Dia bawa aku jumpa isteri dia. Peliknya, isteri dia redha je suami dia nak kahwin dengan aku. Kami siap boleh jadi kawan..

Aku tak sangka, bini dia baik giIa kat aku, anak – anak dia pun layan aku okay. Masa ni aku lagi rasa bersalah. Aku dah terfikir masa ni, nak dia jadi ayah angkat aku je tapi dia tolak. Dia tak nak, dia nak aku jadi isteri kedua..

#Foto sekadar hiasan. Cerita bermula masa aku intern kat satu tempat ni. Aku kenal dia masa aku praktikal kat tempat yang sama dia kerja. Pada mulanya, aku serious tak suka dengan dia. Yelah siapa je suka lelaki tua yang dah berkahwin kan.

Dia tak hensem mana tapi ada aura yang buatkan perempuan suka kat dia. Dia dalam 40 series. Ceritanya, selepas beberapa bulan aku praktikal kat tempat tu pertama kalinya aku dipairkan dengan mamat ni. Pernah je aku nampak dia sebelum ni cuma tak pernah bertegur dan nak dijadikan cerita, haritu first time kitorang bertegur sapa.

Macam biasa, mesti lah perkenalkan diri kan. Masa tu aku ada kawan lagi sorang tapi dia kahwin muda dan dah ada anak umur setahun. Aku memang tak banyak borak dengan mamat tu sebabnya aku tau dia dah kahwin. Aku tak suka nak ada hubungan dengan laki orang.

Lepas pada tu, keesokannya aku takde lah kena pair dengan dia. So aku macam tak bertegur sangat kan. Aku rapat dengan staff yang lain kat situ kecuali dia. Masa tu aku sembang dengan Irsyad (staff) then tiba – tiba dia tegur aku dari belakang.

Jarak aku dengan dia rapat sangat. Aku terk3jut dan just senyum. Sempat lah aku pandang sekilas muka dia, muka tak puas hati. Beberapa minggu lepas tu, aku s4kit pulak so kena ambik mc dua minggu. Masa ni lah dia ambik peluang.

Alangkah terk3jutnya aku bila ada nombor tak kenal chat aku siap dengan panggiIan ‘sayang’. Aku menyampah giIa. Aku baIas chat tu sebab aku tau dah itu dia. Mana aku tak menyampah, dia tu suami orang. Dapat je chat tu serious cakap aku benci giIa.

Aku pun tunjuk lah dekat kawan – kawan aku chat tu. Siapa je suka kan bila suami orang nak try kita. Kawan – kawan aku nasihat supaya tak baIas chat mamat tu so aku pun biarkan jelah chat tu tak berbaIas. Lepas je sihat, aku kerja semula macam biasa.

Mamat tu datang kat aku. Tanya khabar, aku jawab endah tak endah je. Dia bagitau yang dia dah nak pindah tempat lain aku pun iyakan saja. Malas nak layan sebenarnya. Aku tak nak orang bercakap aku ni gatal. Lagipun aku dah ada boyfriend masa tu.

Fast forward, masa keluar dating dengan boyfriend aku, aku meng4muk. Masa tu jugak aku break sebab dia kantoi yang dia tu dah ada tunang. Aku kecewa giIa masa tu. Aku mintak dia hantar aku balik rumah sewa, dia pun ikut je tak cakap banyak.

Keesokannya dia cuba pujuk lagi, aku tipu kata aku nak kerja padahal masa tu aku cuti. Dia pujuk kata nak hantar so aku pun okay je. Sampai je tempat kerja, aku terus blah dari kereta dia dan block nombor ex aku tu. Sebelum block memang aku m4ki dia kaw kaw.

Dengan takde duitnya masa tu, aku lepak je dekat ruang menunggu office tu sambil main telefon. Siapa je tak sedih kan, aku dengan ex aku tu dah setahun. Aku buka whatsapp dan tengok chat – chat yang aku archive. Bila tengok satu – satu, ada pulak chat mamat laki orang tu.

Entah kenapa masa tu aku tiba – tiba rasa nak baIas chat dia. Aku pun baIas la chat dia dan bagitau yang aku ada kat ruang menunggu office. Dia terk3jut sebab aku ada kat office. Dia suruh aku tunggu, aku dengan b0dohnya pun tunggu dia.

Kat sini la start macam mana aku boleh sangkut dengan dia. Lepas tunggu dalam sejam setengah, dia sampai kat aku. “Buat apa kat sini?”, dia tanya dan duduk sebeIah aku. Aku just jawab saja datang sebab bosan dekat rumah. Dia hanya gelak and senyum dekat aku.

Dia offer nak hantar aku balik, sebabkan takde duit so aku terima je. Aku ikut dia pergi kereta dan masuk dalam kereta. Masatu aku tak fikir apa dah sebenarnya sebab aku kecewa giIa dengan ex aku, kecewa kena tipu. Entah macam mana aku boleh terlelap, sedar – sedar je dah sampai kat sungai.

“Kat mana ni? “, soal aku, then dia jawab kat sungai saja nak bawak jalan. Tak tau macam mana dia boleh tau aku ada masalah. Nampak sangat kot kat muka. Aku pun mula la bercerita pasal ex aku tipu aku. Masa cerita tu, masa tu jugak aku nangis kat dia.

M4kin lama, aku mula suka dekat mamat dia sebab dia ambik berat pasal aku, jaga makan minum aku. Kitorang pun mula keluar sama – sama beberapa kali. Lepas dua minggu dia pindah, aku sorang – sorang lah tapi kami still contact. Masa ni tak declare lagi dengan mamat ni.

Ex aku pun datang balik jumpa aku, punya la aku nak mengelak tapi dia tunggu sampai aku balik kerja. Masa ni mamat tu taktau yang ex aku datang balik dan aku pun takde rasa nak bagitau. Mamat tu masa ni kena outstation tempat jauh.

Aku tipu kata aku naik dengan kawan padahal dengan ex aku. Alangkah terk3jut bila aku tengok kereta mamat tu parking depan rumah. Masa ni aku cuak dah tapi aku buat b0doh. Dan itu lah pertama kali aku tengok dia marah giIa kat aku. Dia siap jerkah dan tengking aku.

Macam – macam benda tak elok keluar dari mulut dia. Dia p4ksa aku masuk dalam kereta, dan masa tu dia sambung tengking aku. Aku nangis giIa masa tu. Bukan nangis sebab apa, sebab aku takut. Tak pernah orang naik h4ntu sampai macam tu sekali.

Lepas beberapa jam dia drive, dan aku pun dah cool down sikit dia ajak aku gi rumah dia. Pada mulanya aku tolak yela nanti apa bini dia cakap tapi dia yakinkan aku yang bini dia okey. Aku pun ikut jela. Apa yang aku tak sangka, bini dia baik giIa kat aku. Dan anak – anak dia pun layan aku okay.

Masa ni aku lagi rasa bersalah. Lepas pada tu, tiap hujung minggu aku akan balik rumah dia. Aku dah terfikir masa ni, nak dia jadi ayah angkat aku je tapi dia tolak. Dia tak nak, dia nak lebih dari tu. Masa bermalam kat rumah dia, dia bagitau kat bini dia yang dia nak kahwin dengan aku tapi aku buat buat tak dengar.

Aku dah cuak masa tu, nanti tak pasal pasal kena. Bini dia pun macam okay je dengan keputusan dia. Lagipun sebelum ni mamat tu memang banyak kenal perempuan tapi asyik tak jadi je dan tak pernah jumpa bini dia langsung.

Kiranya aku perempuan pertama yang jumpa bini dia. Fast forward, aku dengan bini dia macam kawan – kawan tapi mesti lah aku rasa bersalah. Perempuan mana je tak sayang laki dia kan. Aku pernah nak putus, tapi mamat tu tak nak lepaskan aku.

Banyak kali aku mintak dan tiap kali tu mamat tu marah aku. Banyak benda aku buat dengan mamat ni. Semua benda termasuk xxx sampai aku pregnant. Aku pregnant masa ni hubungan aku dengan dia dah nak masuk empat tahun.

Tahun pertama takde apa, tak g4duh sangat. Masuk tahun kedua ketiga dan seterusnya kami banyak g4duh lebih lebih lagi bila aku dah berkerja. 24 jam dia akan chat dan call aku untuk pastikan aku takde jantan lain. Sekarang ni, bila aku cek telefon dia.

Mamat ni kantoi ada betina lain belakang aku. Aku s4kit hati giIa masa ni. Sebelum ni dia kantoi save nama manja betina lain, tapi dia nafikan cakap tu dari google contacts. Aku tak percaya tapi mengiyakan. Punya lah s4kit hati aku masa kantoi chat chat dia dengan betina lain. Siap nak ikut betina tu mandi, nak video call, mintak gambar bukan – bukan.

Aku s4kit hati giIa sebab aku dah sayang mamat ni, dah percaya dan paling penting rasa tak adil rupanya selama ni dia yang gatal chat betina lain. Aku fikir masa tu memang aku nak tinggal je mamat ni. Aku buat b0doh sampai lah dia hantar aku balik, masuk je rumah aku terus chat dan m4ki dia sebab s4kit hati sangat. Mamat tu terk3jut sebab kantoi.

Aku tak peduli apa then aku block dia. Dia text aku kata dia tak boleh takde aku, aku abaikan je. Dia merayu dan ugvt nak buat benda bukan – bukan, aku pun lupakan niat dan tak jadi tinggalkan dia. Telefon dia dah letak password, whatsapp dia pun dah letak fingerprint.

Tapi dia tak tau yang aku tau whatsapp dia ada fingerprint. Masa mula – mula tu aku s4kit hati dan kecewa sebab dia macam sembunyikan dan aku rasa dia masih chat betina betina tu. Mula  -mula aku tak boleh nak accept sebab aku dah sayang mamat ni, tapi lama kelamaan aku dah malas nak kesah. Aku busykan diri aku untuk lupakan dia.

Ada satu masa tu, aku do not disturb telefon aku. Aku archived chat dia dan baIas bila aku rasa nak baIas. Takde beria macam dulu sebab kepercayaan aku pada dia dah hilang. Aku pupuk dalam hati aku rasa tak kesah walaupun pada mulanya agak susah bagi aku yang nakkan perhatian ni.

Lama kelamaan aku okay dan lebih selesa buat hal sendiri. Ada masa aku rasa malas nak tengok chat dia. Aku lebih fokus pada diri aku. So pengajaran daripada cerita panjang lebar ni, as perempuan kalau kau tengah kecewa tak payah lah gatal nak keluar.

For me, baik duduk diam je kat rumah atau keluar dengan kawan – kawan instead of keluar sorang – sorang. Bila emosi ni kita dah tak fikir apa dah. Aku tak nak korang jadi macam aku. Dah sia – sia. Aku harap sangat kalau dapat diundurkan masa, aku tak nak kenal mana mana lelaki sampai lah aku dah berkerjaya.

Walaupun panjang, terima kasih sebab baca cerita ni. Ni untuk pengajaran korang jugak. By the way, aku (seroja) dengan mamat tu masih lagi ada hubungan sampai sekarang. Aku terjer4t budi dia. Perasaan? Dah lama hilang. – Seroja (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Nurul Mohd : Min.. Tau tak betapa sukarnya menahan nafsu dari mengecam dalam bulan puasa ni??? Saya ni baran tau tak, min. Saya rasa macam nak patahkan lidi sate bila baca cite ni. Nak tunjuk barannya saya. Tapi saya sabaaaarrrr… Bulan puasa ni.

Maizatul Anne : Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun.. nasihat utk diri aku jugak, just bayangkan ESOK kita M4TI. Bayangkan betul – betul yang orang akan balut badan kita dengan kain putih, orang dah tak boleh dengar suara rintihan dan tangisan kita.. Apa yg kita akan buat HARI NI??

Semoga terdetik hati kita untuk istighfar mohon keampunan dari Allah, Walau kita rasa d0sa kita banyak atau sikit. Fikir m4ti, in shaa Allah kita akan selalu rasa nak ikut apa yang Allah suruh, tinggalkan yang dilarang.
Sebab? Hakik4tnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita PULANG.

Muhammad Zulhilmi : Each end has a new beginning. Tapi seroja takut dengan New Beginning yang tidak diketahui kan. Bagi pendapat saya, you can choose whats next. Dalam dunia ni semua orang b0doh. Takda pun orang tu pandai.

Pandai pun lepas dia belajar sama ada diajar atau dari pengalaman. Ianya satu proses kehidupan. Kesilapan pertama ialah kesilapan, kesilapan kedua yang sama adalah satu pilihan. Life is short. Move on and find your happiness. BTW, pregnancy tu berjaya atau tak?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.