Adik beradik aku kaya, lima kali bertukar motor besar sedangkan aku hanya ada motor lama buruk. Aku rasa terh1na

Aku dapat bantuan asnaf, ibu tunggal yang miskin. Tapi aku ada satu d0sa paling besar, d0sa malas. Aku malas masak, kasihan anak aku tak tahu apa masakan tersedap ibunya. Selalu berlapar masuk angin. Bila anak dapat RMT aku lega..

#Foto sekadar hiasan. Penulisan ini bukanlah yang terbaik seandainya kalian ada peny4kit murung dan marah usahlah baca. Di usia begini, ada yang kata, cukuplah kejar dunia, perlahankan pula dan kejarlah akhirat. Di usia yang jika ditinjau, sudah ramai orang hebat seperti arw4h Sudirman dan mendiang Bruce Lee meninggaI, sebelum usia emas.

Jika orang kata perlahan… Masalah aku tak pernah laju, masih tak maju. Aku masih terkebelakang dan ditinggalkan disaat aku lihat mereka rakan dan saud4ra yang lebih muda sudah punya rumah bertingkat, ijazah berlipat, kereta mewah dan moto besar. Hobi orang kaya. Ini lebih kepada kenalan fb.

Baru ni serempak dengan sepupu yang lagi muda hantar anak sekolah bawa kereta baru yang lebih besar, yang boleh parking sendiri tu. Aku pun hantar anak tapi masih naik moto lama yang dah kuat bunyi. Abang aku pun dah lima kali tukar moto besar.

Aku ni terasa macam, bilalah aku ni nak mampu, usaha aku pun apalah sangat. Sekadar kerja ambil upah, kerja sendiri. Dulu aku surirumah yang malas, masak mengemas malas. Sampai dikutuk teruk oleh keluarga bekas suami.

Jadi aku nak buktikan tanpa suami aku boleh hidup la jaga anak sendiri. Alhamdulillah dapatlah juga bantuan asnaf. Ibu tunggal yang miskin.  Masalah lain aku tak pandai bersosiaI, tak suka geng berkumpul sekadar mesyuarat dan makan untuk hal duniawi yang tak sudah.

Sudahnya aku jadi macam ni la. Tak nampak bagus. Bukan yang terbaik. D0sa malas yang paling buruk. Sebab aku malas masak, kasihan anak aku tak tahu apa masakan tersedap ibunya. Selalu berlapar masuk angin. Bila anak dapat RMT aku lega.

Lepas tu aku tengok status ibu lain bawak bekal, bento untuk anak, malah ada ayah yang buatkan bekal untuk anak. Mereka bagai ibu bapa terbaik, selalu memberi sokongan dan layanan istimewa kepada anak. Sebenarnya aku fikirkan perasaan anak aku, pasti mereka tak puas hati dengan ibunya ini.

Pernah cikgu sekolah tanya siapa rumah dia bersepah. Anak aku angkat tangan. Siapa tak solat subuh anak aku angkat tangan. Aku marah dia jujur benda yang aib.. Aku kata jangan cerita buruk keluarga kita kepada orang. Apa buruk kita, mak kita, ayah kita… Kemudian anak jawab, macam jangan cakap ayah hisap d4dah. Sentap giIa bab ni.

Masa mula bercerai dulu aku hanya kata ibu ayah bermasalah jadi kena berpisah untuk jadi lebih baik. Akhirnya dia tahu ayahnya sebenarnya pen4gih bila dengar ada saud4ra ayahnya beritahu ayahnya masuk penjara kerana d4dah.

Sebelum ayahnya ada rekod jen4yah aku blah dulu. Aku tak mahu anak hadap situasi itu.. Tapi, budak ni jujur, ada yang cerita pada kawan dan mereka diejek. Lima anak yang masih sekolah rendah, aku nak kerja dengan orang makan gaji pun fikir banyak kali, jadi aku kerja sendiri dengan rezeki atas ihsan orang, yang adakala macam terh1na sebab ada yang kata adik beradik kau kaya.

Jika nampak anak pakai baju atau kasut berjenama itu adalah barangan terpakai hadiah saud4ra. Sepatutnya aku bersyukur. Masih ada rumah untuk berteduh, tak pernah putus beras, ada sejadah untuk sujud, ada air untuk wuduk, ada anak untuk dipujuk penawar hati.

Cuma tulah, jika membanding kelebihan orang yang rajin dan berjaya, sangat jauh. Aku pun lebih selesa mengasingkan diri dan kurang bercampur masyarakat sehingga aku rasa terasing dan tertekan. Kenapa mereka boleh macam – macam. Mereka lebih banyak ketawa, aku lebih banyak menangis.

Waktu hari kanak – kanak, murid sekolah diminta memakai baju bertema. Sangat kreatif dan hebat anak mereka bergaya. Aku buntu dan sebab fikirkan mungkin anak akan terasa andai mereka tiada pakaian bertema seperti princess atau pilot, malah baju kemerdekaan pun.

Aku tak sediakan jadinya aku pontengkan mereka. Bukan salah mereka anak kesayanganku tapi aku. Agaknya pihak sekolah fikir tak beberapa pelajar yang mungkin hadir dengan baju biasa tanpa tema sebab tidak dilayan sempurna akan rasa kecil hati tengok asyik anak lain yang diraikan.

Anak aku pernah nangis balik sekolah sebab terasa kenapa ibu ayah tak mampu. Tolong ya guru jangan terlepas cakap atau terlepas tangan pada murid yang lemah. Selami masalah mereka di rumah. Bukan mudah nak puaskan hati semua pihak.

Apa yang diusahakan pihak sekolah tu mendapat kerjasama terbaik bagi ibu bapa yang prihatin. Yang mementingkan kecemerlangan dari semua aspek. Cuti sekolah ni dah nampak dah mereka yang bawa keluarga bercuti, ada yang pergi umrah juga.

Alhamdulillah rezeki masing – masing. Semoga ada rezeki ku jua untuk ke tanah suci bersama keluarga. Aku cemburu bukan dengki. Apa khabar anak di Gaza yang ced3ra atau duduk di khemah pelarian. Tiada lagi alam persekolahan dan harapan yang samar. Hanya mampu tersenyum bersyukur dengan rezeki yang ada.

Ada melihat satu video anak kecil yang mendapat roti kosong yang siap dibakar dalam runtuhan rumah tersenyum riang comel menampakkan mereka mampu gembira walaupun serba kekurangan. Jujurnya aku kurang bersyukur.

Anak sihat baik dan bijak juga satu nikmat rezeki yang bukan asbab usaha semata tapi rezeki atas rahmat haza min fadhlika robba. Walaupun tiada pencapaian hebat, tiada peranti canggih, mereka tetap ada kelebihan tersendiri, untuk disyukuri dihargai dinikm4ti.

Jika semua mahu jadi doktor siapa mahu jadi jaga. Apapun kedudukan jangan ada sikap riak, sombong, takbur dan menyalahkan. Dunia ini ujian untuk menilai siapa yang baik amalannya. yang mengikut hukumNya. Pernah dulu saya sebut pada orang yang dirasakan terbaik mentarbiah anak solat ngaji dan akhlak, tolong doakan anak saya, dibaIasnya doa ibu adalah yang makbul.

Terima kasih atas peringatan itu kerana aku sedar hakik4tnya aku kurang berdoa di sepertiga malam. Dan aku percaya mengubah seseorang bukanlah sekadar nasihat tapi tauladan. Doakan aku sihat dan kuat untuk jadi ibu yang hebat yang boleh disebut anak kebaikannya kelak.

Juga semoga anakku dan anak yang senasib akan bangkit untuk mencipta kejayaan kebahagiaan bersama. Doa ni sebab anak aku ada sikap aku yang mudah rasa kalah dan kecewa lantaran kurang usaha, mulalah nampak sikap negatifnya yang buat aku rasa menyesal dan sedih.

Aku mula risau bila difikir azam sepuluh tahun lalu masih terg4ntung mungkinkah bakal luput. Kita pun tak tahu bila tarikh akhir hidup di dunia. Maafkan aku. Akhir kata, mereka yang macam kenal siapa aku anggaplah bukan aku, ini kisah orang lain.. Nanti ditanya pula awak ke yang tulis di facebook tu, aish kantoi. Terima kasih semua sudi baca. – Kita sama lahir tiada apa, pergi tak bawa apa. – Rafflesia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Akrima Abu Bakar : Kita tak perlu pon jadi yg terhebat, cukup sekadar kita jadi yg terbaik yang kita mampu. Dan perkara yg boleh melemahkan semangat adalah bila kita mula compare diri kita dengan orang. Kenapa dia begitu begini dan kita begitu begini.

Berhenti tengok hidup orang dan fokus pada memperbaiki diri kita. Untuk hidup, kita tak perlu pon pujian orang. Cukup sekadar kita dah buat yang terbaik sebagai seorang ibu, selebihnya serahkan pada Allah untuk jaga yang lainnya.

Kita tahu kita malas, maka kita cuba berubah jadi rajin. Tahu kita tak solat, maka sekarang juga capai sejadah utk sujud padaNya. Mcmana Allah nak bagi apa – apa sedang kita sendiri sombong pada Dia. Kalau kita tak ubah diri kita, takda siapa akan mampu bantu apa – apa.

Sediakan yang terbaik yang kita mampu pada anak – anak. Anak – anak akan tengok ibunye jenis yang macamana. Kalau kamu mahu perubahan, semuanya perlu bermula dengan diri kamu sendiri. Jika tidak, tak ada yang akan berubah walau seumur hayat kamu merintih.

Kird Ree : Rasanya anda ni terlalu compare diri dengan orang lain kat medsos. Medsos memanglah tempat orang letak kehidupan dia yang happy – happy. Yang jelik kita taktau sangat. Kalau kata pasal solat, kualiti life tu, perbaiki lah.

Ko kata marah anak pasal anak jujur bila tak solat subuh, rumah bersepah semua tu. Kenapa tak solat? kenapa tak kemas? Instead of buat confession atau mengeluh, baik ko upgrade kan self quality macam rajin kemas rumah, didik anak baik – baik dan dari segi rohani ko sendiri. Moga tuhan berikan kelapangan rezeki yang dari jlaan yang tak disangka – sangka lepas tu. Merintih dan mintala padaNya. Sekali dengan usaha nonstop.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.