Makcik s4kit dalam wad, sorang anak pun tak datang. Masa nurse mandikan makcik, makcik marah nurse. Aku terdiam

Pagi – pagi nurse tolong mandikan makcik sebab takde sorang pun anak yang datang. Walaupun bukan tugas hakiki nurse pon untuk mandikan pes4kit. Dalam tandas tu aku dengar makcik marah nurse kuat. Nurse terdiam…

#Foto sekadar haisan. Salam admin dan pembaca. Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan coretan aku. Intro ringkas, aku seorang wanita, berusia awal 30an. Telah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata. Bekerja dalam sektor kesihatan.

Bulan lepas, aku masuk wad sebab s4kit app3ndix bengkak sebab jangkitan kuman kat salah satu hospitaI universiti. HospitaI universiti ni best. Baru bukak, pes4kit pon tak ramai sangat. Paling best, government servant tak perlu bayar caj rawatan. Semua ditanggung kerajaan.

Jadi, hospitaI ni memang jadi tumpuan penjawat awam yang s4kit, tapi tak mahu beratur panjang kat zon kec3masan, selesa macam swasta, lepas tu free plak. Maka nikmat manakah yang kau dustakan wahai government servant sekalian.

Aku sebagai salah seorang penjawat awam yang mensyukuri nikmat tuhan, telah menyerahkan diri untuk dirawat di hospitaI ini. Alhamdulillah, proses kemasukan wad aku dipermudahkan. Maklumlah, hanya aku je pes4kit yang terpacak kat zon kec3masan masa tu. Ambil masa 3 jam untuk settle semua.

Kalau kat kec3masan hospitaI government, mungkin dah tersadai 10 jam, atau lebih. Tapi fair enough, patient diorang ada lebih kurang 100 orang dalam satu masa. Dalam ward, aku dapat 1 bilik yang boleh muatkan 4 orang pes4kit.

Masa aku masuk tu, memang dah ada seorang makcik dah 10 hari warded dalam tu. Lagi 2 katil masih kosong. Memang habit aku, kalau aku warded, aku jarang beramah mesra lebih – lebih dengan pes4kit lain. Sembang – sembang biasa tu adalah.

Bukannya sebab aku kekwat, tapi aku tak mau risik0 jangkitan silang antara aku dengan pes4kit lain dalam wad. Bayanglah, pes4kit sebelah ada kuman A, aku ada kuman B. Pastu aku pun sibuk beramah mesra, berkongsi barang dengan pes4kit sebeIah.

Last – last kitorang dua dapat kuman AB. Haa camtulah analogi dia. Tapi kalo patient lain s4kit sangat sampai minta tolong, aku ok je. Tolonglah selagi kudrat masih ada. Disebabkan aku sorang – sorang kebosanan, dan gegendang telinga aku masih boleh bergetar dengan bagus, so aku tau jugak la apa yang jadi kat makcik sebilik aku.

Makcik ni dah almost 70 years old. S4kit lutut sebab ada jangkitan kuman sampai tak boleh berjalan. At the same time, suspek ada k4nser usus. Aku tengok susuk badan dia sangat kurus. Itu serba ringkas tentang peny4kit dia.

Ada satu benda pasal makcik ni yang menarik minat aku, iaitu anak dia yang menjaga dia dalam wad. Hari first aku dalam wad, aku perhati anak perempuan dia sentiasa bersembang dengan dia. Butir bicara dia penuh dengan rasa kasih yang tidak bertepi pada ibunya.

“Mak, ni lydia (bukan nama sebenar). Mak ingat tak lydia ni. Mak kena ingat tau, ni satu – satunya anak bongsu mak. Lydia sayaang mak. Semua anak – anak mak sayang mak. Cepat – cepat sihat tau. Nanti balik kitorang masakkan sedap – sedap untuk mak tau!”

“Mak, lydia suapkan mak ya. Kita baca doa makan sama – sama ye. Bismillah..”

“Mak, lagi 30 minit masuk waktu isyak.. jom kita baca yasin. Lydia baca pelan – pelan, mak boleh ikut sekali ye..”

“Mak, waktu maghrib dah masuk.. maghrib berapa rakaat? Mak ingat tak? Tak ingat takpe. Maghrib ada 3 rakaat, cuba mak ulang balik.. 3 rakaat. Ok mak jom kita solat sama – sama.”

Dan aku dengar anak dia doa, supaya semua mereka satu keluarga dapat meniti titian sirat dengan lancar, dan semua dapat masuk ke syurga tanpa dihisab. Bunyi ikhlas doanya dari lubuk hati. Bukan seperti aku yang berdoa seperti menghafal skrip doa dari kecil, yang mungkin hanya membaca doa tanpa menghayati.

Nyaris je aku nak suruh anak pompuan makcik tu doakan untuk family aku sekali. Siss, boleh ke family aku nak join masuk syurga ngan family sis sekali tanpa dihisab? Hurm over pula aku ni. Helooo doalah sendiri. Ujarku kepada diri sendiri.

Pastu keesokan harinya, aku perasan akan ada lagi seorang anak datang pagi – pagi, untuk tolong mandikan makcik ni. Kiranya ada 2 orang la anak dia yang mandikan dia. Dengan penuh santun meminta nurse menyediakan peralatan yang sewajarnya untuk mandikan makcik tu dalam toilet dengan selesa. Allah sejuk hati tengok effort depa berdua ni.

Hasil persembangan aku dengan Lydia, dapatla aku simpulkan bahawa makcik tu ada 9 orang anak. Semua bergilir – gilir jaga makcik tu. Dan semuanya mempunyai perilaku yang serupa. Aduh makcik, sesungguhnya saye jeles.

Mohon share tips macam mana nak didik anak dengan outcome yang begitu fantastic. 2 hari telah menjelang dalam wad. Masuk hari ke 3, datanglah seorang pes4kit, usia 70 an juga. Berkat telinga capang aku yang berjaya menangkap bunyi, dapatlah aku tau bahawa makcik ni berjawatan tinggi dalam sektor kesihatan suatu ketika dahulu. Kini, dah selamat pencen.

Susah plak ada 2 makcik dalam cerita ni. Makcik first ni aku gelarkan makcik 1. Yang baru masuk ni makcik 2. Makcik 2 ni masuk sorang je, takde siapa yang iring. Nurse ada tanya, acik.. ada tak anak – anak yang jaga acik dalam wad nanti?

“Takde. Semua sibuk kerja. Aku pun dah nak m4ti dah!” Keras suaranya. Terkedu adik nurse tu. Aku yang kat katil sebeIah ni pun nak tersedak air liur. Aku dengar sikit – sikit passover nurse kat kawan dia. Makcik 2 tu ada kencing berd4rah dan ada Iuka kat belakang badan sebab baring lama sangat.

Jadi kena tukarkan posisi baring makcik 2 ni setiap 4 jam untuk elakkan Iuka m4kin teruk. Kalau nak tau, Iuka macam ni bukan calang – calang tau. Kalau tak dirawat awal, dia boleh sampai level yang busuk hitam bern4nah, kalau tersalah hidu boleh meresap masuk dalam mimpi korang dan terus mencetuskan nightmare. Ah gitu tahap horrible dia.

So, aku tengok badan makcik ni memang nampak lemah. Anak makcik 1 siap offer tanya makcik 2, kalau perIukan apa – apa bantuan, jangan segan – segan tanya. Dan baru dua jam makcik 2 tu dalam wad, dia menjerit. Sejuk!!!! Sejuk!!! Tutup aircond!!! Adikk cepat tutup aircond!!

Lydia pon panik ayam tutup aircond tu. Untuk pengetahuan korang, aircond kat bilik ni centralized. So memang 1 bilik punya aircond kena off. Itu belum lagi cerita dia panggil nurse hampir setiap jam untuk betulkan posisi bantal kat kepala dia.

Disebabkan takde langsung orang datang melawat makcik 2 sampai ke esok pagi, nurse decide untuk tolong mandikan dia kat toilet. Tapi aku dengar makcik 2 marah – marah nurse sebab makcik 2 nak mandi pakai water heater. Hadui acik ini bukanlah hotel.

Aku dengar je nurse tu cakap, “acik.. jomla sembang – sembang. Janganlah garang sangat.. takuuut saya tau hihi.” Makcik 2 baIas, “EH DIAMLA KAU!!” Terus tak dengar dah suara nurse tu dalam toilet. Dengar bunyi shower je.

Sedih agaknya diherdik makcik 2 sebegitu rupa. Dahla bukan tugas hakiki nurse tu pon untuk mandikan pes4kit. Patutnya tu adalah tanggungjawab w4ris pes4kit. Dalam pada tu, aircond masih lagi belum on. Aku yang waktu mula – mula warded terasa seperti ikan salmon di Alaska kini telah berubah menjadi sate ayam panggang di gurun sahara. Panas giIa berpeluh – peluh aku.

Aku dapat rasakan lydia pon rasakan benda yang sama. Aku tengok dia senyap – senyap on kan balik aircond tu kihkih. Tak sampai 10 minit, makcik 2 jerit suruh tutup aircond. Haduiii maka tahulah aku bahawa aku akan jadi sate panggang sampailah hari aku discharge.

Malam pun menjelma, jarum jam baru menunjukkan pukuI 9 malam, makcik 2 dah terpekik – pekik suruh tutup lampu sebab nak tidur. Lydia pon pasrah je tutup lampu bilik, padahal diorang baru nak solat isyak. Aku plak baru plan nak video call dengan anak – anak aku, cancel..

Lama – lama terkedip mata sengsorang, last – last aku pun tertidur.. Dan keesokannya aku bangun dalam keadaan terk3jut. “Tutup alarm tu!! Bisinglahh kacau orang nak tidur!!” Ok alarm aku berbunyik pukuI 6.30 pagi untuk k3jut subuh.

Ya Allah aku rasa aku bukan terbangun sebab bunyi alarm tu, tapi sebab kena sergah dengan makcik 2 tu. Fuh nyaris gugur jantung aku. Aku rasa cukuplah aku cerita tentang makcik 2 ni. Makcik 1 dan 2 ni, ibarat langit dan bumi, dan kisah mereka berlaku dalam dimensi waktu yang serentak.

Dan dua – dua membuat aku merenung dan berfikir, apakah nasib hari tua aku nanti. Sedih kalau anak – anak tak kisah kita s4kit bila umur – umur dah menghampiri m4ti kan. Hmm tak payah pikir jauh – jauh. Parents aku ni, kalau s4kit, mampu tak aku beri sepenuh perhatian pada diorang, dan mengejar syurga yang berbaki di bawah telapak kaki mereka?

Sungguh, 2 kisah yang berbeza ni, telah betul – betul membangkitkan jiwa aku. Balik dari ward, aku capai fon, dan aku terus dial.. “Assalamualaikum mak.. mak sihat? Saje call.. Along rindukan mak..” – L0ratadine binti D0pamine (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Que Ashiela : Syurga buat para ibu yang berjaya mendidik anak – anak soleh solehah. Bukan mudah mendidik anak – anak di zaman sekarang yang penuh c4baran. Ya Allah kurniakanlah kami anak – anak soleh solehah penyejuk hati dan mampu membawa kami bersama ke syurgaMu yang abadi. Al fatihah untuk mak Hajah Sharihat, mak Hajah Zainun, mak Hajah Salasiah. Moga syurga buat semua para ibu. Ameen

Rozanne Shah : Patutla anak – anak makcik no 2 tak datang jaga.. Sapa tahan kena herdik sepanjang hari huhu. Bole nampak beza didikan makck 1 n 2.. itula hasil anak – anak dorang. So jangan doa anak – anak treat kita baik je masa tua, doakan kita ni bole treat / didik anak – nak dengan baik sampai anak – anak nak jaga kita huhu

Faiz Aiman : Ini contoh konfesi yang wholesome. Cara penceritaan pun mudah faham. Latar tempat dan masa pun cantik. Watak dan perwatakan pun jelas. Macam ni la confession yang admin perlu promote.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.