Mak dan abah g4duh sebab abah lebihkan isteri pertama. Abah lari tak balik rumah selama 9bulan. Lepas 9 bulan rupanya abah kahwin baru dengan isteri ketiga. Lengkaplah kifarah mak aku. Kes4kitan isteri pertama pun dia rasa. Kes4kitan siksa jadi kedua pun dia rasa…
#Foto sekadar hiasan. Aku yang tulis cerita ni, tapi ni cerita mak aku dan aku cerita berdasarkan apa yang mata kasar aku nampak dan apa yang telinga aku dengar. Aku harap mana – mana perempuan yang ada niat untuk menjadi isteri kedua please la batalkan niat tu.
Tak ke mana pun korang nanti. Takkan berpisah dengan rasa s4kit, walaupun tak ses4kit macam nombor satu tapi korang tetap akan s4kit dan s4kit korang tu kemungkinan akan berlanjutan hingga hari tua, kalau ikutkan mata kasar aku.
Yes, yang kedua akan rasa s4kit dalam tempoh masa yang panjang berbanding nombor satu. Kenapa? Ni aku nak cerita ni. Mak ayah aku bercerai masa sekolah tadika dan semestinya dah lama berbelas tahun dah. Lepas diorang bercerai ayah aku kahwin lain mak aku pun kahwin lain tapi mak aku ni lain sangat.
Mak aku kahwin dengan laki orang yang sekarang ni dah jadi abah tiri aku berbelas tahun lamanya.. Mak aku jadi yang kedua. Kenapa mak aku kahwin dengan laki orang? Sebab cinta lama di bangku sekolah berputik kembali setelah sekian lama bertemu balik di pasar pagi.
Sejujurnya kalau masa tu aku dah umur aku yang sekarang aku akan tentang habis – habisan tapi apakan daya masa tu aku dan adik beradik aku masih budak kecik yang taktau apa – apa. Masa mula – mula mak aku kahwin dalam 2 ke 3 tahun macam tu kot aku nampak mak aku macam isteri yang perasaannya normal.
Walau abah balik 2 minggu sekali mak nampak okay ja macam isteri yang suaminya hanya pergi kerja dan balik ke rumah. Lepas ja dari tahun tu baru la aku nampak bahana jadi yang kedua ni. Mak abah selalu berg4duh sebab mama Y (first wife abah) selalu ada saja nak kacaunya bila abah balik rumah mak dan abah pulak dengan sendiri kadangnya aku nampak aku nampak abah u utamakan first family dia dari kami sangat jelas.
Kalau time raya lagiIah pernah jadi tau pagi raya hilang macamtu ja pegi dekat family first tanpa bagitau kat mak. Kesian kat adik kecik aku (anak mak dan abah ) dah la jarang jumpa abah.. Abah pulak macam tu. Pernah mak dan abah g4duh pasal isu abah berat sebeIah sampaikan abah tak balik rumah mak dalam 9 bulan.
9 bulan tu kalau pendek bagi korang.. Jangka pendek tulah neraka bagi aku dan adik beradik aku. Kenapa? Kami yang jadi saksi mak menangis bagaikan budak kecik dan kami jugak lah jadi m4ngsa lepas kemarahan mak. Mak jadi mak yang pemarah.
Kadang – kadang silap sikit macam isunya besar memang ner4ka aku rasa time tu masa tulah jugak kami tahu yang selama ni aku sangkakan mak okay. Rupanya mak sedang menahan rasa s4kit walau s4kit tu mak sendiri jemput tapi s4kit tetap s4kit.. Dan semestinya bila dah jadi g4duh tu tandanya mak dah tak tahan
Lepas 9 bulan abah balik rumah mak aku ingat keadaan akan okay dan abah pun akan layan la isteri sama adil rupanya aku silap. Abah aku punya per4ngai ni berepisod rupanya mak aku memang makan hati dengan abah aku.
Kami pernah plan nak bercuti ke langkawi tapi last minute abah tak boleh pergi katanya ada urusan tapi sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Rupanya abah pegi holiday dengan family first dia. Huhu h4ncurr siott hati mak aku dengan aku – aku sekali h4ncurrr time tuu.
Dan yang terkini berlaku tahun lepas kantoi abah aku kahwin lagi untuk kali ketiga jadi lengkaplah kes4kitan mak aku.. Kes4kitan wife pertama pun dia rasa… Kes4kitan siksa jadi kedua pun dia rasa. Setelah apa yang terjadi kenapa mak aku tak bercerai?
Ada dua sebab yang pertama sebab adik aku.. Mak aku terlalu takut adik aku sedih walaupun dia jarang jumpa abah tapi dia tetap sayang. Pernah ditanya kat adik aku… Boleh ke kalau mak abah cerai? Adik aku berumur 9 tahun dan dia nangis dan dia cakap tak nak dan semestinya dia paham maksud cerai tu. Sebab kedua ialah mak aku sayang abah aku… That’s it.
Sehingga kini bulan 11 2023 mak aku masih s4kit dengan per4ngai abah yang tak pernah berubah. Hasil dari s4kit tu mak aku sekarang s4kit jantung sebab terlampau str3ss. Macam aku kata per4ngai abah ni berepisod jadi paham – paham lah.
Mak aku cuba terima yang pernah abah tetap akan macam tu… Tapi penerimaan tu pun tetap s4kit kan? Sebab mak aku sayang dan pada mulanya mak aku yakin dan percaya abah aku boleh bahagi kasih sayang dan masa sama rata.. Tapi tulahh mak aku silap.
Sekian cerita dari aku.. Korang jangan nak kecam mak aku eaa.. Mak aku pun dah tua.. Dah dapat baIasan pun plus mak aku pun dah sedar kalau kalau ini kifarah untuk dia. – Fa (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Siti Situ Sana Sini : Susah nak adil sebenarnya. Ada 2 pun tak adil, pi tambah Jadi 3.. menjawab la.. Suruh mak buat aktiviti menanam bunga, bersenam, pergi kelas agama atau apa – apa sahaja supaya tak terlalu str3ss. Awak pun dah besar, cuba bagi sokongan dan kekuatan pada mak.
Mawar Rosemerah : Patut syukur lah ada suami ada anak baru tak puas hati kepada suami jangan lepaskan kepada anak – anak. Kasihan anak – anak yang tak bersalah dan kasihan juga kepada isteri kedua lain kena tempias. Banyak lagi isteri kedua lain bahagia.
Mak tt tu nak bercerai pun dah tua. Terima sajaIah seadanya… anak – anak dah besar, nak berjalan mana – mana, bercuti ke, jalan saja bersama anak – anak tt pun dah besar. Bahagiakanlah ibu tt.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.