam kembali bersepah dengan sampah penuh dalam sinki dan pinggan mangkuk tidak dicuci bertimbun banyaknya.
Sinki yang sudah dibersih dan disental dipenuhi minyak dan saki baki tulang lauk yang tidak dibuang ke tempat sepatutnya. Sinki saya sentiasa tersumbat jadinya. Lauk – lauk yang saya masakkan sebelum ke kerja habis dijamu namun bekas – bekasnya tidak dicuci malah dibiar di bawah tudung saji untuk saya yang bersihkan.
Ya, sebelum ke kerja saya akan masak kerana saya tak mahu terhutang budi terlalu banyak. Namun tak sangka kepala saya dipijak. Bila saya suarakan ke suami, suami hanya memberitahu biarkan saja, jangan cuci. Nanti bila mereka nak pakai, pandailah mereka cuci.
Tapi hati saya tak tenteram mengenangkan sinki penuh sampah dan pinggan mangkuk kotor yang semestinya mengundang serangga dan haiwan perosak. Saya rengsa.. Alhamdulillah juga, berkat usaha, saya mudah dinaikkan pangkat dan gaji.
Kini gaji saya agak lumayan (lima angka sebulan) setelah hampir setahun saya kembali bekerja. Namun, di sini Allah uji saya. Saya tak sangka bila gaji besar, suami saya lepas tangan akan tanggungjawabnya. Hampir 90% perbelanjaan rumah saya tanggung.
Suami juga sudah tidak memberi saya nafkah kewangan, pakaian, persiapan semenjak saya kembali bekerja atas alasan gaji beliau habis membayar hutang ayahnya dan membayar belanja adik nya di universiti. (Mertua saya sudah lebih 10 tahun tidak bekerja atas faktor kesihatan walaupun belum mencecah usia pencen dan wang KWSP nya habis dibelanja hangus).
Suami juga berseloroh kini saya mampu menyediakan keperluan saya sendiri kerana gaji saya jauh lebih besar dari suami. Saya telah menyemak perbelanjaan suami dan alangkah pilunya saya apabila mendapati sebahagian besar gajinya hanyalah untuk ahli keluarganya, dan sebahagian lain untuk rumah (yang kami bayar bahagi dua) dan perbelanjaan anak kami (juga bahagi dua).
Nama saya tiada dalam senarai pembahagian gaji suami waima RM50 pun. Saya telah menyuarakan ketidakpuasan ini kepada suami, namun suami menjawab jangankan nafkah, duit belanja diri sendiri pun beliau tak mampu.
Bagaimana nak mampu jika segala kehendak mertua saya suami saya turuti. Suami saya sentiasa berkata, jangan kedekut dengan orang tua kerana mereka lubuk rezeki kita. Habis, bagaimana dengan saya? Saya tertekan dan str3ss memikirkan yang saya telah berkerja penat, namun dilayan bagaikan “roommate” oleh suami saya dan dilayan sebagai “babu” oleh keluarga mentua saya.
Tidak cukup belanja dapur rumah saya yang modal, masak saya telah sediakan, mengemas juga mengharapkan saya. Kereta – kereta juga 100% dibayar oleh saya, namun diguna sewenang – wenangnya oleh keluarga mertua tanpa meminta izin saya hanya kerana saya seorang menantu.
Demi Allah, berpuluh kali terlintas di kepala saya, kalau semua saya yang tanggung, lebih baik saya berpisah saja, pulang ke kampung ibu bapa saya dan hidup bahagia berdua dengan anak saya. Namun saya sentiasa berdoa kepada Allah menunjukkan saya jalan keluar yang lebih baik dari ini untuk masa depan anak saya.
Tak sampai akal fikiran saya mengenangkan senyuman anak saya yang bakal hilang jika ayahnya tiada ketika dia membesar kerana ayahnya merupakan ayah yang baik, meskipun beliau bukan suami yang menunaikan tanggungjawab.
Banyak kali juga saya terfikir mahu melarikan diri seminggu dua bersama anak saya dan biarkan dapur itu runtuh dek pinggan mangkuk tak bercuci dan sampah yang membusuk. Kepada lelaki di luar sana, bagaimana sebelum kahwin di janjikan bulan dan bintang, janganlah dijadikan “babu” dan “roommate” selepas kahwin. Isteri itu amanah.
Jangan kerana mahu menjaga hati orang tua, hati orang di sebeIah dipandang buta. Doakan ada jalan terbaik untuk saya dan anak saya. – Dander (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Wani Jane : Hantar je anak taska / pengasuh. Tak ada alasan mertua nak jaga anak. Cari rumah lain kalau mertua tu tak nak balik rumah sendiri. Kadang – kadang ni, orang kalau dah naik lemak nak faham bahasa pun payah. So, kita setel je lah sendiri supaya tak payah hadap orang tu. Nak g4duh pun, orang macam tu susah nak faham. Dia akan rasa dia tak bersalah. Huhu
Amiyra Ibrahim : Kadangkala kita perlu menjadi keras, kasar dan berterus terang bukan untuk jadi kurang ajar tapi untuk pertahankan diri sendiri. Yang mana bukan tanggungjawab puan, puan stop keluarkan duit. Macamana keluarga mentua nak hidup, pandai – pandai laa diorang fikir.
Masing – masing dah dewasa. Kalau suami tak cerdik dan tak peka ilmu agama. Biar puan yang kena jadi bijak!. Bijak urus simpanan! Bijak urus kewangan! Bijak dalam pertahankn diri sendiri! Apa – apa pun, semua berg4ntung dekat puan. Nak meIawan @ kekal bertahan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.