Masa lafaz talak bekas suami nangis sampai keluar hingus. Aku? berdiri tegak diam. Lepas cerai dia kutuk aku janda buruk

Skandal suami aku cakap dia tak tahu suami aku dah kahwin. Aku kesian konon dia kena tipu. Aku siap offer bawak perempuan tu travel untuk healing. Bawak dia shopping dan tenangkan dia. Ya aku b0d0h..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Daisy (Nama samaran). Apa yang aku nak ceritakan hanyalah untuk membuka mata wanita wanita di luar sana. Yang mungkin masih lagi bujang tapi sanggup ambik siapa saja walau pasangan orang lain atau yang mungkin telah ada pasangan tapi tak puas dengan pasangan sendiri.

Aku berusia 30-an. Seorang yang sejuk mata memandang. Lembut. Berkejaya. Romantik. Manja. Ada seorang anak. Walau dah beberapa tahun aku hadap apa aku nak ceritakan ni, keadaan sem4kin teruk. Orang kata times will heal kan. But not for me. Maybe..

Seketika dulu, aku ada pasangan. Pasangan yang aku kenal dari zaman belajar dulu. Kami berkawan (couple) 8 tahun, baru buat keputvsan untuk berkahwin. Hubungan kami dari zaman couple memang sangat sweet romantik.

Bila berkahwin, sem4kin romantik. Senang cerita, orang yang nampak kami tahu kami sangat bahagia. Kami diuji dengan lambat dapat cahaya mata. 3 tahun berkahwin masih belum ada cahaya mata. Tapi kami bahagia sangat.

Apa yang korang nampak dekat drama – drama melayu tu memang jadi kat kami. Ujian cahaya mata ni berat. Yang tahu je tahu. Berapa byk air mata yang kami menangis bersama. Semua cara kami dah cuba. Walau diuji dengan cahaya mata tapi, rezeki kami dari tahun ke tahun sem4kin baik.

Dari menumpang rumah mak mertua, kami pindah ke apartment dan akhirnya pindah ke rumah landed yang ada 5 bilik. Rumah besar – besar untuk apa kalau takde anak kan? Tapi kami perIukan ruang yang besar sebab kami juga meniaga bersama.

Masa kami berdua macam orang angau bercinta. Dating, travel dan sebagainya. Satu hari, suami berubah. Perubahan yang sangat teruk. Dia tak naik tangan atau marah – marah. Tapi dia ‘takde’. Kami 1 rumah. Tapi berbeza tempat. Alasannya kerja.

Contoh aku dekat ruang tamu, dia akan keluar duduk depan. Aku dalam bilik, dia duduk bawah. Tapi kami tetap tidur bersama. Hati isteri tahu sesuatu yang tak kena. Dia taknak sentuh aku berbulan lamanya. Alasannya kurang sihat.

Selalu travel sorang dan rezeki kewangan dia sem4kin teruk. Ni aku cerita secara ringkas je. Ikutkan banyak drama air mata. Tiba – tiba, satu hari tu entah kenapa, aku rasa aku mengandung. Dan, betul apa yang aku rasa tu.

Masa tu, rasa sedih, terkilan sebab suami berubah hilang. Sebab aku terlampau bahagia. Akhirnya Allah bagi aku merasa untuk jadi seorang ibu. Masa aku bagitau suami aku, dia tak happy. Senyum pun tidak. Tapi ada aku kisah?

Aku tunggu lebih 3 tahun untuk anak ni. Aku ingat lagi malam tu, fikiran suami aku terganggu sampai dia terbuang telefon dia. Dia marah – marah malam tu. M4ki – m4ki diri sendiri. Walhal aku tengah happy sebab aku pregnant.

Sejak awal pregnant, aku dengan suami selalu berg4duh. Kadang – kadang tak bercakap beberpa hari. Apa aku teringin dia tak cari. Barang baby semua dia tak cari. Dia marah – marah bila aku s4kit masa pregnant. Masa tu, aku dapat rasa dia anggap aku beban.

Bermula dari aku mengandung, dia tak tidur sama dengan aku. Selalu takde kat rumah. Aku rindukan suami aku. Kami dah lebih 10 tahun bersama. Mesti la aku rindu. Cuma aku tak faham kenapa dia macam tu. Setiap hari aku tunggu dia masuk bilik, baru aku tidur.

Aku akan buat – buat tidur dulu. Dia masuk bilik dalam 3 atau 4 pagi. Baru aku boleh tidur. Hari – hari macam tu. Aku sedih. Aku perIukan sangat suami aku ketika tu. Tapi dia dah ‘takde’. Dia cakap aku tak faham dia busy kerja.

Kalau aku cuba buat romantik macam dulu, dia takkan ada respon. Untuk pengetahuan korang, semua password media sosiaI dia aku ada. Password bank semua kami share bersama. Memang aku tak jumpa benda bukan bukan.

Tapi, Allah tu Maha Baik. Masa aku pregnant 5 bulan. Macam biasa, dia masuk bilik pukuI 4 pagi. Dia ingat aku dah tidur, sedangkan tiap hari aku tunggu dia. Lepas dia dah tidur, aku baru nak lelap mata, aku dengar bunyi notification phone dia berulang kali. Macam bunyi orang chat tu.

Lepas tu pukuI 4 pagi pulak tu. Aku ambik phone dia. Aku tengok, noti dari satu apps yang aku tak tahu pun kewujudan apps tu. Bunyi mesej tu ‘sorry bb. tadi dah tertido. bb okay tak tu’ ”rindu bb jugak”. Berder4u d4rah aku. Aku keluar bilik menggigil sambil pegang telefon dia.

Aku terus react reply mesej tu. ‘Siapa ni, tahu tak Ali (bukan nama sebenar) dah berkahwin’. Silap aku terus reply mesej tu. Aku baca semua mesej mereka. Ya, mereka dah terlampau jauh. Dah 2 tahun hubungan mereka. Dan terjawap la semua persoalan aku selama ni.

Memang suami aku berubah selepas kenal perempuan ni. Aku letak nama perempuan ni sebagai ika (bukan nama sebenar). Aku screensh0t beberapa mesej mereka. Gambar – gambar tanpa seurat benang mereka bersama. Video mereka ‘bersama’.

Sedih aku masa tu, tapi aku tenang. Mungkin sebab aku lega, segala persoalan kenapa suami aku berubah dah terjawab. Dan ada hikmahnya Allah bagi aku rezeki anak ketika tu. Memang Allah hadirkan anak aku tu pada masa yang sangat tepat.

Aku baca dan kumpul semua data dekat phone dia sampai azan subuh. Kiranya aku tak tidur 1 hari tu. Lepas subuh, aku k3jut suami aku. ‘Abang, bangon. Baby abang pun dah bangon tu, dia kata tadi dia terlepap’. Suami aku jawap ‘Apa?’ Sambil buat muka ann0y dia.

Aku cakap, ‘Tengok la telefon. Ika dah reply tu’. Dia ambik telefon dan terus turun bawah. Aku cuba untuk tidur, walau sebenarnya aku perlu sangat penjelasan dia. Tak lama tu dia naik semula. Dia cakap dia tak sayangkan perempuan tu pun. Dia cuma saja saja.

Dia merayu sambil menangis – nangis untuk maafkan dia. Dia melutut lama dan tak nak bangun selagi aku tak maafkan dia. Aku bangun dari katil, angkat badan dia. Cakap dekat dia, ‘Abang mandi la dulu. Kita sarapan nak?’

Dia taknak gerak. Aku tarik dia ke bilik air. Dia kaku macam patung. Aku siapkan dia. Mandikan, pakaikan baju. Baru aku pulak siap. Kami beli sarapan. Sampai rumah dia diam dan kaku. Semua pun aku yang buatkan untuk dia.

Sebabkan aku belum tidur seharian, lepas makan, aku baring atas sofa dan nak lelap sekejap. Dia ikut baring belakang aku dan peIuk aku kuat – kuat. Korang nak tahu tak? Masa tu, baru pertama kali aku rasa peIukan suami aku balik.

Dia baru ‘ada’. Lepas aku dah berehat semua. Aku mintak dia ceritakan dari A-Z semua. Mula – mula aku sangat tenang. Tapi, bila satu – satu kebenaran keluar, aku jadi terlampau sedih. Apa yang buat aku sedih, dia bagi duit untuk perempuan tu beribu sebulan.

Sedangkan untuk aku dengan anak, dia tak bagi sesen pun. Dia hargai perempuan tu dengan bagi banyak hadiah dan sebagainya. Sedangkan aku yang tengah bawak anak dia, dia tak kisah pun. Dan setiap kali lunch dan breakfast dia akan belikan makanan untuk perempuan tu.

Sedangkan apa yang aku mengidam dia tak cari dan tak pernah kisah makan minum aku masa tu. Masa tu meraung la jugak aku. Aku mintak no perempuan tu untuk dengar cerita dari side dia pulak. Perempuan ni mengaku tak tahu Ali ni dah berkahwin.

Aku mula rasa simpati pada perempuan ni. Dia terlampau sedih. Aku pulak yang tenangkan dia. Pujuk dia. Sambil offer nak bawak dia travel untuk dia tenangkan diri. Aku pergi jumpa perempuan ni. Bawak dia shopping dan tenangkan dia.

Ya aku b0d0h. Aku tak kenal per4ngai mereka berdua sebenarnya dan aku mudah rasa simpati. Selepas kes tu, suami aku mula berubah. Dah start jaga aku semula. Walaupun, sebenarnya dah terlambat untuk kau kisah hal aku dengan anak sebab aku dah sarat.

Tapi aku tetap bersyukur. Cuma, aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku slide perempuan tu punya page dari 2020. Apa yang dia dan suami aku cerita tak tally dengan status – status dia up. Dalam sarat tu, tu gigih kumpul bukti dan siasat.

Kebetulan perempuan tu dapat kerja kerajaan dekat dengan rumah kami. Suami aku mula tak hiraukan aku semula. Aku tahu mereka masih bersama. Selepas selidik, aku ugvt perempuan tu untuk cerita hal sebenar atau aku akan pastikan career dia yang baru nak start tu terkubvr.

Rupanya apa yang si ika ni cerita dekat aku awal – awal tu semua skrip dari suami aku. Dia dah tahu Ali ni suami orang dari awal perkenalan. Mereka masih bersama dan gunakan apps lain untuk berhubung. Dan pilihan negeri dia untuk mengajar pun atas nasihat suami aku.

Cerita ni terlampau panjang. Short story, cerita ni tak habis walau dah 2 tahun kami becerai. Suami aku bukan orang pertama yang perempuan tu rosakkan keluarga dia. Sebelum jumpa suami aku, dia berkawan dengan suami orang lain. Kalau ada yang nak dengar nanti aku sambung. Doakan aku dengan anak tenang dan bahagia.

Sambungan.. Hi korang. Aku Daisy. Terima kasih yang mendoakan aku dan anak. Aku jawap secara ringkas persoalan korang ya. Ya, Ika itu cikgu. Bekerja di Shah Alam. Tapi dia bukan janda. Umur dia muda lagi. 20 an. Tapi mungkin pengalaman dia dengan lelaki lebih baik dari aku. Aku boleh cakap dia ‘murah’.

Kenapa ‘murah’? Apa yang aku tahu (beserta bukti) dia memang share gambar – gambar n4ked dia dekat mana – mana lelaki yang dia rapat. Even buat ‘servis’ dalam kereta. Ika dengan aku dua orang yang sangat berbeza. Dia lebih pendek dari aku, lebih gelap, terlampau kurus atau sekeping.

Aku rasa taste suami aku sem4kin bukan – bukan sekarang. Sebelum ked4rahan bercerai dibuat, aku dah cuba yang terbaik untuk selamatkan rumah tangga aku. Termasuk slowtalk dengan keluarga si ika ni. Melalui kakak dia. Tapi tak jalan apa.

Mungkin pada kakak dia, aku dah nasihat. Selebihnya berg4ntung pada adik dia. Sambung part bercerai, aku dengan suami bercerai secara baik. Sangat baik. Sampai, dekat court ramai yang tegur ‘betul ke nak cerai’. Aku sebenarnya penat. Sebab apa yang aku rasa bukan sebulan dua. Bertahun lama.

Aku pujuk untuk bercerai. Suami aku ketika itu konon tunjuk menyesal dan ikutkan apa aku nak. Sebenarnya dia dah gatal sebab scandal dia dah nak duduk dekat dengan kami. Sebab tu dia mudahkan semua urusan penceraian.

Masa lafaz tu, dia menangis teresak – esak keluar hingus. Aku? berdiri tegak diam. Dalam hati aku, mesti orang fikir aku yang kuat dan dia yang terlampau sedih. Sedangkan, itu semua lakonan. Habis becerai, dia berjanji yang akan betulkan balik.

‘Abang akan dapatkan sayang balik, macam zaman kita bercinta dulu. Kita mula semula dari awal’. Itu janji dia. Sebelum aku sambung, korang kena fahamkan kalau korang duduk dalam hidup aku. Aku, pernah jadi gf, tunang, isteri dia yang setia. Lebih 13 tahun. Dan aku baru lepas deliver baby.

Hormon aku dari pregnant, selepas bersalin terganggu dengan masalah – masalah ni. Untuk seorang ibu baru. Aku pun ada fikirkan nasib anak aku yang tersangat la kecik lagi time tu. Jadi aku take serius untuk ayat yang dia janjikan.

Aku ceritakan pulak kenapa 2 tahun pun cerita dia ni tak habis. Hari berganti bulan. Jangan kata mesej, call pun tidak. Duit nafkah anak semua aku settle. Hampir tiap malam aku meraung menangis. Saksi aku ketika tu, kawan baik aku.

Dia teman aku dari hari pertama aku bercerai. PukuI 2, 3 pagi aku menjerit menangis. Terasa rindu, rindu tak terucap. Menangis kenapa jadi macam ni. Apa kurangnya kehidupan kita. Kesiannya baby aku. MentaI breakdown.

Korang ingat kan yang aku cakap kitorang ada semua password masing – masing. 1 malam, aku saja cuba bukak media sosiaI dia. In case dia belum tukar password. Dang! Boleh bukak. Berbulan lama dia diam, rupanya tengah bahagia bak orang baru berkahwin. Sedih nya aku.

Sedih sebab dia lupa janji dia. Sedih sebab dia tak kisah segala tentang anak dan tentunya sedih tengok dia bahagia. Jadi aku bangkit. Sebelum ni aku tunggu dia. Sekarang aku cari dia untuk dia lunaskan nafkah anak. Alasan dia takde duit. Tapi berdating ada pulak duit kan?

Jadi aku mintak family dia. Ni pun atas nasihat keluarga aku. Pastu aku kena h3ntam ‘giIa taIak’ dengan mak dia. Start tu aku tak meminta dah. Enough. My mom cakap ‘Daisy, kau kawan la dengan sesiapa. Berkawan je. Untuk kau alih perhatian sikit dari sedih tu’ Kebetulan, kawan lama aku datang. Dia cakap yang lama dia tunggu aku.

Dia masih single. Kitorang berkawan. Cerita ni sampai ke telinga Ali. Dia jadi tak keruan. Baru tahu erti datang rumah, pujuk, merayu. Dia cakap dengan kawan baik aku ‘Ye, memang Ali giIa taIak’. Dia ke rumah mama ayah aku dan merayu menangis depan mereka.

Macam aku cakap, aku masih fikirkan apa yang terbaik untuk anak aku. Aku maafkan dia, dengan syarat buktikan perubahan dia. Hari – hari dia spend masa dengan anak dan aku. Nickname kami pun dah bertukar macam sebelum becerai.

Dia cuba yang terbaik untuk ambik hati aku. Tapi, instint perempuan, kenapa aku rasa dia masih ‘takde’. Bab anak dah cantik dah. Tapi bab diri aku, dia tak kisah pun. 4 bulan lepas tu, baru aku pegang semula phone dia. Dan kant0i semula dia masih dengan perempuan tu.

Dia cakap dengan ika tu dia buat semua ni demi anak. (Berbaik dengan aku) Aku meng4muk dalam kereta. Kenapa? Kenapa tak habis lagi? 1 je ayat dia buat aku tergamam dan sedar dari lamunan ‘Kita bukan ada apa – apa relation pun!!’

Start tu, aku tak pandang belakang. Aku fikir anak dengan aku je. Tapi dia, suka – suka datang rumah, keluar masuk. Masih tunjuk konon dia ambil berat dengan kami. Tolong bisnes aku. Tolong aku setel hal anak. Aku tengok profile si ika tu tengah berg4duh dengan si Ali ni.

Kant0i si Ika ni ada lelaki lain yang dia buat servis tu. Dalam hati aku, patot la baik dengan aku. Dengan Ali ni aku kena berbaik macam ni untuk dia bayar nafkah anak. Jadi ikutkan je apa dia buat. 6 bulan dia berbaik macam ni, aku cuba bukak hati aku.

Aku tanya dia ‘Awak nak apa dari saya?’ Dia cakap, ‘ Nak sayang sayangkan abang balik, nak kita jadi keluarga balik’. Aku tak letak 100%. Aku percaya, ada lagi drama lain. 1 hari, dia balik dari outstation. Aku baru nak mandikan anak. Dia cakap, takpe biar dia mandikan.

Jadi aku sambung kerja aku. Bawak keluar masuk barang nak pos esok dalam kereta. Kereta dia park sebeIah aku. Hati aku kuat sangat cakap ‘Bukak laptop dia. Bukak. Bukak.’ Aku bukak, terus ter pop out conversation dia dengan perempuan tu dekat apps yang lama. Tapi nama dah berubah. Macam biasa, aku ambik dulu semua bukti.

Tapi kali ni lagi teruk. Diorang ketawakan aku. Cakap janda buruk etc. Diorang kutuk – kutuk aku terlampau teruk. Siap compare aset badan aku dengan dia. Macam – macam la. Aku naik atas, tanya dia terus, ni apa? Dia cakap tak tahu. Itu bukan dia.

Aku campak laptop dia. Berkali – kali sampai berkecai. Aku suruh dia balik bawak anak sekali. Aku tak menangis. Aku diam. Aku cakap dalam hati ‘Sabarnya aku. Apa aku buat ni. Asyik tunggu dan berharap keadaan jadi macam dulu.’

Aku buang semua tentang dia. Kenangan – kenangan kita, gambar, video. Aku cari rumah baru. Proceed pindah rumah lebih kecil, lagipun aku berdua je dengan anak. Beberapa hari tu aku busy. Busy view rumah. Busy cari buyer barang rumah. Rumah lama aku fully furnish.

Aku nak masuk rumah baru yang lagi kecik, jadi kena jual banyak barang. Aku mulakan hidup baru aku dengan anak. Aku berhenti kerja office. Focus pada bisnes aku. Sebab aku nak start baru semua benda. BTW, ika tu kemain update pasal aku konon aku tak faham masalah si Ali ni. Siap cakap aku narc1sis. Ika, kau belum duduk serumah dengan dia.

Kau belum kenal dia lebih 3 tahun pun. Perkenalan korang sebelum ni pun sembunyi – sembunyi. Reply and call bila available. Bukan kau nampak dia depan mata. Kau tak layak nak cakap aku faham ke tak masalah Ali tu. Siapa yang sebenarnya narc?

Bila pindah, macam biasa, Ali meroyan lagi. Merayu – rayu nak tahu mana aku pindah. Katanya demi anak. Demi anak atau kau nak buat macam sebelum ni? Keluar masuk macam rumah sendiri? Sekarang dah 2 tahun becerai, si Ali masih menabur – nabur ayat manis.

Masih konon – konon ada. Dan Ika? Terpaling ters4kiti. Rasa nak m4ti. Siap buat blog. Tersangat ters4kiti. Aku? Orang luar cakap ‘Kuatnya Daisy’. Hanya Allah yang tahu aku kuat ke tak. Dekat luaran aku tunjuk aku kuat.

Tak pernah nangis dan sebagainya. Baru je 2 hari lepas, aku menangis sebelum tidur, aku tertanya ‘Apa hikmahnya ya Allah. Aku masih rasa s4kit dan sedih’. Aku tak rasa tenang dan aman sebab masih diganggu bekas suami yang nak ‘ik4t’ aku supaya tak ke orang lain.

Aku tak boleh fully hilang dari dia sebab aku ada anak bersama. Semoga 1 hari nanti, ada seseorang yang menarik aku, pertahankan aku dari lelaki macam tu. Aku nak kan ketenangan. Aku penat. Aku mintak maaf kalau korang rasa aku berlembut. Memang gene aku macam tu kot. Korang doakan aku dimurahkan rezeki dan diberi ketenangan dunia akhir4t. – Daisy (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Mashitah Mashie : Dulu aku tak faham tau situasi ni tapi bila aku bersembng heart to heart dengan orang yang pernah dicurangi ni, baru aku faham. Situasi mereka ni tak sama tau dengan situasi isteri yang dah tawar hati sebab per4ngai suami.

No, tak sama sebab mereka ni masih sayang dan sangat cintakan suami mereka tapi tiba – tiba something happened, suami mereka ada orang lain. Jadi perasaan tu tak sama, s4kit tu tak sama. Jadi bila confessor cakap yang dia masih menaruh harapan tu aku sangat faham sebab dia masih sayang dan cinta. Orang lain boleh cakap mereka ni b0doh tapi hati perempuan bila dah cinta, akal akan tertinggal dibelakang.

Amira Jasni : Saya doakan awak, diberi kekuatan dan diberi rezeki bertemu dengan seorang pengganti yang dapat sayangkan awak dan anak dan lindungi awak dari bekas suami awak. Keep on faith sis, semoga segala kekecewaan yang awak hadapi ini, awak mampu redhakan dan Allah beri ganti seseorang yg jauh lebih baik dari dia yang curang berbanding awak yang setia. Hugs from stranger.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.