Bila ada kawan mak cerita anak mereka hulur duit besar seperti RM500 – RM600, dia akan ungkit pada semua anak – anaknya seperti memberikan mesej untuk contohi anak rakannya. Masalahnya kami tak mampu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca, seperti tajuk di atas, mungkin kedengaran sensitif. Tapi ya, itulah yang membelenggu fikiran aku. Aku seorang perempuan telah berkahwin, berusia pertengahan 30-an. Ada kakak, dan adik – adik yang semua dah bekerja.
Kami semua adik beradik perempuan. Ibu aku pula kini seorang ibu tunggal berusia lewat 50-an. Nak kata masih sihat, Alhamdulillah ok. Sesekali mengadu s4kit kaki, s4kit lutut. Tapi ibu seorang yang aktif mengikuti rombongan rakan – rakan kelas agamanya ke negeri sana, negeri sini.
Aku dan suami serta seorang anak kami tinggal bersama ibu menemaninya. Suami aku kerja off shore jadi pulang sebulan untuk 3 atau 4 kali saja. Apa yang aku nak luahkan adalah sikap ibu yang sangat sensitive tentang duit nafkahnya.
Bukanlah nak memburukkan beliau, cuma kami kadang kala terkilan dengan sikapnya sampai rasa redhanya jauh jika anak itu culas bagi nafkah. Tiada kompromi bab duit, jika bulan tu salah seorang anaknya ada masalah kewangan dan terp4ksa hulur dalam jumlah sedikit daripada kebiasaan, ibu mula tarik muka, merajuk.
Ibu setiap bulan dapat pencen arw4h abah, tapi tak laa besar sangat. Setiap bulan terima dalam RM1,200. Namun, arw4h abah tak meninggaIkan apa – apa hutang. Rumah dah habis bayar, kereta ada sebuah yang masih hutang tapi itu dah diselesaikan oleh kakak apabila dia mengambil kereta tersebut.
Jadi, pencen arw4h abah digunakan oleh ibu untuk dirinya serta bayar bil elektrik dan duit belanja dapur. Aku yang menghuni bersama turut juga beli kan sedikit stok makanan basah dan hulur duit setiap bulan tanpa gagal.
Aku nak beri banyak pun tak mampu sebab kerja aku cuma sebagai juruwang di pasaraya. Setiap bulan aku beri mak RM250 dan topup barang dapur serba sikit. Tapi aku sering belanjanya makan di luar. Suami pula hulur jika ada wang lebih, kalau tak ada, hanya belanja makan mak bila dia balik.
Manakala dua kakak aku hulur juga pada mak RM150 dan seorang lagi kerja part time hanya mampu beri RM100. Adik bongsu masih bujang pula tinggal di KL dan hulur mak RM200. Tapi tu laa ibu selalu rasa anak – anak hulur duit padanya kecil.
Dia akan ungkit bayar bil, cukai dan perbelanjaan dapur yang selalu cecah RM300. Bila ada kawannya cerita anak mereka hulur mak dia besar seperti RM500 – RM600, dia akan ungkit pada semua anak – anaknya seperti memberikan mesej untuk contohi anak rakannya.
Masalahnya, kemampuan kami setakat tu. Aku dan kakak – kakak aku ada anak yang memerIukan duit. Kami masing – masing berkongsi dengan suami sendiri bayaran kereta, pengasuh anak, pampers dan susu. Gaji pun setakat RM2,000.
Insurans pun wajib. Bukan nak cerita suami tak mampu, tapi duit suami tak beranilah kita nak tentukan. Dia juga ada ibu bapa yang perlu dihulur. Bukan setakat duit nafkah, tapi segala barangan rumah kami kongsi adik – beradik dan ibu.
Contoh ibu nak cat rumah, kami semua adik beradik akan kongsi sorang RM100 atau lebih jika yang berkemampuan. Wifi, water filter, astro dan bil telefon mak semua kami adik beradik bayar. Mak tak nak terminate semua benda ni, jadinya duit nafkah diberi setakat tu saja.
Mesin basuh dan peti ais rosak, mak beli baru, kami hulur sama – sama. Ya, kami belum layak dik4tegorikan anak solehah dan duit ni tak mampu nak tandingi kudrat ibu, tapi itu jek laa takat kemapuan kami. Tak ada kami berbelanja lebih beli emas atau mekap mahal – mahal.
Beli pun ikut keperluan, sesekali shopping handbag harga RM200 – 300 tu pun bila suami masing – masing dapat bonus. Tapi bila time dapat duit terpij4k, kami beri mak duit lebih atau belanja dia makan di restoran mewah. Orang kata untuk rasa – rasa.
Tapi, selain daripada tu, aku dan kakak semua hidup sederhana. Kemampuan kami hulur pada mak itu jek lah. Menyimpan pun mampu RM100 jek sebulan. Bukan aku dan kakak tak boleh demand gaji, namun untuk teman ibu (seorang lagi kakak tinggal 20km dari rumah ibu), kami terp4ksa akur dengan kerja yang sesuai dengan kelayakan kami di pekan.
Kalau kami pindah ke bandar besar, boleh saja kerja hebat, gaji hebat, tapi ibu seorang diri. Tapi mak suka repeat cakap “duit banyak beli itu ini. Anak kawan mak hulur mak dia besar. Dalam hati mak cakap seronoknya anak dia macam tu.”
Pernah adik bongsu beri ibu RM50 bulan tu sebab keretanya rosak, masuk bengkel banyak kena tukar, jadi banyak pakai duit. Tapi ibu merajuk dan langsung tak angkat call adik apatah lagi nak reply what’s app nya. Kalau pembaca di tempat aku, apa kalian rasa bila mak suka ulang cerita – cerita macam ni.
Kami sekeluarga berjalan setiap tahun pun kami share duit adik beradik termasuk suami masing – masing, tapi ibu tak perlu bayar. Bawa jalan – jalan makan semua ibu tak perlu keluarkan duit apatah lagi minyak kereta. Tapi bila selalu rasa seolah – olah anak – anaknya berkira buat aku rasa tersentak.
Aku pernah tegur dia, jauhkan diri ibu pada kawan – kawan yang bercerita macam ni. Anak – anak beri ikut kemampuan, ibu jangan banding. Seorang ibu perlu reda pada anaknya asalkan anaknya tak kurang ajar, tak buang dia atau benda – benda yang derh4ka.
Janganlah disebabkan duit nafkah boleh jadi anak – anak lebih jauh hati dengan ibunya. Kami kadang kala terasa untuk keluar dari rumah ibu, yang kakak rasa nak kurangkan balik kampung sebab bila datang ke rumah, ibu akan cakap dia korek – korek duit beli ikan ayam untuk anak – anak balik.
Kalau dia seorang diri, makan ikan masin pun takpe. Tapi ibu seorang yang penakut, tak boleh tinggal rumah seorang diri. Kalau aku balik ke rumah mertua untuk beberapa hari, ibu akan tanya mana – mana kakak yang berkelapangan untuk tidur teman dia di rumah.
Atau ibu pergi ke rumah mak saud4ra kami dan tidur di sana. Tapi, bila ibu rasa kami di rumah seperti beban, aku rasa macam jauh hati bila tinggal di sini. Entahlah. Walaupun apa yang kami beri tak terbanding dengan peng0rbanannya, tapi kami berusaha tunaikan apa yang wajib daripada seorang anak iaitu doa.
Wang ringgit kami tak mampu bagi banyak, tapi doa untuk ibu dan arw4h abah tak pernah putus. Salah ke ibu jika kami beri apa yang termampu? – Mawar (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Noor Aisyah Afham : Kan.. Orang yang daapt mak macamni je paham situasi. Boleh berg4duh antara adik beradik. Takde maknanya ayat ‘hulurlah kepada makbapak walau sekadar rm50 untuk keberkatan’. Mak – mak jenis macamni takde maknanya rm50.
Beratus – ratus dah kita hulur still bising, still tak cukup. Jaja kat sed4ra mara macam kita tak tolong. Malu muka kadang – kadang jumpa dengan sed4ra. Orang tengok kita ni macam buat mak hidup susah. Saya faham sebab orang terdekat saya macamni. Sedih dengar luahan mereka. Hidup zaman sekarang memang keras. Hampir 2k dah untuk mak awak dapat tu siap jalan sana sini. Tak bersyukur langsung.
Wan Sheila Wan Hazmi : Diam je. Buat ikut kemampuan. Tak perlu pun explain, justify semua pada mak tu akan apa kita belanjakan. Mak ni bukan tak pernah makan garam, bukan tak pernah muda, bukan tak pernah rasa susah senang besarkan anak, bukan tak pernah merasa hal – hal nk cukupkan keperluan keluarga. Mak ada pencen apa dah. Yang lain cuma lifestyle tapi ambil kesempatan atas point derh4ka. Awak tak derh4ka pun. Awak dah cuba sebaiknya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.