Suami tiap malam live Tikt0k. Rupanya ada skandal awek TikT0k. Suami salahkan saya sebab tak teman dia buat live

Suami berborak tentang abang Tesla dalam kereta. Sambil genggam tangan saya, dia cakap jika dia mampu beri saya apa saja suatu hari nanti tentu saya tak kisah jika dia berkahwin satu lagi. Dia cakap benarkanlah dia berangan – angan macam tu sebagai pembakar semangat..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih kerana sudi siarkan kisah luahan saya. Maafkan jika penulisan saya mengelirukan, saya tidak pandai mengarang cerita. Saya cuba sahaja. Saya dan suami berkenalan sejak 2007. Ambil diploma dan degree.

Selepas beberapa bulan tamat belajar, kami berdua berkahwin. Hidup sama – sama susah, tiada apa – apa harta. Selepas dua tahun, kami dapat cahaya mata lelaki. Selepas anak kami lahir, saya berhenti kerja. Anak saya autism dan colic, selalu menangis jadi kami tak mahu mengambil risiko untuk hantar ke pengasuh. Bimbangkan keselamatan anak.

Suami juga berhenti kerja, mengambil keputusan untuk buat business sendiri. 3 tahun kemudian, saya dapat baby baru lagi. Anak perempuan. Kedua – dua anak saya, kebanyakan diuruskan oleh saya. Kadang – kadang masak pun sambil dukung anak.

Suami jika tiada kerja, suka duduk di rumah main handphone dan game. Jarang menolong saya buat apa – apa kecuali jika saya minta tolong. Pernah minta tolong, tetapi yang dapat adalah m4ki. Selepas dari tu, saya serik nak minta tolong.

Saya fikir, tak apalah.. Saya tak perlu susahkan dia. Dia yang mencari rezeki untuk membayar segala keperluan. Saya ada berkecil hati juga dia kurang beri perhatian pada saya, kecuali handphone dia. Jadi saya sibukkan diri, supaya saya alihkan perasaan saya yang sedih.

Sampai jadi kebiasaan saya bertahun – tahun, buat rutin kerja rumah dan tidak kisah dipedulikan atau tak. Sampailah 10 tahun. Kerja suami kadang – kadang lumayan. Adakalanya tiada rezeki, sampai duit simpan pun m4kin kurang.

Dia sign in Tiktok. Nak improve diri dengan buat live berkarya. Saya tak dapat nak join live dia, sebab saya tak mampu lagi nak bertahan sampai 2-3 pagi. Seharian uruskan anak – anak, tenaga pun habis dalam pukuI 10 macam tu saya tidur dengan anak.

Suami saya tidur di bilik lain, katanya ada alahan gatal sebab kucing kami suka lepak di atas tilam. Bila balik kerja, selepas makan dan mandi dia akan masuk bilik untuk tidur. Pintu juga ditutup sebab tak mahu kucing masuk.

Saya pelik, rasa macam dia jarang dah bergurau dengan anak – anak. Jarang juga nampak dia live. Masa yang ada dengan dia pun sikit je. Tetapi, saya fikir mungkin dia penat sangat sebab siang bekerja. Saya cuba fikir positive.

Semasa hangat cerita pasal abang Tesla, suami ada berborak tentang perkara itu dalam kereta. Sambil genggam tangan saya, dia cakap jika dia mampu untuk beri saya apa saja suatu hari nanti tentu saya tak kisah jika dia berkahwin seorang lagi.

Dia cakap benarkanlah dia untuk berangan – angan macam tu sebagai pembakar semangat untuk dia berusaha dan berjaya. Dia cakap dia sangat sayangkan saya. Malam itu, saya asyik teringat apa yang suami borakkan. Tak rasa kelakar. Rasa fishy..

Bagi saya dia tiada sebab nak berangan macam tu kalau hanya saya di hati dia. Keesokannya, semasa dia mandi pagi saya nekad untuk periksa handphone dia. Dia sorokkan di bawah bantal. Saya buka Tiktok dia, nampak mesej good morning sayang dan dibaIas juga dengan sayang! Ada lagi mesej – mesej lain.

Berder4u d4rah saya masa tu. Rupanya selama ni bermain cinta dengan orang lain. Patut la sebulan dua ni riak muka dia berubah. Saya dah rasa sebelum ni cuma tak nak buruk sangka. Selepas dia mandi, saya terus bagitahu yang saya dah tahu rahsia dia.

Dia cuba berbincang secara baik dengan saya. Katanya Ain tu selalu teman dia live, stay sampai pagi teman dia. Ain yang start suka suami saya.. Dia tahu dah beristeri, tapi suami saya yang minta dia stay. Ain tu tak boleh tidur malam, sebab dia br0ken putus tunang dan disih1r sampai Ain tak boleh tidur malam.

Suami kasihankan dia.. Dia temankan call Ain sampai pagi, sampai Ain tidur. Katanya, Ain banyak bagi semangat untuk dia. Support dia kerja, ubah diiet sihat dia, ubah habit main game dia. Habis tu saya ni buat apa selama ni?

Yang bertahan walau tak ada apa selama ni, yang sediakan makan minum suami. Masa tu saya sedih sangat. Tak sangka dia rupanya tak setia. Dia tak anggap apa yang saya buat tu peng0rbanan malah salahkan saya yang kurang bagi perhatian pada dia.

Saya minta dia putuskan, dia nangis tak nak tinggalkan perempuan tu. Saya rasa nak sangat pergi jauh, bawa anak – anak. Tapi saya tak mampu buat macam tu. Saya balik mengadu kat Allah, muhasabah diri saya sendiri. Anggap ada hikmah Allah uji saya. Mungkin saya yang banyak d0sa selama ni.

Saya nangis minta Allah murahkan rezeki dia, ampunkan d0sa saya dan suami.. Allah terus bagi job masuk selepas beberapa bulan tak ada kerja. Allah makbulkan doa saya untuk suami sendiri. Baiknya Allah.. Selepas dari hari tu, Ain pun tahu hubungan mereka dah kant0i.

Tetapi suami still cakap dia tak boleh terus tinggalkan Ain. Mereka akan berkawan saja, tetapi masih mesej hari – hari, call setiap malam. Saya selalu tak boleh tidur, terjaga sebab panas hati sedar suami tengah call perempuan lain waktu itu.

Bila saya datang, saya cakap saya cemburu tak boleh hadap macam tu. Dia meng4muk, marah sangat. Dia tak pukuI saya tapi dia d3ra em0si saya. Dia pecahkan pintu dan barang. Tumbvk dinding. Dia marah sangat kalau saya tak tidur.

Dia cakap waktu malam sepatutnya saya tidur jadi dia dapat call Ain waktu tu saja. Waktu yang tak ganggu saya. Cuma rasa still tak patut, sebab apa pun alasan suami dan Ain mereka tak boleh bergaul macam tu. Hampir sebulan g4duh benda yang sama.

Suatu hari, masa kemuncak dia marah dia tinggalkan saya dan anak – anak dalam kereta. Saya takut nak naik ke rumah. Saya bawa anak – anak pergi ke rumah kakak ipar. Masa tu saya hati saya sedih sangat. Duit poket pun cukup – cukup je masa tu untuk naik train.

Saya hanya nak ada orang untuk dengar luahan hati saya masa tu. Bila dah malam, baru saya bagitau suami saya di sana. Dan dia datang ambil. Abang sulong dia nasihatkan tapi dia tak peduli. Balik dari sana, malam tu suami call Ain lagi.

Saya ke tandas, guna pregnancy test sebab lambat period. Alhamdulillah, positive. Tapi saya keliru campur risau. Takut sebab em0si saya sangat tak stabil, mengandung pula. Saya beritahu suami saya pregnant masa tu juga supaya Ain pun dengar.

Sebelum tidur, suami datang kat saya. Cakap mereka dah putus sebab Ain undur diri, tak mahu em0si saya terganggu. Saya rasa lega, suami pun nampak happy je buat keputusan tu demi saya dan baby. Keesokkannya, kejadian giIa berlaku.

Ain mesej suami cakap dia menyesal undur diri. Ain mesej saya juga minta untuk suami saya temankan dia macam biasa. Saya tak dapat nak bagi kebenaran. Ain ugvt suami nak bvnvh diri, ced3rakan diri. Lepas tu suami saya terus gelisah pujuk Ain tu balik.

Bila saya tak bagi, saya yang kena marah balik. Saya terp4ksa cakap kat Ain saya bagi, saya terp4ksa cakap saya maafkan walaupun hati saya kata tak.. B0dohnya saya tak berdaya apa – apa. Selepas saya pergi rumah ipar tu, hampir semua ahli keluarga suami menyokong saya dan marahkan perbuatan suami.

Tapi suami menyalahkan saya sebab buat dia rasa teruk. Suami marahkan keluarganya sendiri. Suami cakap saya licik, buat – buat macam b0doh tapi saya gamekan dia. Saya tak ada keluarga sendiri untuk mengadu. Saya hanya nak orang dengar luahan saya sebab saya dah em0si teruk.

Saya tak nak buat apa yang Allah larang seperti meny4kiti diri sendiri. Suami cakap dia tak boleh hidup tanpa saya sedangkan saya mesti boleh hidup tanpa dia. Ya, saya mungkin boleh sebab apa pun yang jadi saya mesti kuat demi anak – anak.

Saya tak faham kenapa suami perlu sangat saya sedangkan dia tak boleh tinggalkan Ain. Anggap hidupnya akan h4ncur jika hidup seperti Ain tidak pernah hadir. Disebabkan nak jaga em0si saya semasa saya mengandung.

Suami setkan masa Isnin – Khamis untuk mesej sahaja, Jumaat – Ahad Ain boleh call sampai pukuI berapa pagi pun. Saya rasa ok? Tak.. Tak happy pun. Suami cakap kalau Ain jumpa lelaki lain atau Ain pergi secara baik baru mereka putus.

Kalau putus sebab saya yang p4ksa, saya kena jadi seperti Ain. Kena temankan suami kerja sampai pagi, kena buktikan saya boleh buat apa – apa untuk cari duit. Saya tak mungkin boleh jadi macam Ain. Tambah komitmen sedangkan rumah tangga saya yang buat sendiri semua. Anak yang akan lahir lagi..

Kalau saya jadi robot je tak penat boleh la kan. Dia yang gamekan saya balik. Setakat ni, macam ni je la keadaan saya. Tak berubah apa – apa.. Hati je yang m4kin berubah. Saya rasa suami saya nars1stik, sebab tu saya tak mampu menang perbalahan kami. Entah la..

Ada sesiapa yang nak nasihatkan saya? Atau Ain? Sebab saya rasa Ain perlu pergi. Suami takkan lepaskan saya atau Ain melainkan Ain sendiri yang pergi. Anak – anak saya perIukan bapa mereka, begitu juga saya masih sayangkan suami saya. Cuma saya sekarang rasa tersepit, rasa dunia tak real.. Tolonglah saya. – Sha (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Hernieza Hashim : Konsep ego lelaki ni mudah : Dia nak pegi, biarkan dia pergi… Jangan peduli jangan kisah. Sebab lagi kisah dan peduli lagi kita s4kit hati. Selagi dikejar lagi menjadi. Tetapi bila kita dah tak kisah dan peduli. Dia akan iri hati dengan kita… Jadi.. Pedulilah diri sendiri… Sayang diri dan sayang anak – anak.

Hanim Berahim : Suami mampukan, sebab dia dah berangan nak kahwin 1 lagi. Mintak orang gaji, buat kerja rumah dan jaga anak. Awak baiki diri jadi isteri yang lebih baik. Mintak nafkah tambahan supaya boleh jadi simpanan kemudian hari dan modal cantikkan diri dan bagi suami tu tempoh setahun.

Kalau dia masih gatal nk berbini baru, bagi je. Awak prepare diri jadi lebih berdikari dan bekerja. Kalau boleh bertahan, keep up with it. Jangan lupa failkan tuntutan nafkah di mahkamah sebelum dia nikah 1 lagi. Kalau tak tahan.. berpisah.

Anak – anak tu bagi hak penjagaan kat laki awak. Bagi dia dan perempuan tu jaga. Mampu tak dia jadi manjah dan mengg0da macam masa bercinta. Masa tu baru masing – masing tahu langit tinggi ke rendah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.