Aku berg4duh dengan suami, dia lari dari rumah. PukuI 3 pagi polis datang angkut aku pergi balai. Tangan aku bergari

Meraung menangis dorang semua nampak aku dengan tangan bergari ke belakang turun dari truck polis. Sampai mahkamah turun lori suami terus peIuk aku dan bisik kat telinga aku “Jangan mengaku salah depan hakim.”

#Foto sekadar hiasan. Saja nak share pengalaman aku berkahwin selama 20 tahun. Aku cerita secara ringkas dan padat ya. Kami berkahwin di usia muda masing – masing awal 20an. Perkenalan singkat tak sampai setahun. Saling mengenali sebab duduk di kawasan berdekatan.

Di awal perkenalan pon dah banyak red flag dari aku dan suami. Tapi sebab cinta buta kan terus kan jugak atas desakan mak bapak masing – masing sebab selalu keluar malam balik lambat. Suami aku ni mula – mula kenal dia memang rajin bekerja.

Dia kerja dengan family dia. Tapi lepas – lepas kahwin dia jadi malas kerja sebab silap aku jugak dah ajar bayarkan makan minum dan lain – lain. Masa tu gaji aku kira sedap jugak lah keje retail basic, commision dan ot bulanan 3k – 4k sebulan kira banyak lah kalau dalam 15 – 20 tahun dulu.

Selepas 2 minggu kita berkahwin suami aku dah lari rumah 2 minggu. Sebabkan berg4duh. Benda remeh je pon. Tu lah sikap dia semenjak kenal memang eg0 kalau berg4duh mesti hilang kan diri berhari – hari. Call tak angkat cari memang tak jumpa lah.

Kami ni kalau berg4duh kaki tangan semua naik dia ke aku ke sama je. Tapi aku ni cepat cool. Nampak terhegeh – hegeh la aku yang pergi memujuk dia. Sebab tu per4ngai ego dia naik kepala. G4duh ni jadi makanan ruji kami.

Sampai anak pertama kami baru lahir kami berg4duh dan macam biasa dia lari jugak hilang seminggu. Sampai betul hati dia anak masih merah lagi time tu. Ada 1 masa tu. Anak aku umur dalam 1 – 2 tahun lebih aku berg4duh besar dengan dia.

Aku dah geram sangat aku pergi dapur. Aku dah tak fikir apa. Panjang dalam 20 cm keced3raan dia agak teruk doktor kata sikit lagi kaki boleh lumpuh. Masa tu aku speechless dia terus keluar rumah tak tau pergi mana. Malam esoknya polis mai ketuk rumah aku pukuI 3 pagi. Kena angkut pergi balai.

Bapak aku datang nak settle tak boleh sebab melibatkan senj4ta t4jam. Aku kena tahan reman 3 hari. Allah sedihnya tulis pon bergenang air mata teringat anak kecik lagi kat rumah. Dalam lokap pegawai dalam tu baik – baik, dia tau aku masuk sebab kes rumah tangga.

Pegawai polis tu (perempuan) boleh borak – borak duduk depan sel aku kita sembang – sembang sambil curhat. Pegawai polis tu cakap mungkin 2 – 3 hari awak lepas la ni sebab bukan kes jen4yah besar pon. Hari ke 2 di tahan aku boleh berjumpa semua family.

Saud4ra – saud4ra aku dan keluarga mertua. Meraung – raung menangis dorang semua nampak aku dengan tangan bergari ke belakang turun dari truck polis. Hari terakhir aku nak ke mahkamah bicara. Naik truck polis boleh pulak naik sekali dengan budak – budak area kawasan rumah aku. (Tak tau kes apa malas aku nak tanya) ya Allah malu nya lah time tu.

Mesti kecoh la nanti kat makcik – makcik bawang rumah aku. Sampai je kat belakang mahkamah turun lori suami aku terus peIuk aku dan bisik kat telinga aku “Jangan mengaku salah depan hakim.” Lepas tu terus IO kes aku tolak laki aku cakap jangan dekat atau pegang OKT.

Dipendekkan cerita aku dilepaskan tanpa bebas oleh mahkamah. Suami aku terp4ksa buat report polis sebab hospitaI tak nak rawat kalau takde polis report. So nak tak nak laki aku memang kena report dulu. (Iuka tu kena 23 jahitan)

Tahun ke 3 berkahwin kami diuji lagi sebab per4ngai masing – masing tak berubah – berubah asek g4duh g4duh dan g4duh. Terjadi lah penceraian. Bawak ke mahkamah hakim sah kan jatuh taIak 3 sebab salah aku time tu pr0voke dia suruh lafaz taIak 3.

Suami keluar rumah duduk sendiri tapi kami masih berhubung seperti biasa hingga ke 6 tahun lamanya. Anak pon dah masuk 9 tahun. Kami masing – masing ada lah try berkawan – kawan dengan orang baru time berg4duh tu tapi tak lama berbaik balik.

Kami masih seperti itu jugak lah berg4duh dan berg4duh. Mak bapak masing – masing dah berbuih nasihat macam – macam untuk pisah terus jangan berhubung balik tapi kami masing – masing degil dan masih sayang. Sampai 1 masa kami decide untuk buat “Cina buta” kami plan saya tep4ksa nikah di pejabat agama dengan kenalan suami selama 4 bulan tapi tidak duduk sekali.

(Hanya bersama sekali sahaja) lepas iddah kami berkahwin semula. Dan lahir anak ke-2. Tapi tu lah kami tetap tidak berubah masih juga berg4duh dan suami masih lari dari rumah bila kami berg4duh. Malas keje. Tambah lagi per4ngai baru kaki jvdi mesin.

Berhutang al0ng sampai along cari dekat rumah sebab pakai nama saya. Tipu pinjam duit orang sana sini tapi tu lah sebab sayang sanggup saya jadi b0doh bertahan. Sampai 1 tahap saya dah puas menangis 10 tahun saya bertahan. Saya puas s4kit hati bagai nak giIa.

Habis rumah h4ncur bila kami berg4duh. Sampai bila nak macam ni. Anak dah masuk 2. Tah mana saya dapat semangat tekad nak hidup sendiri. Saya tak pujuk dia tak cari dia dah. Saya buat keras hati saya blok no dia semua saya tukar kunci mangga rumah.

Sebab selalu time saya pergi keje dia curi – curi balik rumah mandi dan salin baju. 3 bulan kami tak berhubung langsung. Tiba – tiba dia datang pulak merayu mintak maaf ketuk pintu malam – malam nak masuk rumah katanya rindu anak – anak.

Kita biasa lah perempuan lemahhh dengan pujuk rayu. Lepas pada tu kami duduk berbincang hati ke hati tanya masing – masing masih sayang atau tidak. Berjanji sama – sama berubah. Saya carikan kerja yang sesuai dengan jiwa dia.

Alhamdulillah. Selepas dari kesusahan dan ujian tu kami akhirnya berjaya keluar dari hutang berpuluh ribu angkara suami berjvdi. Kami merasa beli rumah 2 tingkat. Kereta. Motor dan aset – aset yang suami dan saya sendiri pasti kami tak akan mampu miliki sampai bila – bila.

Tapi Allah permudahkan semua nya. Izin kan semuanya. Alhamdulillah suami dah berubah kami pon sudah tidak berg4duh teruk lagi. Anak sulung saya pon dah habis sekolah dan alhamdulillah dia yang menyaksikan dan melalui bersama – sama saya segala ujian.

Menjadi anak yang sangat berdikari tak pernah menyusahkan saya dan bapaknya. Kuat bekerja cari duit sendiri. Tak pernah meminta – minta. Mak ayah saya dan keluarga mertua sangat baik dan membantu kami ketika kami susah dulu.

Kepada pasangan yang di luar sana. Tidak ada tips atau nasihat untuk saya beri. Jalani lah kehidupan kita semana yang kita mampu bertahan. Tidak perlu membandingkan kehidupan kita dengan sesiapa sebab lain orang lain ceritanya.

Mana yang baik jadi kan tauladan. Mana yang buruk jadi kan sempadan. Salam Ramadhan buat semua semoga kita berbahagia dengan cara masing – masing. – Si Inang (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Rimuru Tempe ST : Aku teringin nak tahu mental anak dia macam mana. Dia laki bini okay la, cinta kan. Masing – masing pun sama – sama benak ubi. Tapi anak dia, respect betul lah boleh hidup dengan parents problem4tic macam ni. Kecik lagi pula tu.

Siti Haura Sahbudin : Sedikit pendapat – bila dah tahu dua – dua adalah masalah mengawal kemarahan, sepatutnya pergi kaunseling untuk belajar anger management. Kesian anak – anak – ini sebenarnya salah satu bentuk childhood tr4uma yang dia akan bawa sehingga dewasa. Childhood tr4uma juga salah satu faktor menyebabkan mental iIIness. Semoga anak TT dielakkan dari perkara ini

Norain Noordin : Satu je kesian anak – anak. Yang sulung ye mampu berdikari tak nak susahkan mak bapak sebab dia nampak sendiri t0xic environment bersama ibu bapanya dan mungkin sedang rancang nak hidup sendiri. Jangan dia tr4uma untuk berkahwin sudah.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.