Kami yatim piatu, kakak banyak berk0rban untuk kami. Tapi bila semua dah kerja hebat, kami lupakan kakak dekat kampung

Kami anak yatim piatu, kakak berk0rban kerja untuk besarkan kami beradik. Bila masing – masing dah berjaya, semua lupa kakak. Sehinggalah, satu hari abang call banyak kali. Aku malas nak angkat, aku rimas. Aku dapat mesej, kakak dah takde…

#Foto sekadar hiasan. Salam, nama aku Sunflower, aku berasal dari Melaka. Aku mempunyai 4 orang adik beradik, 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Ibu dan ayah aku telah meninggaI dunia 10 tahun yang lepas. Aku adalah anak bongsu dan, atas aku abang nombor 2, dan 3, kakak aku yang sulung.

Bila ibu dan ayah meninggaI, kami dijaga penuh kasih sayang dari seorang kakak. Dia sanggup untuk tak kahwin untuk jaga kami adik – adiknya. Bekerja 2 kerja demi menampung pengajian abang – abang aku di universiti dan juga aku yang pada waktu itu masih belajar di tingkatan 4.

Masa berlalu, abang ngah aku telah bertemu jodoh dah berkahwin dahulu dari kakak. Segala persiapan kakak yang sediakan, ada juga duit kakak hulur sedikit untuk perbelanjaan perkahwinan abang ngah. Kemudian masa berlalu, abang ngah aku jarang balik kampung, bila kakak call tanya bila nak balik, alasan dia sibuk bekerja, tapi kat media sosiaI selalu pergi jalan sana sini,

Kakak selalu cakap tak mengapa ada masa baliklah jenguk adik – adik kat sini kita berkumpul macam dulu – dulu. Kakak selalu cakap mungkin abang ngah busy kerja.Setelah lama, abang chik aku pula belajar kat oversea, di timur tengah.

Kakak aku tu banyak habis duit kat abang chik aku sampailah dia terp4ksa jual motor dia yang first dia beli masa gaji pertama dia sementara nak tunggu abang chik dapat duit tajaan dari kerajaan. Kakak aku ni kira dia loaded walaupun belajar takat tingkatan 6 tapi gaji dia banyak sebab dia buat 2 kerja.

Motor dia ada 3 biji, dia belikan untuk kami guna, kereta dia ada 2 biji tapi biasa – biasa ja. Masa abang chik aku nak berlepas pergi ke negara timur tengah tu, abang ngah aku tak ada pun hantar, kelibat dia dengan kakak ipar langsung tak ada. Kakak cakap dorang mungkin sibuk dengan kerja.

Abang chik aku ja yang bising – bising cakap abang ngah sejak kahwin dah lupa kita, kakak masih cakap taklah dia sibuk tu, kakak masih fikir positif, tak pernah sekali dia fikir negatif kat adik – adik dia. Dulu pernahlah ada kes, abang ngah curi barang kawan sekelas dia, kakak kena panggil ke sekolah oleh pengetua untuk kes abang ngah aku tu, sampaikan kakak kena m4ki dengan parent budak tu,

Dia cakap kakak tak reti jaga adik, nak report kat pihak atasanlah, report polislah, sebab bukan kes mencuri saja, ada kes lain juga. Kakak siap merayu dan melutut kat parent budak tu, jangan buat report takut abang ngah kena buang sekolah.

Siap parent tu minta ganti rugi, kakak bayar, terus settle. Tapi tak pernah aku nampak kakak marah abang ngah, sebab tu abang ngah aku besar kepala. Dia buat hal macam – macam hingga pernah buat hal dengan polis, kakak jamin keluar, tapi tak pernah langsung aku nampak kakak marah abang ngah. Kakak ikutkan saja kehendak abang ngah nak apa.

Bila abang chik tak ada, tinggallah aku dengan kakak aku saja. Kakak selalu hantar dan ambil aku balik sekolah setiap hari. Selalu tanya cukup tak duit belanja, apalagi yang tak bayar kat sekolah. Duit belanja setiap hari RM10 kakak bagi.

Baju sekolah aku tiap minggu kakak ironkan, kasut kakak basuhkan, zaman masih kasut putih guna kapur putih. Baju – baju kat rumah semua kakak basuh, sidai, lipat. Kerja rumah tak ada 1 pon yang aku buat, semuanya kakak yang aku buat.

Aku hanyalah pergi sekolah, balik sekolah, pergi kelas tambahan, mengaji alquran. Kakak aku ni bagus, bab pelajaran adik – adik tak pernah abaikan, kami adik – adik dia semua belajar tinggi, kakak ja takat tingkatan 6. Result stpm kakak cemerlang tapi kakak lebih memilih untuk terus bekerja demi menjaga kami adik – adik dia.

Bila aku dah dapat keputusan spm, result aku memang cemerlang juga, kakak bangga dengan aku, dialah orang pertama yang sibuk pagi – pagi lagi k3jutkan aku untuk ambil result kat sekolah. Kakak peIuk aku, siap tanya adik nak hadiah apa.

Aku tak minta apa, waktu ni tak kenal dunia luar lagi, memang baik lagi. Bila aku dah masuk U di bandar besar, jauh dari kakak, beratus kilometer, aku jadi seakan lupa diri. Tiap minggu aku minta duit belanja dengan kakak, kakak hantar tanpa banyak tanya, tiap minggu RM250.

Tapi cuti semester tak pernah aku balik jumpa kakak dengan alasan sibuk study, kursus, sedangkan aku sibuk ikut kawan – kawan lepak sana sini habiskan duit. Aku balik jumpa kakak bila hanya raya saja. Itupun raya ketiga dah sibuk nak balik U.

Sehinggalah aku konvo, hanya kelibat kakak dan abang chik saja yang kelihatan, tapi kelibat abang ngah tak nampak walau bayang – bayang. Abang chik sekarang dah bekerja sebagai pegawai hal ehwal islam, dia pon bangga dengan aku.

Tapi waktu tu aku masih sibuk dengan kawan – kawan U bergambar tanpa hiraukan kakak dan abang chik aku. Dari jauh aku nampak dorang masih tetap tunggu aku walau aku seakan tiada masa bersama dorang. Aku mula kerja di firma guaman terkemuka.

Sibuk memang sibuk tapi ada saja masa untuk balik jenguk kakak tapi aku lebih memilih untuk masih lepak ngan kawan – kawan sehinggalah aku kenal seorang lelaki, terus aku tak ingat dah nak balik jenguk kakak. Tapi bila tak ada duit masih aku call kakak minta pinjam, tapi tak pernah aku bayar hutang kakak, kakak pun tak pernah tanya atau minta.

Long short story, aku berkahwin, orang yang paling sibuk uruskan majlis aku dan suami semestinya kakak dan kali ni abang chik aku pon campur tangan sibukkan diri juga dan ada sponsor sikit – sikit. Abang ngah aku pula hanya datang masa majlis kahwin, selepas tu sibuk nak balik dah alasan anak kecil.

Untuk pengetahuan pembaca, abang ngah aku kerja besar juga, kami semua dijaga elok oleh kakak, kerja kami pon elok nak dibandingkan dengan kakak. Kakak ipar aku pon kerja besar tapi kakak ipar aku ni anak orang berada, kiranya kalau ada majlis apa – apa kat kampung dorang akan tidur hotel atau homestay.

Kakak tak pernah kutuk adik ipar dia, dia cuma cakap mungkin kakak ipar aku tak selesa duduk rumah kami, yelah rumah kami hanya rumah kayu biasa. Bila aku dah kahwin, aku seolah – olah seperti melupakan kakak. Kakak adalah msg tanya khabar, tapi tak pernah aku baIas, ada juga kakak call tapi aku selalu reject dengan alasan sibuk uruskan kes mahkahmah.

Abang chik selalu msg aku cakap baliklah tengok kakak jangan sampai nanti menyesal. Aku tak faham lagi waktu ni. Hinggalah satu hari, abang chik aku call berkali – kali, tapi aku tak angkat, bukan sebab sibuk, tapi sebab malas layan, tak lain tak bukan mesti nak suruh balik tengok kakak, sebab tu aku malas jawab call abang chik aku.

Last aku dapat msg dari abang chik aku yang mengatakan kakak aku telah meninggaI dunia. Terlepas handphone dari tangan aku, aku jatuh terjelepuk, lepas tu tak sedar diri dah. Aku sedar saja, aku telah berada di bilik wad.

Suami aku ada kat sebeIah, aku terus tanya mana kakak, suami aku diam, aku terus jerit mana kakak, nak jumpa kakak, tolonglah. Terus suami aku bangun dan keluar panggil doktor. Waktu aku berkeras nak balik jumpa kakak, aku dengar suami aku cakap bolehlah doktor untuk dia tengok pengebvmian kakak dia.

Aku yang dengar perkataan tu terus jerit, kakak adik minta maaf. Sampai ja kat kampung, sekujur tubuh telah siap dikafankan. Aku tengok abang ngah menangis tak berhenti manakala abang chik tenang tapi riak wajah nampak sedih teramat.

Aku terus meluru peIuk tubuh kaku kakak sambil goncang tubuh kakak, bangun kakak bangun. Abang chik terus angkat aku, sambil dia bisik, kan bang chik dah cakap jangan menyesal, sekarang menangis airmata d4rah sekali pun kakak tak akan kembali.

Selesai pengebvmian kakak, abang chik beritahu pada kami nak jumpa di rumah pusaka ibu ayah. Sampai saja kami di rumah, aku lihat abang chik pegang sampul surat setiap 1 untuk aku dan abang ngah. Sebelum kami buka surat tu, abang chik ada beritahu rupanya kakak mend3rita k4nser payud4ra tahap 5, kakak tak pernah cerita kat adik – adik dia, abang chik boleh tahu pun selepas kakak terkantoi dengan abang chik.

Kakak pesan jangan beritahu pada aku dan abang ngah. Patutlah kali terakhir jumpa kakak, wajah kakak sangat pucat dan kakak terlalu kurus cuma kami adik – adik dia saja tak perasan. Ketika kami sedang berbincang tu, datang pakcik aku, dia bawa geran motor first yang kakak jual, rupanya kakak jual pada pakcik aku motor tu, kami adik – adik dia tak pernah tahu.

Kakak aku juga pernah bergolok gadai emas dia, jual salah 1 kereta dia demi kami adik – adik dia. Ni diceritakan sendiri oleh pakcik kami. Pakcik kami lebih banyak tahu dari kami adik – adik dia. Sebak memang sebak, pakcik cerita kakak dah lama s4kit, tapi sengaja sembunyikan sebab tak nak kami risau dan sedih, dia tak nak kerana s4kit dia tu, dia dik4takan hanya nakkan perhatian.

Aku menangis semahu – mahunya. Aku peIuk abang – abang aku sambil kata adik banyak salah ngan kakak. Abang ngah pon menangis, dia cakap kalaulah dia tahu kakak ada s4kit, dia akan kerap balik jumpa kakak, dia akan jaga kakak macamna kakak jaga kami. Kakak pengganti ibu ayah tiada galang ganti.

Kini menyesal airmata d4rah tiada guna, hanya kubvr tempat hilangkan rindu. Maafkan kami adik – adik mu, kakak. Moga kakak di tempatkan di kalangan orang – orang beriman dan beramal soleh. Kami adik – adikmu saksi segala peng0rbananmu, kakak.

Engkau sanggup tidak sambung belajar demi menyara kami, kau sanggup tolak tawaran bekerja jauh demi menjaga kami, kau sanggup tidak berkahwin hingga akhir hayat untuk membantu ekonomi kami. Kaulah malaik4t tanpa sayap kami wahai kakak, damai dan tenanglah engkau di sana. – Sunflower (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Najwa Mhsmdn : Kenapa lah tak guna akal hormat dan appreciate orang yang berk0rban. Dah m4ti baru nak sedar kesilapan tu, sunflower. Sikit takde hati perut masa kakak hidup. Takde pernah ke terfikir kakak aku berk0rban untuk aku. Sanggup tak sambung belajar. Tapi itulah sikap sebahagian adik – adik, tak pernah langsung fikir peng0rbanan kakak dan abang sulung. Yang dia tau meminta sahaja.

Nonie Nuralia : Sedang menyabarkan diri aku. Kenapa dan mengapa kamu lupa d4ratan kepada seorang kakak yang telah berk0rban jiwa dan raga untuk kamu hidup baik dan selesa. Arggh.

Nur Cahaya : Memang wujud adik beradik yang macam ni. Masa hidup tak dihargai walaupun dah berhabis jiwa raga berk0rban harta benda. Bila dah m4ti, mula la melalak tak sedar diri menyesal kononnye.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.