Tanpa menjawab, suami tengok aku tepat pada mata aku, pegang tangan aku dan peIuk aku. Ahh, ni mesti ada yang tak kena ni. Aku desak lagi. Aku masih belum rasa tenang. Terasa sesuatu yang tak kena. Diam – diam, aku cuba korek apa yang aku boleh..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, hi pembaca semua. Nama aku Ani. Sudah tentu la bukan nama sebenar. Aku sebenarnya tak pernah berniat nak kongsi kisah aku tapi lepas baca confession sis yang suaminya ada text someone dekat Telegram, aku tergerak hati untuk share kisah aku.
Bukan untuk meraih simpati, buka aib sendiri jauh sekali. Sekadar untuk dijadikan pengajaran untuk pasangan yang telah berumah tangga. Ceritanya begini. Aku mulakan dengan pengenalan watak dalam cerita aku ya. Aku, Ani. Suami aku Man, dan Esah, kekasih suami aku.
Aku dan suami telah berkahwin hampir 10 tahun dan dikurniakan cahaya mata yang bijak, cantik dan hensem. Aku bekerja sebagai seorang dalam bidang profesional manakala suami hanyalah pekerja swasta. Ditakdirkan, aku bekerja jauh dari suami dan tinggal bersama anak – anak.
Segala urusan anak – anak adalah di bawah tanggungjawab aku. Aku lah yang hantar anak ke sekolah, masak, ajar mengaji dan sebagainya. Tu belum kira tugas aku di pejabat. Mujur rakan – rakan pejabat dan bos memahami situasi aku sebagai ibu tunggal di sini. Jadual seharian aku sangat padat.
Bangun seawal sebelum subuh, berkejar ke sana sini uruskan anak dan bekerja, uruskan hal di rumah dan sebagainya sehingga aku kurang masa untuk suami. Bila malam, aku akan tidur awal kerana tenaga sudah habis dikerah.
Ceritanya, sepanjang aku PJJ dengan Man, aku sedikit pun tak pernah rasa sangsi dengan apa yang dia lakukan di sana. Aku percayakan dia lebih dari 100%. Jiran ada bagitahu yang ada perempuan datang ke rumah tapi aku tetap bersangka baik.
Sehinggalah suatu hari. Aku tergerak hati untuk cek handphone Man. Ada mesej dari seseorang memberi salam. Aku tak baca cuma baca dari luar sahaja. B0dohnya aku, aku sikit pun tak syak. Keesokan hari, aku teringat tentang mesej itu.
Aku buka lagi handphone Man untuk tengok apa yang dia bualkan. Tapi, pesanan tu dah hilang. Aku mula fikir yang bukan – bukan. Kenapa nak delete kalau perbualan biasa? Aku mula cek aplikasi dalam handphone Man. Aku cek file manager dan semua aplikasi handphone.
Dan akhirnya aku terjumpa gambar berpeIukan suami aku dengan Esah. D4rah aku terus berder4u. Menggelegak macam gunung berapi nak meluahkan larva panas. Aku cuba tanya pada Man yang ketika itu baru bangun dari tidurnya.
Tanpa menjawab, dia tengok aku tepat pada mata aku, pegang tangan aku dan peIuk aku. Ahh, ni mesti ada yang tak kena ni. Aku desak lagi. Dan.. ‘Saya dengan Esah cuma kawan. Tapi silap saya, saya sayangkan Esah’. Pengakuan dibuat.
Aku bertanya lagi. Apa kurangnya aku yang buat dia cari Esah? Aku akui aku tak cantik, tak pandai make up. Tapi aku tak pernah culas tanggungjawab aku sebagai seorang isteri dan ibu. Sepanjang PJJ boleh kira dengan jari berapa kali saja suami datang ke tempat aku.
Selebihnya memang aku yang berulang hampir 4 jam, setiap minggu bersama anak – anak. Penat? Aku perempuan. Bekerjaya. Uruskan anak – anak lagi. Tapi demi suami, aku sanggup berulang sekerap yang boleh. Sampai aku disahkan mempunyai masalah back pain kerana kerap berulang.
Tentang soalan yang aku tanyakan tadi. Man bagitahu aku tidak ada yang kurang. Cuma dia yang lemah kerana ada perasaan pada perempuan lain. Aku tanya lagi, macam mana kenal perempuan tu? Man ceritakan detik perkenalan antara dia dan Esah.
Ketika peristiwa itu terjadi, mereka dah berkawan selama 6 bulan. Terjumpa secara tak sengaja, bertukar nombor dan akhirnya kecundang.. haha. Aku? Sangat kecewa dan sedih. Tak tahu nak rasa apa. Kecewa kerana dipermainkan orang yang aku anggap syurga dunia.
Kecewa kerana aku mula flashback segala perg4duhan dan kekasaran yang berlaku antara kami 6 bulan sebelum. Adakah kerana Esah? Cukuplah dulu sampai di sini. Aku nak ambil anak dari sekolah petang pulak. Ada masa, insyaallah aku sambung cerita aku, tu pun kalau ada yang sudi membaca. Haha. – Ani (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Hi semua. Assalamualaikum. Baru terbaca cerita yang pertama dah disiarkan. Aku sebenarnya bukanlah suka menulis. Cuma tergerak hati untuk menulis untuk memberi pengajaran kepada pasangan suami isteri.
Ok jom teruskan. Perkenalan Man dengan Esah baru sahaja 6 bulan. Ditemukan secara tidak sengaja. Dan mereka telah bertukar nombor telefon. Mula – mula konon texting biasa. Kemudian keluar makan sama – sama dan akhirnyaaaaa…
Biar aku ceritakan apa yang berlaku sepanjang mereka bercinta tanpa pengetahuan aku. Man sangat mengongkong aku. Nak keluar kena bagitahu semua maklumat. Ke mana, dengan siapa, kena share location, kena selfie dan sebagainya.
Kadang – kadang memang sampai berg4duh kerana aku terasa suami terlalu mengongkong. Keluar dengan anak pun dituduh pergi dating. Keluar dengan kawan, apatah lagi. Aku bertahan walaupun sejujurnya aku rimas. Aku perIukan me time aku juga.
Aku terIampau str3ss sehinggalah aku terp4ksa mengikuti str3ss management therapy. Semasa therapy, therapist ada bertanya, “Puan pernah ada me time? Pernah buat apa puan suka?”. Aku tak boleh jawab sebab aku tak pernah ada me time.
Dan tak pernah ada kesempatan untuk buat apa yang aku suka. Ye, masa aku sangat padat. Kerja, anak – anak dan keluarga. Aku pernah bertanya kepada Man, kenapa dia curang? Jawapannya, kerana aku terlampau sibuk dan tidak punya masa yang banyak bersama dia.
Ketika suami aku terkant0i, aku tanya padanya, siapa Esah. Katanya Esah seorang isteri dan ibu, tetapi rumahtangga dia juga bermasalah. Ketika peristiwa itu terjadi, katanya Esah dalam kes mahkamah, bahkan aku sendiri pernah bertanya kepada Esah.
Katanya, dia telah diceraikan dan sedang dalam iddah. Terk3jutnya aku apabila mengetahui mereka merancang untuk bernikah setelah Esah tamat iddah. Kakak, abang dan adik sekalian, apa yang aku patut rasa ye? H4ncur berder4i hati aku. Aku menangis.
Aku tanya pada Man, apa kurangnya aku, sehingga dia perlakukan aku sebegitu. Aku ajak mereka bersua muka. Aku nyatakan apa yang aku rasa. Esah berkali kali minta maaf. Katanya ini semua takdir Allah. Takdir?? PerIukah aku salahkan takdir??
Berd0sakah aku kalau aku katakan ini bukan takdir, tapi kesalahan dan keb0dohan mereka sendiri? Dua kekasih tersebut telah mengaku kesalahan mereka. Tapi aku masih belum rasa tenang. Terasa sesuatu yang tak kena.
Diam – diam, aku cuba korek apa yang aku boleh. Ketika ini aku kusut teramat. Tapi aku kuatkan semangat aku. Dan.. aku terjumpa sesuatu yang aku rasakan mereka telah melebihi batas. Aku cuba slow talk dengan Man.
Akhirnya, man mengaku telah bersama dengan Esah. Aku diam. Tak ada air mata untuk aku tangisi lagi. Aku panggil Esah. Aku ajak woman talk dengan dia. Esah mengaku. Beberapa kali katanya mereka bersama. Aku tersangat marah.
Aku katakan pada mereka, sekiranya Esah anak d4ra atau bujang, aku pasti izinkan mereka bernikah. Tapi, Esah isteri orang. Esah seorang ibu, sama seperti aku. Mana mungkin aku p4ksa Esah bercerai hanya untuk bersama dengan suami aku. Aku marah pada suami aku.
B0dohnya Man kerana sanggup berz1na dengan isteri orang. Oh, aku pernah dituduh berz1na ye. Tapi demi Allah aku tidak pernah buat perkara terkutuk tu. Aku juga marah dengan Esah. Sanggup dia memperb0dohkan rumahtangga dia.
Malu aku dengan anak – anaknya. Allah.. Allah.. sedihnya aku hanya Dia yang tahu. Akhirnya aku menyerah diri ke hospitaI. Pakar psikiaatri kerana kondisi aku m4kin melarat. Aku cuba bvnvh diri. Aku benci diri aku sendiri.
Aku salahkan diri aku kerana suami aku sanggup buat begitu. Aku terp4ksa ambil cuti panjang kerana aku tak mampu berhadapan dengan sesiapa. Aku s4kit. Tidur malam terganggu. Menangis tak kira masa. Namun, depan anak – anak, aku berlagak kuat.
Aku tunjuk akulah ibu yang paling hebat untuk mereka. Aku pura – pura senyum supaya mereka gembira. Mandi adalah me time aku ketika itu. Itulah masa aku menangis. Muhasabah diri. Aku mula dekatkan diri dengan Allah. Tahajjud. Solat taubat. Istikharah.
Aku buat semuanya supaya aku tenang. Aku lemah selemah – lemahnya ketika ini. Cuti yang panjang aku tidak terasa mahu pulang kepada Man. Aku jijik. Bukan dengan Man, tetapi dengan diri aku sendiri. Aku rasakan aku tak setanding Esah.
Aku rasakan Esah melebihi aku dikala ini. Aku rasakan aku manusia paling maIang sekali. Ok. I need a break. Sedih ketika aku menaip kerita kali ini. Lagipun aku nak solat kejap. Nak fokus kerja dulu. Nanti aku sambung lagi ya. Terima kasih kerana sudi mendengar. Semoga semua dalam rahmat Allah.
Sambungan.. Assalamualaikum pembaca yang budiman sekalian.. Sebelum aku teruskan dengan harapnya last episode untuk cerita ini, aku nak berterima kasih kepada semua yang tak putus – putus memberikan nasihat dan kata – kata yang positif..
Do know that i read all your comments dan aku sangat – sangat hargai semuanya. Aku berterima kasih atas nasihat semua tapi aku harap korang juga hormat dengan keputusan aku. But yess, kata – kata yang baik itu sangat bermakna untuk aku. Thank you. Thank you.
Tak lupa juga pada yang kecam aku, kata aku tulis pendek – pendek so sp0il mood korang la, buang masa 7 minit korang la.. SILA JANGAN BACA sambungan ini. Aku tak suka orang buang masa untuk aku. Jadi kepada yang masih sudi, kali ni aku akan habiskan cerita aku, dengan harapan sila jangan menghakimi aku sebab aku tak suka menghakimi orang.
Aku cuma perIukan positivity, kata – kata yang baik untuk aku meneruskan hidup. Sebelum aku teruskan cerita, plot ini adalah plot asal, cuma banyak benda yang terp4ksa aku sorok untuk menjaga pihak dalam cerita ini.
Lagipun kalau aku tulis sampai 6 episod ramai pulak menyampah kann. Kahhh. Ok done bebel mukadimah panjang – panjang. Jom aku teruskan. So, lepas kant0i apa yang depa berdua buat korang rasa apa jadi kepada Ani?
Haha.. aku masih lagi di bawah pengawasan psychiaatrist. Anak – anak masih bersama aku. Mana Esah? Ntah. Lantak dia la nak pegi mana. Aku dengar rumah tangga dia pun dah berantakan. Aku dan Man? Macam – macam jadi antara kitorang. Setiap hari berg4duh. Sorang eg0, sorang psych0.
Kami decide jumpa kaunselor. Masa tu dalam kepala s3tan aku cuma ada penceraian. Aku bulat hati nak berpisah. Aku tak boleh dekat dengan Man. Ada je yang tak kena. Ada je yang aku bayangkan. Aku kumpul segala bukti – bukti.
Tapi, kita hanya mampu merancang kan? Allah tetap yang berkuasa yang pegang hati kita. Ditakdirkan satu hari aku bersama anak – anak, anak aku berkata, “Mummy jangan berpisah dengan daddy, please”. Kemudian dia menangis.
Runtuh kubu pertahanan eg0 aku ketika itu. Aku fikir, kejamnya aku, buat keputusan tanpa fikirkan perasaan anak – anak. Anak masih kecil. Mereka tak tahu apa – apa. Kenapa mereka yang perlu hidup dalam porak peranda?
Maka, ketika itu, berchoir la kami anak beranak menangis. Pada aku, kehendak anak – anak adalah keutamaan aku. Aku? Boleh fikir kemudian. Setelah menjalani sesi kaunseling, dengar pulak luahan hati anak, dan Man yang berjanji untuk berubah, dengan berat hatinya aku terp4ksa melupakan hasrat untuk berpisah.
Aku tau aku tak mampu nak percayakan Man seperti dulu lagi. Tapi, aku tak mampu nak ketepikan perasaan anak – anak. Aku juga percaya, setiap orang layak dapat peluang kedua. Dan kepada yang kata curang tak patut diberi peluang kedua tu, pendapat peribadi aku berkata kita semua adalah pend0sa. Semua buat silap.
Aku juga berd0sa. Aku juga pernah buat silap. Tapi tak salahkan kalau kita bagi peluang? Kalau suatu hari nanti aku yang buat silap yang sama, pasti aku juga mengharapkan peluang kedua. Berbekalkan semangat dari positive circle aku, aku nekad.
Kawan baik aku, Bahar dan Maya la yang jadi kaunselor free aku ketika itu. Orang lain cakap aku b0doh sebab masih nak bersama dengan Man. Tapi dorang selalu yakinkan aku. “Kita memang takkan boleh tutup mulut orang. Kita je yang tau apa yang kita rasa. Kita takkan boleh ubah orang lain, so kita yang perlu ubah persepsi kita pada orang”.
So yes, dengan berbekalkan semangat dari kawan baik yang supportive, aku cuba bangkit. S4kit memang s4kit. Setiap malam tak berhenti menangis. Aku pulak tu sejenis hati tisu. Bangun pagi je muka mesti sembab. Dengan nangis nya, tak cukup tidur lagi.
Si Bahar ni pulak siap kutuk aku cakap aku macam orang tua. Hehh. Siap kau. Tapi aku kenangkan anak – anak yang masih kecil. Aku cuba. Berulang kali aku ingatkan diri aku. Semua dah terjadi. Allah tak akan uji seseorang lebih dari kemampuannya.
Dan berkali – kali aku diingatkan. Allah nak naikkan darjat kau, nak hapuskan d0sa kau. Lagipun ni cuma ujian kecil je. Ada yang ujiannya lagi berganda teruk dari aku. Perlahan – lahan aku mula bangun. Aku p4ksa hati aku untuk terima Man.
Aku p4ksa hati aku untuk memaafkan Man, Esah dan semua yang pernah buat silap pada aku. Aku bukan Tuhan untuk hukvm mereka. D0sa dorang, antara dorang dengan Allah. Aku tak nak berd3ndam dengan sesiapa.
Coz that’s just not me. Prinsip hidup aku dari dulu, biar orang buat kita, kita jangan sesekali buat orang. Selagi boleh maafkan, maafkan lah. Kita pun ada d0sa dengan orang lain. Bukannya suci sangat. Aku sibukkan diri dengan kerja. Aku main game. Aku layan musik yang aku suka. Aku bersukan.
Bahar la jadi m4ngsa selalu kena buat konsert amal untuk aku. Kahhh. Maya pulak jadi m4ngsa partner in criime jalan – jalan cari makan. Pastu weekend je kena exercise sebab dah makan banyak. Hahaha. Padan muka korang.
Setiap malam aku ciuum anak – anak, aku nekad untuk usaha jadi mummy yang baik. Aku minta maaf pada anak – anak aku atas apa yang jadi antara aku dan Man. Aku tak peduli pada side Man. Pandai – pandai la fikir. Umur dah meningkat, jadi takkan pemikiran nak duduk bawah lagi.
Tapi aku nampak banyak perubahan pada Man. Tak lagi marah – marah, m4ki aku. Dia cuba menolong aku buat kerja rumah. Selalu layankan bini dia nak apa – apa. Memang nampak beza dari sebelum dia kant0i tu. Orang selalu cakap, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku percaya, inilah hikmahnya.
Aku mula sedar kenapa dulu Man selalu marah – marah. Selalu mengadu tak cukup duit. Selalu malas layan aku. Rupanya ketika itulah dia sedang m4buk bercinta. Rasa? Tipulah kalau rasa sayang aku pada Man sama macam dulu.
Kaca, kalau jatuh berder4i pun kalau dicantumkan tak akan jadi sama seperti asal. Macam tu juga dengan perasaan aku pada Man. Masih cuba kembalikan rasa seperti dulu. Cuma, ikhlas aku hanya untuk anak – anak. Ketika aku berjumpa pakar, doktor pernah tanya,
“Sampai saat ni apa yang paling penting untuk puan?”. “Anak”, jawa abku. “Kalau puan pentingkan anak, puan kena jaga diri puan dulu. Puan kena sihat, baru boleh jaga anak – anak. Dan, puan seorang yang sangat kuat. Masih fikirkan orang lain dalam keadaan puan sendiri tak terurus”.
Percayalah, kalau anda seorang ibu, aku yakin anda juga akan berk0rban untuk anak – anak. Selagi aku dikelilingi sahabat yang baik, aku yakin, aku akan sihat. Walaupun bukan sepenuhnya. Mohon doakan aku terus kuat. Demi anak – anak.
Buat sahabat susah senang aku, Bahar dan Maya. I owe you guys million times. Terima kasih jadi pendengar setia, tanpa menjatuhkan hukvman. Terima kasih atas segala nasihat dan masa untuk aku. Terima kasih sebab sentiasa ada disaat aku memerIukan. Aku sayang korang! And look! Ani is back, alive and stronger.
Episod last ni untuk korang tau, Bahar & Maya! Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga ada ikhtibar yang korang boleh ambil dari kisah aku. Mohon maaf atas segala kekurangan semasa aku menulis kisah aku. Ini bukan kisah rekaan. Ini realiti hidup aku. Aku doakan pembaca sekalian di bawah rahmat Allah. Assalamualaikum. – Ani (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Maimun MadSapleh : Saya faham perjuaangan confessor. Saya juga mengalami pengalaman seperti anda dan memilih membaiki rumahtangga daripada berpisah. Pengalaman berpisah (perkahwinan pertama) sudah saya ambil dahulu.
Perjuangan saya tidak sia – sia. Saya sedng menikm4ti kebahgiaan rumahtangga. Alhamdulillah. Saya yakin confessor akan menemui kebahgiaan. Boleh lawat wall saya. Saya setuju kita mesti berada dalam circle yang betul dan tepat. wallahua’lam.
Nor Hidayah Awang : Kalau betul puan bagi peluang pade suami. Puan jugak kene rebut peluang yang ade. Suruh suami keje dekat dengan puan. Buat la ape care sekalipon, jangan pjj. After dah dok sekali, cari me time puan.
Sibukkan suami dengan aktiviti anak – anak dan rumah. Habiskan semua duit dia yang ade. Sebab aku masih berpegang “lelaki yang tak berduit susah nak curang”. Ade tapi susah. Sebab nak curang pon perlu duit dan masa.
Baik pompuan baik lelaki… titik.. Moga bahagia laa hingga syurga.. Even dalam hati rase nak doa moga 4ati cepat, geramkan.. Bace pon geram apatah yang mengalami.. Moge sinar bahagia buat mu sekeluarga.. Aamiin
Cik Puan Ria : Dont need the husband, but childrens still need their father. Sselama mana he’s being a good father. Mak memang boleh tutup mata. Peng0rbanan seorang ibu.. dari lahirnya anak, sampai pejamnya mata seorang ibu, begitulah..
Awak lebih tahu keperluan hidup awak macam mana tt. Tak salah kalau awak pilih untuk letak perasdaan anak paling atas tapi begitulah, asalkan awak mampu sabar jadikan semuanya berbaloi, just go for it. Belajar jadi tuli saja untuk perkara yang tak mampu diikuti. Semoga dipermudahkan urusan awak sentiasa tt… hug!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.