Aku tak ada hak untuk rasa nak makan apapun, makanlah apa yang ada supaya tak lapar. Itulah hasil ajaran suami aku. Satu hari tu, aku tak masak. Aku tunggu suami bangun ajak makan roti canai. Dia pergi dapur, buka peti, ambik mi kuning. Dia baling mi dekat dinding..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Cerita aku ni cerita lama, tulis sekadar untuk meluah pada pembaca, untuk melepaskan rasa betapa b0dohnya aku waktu muda dulu. Betapa aku berpegang pada kata – kata bahawa, ‘syurga wanita itu ada pada suami’.
Kahwin dalam usia semuda 18 tahun, tahun 1980-an, dip4ksa oleh keluarga kerana kemiskinan. Maka bermulalah aku memegang title isteri pada seorang lelaki yang aku sifatkan ‘b0doh dan jahat’, tapi waktu itu dialah ‘raja’ bagi aku.
20 tahun perkahwinan, ganti nama aku pada dia adalah ‘heh’ ketika berdekatan dan ‘hoi’ kalau jarak tu jauh sikit. Mesralah sangat kan. Contoh ayat, “heh, heh, menatang Ni, dok wat gapo gak?” Tu bila Kita lambat melakukan arahan dia sebab sedang memasak atau sedang kat halaman rumah.
Hobi aku dengan pokok – pokok bunga kalau dah siap semua kerja dalam rumah. Nak berkasih sayang atau nak manja – manja? Masa mengandung anak pertama aku teringin sangat nak makan nasi lemak bungkus dalam daun pisang yang orang jual, akhirnya aku dapat makan bila usia kandungan aku dah nak masuk sembilan bulan.
Itu pun sebab mak suruh adik aku pergi beli kerana waktu tu aku dah balik kampung untuk bersalin kat kampung, anak pertama kan, maknanya apa tu? Maknanya jangan bermimpi la aku nak makan apa – apa ikut tekak aku.
Aku makan je apa yang suami aku nak makan. Selera aku, keinginan aku, mengidam aku? Pergi m4mpuslah! Itu cerita bab makan ya, bukan mula – mula kahwin je, tapi sepanjang masa perkahwinan selama 20 tahun, inilah yang aku hadap.
Bab s4kit pulak, awal mengandung anak pertama, s4kit kepala, loya dan lain orang, lain simpton masa mengandung tu. Memang aku kena hadap la, tak terkecuali. Bila dah s4kit kepala sangat, aku akan menangis teresak – esak sebab tak tahan, apa yang aku akan dapat?
‘Bosanla b0doh, b4ngang, aku nak tidolah b0doh!!!’ Satu hari tu dia baling sepapan Panadol pada aku dan cakap, ‘Makan Ni, jerit sokmo, aku nak tido pun tak boleh, baso b0do!!’ Dan Bila balik kampung, sebelum apa – apa dia mengadu pada mak aku..
“Mak, dia ni mengandung s4kit kepala Makan Panadol, orang larang tak dengar.” Maka mak aku pun start la bebel kat aku, tak boleh Makan panadol masa mengandung. Lepaslah dia dari rasa takut. Dia takut aku mengadu jadi dia awal – awal mengadu dulu kat mak aku. Hebatkan bekas laki aku tu.
Bila aku mengandung lagi anak yang kedua dan seterusnya (anak aku 4 orang), aku tak lagi mengidam sampai mak aku cakap, peliknya aku mengandung tapi takde teringin nak makan apa – apa. Sebenarnya mak aku tak tau, aku tak mengidam sebab aku tau, mengidam ke tak mengidam ke, aku tak ada hak untuk rasa nak makan apapun, makanla apa yang ada supaya tak lapar. Itulah aku hasil ajaran suami aku.
Aku juga tak pernah s4kit apapun sebab aku boleh telan Panadol sampai 5 biji sekali telan. Kalau rasa s4kit tu akan buat aku lembik tak boleh buat kerja macam biasa, yang aku tau, aku kena sihat, rumah kena kemas, makanan kena tersedia setiap waktu makan, pagi, tengahari, petang dan malam.
Pernah aku dah bosan sangat dan dah jemu makan pagi nasi lemak, nasi goreng, mi goreng, mihun goreng, mi lidi goreng. Untuk pengetahuan pembacan, aku kahwin muda, aku pandai masak yang basic sahaja sebab masa bersekolah dulu, aku duduk di asrama.
Ok balik pada cerita, hari tu aku tak buat sarapan haritu, dah kemas rumah semua, anak – anak semua dah mandi, tunggu sang raja bangun dari tidur. Bila dia turun je dari tingkat atas nak bersarapan, aku dengan takut cakap dekat suami, ‘tak buat sarapan lagi ni, sero Nak Makan roti canaila.’
Maka dia pun terus pergi ke dapur, buka peti, ambik mi kuning yang ada dalam peti (Stok bahan mentah kami sentiasa cukup dan mewah la buat masa tu sebab bab ni dia akan pastikan semua lengkap sentiasa) dan mi tu dia baling ke dinding, ‘nak Makan roti canai konon, nah Ni roti canai!!’
Fahamkan apa yang aku lalui sebab kalau nak bercerita, sebut bab apa pun aku akan ada kenangan ‘siaI’ dengan bekas suami aku ni.. Bukanlah maknanya apa yang aku masak tu dia akan makan dengan tenang dan dipuji – puji.
Jangan mimpilah, sup aku je dia boleh komen, ‘kurang kulit kayu Manis!!’ Ha, korang boleh bayangkan tak betapa hebatnya tekak bekas laki aku tu, kulit kayu manis dalam sup pun dia boleh tau kurang atau lebih weh. Kalau makanan lain jangan ceritalah dia punya komen tu, sampaikan aku masak pengat pisang, mangkuk pengat tu boleh berjoget – joget atas meja makan sambil dia cakap, “pengat ko Siro Ni? Pengat ko Siro Ni?
Bila puas dia joget – jogetkan mangkuk tu. Dia tarik mangkuk tu dan makan, lepas tu boleh tanya, ‘ada lagi? tambah sikit lagi!!’ Haha.. kisah dulu tu, kalau sekarang mau mangkuk tu berjoget atas kepala dia kut.. Sama jugak Bila aku rebus tulang (favorite dia ni makan sup atau singgang tulang lembu, tiap minggu wajib).
Masa rebus tulang tu mengelegak atas dapur, dia akan masuk tanya,
‘kau dah buh garam?’
‘belum’
‘baso B0do, tak buh garam lagi gelegak setaro Ni, Nak sero gapo nanti, Tak sedap la b0do’
Aku terkulat – kulat jela, sebab aku memang tak pernah diajar memasak sebelum kahwin, Tapi bila rebus tulang selepas tu, sebelum letak atas dapur aku dah buh garam siap – siap, pandaikan aku. Nanti belum menggelegak dia dah masuk dapur. Dia tengok tulang tu atas dapur dia akan tanya soalan yang sama,
‘kau dah boh garam?’
‘dah, tadi lagi,’ dengan bangga ingat akan kena puji.. hehe
‘baso B0do, awal – awal boh garam dah, lagu ni gak, habis so tong gas pun tak pok pok (empuk) daging ni, boleh tahan rebus la. Menatang beng0ng!!
Aku? Terkulat – kulat jugak dengan b0dohnya sebab aku sero sebelum ni dia marah buh lambat, mmmm…
Aku b0doh? Bekas suami aku ni sentiasa keluar masuk dapur setiap kali waktu masak, Sampai aku mengigil – gigil nak letak bahan masakan waktu dia ada sebab aku tau aku mesti akan kena marah. Memang aku jadi macam b0doh campur baik sangat – sangat sebab aku dip4ksa kahwin oleh mak aku.
Ayah aku meninggaI masa aku SPM. Sebaik balik jedari asrama, mak aku tak nak aku sekolah dah sebab kami miskin. Aku meIawan tak nak kahwin, mak aku pergi ambik air 7 kolah masjid dan suruh orang pandai doakan atau b0moh atau apa – apa la supaya aku jadi mengikut dan tak meIawan.
Mustajab weh, memang aku tak jadi diri aku dah masa tu. Kalau kena kahwin dengan orang lagi teruk pun aku yakin aku ikut je jugak. Cerita aku ni sebenarnya panjang sangat – sangat kalau nak tulis, tapi ni nak nak kena stop dulu, ada kerja.
Kalau admin luluskan nanti aku sambung, kalau tak lulus pun takpela, sebab huruf besar kecik tu aku malas nak betulkan, fon auto setting kut. Maklumlah aku ni dah makcik – makcik dah pun sekarang, anak – anak pun semua dah kerja. Tengoklah, kalau keluar cerita ni mungkin aku sambung lain kali. Kalau tak pun, tak apalah..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.