Saya tebalkan muka balik kampung untuk hantar anak suruh mak jaga. Saya terp4ksa bagitahu mak sebenarnya saya dah kahwin dengan suami orang tapi suami tak suka anak saya. Mak meng4muk teruk..
#Foto sekadar hiasan. Saya percaya setiap manusia dilahirkan di dunia ini lengkap dengan suratan takdir masing – masing. Seumpama ada dilahirkan atas ‘dulang emas’ ada yang cuma beralaskan kain batik usang. Ada yang bahagia dari lahir hingga ke hujung hayatnya, tapi ada juga yang sentiasa mend3rita saling berganti.
Kerana kita hidup umpama belayar di lautan, ada ketika tenang ada masa dilambung ombak. Masing – masing ada suratan takdirnya. Namun jangan kecewa sebaliknya berusaha untuk masa depan lebih baik. Kadang kala usaha dan kerja keras boleh mengubah nasib kita, demikian nasihat emak ketika saya menghadapi masalah dalam perkahwinan dahulu.
Waktu itu emak tempat mengadu. Walaupun emak bukan pakar psik0logi, tetapi emak nasihatkan saya supaya teguhkan semangat, terus berdikari, jangan putus asa dan yakin, bahawa langit tidak selalu gelap, mungkin saya akan terima sihar cahaya lebih baik satu hari nanti
Saya antara 5 orang adik beradik bertuah dapat masuk sekolah berasrama dan kemudian masuk kolej dan dapat kerja yang saya rasa amat bertuah. Tambah – tambah ketika itu saya sudah ada teman lelaki yang dikenali semasa menuntut dan kami merancang untuk berkahwin.
Berkenalan tak sampai setahun dengan Rahim kami rancang kahwin segera. Tanpa banyak bicara dan keluarga bersetuju. Saya berkahwin ketika berusia 24 tahun. Mungkin kerana masih mentah tentang kehidupan, saya percaya bulat bulat apa kata Rahim yang dia sudah bekerja sebagai juruteknik dengan sebuah syarik4t terbesar katanya.
MaIangnya selepas 6 bulan kahwin baru saya tahu Rahim bukan juruteknik, sebaliknya dia tidak ada kerja tetap, hinggakan duit hantaran dan belanja kahwin dia pinjam duit emak dan adik beradiknya. Kerana tak ada duit, dia suruh saya bayarkan hutang emak dan adik beradiknya. Terk3jut beruk saya.
Kerana percaya dan sayang punya pasal, maklum baru kahwin saya terp4ksa bayar hutang dia, hinggakan nak bagi emak duit setiap bulan pun tergelicir. Apa lebih meny4kitkan hati, urusan makan minum kami Rahim buat b0doh.
Balik petang dia mahu ada makan terhidang atas meja. Begirtulah per4ngainya setiap hari. Bila saya minta duit dia kata belum gaji, gaji kena p0tong, tidak ada duit dan macam – macam. Sabar punya sabar lahirlah anak pertama, hidup sem4kin tertekan.
Kerana hidup sentiasa terdesak, selalulah kami bertengkar dan akhirnya saya minta ceraikan, sebab saya dip4ksa bayar hutang motornya setiap bulan. Hidupnya senang buat hutang saya bayar. Rahim tak berusaha cari kerja tetap. Masanya banyak tidur di rumah.
Setelah jadi janda pada usia belum pun 30 tahun, memang hidup saya sentiasa diganggu ramai lelaki yang mahu melamar saya. Tolak rakan sekerja, kawan lain pulak sorong saud4ra mara mereka untuk saya terima, tolak di bandar, emak pulak asak supaya terima lamaran anak anak jiran di kampung.
Lebih s4kit hati ada yang mahu saya jadi isteri keduanya, tak kurang juga orang bujang dan duda kem4tian isteri. Paling meluat, ada yang berusia 50 tahun masuk meminang kerana kem4tian isteri dan mahu saya jaga anak anak dan rumah mereka. Apa dia ingat saya pembantu rumah. Aduh!!
Empat tahun saya berjaya tepis ‘gangguan lamaran’. Tetapi nak jadikan cerita ketika anak berusia 5 tahun saya terjumpa Encik Yuss, ketika sama – sama hantar anak ke tadika. Saya suka tengok cara dia layan anaknya. Orangnya baik dia pun suka layan anak saya. Maklum anak kami satu kelas.
Dari perkenalan singkat memanjang hingga berbual di telefon, ajak pulak saya sarapan, makan tengah hari. Entah kenapa saya terima pelawaannya. Seterusnya pergi makan malam pulak. Peliknya! saya ikut tanpa banyak soal. Waktu itu mulalah tanya soalan bunga – bunga cinta.
Dipendekan Yuss lamar saya. Tapi saya tolak sebab dia sudah kahwin. Katanya betul dia sudah beristeri ada 4 orang anak, tapi isterinya sibuk sebab itu dia yang hantar anak – anak ke tadika juga ke sekolah. Jadi dia mahukan seorang isteri yang dapat memenuhi ruang kosong di hatinya.
Bila fikir sendiri tidak berkeputusan, saya tanya emak. Emak bantah, kata emak, kau takkan bahagia hidup berkongsi suami orang”. Tetapi Yuss terus mendesak dan memujuk. Akhirnya saya setuju. Dan kami nikah di sempadan.
Alasan Yuss susah nikah di Selangor banyak undang – undang dan peraturan. Janjinya lepas 3 bulan nikah dia akan daftarkan pernikahan kami di negara ini. Tetapi entah apa maIangnya nasib saya, lepas 5 bulan pernikahan saya masih belum didaftarkan. Yuss suruh sabar.
Nak jadikan cerita kerana bulanan saya terhenti, saya terp4ksa ikut saranan kawan daftarkan sendiri pernikahan saya. Sebab saya tak mahu anak yang bakal lahir nanti tidak ada ayahnya. Bila saya beritahu Yuss, amvknya macam singa lapar. Seminggu tak datang rumah.
Tapi saya lega, marah pun marahlah. Sebab sejak hampir setahun nikah Yuss tak pernah bermalam di rumah saya, dia suami waktu makan tengah hari atau suami lunch hour. Alasannya dia tak mahu rosakkan kehormonian dengan keluarganya. Habis saya macam mana? Dia suruh sabar.
Sejak nikah hidup saya sunyi, sebab Yuss suruh anak saya dihantar ke kampung, sebab akan menyusahkan saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah nanti. Tapi sebenarnya Yuss tak boleh jawab bila anak saya minta Yuss bawa kawannya (anak Yuss) ke rumah kami. Yuss takut pecah rahsia.
Awalnya memang saya tak setuju hantar anak ke kampung, sebab emak belum tahu kami sudah nikah. Saya tahu emak mesti marah. Tetapi kerana sayangkan suami, saya terp4ksa bercerita pada emak dan meminta emak jaga anak saya yang akan bersekolah di kampung.
Memang emak meng4muk. Tetapi kerana cintakan Yuss saya telan semua. Saya sabar dan tebalkan muka, harapan saya supaya Yuss jadi suami baik dan setia kepada saya. MaIangnya Yuss hanya pandai berjanji. Saya lebih mend3rita ketika hamil, Yuss langsung tak pedulikan saya.
Tak pernah hantar saya ke hospitaI untuk pemeriksaan, tak bagi nafkah. Lebih k3jam ketika s4kit hendak bersalin dia tak datang, saya terp4ksa memandu sendiri ke hospitaI. Setelah 2 hari balik rumah barulah Yuss datang jengok.
Sungguh k3jam sikap dan perbuatannya berbeza ketika kami belum nikah dulu. Kalau dulu boleh ajak saya keluar makan malam. Dah kahwin dia tak berani datang rumah saya waktu malam, cuma tengah hari 3 kali seminggu. Sabtu dan Ahad dia mesti bersama keluarganya.
Sedangkan dulu dia pernah bawa saya dan anak berkhelah dan makan sampai ke Melaka. Perbuatan Yuss menc4bar kesabaran saya. Sudahlah tak bagi nafkah, susu dan lampin anak pun dia tak beli. Alasannya belum ada duit.
Yuss beri saya RM 300 sebulan, setengah bayaran sewa rumah saya, selain itu semua saya urus sendiri, bayar bil utility, ansuran kereta, petrol, makan minum kami, dan segalanya. Yuss tak pernah balik kampung saya, alasannya sibuk, kalau hari raya wajib balik kampung isterinya sahaja.
Emak sindir saya apakah ini yang saya cari kahwin dengan suami orang? Bukan boleh senangkan hidup saya, sebaliknya lebih menyusahkan. Berapa lama nak tanggung pend3ritaan macam ini? Kata emak lagi, kalau semuanya kena urus sendiri, tanpa nafkah dan sebagainya, lebih baik tak kahwin.
Kata emak, dulu masa saya janda hidup saya lagi mewah. Sekarang dah, “macam tak ada papan, batu digalas” sengaja nak menyusahkan diri sendiri. Walau apa pun sindir emak, saya tetap sabar, doa saya satu hari nanti Yuss akan berubah dan akan adil dengan isteri isteri dan anak – anaknya dan lebih penting tidak meminggirkan saya.
Saya tanya Yuss sampai bila nak sembunyi pernikahan ini daripada isterinya? Dalam kesibukan kerja dan kekeruhan di hati saya tetap berdoa Yuss akan berlaku adil. Kerana anak kecil terus membesar tanpa mendapat kasih sayang ayahnya.
Lebih pelik Yuss tidak pernah mahu bermain dengan anak. Sebab Yuss tak pernah jumpa anak ini. Dia cuma datang tengahari, ketika itu anak dengan pengasuh. Hari Sabtu dan Ahad dia hanya di rumah isteri pertamanya. Jadi ayah dan anak ini memang tak jumpa.
Saya takut satu hari nanti jika mereka bertemu, anak ini takut dengan ayahnya berjumpa. Pelik kan? tetapi itulah hakik4t berkongsi suami. Lagi teruk lagi Yuss takut isterinya member0ntak. Kini kesabaran saya mencecah 2 tahun, masih tidak ada perubahan dalam hidup Yuss untuk saya apalagi dengan anak.
Balik kampung jumpa emak dan adik beradik saya tak pernah, nafkah tak bagi kecuali kongsi bayar sewa rumah. Kalau begini kehendaknya saya buat keputusan kami bercerai. Mungkin itu terbaik untuk saya. Nak ser4ng menyer4ng, saya bukan jenis orangnya. Bukan takut tapi tak berfaedah.
Bila saya suarakan pada Yuss dia bantah, suruh saya sabar lagi. Akhirnya saya tuntut cerai ke mahkamah. Mungkin ini terbaik untuk saya. Dalam usia yang sem4kin matang, saya pasti boleh hadapi hidup ini dengan lebih tenang.
Tindakan kedua saya minta tukar tempat kerja dekat dengan kampung. Walaupun lambat diproses, akhirnya berjaya. Kini hidup saya lebih tenang dan lebih bererti. Nasihat saya kepada wanita khususnya ibu ibu tunggal fikirlah seribu kali jika ingin berkahwin dengan suami orang, kerana tidak akan ada bahagianya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.