Aku baIas balik dengan t4mpar muka ayah aku. Terkedu ayah, mak aku pun terk3jut. Ayah masuk bilik dan menangis. Puas hati aku! Sampailah aku dengar cerita ayah ada skandal dengan bini orang. Aku pergi pejabat ayah, nak siasat..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Madam F. Bukan nama sebenar. Saya ceritakan pasal kawan baik saya Adhia… Bukan nama sebenar. Dia suruh saya karang cerita pasal ayahnya. Dia mengalami Gamoph0bia.
Gamoph0bia adalah ketakutan untuk berkahwin, berada dalam hubungan, atau komitmen. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
Tajuk cerita aku : Gamoph0bia kerana ayah. Aku Adhia. Anak sulung dari 4 orang adik beradik. Ayah aku, Mat bukan nama sebenar, seorang anggota badan beruniform tapi sudah bersara penuh. Mak aku seorang suri rumahtangga.
Dalam rumahtangga, ayah aku seorang diktator. Kami semua kena ikut cakap ayah. Tak boleh bantah. Mak aku selalu makan hati dengan ayah aku. Aku tahu dia bertahan demi anak – anaknya. Setelah aku habis STPM, aku melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej di Selangor.
Pada masa ini, anak kedua, Arina melanjutkan pelajaran ke sebuah university di Kuala Lumpur. Anak ketiga, Adha berada di sekolah berasrama penuh. Aswad yang bongsu masih bersekolah rendah. Dari sekolah rendah, aku sudah tahu keadaan kewangan keluarga.
Apabila nak beli barangan peribadi, aku akan ambil upah fotostat dari kawan – kawan. Bila aku nak sambung belajar, ayah cakap dia takda duit la. Mak aku selalu pinjam duit dari nenek aku. Time belajar di kolej, ayah aku ni kurang nak bagi duit belanja tapi bila adik beradik dia minta duit dari dia, cepat dia pergi bank in duit kat diorang.
Semasa aku berada di Selangor, mak ayah aku kerap berg4duh. Ada saja perbuatan mak aku tak kena di mata ayah. Nak kata mak masak tak sedap. Ayah aku sem4kin gemuk. Nak kata tak pandai bergaya, mak aku jenis muslimah yang up to date. Rumah sentiasa kemas dan bersih.
Bila aku berada di rumah, ayah aku tak berani cari pasal dengan mak aku. Dia takut aku meng4muk kot.. Sebab aku agak baran. Ayah aku ni jenis berlagak. Aku memang beng4ng dengan dia. Gaji tu cukup – cukup makan. Mak aku terp4ksa pergi kerja. Untuk menampung perbelanjaan keluarga.
Satu peristiwa yang tak pernah aku lupakan. Ketika ayah aku pernah berg4duh dengan mak aku, masa tu aku tengah tidur. Biasa la bila balik dari keja, aku akan ganti masa tidur aku di rumah tambah – tambah waktu tu aku tak boleh solat, cuti perempuan kan. Aku terbangun apabila terdengar jeritan bapa aku.
Panas hati aku bila mendengar ayah aku berkata pada mak aku, “Kau ni cari pasal dengan aku kan?” Tiba – tiba mak aku suruh aku minta maaf pada ayah aku. Sebab aku perli ayah aku kerana suruh aku bagi duit pada kakak dia RM1k.
Korang tau gaji aku baru RM1599 sebulan. Aku nak makan apa lepas aku bagi pada kakak ayah aku. Memang la kakak ayah tu s4kit. Dia masih ada suami, yang sihat dan masih bekerja. Masa aku tengok ayah aku nak angkat tangan pada mak aku. Aku jerit pada ayah aku, “Ayah, dah kenapa? Mak tak salah pun. Kakak yang salah.”
“Kau ni suka nak bangkang cakap aku. Kau bagi je RM 1k pada kakak aku.”
“Ayah, kakak nak bayar kereta. Nak makan. Tak cukup.”
“Kau memang anak tak guna! Tak dengar cakap orang tua. Kau minta maaf kat aku.” Ayah aku tolak aku. Aku memang naik angin. Sebab dia suruh aku sujud pada dia.
“Ayah ingat ayah Tuhan ka? Nak suruh sujud.”
Pada masa ni, tahap kesabaran aku dah tipis. Ayah aku start naik tangan dekat aku. Aku baIas balik dengan t4mpar muka ayah aku. Terkedu ayah aku. Mak aku pun terk3jut. Ayah aku masuk bilik dan menangis. Hari tu mak ayah aku lambat pergi keja.
Aku masuk bilik. Sikit pun aku tak menangis. Puas hati aku. Sebab nak sedarkan ayah aku. Sikit demi sedikit aku start anti kepada perkahwinan. Tak lama selepas itu, bunyi suara – suara sumbang yang mengatakan ayah aku ada skandal di tempat keja.
Sump4h kali ni aku betul – betul marah. Gaji pun tak cukup, ada hati nak kahwin lain. Aku pun pergi siasat di tempat keja ayah aku. Memang dia ada skandal dengan bini orang anak 2. Kali ni, aku tak meng4muk. Aku masuk pejabat ayah aku dengan tenang.
Aku tengok ayah aku dan perempuan tu cuak. Aku ajak Ayah aku dan rakan – rakan pergi lunch termasuk perempuan tu. Diorang pun ikut. Boss ayah aku pun pelik dengan aku. Dia tanya kenapa aku datang..
“Saja nak tengok – tengok, walaupun saya tak kerja di sini, jangan ingat saya tak tau apa yang terjadi di sini”. Aku tersenyum sinis. Selepas itu, tak dengar dah cerita ayah aku berskandal. Alhamdulillah… Mak aku pun tak makan hati dengan ayah aku.
Walaupun dah 10 tahun kejadian tu, umur aku pun 30-an aku masih tr4uma. Aku takut nak berkomitmen @ bernikah kerana ayah aku. – Madam F (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ain Fathihah Fhm : Hahahaha selama ni bapak dia duk pukuI – pukuI mak dia, ingat tak s4kittt kot. Sedap ja duk pukuI bini. Sekali bila diri sendiri kena Iempang, reti pulak nak menangis. Padan muka. Semoga Tt berjumpa jodoh yang baik dan sesuai.
Norain Noordin : Sampai baca 2 kali part siapa yang masuk bilik menangis. Ingatkan TT. Rupanya bapak dia! Tau pulak s4kit kan. Selama ni dok pukuI isteri. Memang tak normal. Baru bertemu buku dengan ruas. Siap pergi ofis ayah. Tahniah TT kerana membela mak dan berani. Mesti mak bersyukur dapat anak seperti kamu.
Syakirah Mohd Basri : Membara baca luahan tt.. walaupon tindakan tu salah tapi aku sokong. Tak banyak story kes bapa tak bertanggungjawab ni anak – anak berani bangkit. Selalunya pilih untuk diam dan kesian kat mak je. Sebabnya tanggungjawab si bapa terang – terang ke laut. Banyak hulur ke adik beradik dari sara anak bini. Sanggup m4ki anak sebab tak hulur duit. Bagus tt sebab berani.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.