Suami aku kerja duduk rumah jaga anak. Dia bab jaga anak memang aku puji, sebab anak memang manja sangat dengan suami. Tapi aku pelik sekarang suami dah berubah. Bila aku bincang dia kata nak bagi anak kami dekat orang. Dia str3ss jaga anak hari – hari..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Moga harini dirahm4ti Allah semuanya. Aku teruskan pada masalah yang aku hadapi. Aku Mawar. Dah berkahwin 5 tahun atas sebab suka sama suka. Dikurniakan seorang anak berusia 3 tahun.
Suami aku bekerja biasa dengan pendapatan tak menentu. Kadang – kadang ada job, kadang – kadang takde job. Aku pula berkerja tetap, ada pendapatan tetap. Ya, kadang – kadang aku bantu juga hal rumahtangga. Nafkah yang berbentuk fizikal tu memang dah lama tak diberi.
Tapi suami aku sediakan makanan, tempat tinggal. Keperluan yang wajib dia sediakan. Isunya sekarang, suami aku ni macam dingin je. Bila sentuh – sentuh dia, nak lah bermesra – mesra, manja – manja dengan dia, dia buat tak tahu je. (takde bau – bau ada skandal perempuan lain sebab dia duduk rumah jaga anak dan aku tahu aktiviti dia, hp dia takde apa mencurigakan).
Baru – baru ni aku ada tanya dia kenapa bila aku nak manja – manja dengan dia, dia macam takde respon. Kalau nak dekat tido, dia akan cakap dia nak tido, mengantuk. Aku selalu sedih bab tu. Yela kita isteri, nak lah rasa dibelai, dimanja.
Nak puji aku? Jauh sekali. Suami aku ni bab jaga anak memang aku puji, sebab anak memang manja sangat dengan dia. Tapi tu lah, hak aku sebagai isteri dia? Komunikasi ni kunci perhubungan. Aku rasa komunikasi aku dengan dia macam tak best.
Bila aku ajak bincang bab hubungan, mesti dia senyap je dan mengelak. Baru – baru ni aku g4duh la dengan dia. Aku tanya lah kenapa dia tak layan aku macam isteri, kenapa bila aku sentuh dia, aku nak belaian dia macam tak beri respon?
Nak kata ada masalah kelamin, aku rasa dia takde masalah dan ok je selama ni. Cuma kami ni jarang lah bersama sebab dia ni kadang – kadang macam tak on sangat. Aku pikir sebab dia letih jaga anak ke sebab anak meragam jugak kadang – kadang.
Berbalik bab berbincang tadi, tiap kali aku nak bincang, dia senyap, dia mengelak. Aku cakap sorang – sorang macam tunggul. Tapi baru – baru ni dia jawab jugak, dia kata mentaI dia s4kit, jiwa dia macam dah m4ti. Dia cakap nak bagi anak kami dekat orang, lepastu masa anak aku jatuh dulu, dia rasa puas hati.
Sampai macam tu sekali! Aku tenang je dengar dia jawab macam tu sebab memang aku nak bincang cara baik, aku tanya dia nak macam mana? Dia macam str3ss sebab kena hadap anak hari – hari ke. Aku nak bagi dia peluang pergi kerja macam biasa. Anak boleh hantar ke taska je. Lepastu dah diam balik. Aku ajak bincang, dia mengelak! Aku rasa geram.
Aku cakap macam ni je. Kalau tak boleh layan sebagai isteri, takpe. Tapi jangan buat anak macam tu. Aku bagitahu aku sebenarnya dah putus asa bila dia selalu macam tu bila ajak bincang. Kami ni sebumbung tapi tak mesra, dia takde nak hargai langsung aku selama ni.
Aku tahu aku kerja balik kadang – kadang dah petang. Aku kerja, aku ada tanggungjawab lain juga. Pendapatan aku pun aku bantu rumahtangga jugak. Kadang – kadang aku pikir, aku ni buruk sangat ke? Dia takde selera dengan aku sebab aku ni buruk ke.
Kalau aku buruk sangat, kenapa nak kahwin dengan aku dulu? Kenapa tak tinggalkan aku. Sekarang aku tak tahu nak buat apa lagi, aku nak mengadu kat siapa pun aku tak tahu. Takkan nak cakap kat mak ayah aku? Nanti keadaan jadi buruk.
Aku nak tunggu sampai bila dia dingin dengan aku, kalau nafkah zahir batin dia abaikan dalam satu tempoh, mungkin aku terp4ksa rujuk benda ni ke mahkamah terus. Aku bukan takde usaha nak ajak bincang, nak settle elok – elok tapi dia mengelak! Terus terang aku dah tawar hati, aku dah jadi tak kisah.
Aku tanya dia nak balik rumah mak bapak dia ke, aku offer dia pergi bertenang ke rumah mak bapak dia pun dia tak nak. Apa guna sebumbung tapi tak bercakap sangat. Cinta aku kat dia pun dah m4kin pudar. Aku cuma mampu cakap kalau tak boleh layan aku macam isteri, tapi tolong jangan abaikan anak. Anak tak berd0sa.
Aku geram, aku marah bila dia kata dia doa hari – hari mintak diambil nyawa cepat. Aku cakap je nak m4ti cepat ke apa, jangan babitkan orang lain. Aku dengan anak aku berhak hidup happy dan bahagia. Aku cuba nak bantu dia, tapi dia mengelak. Elak berbincang dengan aku, elak tengok aku. Apatah lagi nak pujuk aku.
Aku ni telan je rasa sedih kecewa. Kadang – kadang aku tengok pasangan lain bergurau senda, hati tu jadi cemburu sangat sebab aku nak sangat laki aku ni macam tu. Tapi bila aku cakap, dia diam. Sekarang ni apa perlu aku buat?
Perlu ke aku tunggu sehingga aku boleh report ke pejabat agama? Kalau nak sesi kaunseling aku rasa buang masa sebab laki aku jenis tak nak hadap benda macam tu. Dia akan buat tak tahu je. Mohon yang pernah ada pengalaman, ada pandangan bagi pendapat. Aku terima. Terima kasih sebab sudi baca. – Mawar (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Adibah Latif : Ok, puan cerita masalah dr side puan ni. sebenarnya suami puan dah communicate masalah dia, tapi puan tak dengar betul – betul, puan tahu masalah dia sebenarnya. Dia tengah depr3ss, dia rasa nak m4ti. Dia rasa hidup tak ada guna.
Orang yang s4kit mental macam ni, bukan untuk ditinggal tapi dibantu sehabis baik sebab puan sendiri kata, dia jaga anak dengan baik maksudnya dia memang ayah yang baik. Puan pernah ikut dia bekerja? Sebab puan kata puan bekerja tetap, jadi jadual puan agak terbatas mengikut jadual kerja berbanding dia.
So kat situ, dia mungkin dah rasa hilang diri / value dia. Cdangan saya… bawa dia berubat, cara sains atau islamik. Usahakan. Ini ciri – ciri depr3si yang kalau dibiar lama – lama jadi m4niac. Beritahu dia, buat semua ini untuk anak.
Pujuk elok – elok. Selembut dan sebaiknya. Katakan anak dia masih perIukan dia untuk hidup. Puan kena kuat! Berdepan orang yang ada ciri – ciri masalah mental ni.. puan kena kuat. Puan isteri dia. Mesti kenal luar dalam dia dan sikap asal dia bagaimana. beritahu dia, kalau dia masih tak nak seek help bersama puan, puan terp4ksa libatkan mak ayah mertua (mak ayah dia). Jangan beritahu keluarga puan dulu.
Beri ruang pada dia. Rasa jiwa dia bukan m4ti, tapi dia s4kit. S4kit tu tak nampak tapi rasa dia macam nak m4ti. Pasang la ruqyah, bacaan quran di rumah. Bantu dia sebaiknya. dia suami puan. Dia sangat takut puan tinggalkan dia jika dia berterus terang. Dia sangat takut tu.
Jadi stay with him selagi boleh.. sebab saya faham, kesihatan mental puan juga harus dijaga. (kalau dah tak dapat, guna cara selembut dan sebaiknya..) Semoga berjaya puan. saya doakan Allah permudahkan urusan puan dan menjadi asbab syurga untuk puan bantu suami puan.
Farahln MA : Kita kalau jd suri rumah pun ada masa burn out. Terlampau penat sampai suami kalau mintak bersama pun kita rasa takde mood.. inikan pulak suami. Fitrah dia provide segala benda.. alih – alih dia takleh buat benda tu dia rasa dia useless. tt nak ajak bincang bukan dia tak nak.
Dia dah bagitau dah pun masalah dia bila dia cakap mental dia s4kit, jiwa tak tenang, rasa nak m4ti.. tu masalah dia. So tt kena pujuk dia untuk selesaikan masalah ni. Jumpa psiki4tri ke, ajak dia bercuti bagi dia lapangkan sikit minda ke bantu dia untuk dapatkan job ke camne ke. Kalau masalah ni dah selesai dan still dia tak sentuh tt, kemungkinan hormon test0steron dia menurun, boleh bawak dia pergi kIinik untuk cek.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.