[Part 2] Dari kecik kakak jaga aku bila dah besar aku malu sebab kakak miskin. Aku malu dengan kawan – kawan sebab dorang orang kaya. Kakak aku tiap minggu bagi RM250, semua aku guna untuk enjoy dengan kawan – kawan kaya. Abang – abang kata aku punca kakak pergi…
#Foto sekadar hiasan. Salam, para pembaca. Aku sambung kembali. Ini bukan cerita novel, bukan cerita rekaan, bukan aku kutip dari novel online. Aku tak pernah baca novel, apalagi novel online, sebab aku tak berminat.
Selepas kem4tian kakak, hubungan kami adik beradik bagaikan dib0m, umpama seperti musvh termasuklah hubungan aku dengan abang chik aku. Aku tahu dia marah, aku tahu dia pendam rasa d3ndam. Bila aku balik kampung, aku terkenangkan kenangan bersama kakak, sungguh aku rindu.
Aku tak tahu kenapalah aku sanggup buat kakak sebegitu sekali, sedangkan dia banyak berk0rban untuk aku dan abang – abang aku. Abang ngah terus putvskan hubungan dengan aku, sebab dia kata akulah punca kakak s4kit. Menangis aku, aku umpama hidup sebarang kara.
Tiap kali raya, aku balik tidur kat kampung, abang chik dan abang ngah jarang balik, tapi bila ada salah seorang dorang ada, dorang tak akan makan apa yang aku masak, contoh rendang ke, ketupat ke, kuih raya ke. Sedih, aku rasa kalaulah kakak masih ada, dia mesti gembira sebab aku dah pandai masak.
Beza dengan dulu, tak pandai langsung masak walau hanya maggi. Ada satu hari, abang chik aku ada kat kampung, aku pon masuklah dalam rumah, aku bersalam dengan dia, dia tak pandang muka aku, aku tanya abang chik sihat,
Dia jawab ‘sihat, tak s4kit pon, tak tunggu nak m4ti pon, ni balik sebab nak tengok aku m4ti ke?’ Terus mengalir air mata aku. Tapi dengan suami aku, abang chik aku sembang elok, siap ajak lepak kedai makan, tapi dorang tinggal aku, tak bawa aku, sebab suami cakap, ‘U tak payah ikut, nanti abang chik moody pula’ Aku turuti saja.
Masa kat rumah sorang – sorang tu lah, aku masuk bilik kakak, aku kemas – kemas, aku baring atas katil, sebab rindu. Masih ada bau kakak, aku buka almari baju kakak, semuanya hanya baju kurung, baju labuh – labuh. Aku nangis.
Sebab kakak tak pandai bergayalah aku pinggirkan dia, sebab aku malu dengan kawan – kawan u dan tempat kerja sebab kakak tak pandai bergaya. Baju – baju dia kebanyakan baju kurung, tudung labuh. Aku beralih pula ke almari solek kakak, hanya yang ada deodorant, sik4t rambut, bedak tabur.
Kakak memang tak pernah pakai alat solek walau hanya secalit lipstik. Beza sungguh dengan aku. Aku tahu kakak kena k4nser dari abang chik, dia yang beri tahu aku kakak k4nser tahap 5, jika aku tipu korang, maknanya abang chik tipu aku, tapi tak mungkin.
Aku takut nak tanya lebih nanti abang chik tak nak pon layan aku. Em0si dia masih belum stabil atas pemergian kakak. Betul, masa kat u dulu, kakak hantar duit RM250 setiap minggu. Duit tu aku selalu buat lepak – lepak dengan kawan – kawan, pergi makan tempat mahal, beli baju mahal – mahal, kiranya aku masuk u, aku berkawan dengan orang – orang berada.
So aku tak nak kalah, aku pon ikut sekali pakai baju mahal, makan tempat mahal, pergi bercuti tempat mahal, ptptn aku hanya untuk aku spend bercuti saja. Sebab tulah aku jarang balik kampung, aku pernah je ikut kawan aku balik rumah dia, besar rumah dia, dia selalu bagi baju – baju mahal dia kat aku, mama papa dia pon kenal aku.
Tapi tak pernah aku cerita hal keluarga aku, kawan aku pon tak pernah tanya aku. Cuma yang dia tahu aku berasal dari melaka. Takat tu saja. Kakak memang orangnya lembut, cantik cuma cara bergaya seperti makcik – makcik.
Lepas tu dia pakai spek mata jenis petak besar, macam orang tua. Tapi ada je orang pernah risik tanya pasal kakak kat pakcik aku, tapi kakak tolak dengan alasan kami adik – adik dia. Kakak aku beza umur dengan kami banyak juga dengan aku lagi lah jauh.
Suami aku pernah cerita. Dia pernah tanya abang chik tak nak kahwin ke? Dia jawab, tr4uma nak kahwin takut dapat pasangan macam aku yang jenis lupa d4ratan. Aku tanya suami aku, abang chik cakap I lupa d4ratan ke U yang reka? Dia kata ya, dia cakap macam tu. Mengalir air mata aku buat kesekian kalinya.
Aku tak tahu lah sampai bila hubungan kami akan baik macam dulu, abang chik dengan abang ngah baik pula, aku yang dipersalahkan semua. Bila aku tanya, apa salah aku, dorang jawab tanya diri sendiri. Aku akan buat apa yang korang cadangkan aku, tapi barang kemas kakak semua abang chik dan abang ngah dah leburkan kat kedai emas, duit tu dorang buat kenduri arw4h kakak, dan sebenarnya kenduri tu aku tak dijemput.
Sedih teramat sedih, seumpama aku ni tak pernah wujud bagi dorang. Aku pernah tanya suami aku, kenapa ya abang chik tak marah pon abang ngah macam mana dia marah aku. Suami aku jawab, abang ngah sekuranngya dia ada jawab call kakak, ada baIas mesej kakak dulu walau tak balik kampung tengok kakak. Cuma aku je tak tahu.
Aku rasa sampai sini sajaIah. Aku terima segala kecaman, segala doa buruk kat aku, ikhlas aku terima. Aku tahu aku banyak salah dengan kakak, walhal aku perempuan patut lebih rapat dengan kakak, tapi aku tak faham kakak.
Suami aku pernah cakap, kakak paling sayangkan aku sebab aku bongsu dan perempuan, dia harap aku lebih faham diri dia tapi dia salah. Dia pergi tanpa aku faham dan belum sempat baIas segala peng0rbanan dia, segala kebaikan dia. Sungguh aku rindu, rasa bersalah dan menyesal sangat. Maafkan aku… – Sunflower (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Qish Darleena : Waktu ada dilupakan, bila dah tak ada baru nak menyesal tak sudah. Pasti teruk sangat layanan awak dekat kakak dulu kalau tidak takkan Abang Chik tu sampai sekarang begitu sekali jadinya. Lebih utamakan kawan – kawan, lebih utamakan orang luar berbanding d4rah daging sendiri.
Saya sebagai kakak sulung pun rasa sedih dan terhiris Iuka hati bila baca kedua – dua cerita. Terfikir nanti macam mana lah kalau sampai giliran aku macam kakak dia.. Doakan kakak tu banyak – banyak je awak. Jangan ulang kesilapan yang sama dekat abang – abang awak pula. Hargai mereka yang masih ada. Sebelum mata rapat terpejam, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan.
Adibah Latif : Syukur yang Allah buka hati sis untuk berubah dan bertaubat. Percayalah, kakak sis tu tak ada d3ndam pun pada sis.
1) Doakan arw4h. Banyakkan sedekah atas nama arw4h.
2) Tiap kali ingat, kirimkan Al Fatihah.
3) Sedekah barang / wakaf harta arw4h.
4) Ceritakan kisah ini pada anak – anak saudari dan jadikan iktibar.
5) Ubah sikap sis. jangan tak for granted dah hubungan dengan abang – abang sis. Lvka dan sedih hati abang – abang sis tu.. Usahakan untuk rapatkan hubungan keluarga sis. Adik beradik ni… air dicincang tak akan putvs.
Dina Omar : Confessor dah cukup tersiksa, perlu ke lagi nak tambah Iuka dia? Kita orang – orang luar ni memang sedap bila nak kecam orang kan? Jangan rasa diri holier than thou sangat, takut nanti balik – balik kena dekat diri sendiri.
Andai kata geram sangat sekalipun, diam je dari berkata – kata. Kata – kata awak semua tu tak membantu. Tambah d0sa sendiri je yang memang dah sedia banyak. Buat confessor, the guilt will h4unt you. I think you have got the best lesson here.
Tapi Alhamdulillah debgan pengajaran yang berat ni, awak sedar kesilapan awk. Buatlah sehabis baik untuk jadi orang yang lebih baik. I believe that you will be the better version of yourself. Abaikanlah kata – kata kecaman.
Semua tu hanya berani kat alam maya je. Kuatkan hati ya. Saya sebagai kakak sulung memang terasa sangat – sangat bila baca cerita macam ni tapi saya percaya, semua orang ada jalan hidup masing – masing. Semoga awak diberikan kekuatan ya.. semoga segalanya baik – baik untuk awak dan family lepas ni.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.