Suami aku bekas banduan. Dia masuk penjara atas sebab kesalahan s4mun, selama beberapa tahun. Aku takut, aku rasa nak lari tapi aku dah sayang. Aku tak mampu. Lepas kahwin aku tahu hal sebenar…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Nama aku Suzuki. Entah kenapa tiba – tiba aku rasa nak cerita pasal kisah suami aku kat sini. Aku asyik nampak kisah pasal suami yang jahat dan busuk je kat sini. Jadi aku rasa terpanggil nak cite pasal seorang suami yang lain sikit. Bukan nak bangga, jauh sekali nak sugarcoat.
Ini sekadar penceritaan sebuah pengalaman yang tak semua orang dapat rasa dan kalau boleh taknak lah kita rasa. Anggaplah korang tengah membaca sebuah dokumentari. Yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan teladan.
Aku namakan suami aku Panasonic. Dia bekas banduan. Dia masuk penjara atas sebab kesalahan s4mun, selama beberapa tahun semasa usianya lewat remaja. Jadi sebelum kahwin dengan aku, dia dah berterus terang tentang kisah silam dia.
Aku pada awalnya rasa cuak jugak. Rasa macam nak lari pun ada tapi disebabkan aku nampak keikhlasan dia berubah tu aku terima. Aku pun dah sayang sangat dia masa tu. Selepas keluar penjara, dia direkomenkan oleh kawannya untuk kerja di sebuah kilang.
Alhamdulillah sampai sekarang masih kerja dengan baik. Malah dapat anugerah pekerja cemerlang lagi. Jadi lepas kawen, Panasonic ni selalu lah cerita dekat aku pengalaman dia kat ‘dalam’ sana. Aku pun jenis banyak tanya dan suka dengar.
Aku suka dengar pengalaman yang jarang didedahkan orang. Kitorang pulak jenis tak berahsia. Jadi Panasonic ni memang tak segan bercerita dengan aku. Apa yang aku cerita ni mungkin ada silap sikit kat mana – mana tau sebab aku pun takde catat masa dia cerita tu. Mungkin ada detail yang aku silap.
Sebelum di’posting’kan ke penjara tetap, kalau tak silap aku suami aku ada cite, banduan baru ni akan diasingkan selama beberapa hari dulu kat satu tempat ni. Aku tak pasti tempat apa tapi dalam kawasan polis jugaklah kot tapi diorang kat situ diberi minum susu hari – hari untuk bagi hilang ket4gihan d4dah atau ais.
Lepas dah dapat posting kat penjara mana, barulah mula kehidupan Panasonic sebagai banduan. Hari pertama katanya tak lalu makan langsung. Tray makanan tu berdaki giler dan ada satu bau katanye. Haha.. “Abang tak lapar ke ?” Tanya aku.
Lapar, tapi takde selera. Sampai lah hari ketiga barulah rasa geli tengok tray tu hilang. Masa tu memang lapar dan makan je apa orang kasi. Makanan tu dimasak oleh banduan jugak. Banduan ni ada kerja masing – masing dalam tu. Dan dapat upah tau!
Macam Panasonic, dia kerja mesin rumput. Dapat upah sehari berapa puluh sen entah. Lupa.. Kiranya banduan bukanlah duduk saja dalam tu. Mereka ni produktif jugak. Tapi kan, kelakar bila Panasonic cite pasal makanan.
Makanan yang selalu dapat ialah ikan jaket yang besar – besar dan keras nam4mpus. Lepas tu, dia pernah makan bubur kanji ulat. Dia makan dah bersudu – sudu baru dia perasan ada ulat banyak. Mungkin ulat beras.
“Dah tu abang tak makan la?” Tanya aku. Takla. Buang ulat je. Bubur tu makan jugak. Lapar kan. Katanya. Hahaha. Mengekek je aku ni dengar. Sejenis aku ni, aku suka bertanya. Contoh dia baru lepas ber4k, aku akan tanya dia, dulu kat dalam tandas nya macam mana eh?
Tapi mujur Panasonic ni sabar je. Layan je aku. Tandas dalam sel masing – masing lah. Takde pintu. Hanya dipisahkan oleh dinding sekerat. Kiranya kalau kau sedang ber4k, orang boleh nampak kepala kau. “Bau busuk tak bang?”
Giler tak bau? Bau lah ! Tapi dah biasa.. “Eeeii !” Kata aku. Mengusik. Haha. Satu sel empat orang. Tapi ikut pada penjara jugak. Ada yang enam orang. Jadi macam – macamlah gelagat dalam tu. Aku ada tanya, pernah tak duduk dengan pembvnvh?
Dia cakap ada. Orang sabah kalau tak silap. Badannya bertatu penuh. Banyak kali tengah tido, dia bangun mengejut dan terduduk sambil tercungap – cungap. Terk3jut laki aku yang tido sebeIah. Dah kenapa ? Katanya dia selalu mimpi buruk. Mungkin tr4uma sebab kejadian lalu.
“Mesti h4ntu orang yang dia bvnvh tu mengh4ntui dia kan bang? Padan muka!”
“Mandai je kau..” Kata Panasonic kat aku.
Banduan ni dalam movie macam ganas je kan? G4duh – g4duh, tumbvk – tumbvk. Tapi Panasonic cakap, takde lah sangat pun. Kalau semua buat hal masing – masing takda apa pun.. Cuma ada la satu dua trick untuk hidup dalam tu.
Tapi ada satu benda yang betul digambarkan dalam movie. Duit dalam ‘punggvng’ (Bahasa berlapik). “Serius la bang?” Tanya aku. Iye. Banduan pun guna duit jugak tau. Selalunya untuk beli r0kok ke, megi ke, atau apa – apa lah barang yang boleh dibawa masuk.
Tapi bukan barang yang merb4haya lah. R0kok tu seludup la selalunya. Seludup oleh siapa?? Aku rasa korang boleh faham sendiri kot. Klu nya, ‘orang dalam’. Duit tu digulung sekecik yang mungkin. Letak dalam plastik, dan telan.
Itu je cara nak simpan dengan selamat. Mana ada dompet. Nak guna, kena tunggu waktu buang air besar. Taknak guna, telan balik. Aku terkedu.. Tak sangka benda tu betul wujud rupanya. Ingatkan dalam movie je. Maaf kalau penceritaan aku ni agak menggelikan.
Patut lah aku nampak suami aku ni seorang yang tenang dan cepat bersyukur. Kadang – kadang tu kalau aku masak tak sedap, dia makan je. Sebab pengalaman mematangkan dia. Mental dia sangat kuat berbanding aku yang manja.
Katanya dia pernah diletakkan di sel asing selama seminggu (atau lebih kalau tak silap). Bayangkan berhari – hari tak bercakap dengan manusia langsung. Hanya mengadap dinding dan cahaya yang samar – samar. Kalau aku mungkin dah giIa berborak dengan pintu besi.
Alhamdulillah Panasonic ni berubah dengan total. Sejujurnya aku rasa, dialah antara orang yang paling jujur aku pernah jumpa. Amanah dalam menjaga hak orang. Sungguhpun dulu dia seorang yang jahat. Tapi dengan izin dan rahmat Allah siapa sangka dia sekarang bole jadi seorang suami dan bapa yang sangat bertanggungjawab.
Aku sentiasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan jodoh yang tepat untuk aku. Aku tidak memandang kisah silam dia. Kerana syurga itu juga penuh dengan bekas pend0sa. Dah panjang cerita aku ni. Aku tak nak syok sendiri.
Kalau dapat sambutan, aku akan sambung di next entri pasal peny4kit kulit di penjara dan perkara aneh yang banduan buat untuk hilangkan bosan. Kalau takda yang bertanya atau tertarik, cukup sampai di sini. Terima kasih sudi baca. – Suzuki Daiken (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Assalamualaikum semua. Suzuki sini. Terima kasih atas sambutan di entri yang sebelum ni. Aku ingatkan takde yang suka. Tak sangka ramai yang berminat nak tahu pasal pengalaman first-hand di penjara.
Baiklah, aku sambung. Sebelum tu aku nak perkemaskan sedikit info yang agak kurang jelas di entri sebelum ni. Duit yang ditelan tu, banduan bukan dapat dari gaji kerja diorang ye. Gaji tu diorang hanya akan dapat bila dah bebas.
Duit ‘gulung’ tu sebenarnya banduan dapat bila diorang ada sebutan di mahkamah. Duit ni w4ris yang bagi. Duit ‘gulung’ ni tak lain tak bukan hanya untuk membeli tembakau saja kat dalam penjara nanti. Dalam penjara, tembakau ialah matawang. Haha.
Apabila banduan balik dari mahkamah, mereka akan diasingkan dulu selama 7 hari di blok lain. Hal ini untuk elakkan mereka membawa benda terlarang (d4dah, handphone, tembakau dan lain – lain) ke dalam penjara. Sebab dekat checkpoint penjara nanti, UKP (unit kawalan penjara) akan check semua benda terutamanya dubvr kau.
Banduan akan mencangkung b0gel atas kamera dan UKP akan suluh tengok ada apa dalam dubvr. Sebab tu waktu ni, duit takleh masuk kot bawah. Kena telan. Jadi, dari situlah asal usulnya duit ‘gulung’ tersebut. Jelas ye? Haha.
Kenapa tembakau, bukan r0kok? Sebab tembakau jimat dan tahan lama. Boleh guna sikit – sikit.. diorang gulung tembakau tu dalam kertas panjang dan share sama – sama dalam sel. Panasonic cakap, kau hisap sambil di kelilingi ramai orang yang tengah tunggu turn. Dapat lah 2, 3 pam. Hahaha.
Oh ya, kalau ada spotcheck, tembakau ni akan disumbat kot ‘bawah’ setelah di sealed dalam plastik. Korang tahu, benda paling tak masuk akal suami aku nampak orang sumbat ialah handphone nokia 3310. Hahahaha. Berdekah aku.
Panasonic di tempatkan di dua penjara. Penjara pertamanya di Johor. Penjara tu macam tempat jiin bertend4ng laki aku cakap. Menggerunkan dan fasilitinya daif. Masuk je situ, belum pape dah kena dulu dengan UKP. UKP ni memang garang – garang laki aku cakap.
Kalau ada perg4duhan antara banduan (jarang – jarang), UKP ni la yang turun dengan cota. Siapa yang g4duh, akan di tempatkan di sel asing. Sebijik macam dalam movie, sel asing kat Johor ni memang sempit, kotor, dan gelap. C
uma ada lubang untuk kasi makanan je. Ber4k dalam baldi tau. Nanti pagi baru keluar pergi buang t4ik. Pastu masuk sel semula. Memang ngeri la sape yang kena. Kalau ada perg4duhan, semua sel kena denda. Sel tak akan dibuka untuk riadah selama 14 hari ikut budi bicara warden. Duduklah pishang dalam sel masing – masing.
Penjara kat Johor ni agak kurang sikit kemudahannya. Selimut busuk dan hapak giIa. Waktu ni lah Panasonic kena peny4kit kudiis buta kat kaki. S4kit ya amat dia cakap. Nak jalan pun s4kit. Ramai orang kena peny4kit ni. Banduan diberi kebenaran jumpa doktor sekali dalam seminggu.
Panasonic dapat ubat ‘bedak sejuk’ dan ubat cuci d4rah. Alhamdulillah dia sembuh. Tapi memang siksa dia cakap. Bern4nah habis macam orang kena aiids. Dekat penjara situlah yang dia makan bubur ulat tu. Hygiene kat situ agak kurang. Sebab tu peny4kit mudah merebak.
Bila sebut pasal makanan, rasa kelakar dan kesian. Makanan dalam tu memang takde rasa langsung laki aku kata. Sedap lagi makanan hospitaI. Patutlah Bainun boleh kurus walaupun diorang diberi makan enam kali sehari tau.
Bubur kanji tawar macam makan nasi kosong. Ikan takde rasa. Sawi ada ulat. Sebab tu banduan kebanyakan akan beli megi, gula, milo di koperasi penjara (yang ni beli secara legal melalui sistem koperasi penjara). Pakai perencah megi untuk sedapkan sikit.
Sampai sekarang, Panasonic kalau makan bubur kanji, dia akan makan dengan megi! Sumpah aneh. Haha. Aku ni ngekek je tengok. “Kat dalam tu cabai melaka ialah benda rare tau. Macam emas”, kata Panasonic. Kalau nak cabai, pergi mintak kat banduan tukang masak, tapi pengerasnya ialah tembakau. Hihihi.
“Untunglah sape yang kerja masak kat situ kan?” Tanya aku. Iye untung. Tapi selalunya golongan yang dah lama ada situ. Banduan yang kolar biru kalau tak silap lah. Diorang boleh lah curi makan sedap sikit. Banduan ni sebenarnya waktu riadah boleh je keluar main takraw ke, tengok tv, baca novel dan sebagainya. Tapi ada waktunya.
Sebelum senja semua dah kena masuk sel semula sebab taknak kena sorok dengan hantu k0pek. Ehh takdelah gurau je. Haha. Memang dah itu jadual waktu penjara jadi mungkin itu yang bosan sangat kot bila malam takda aktiviti.
Setelah aku dengar semua ni, aku sedar yang memang betul pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Sebab aku betul – betul mindblown dengar cerita laki aku pasal akal banduan ni. Pandai je diorang mereka – reka ikhtiar nak buat sesuatu kat dalam tu.
Kalau ada yang sudi baca lagi, di next entri aku akan share pasal ikhtiar hidup dalam penjara dan kehidupan mereka sewaktu bulan ramadan dan raya. Untuk yang bertanya, aku berkenalan dengan Panasonic di fesbuk je. Setelah dua belas tahun bersama kami dikurniakan zuriat iaitu Yamaha dan Toshiba. Ehek. – Suzuki Daiken (Bukan nama sebenar)