Anak – anak dah besar panjang, ayah letakkan syarat, kami sebagai anak kena taat pada dia. Ikut arahan dia, contoh kena kerja dengan dia. Kerja dengan ayah ibarat seperti h4mba abdi tidak dibayar upah..
#Foto sekadar hiasan. Hi semuaaa assalamualaikum… Nama aku Cik Kentang, perempuan berumur 20an. Tinggal di pantai timur dan alhamdulillah sudah berkerja dan berdiri atas kaki sendiri. Alhamdulillah. Tak tahu nak cite macam mana sebenarnya, ianya pasal keluarga..
Sebab rasa macam terlalu sukar diluah tapi tidak mampu dipendam.. Tapi aku cuba insyaAllah. Semoga dapat ambik aktibar dan teladan untuk aku dan semua (peringatan dwibahasa english-malay yer korang). Aku ada ayah guys, tapi aku rasa macam takde pon takpe sebab ayah aku tak macam ayah korang:
1. Diri tak pernah salah dan silap. Setiap kali kesusahan yang dia hadapi dalam hidup dia akan menyalahkan orang – orang terdekatnya contoh mak aku. Siap dapat pakej m4kian dan kejian lagi. Kalau masa kami kecik – kecik duluuuu pernah juga tengok mak aku kena b4ntai, sekarang kami dah besar panjang, dia tukar cara plak melalui kata – kata yang meny4kitkan dan menyesakkan d4da.
Sebab dia nampak kitorang anak – anak dah besar panjang kan. Dia letakkan syarat, kami sebagai anak kena taat pada dia, ikut planning dia contoh kena kerja dengan dia. Dan semestinya kami tak nak ada kaitan pon dengan dia kalau kerja macam h4mba abdi. Upah tak seberapa tapi abvsing mentally and physically.
2. Amarah yang tidak pernah berhenti. Panas baran ke? Yup memang panas baran. Bila ada je tak kena mata dia tindakan kita. Mesti terus kena bantai, m4kian dan kejian. Benda kecik pon boleh jadi isuuuu, contoh masakan yang terlebih masin dia punya panas baran tuuuu m4kian cacian segala binatang akan keluar tauuu dekat mak aku. Ya Allah kau kurniakan syurga buat mak akuuu.
3. Lari dari tanggungjawab dan lepas tangan. Dia tak sara pon family kitorang. Mak aku kerja sendiri sara keluarga. Kami adik beradik kerja dari zaman sekolah lagi sebab nak surv1ve hari – hari, duit nak belanja beli makanan. Dia mana?
Time kita call bagitau duit tak de. Anak nak sekolah.. Nak beli makanan.. bil elektrik dah potong. Dia boleh bagitahu je, dia tak de duit (sampai m4ti aku ingat ayat diaa wei).
4. Kaki perempuan. Dari aku kecik aku tengok ayah aku banyak scandal dan sekarang pon tak berubah walaupun anak – anak dah besar panjang. Bapak aku sekarang dah kahwin baru, perempuan mana tahhh, tapi dekat sini adalah kelebihannya dia tiap kali balik rumah aku tak lamalahhh sekejap-sekejap jerr, so mak aku pon tak delahhhh penat jiwa dan raga nak hadap kerenah diaa kann. Kena masak bagai lagi cuci baju dia apa semuaa kannn.
5. Kedekut. Pantang terbesar dalam hidup dia adalah duit. Jangan cakap pasal duit. Jangan mintak duit. Ko rasa nafkah kitorang macam mana? Kalau dia bagi RM50 tu kira rahmat terbesarlahh apa lagi RM200. Dia ada bagi duit tapi tak cukup.
Contohnyaaa sebulan RM200 zaman kitorang sekolahh 4 – 5 orang gituuu.. ko rasa? Nak beli makanan lagi. Nak bayar bil lagi? Syukur sangat zaman tu ada lah bantuan dapat zakat daripada NGO (hanya Allah mampu baIas jasa NGO yang bagi bantuan makanan, wang dan barang – barang sekolah kitorang, semoga kalian masuk syurga tanpa dihisab aamiin)
Mesti korang pelikkan.. Macam mana mak aku boleh kekal dalam hubungan t0ksik ni? Aku pernah tanya mak aku. Kenapa mak setia kalau per4ngai ayah tak sama orang tuuu? Sebab anak – anak. Mak tak nak korang hidup takde ayah. Walau hakik4tnya ayah aku buat mak aku macam ape.
Natijahnya sekarang aku tr4uma dengan hubungan dan aku takut dengan lelaki. Dan aku rasa aku mungkin tak kahwin kott guys. Sebab aku rasa aku tak layak. Dan aku takut aku jumpa lelaki yang salah. Banyak sangat cerita aku nak luah.
Tapi aku rasa macam aku tak pandai nak karang ayat macam mana… Huhuhu thank you sebab sudi baca. “In the end dia tetap ayah kami dan kami anaknya” – Cik Kentang (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum dan salam ramadhan semua.. Semoga ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya insya Allah aamiin. Berbalik kepada confession aku in previous part kan. Aku ade baca komen – komen uolls.. Mix reaction overall.. Yelahh setiap judgment tu berbeza dan tu hak individu tersebut.
Ade yang negatif ade yang bagi motivation.. Thank you so much untuk semuanya. Izinkan aku flashback ramadan yang penah aku jalani dalam hidupku suatu ketika dahulu.. Zaman kitaorang struggle sebab ayah dah angkat kaki dari rumah tuu.
Hanya cebisan memori yang terpahat dalam jiwa. Untuk menyara kehidupan kami emak aku buat keputusan nak kerja sebab kami masih kecil dan bersekolah. Akhirnya rezeki miliknya sebab dapat kerja dengan restaurant department dapur. Masa tu gaji dalam RM30 sehari.
Dapat gaji harian. Tak pergi kerja takde duit. Dan tiada incomelah for the day. Emak penah jatuh motor masa nak pergi kerje tapi mak sangat kuat. Mak bangkit, bangun untuk pergi kerja. Ya Allah kau kurniakan syurga buat ibukuu aaminn…
Ramadan terpahat dalam memori ialah.. Kami hanya mampu beli sejenis lauk sahaja iaitu gulai daging kawah untuk kami sekeluarga termasuk adik beradik yang berharga lebih kurang RM5 – 7. Cuba korang bayang kami 4 beradik makan macam mana.. Ya Allah sungguh lazat nikmat makanan tuuu.
Pernah jugak emak mintak lauk untuk tapau untuk berbuka dekat owner restaurant tuu sebab sebelum ni waktu biasa. Memang makan tengahari disediakan namun disebabkan sebab – sebab tertentu tiada makanan yang boleh dibawa pulang.
Kini ramadan telah kembali menjelma dan kami alhamdulillah sudah tiada di noktah yang sama. Aku sudah tamat belajar. Dan adik beradik yang lain sudah berkerja berbaki si bongsu di dalam pengajiannya. Emak pun sudah tidak berkerja
Ayah? Muncul di saat kesusahannya. Mintak emak mengirim doa untuk kesulitan yang dihadapi contoh kend3raan rosak di tengah larut malam, tiada job untuknya. Mengirim wang purata lebih kurang RM200 sebulan untuk kami.. Itupun setelah puas emak merayu untuk anak – anak sekolah.
Berbalik kepada komen seorang hmba Allah di ruangan komen di bahagian satu yang aku rase aku perlu ulasan sedikit. Ya betul aku bersyukur aku mempunyai ayah disaat ade yang lahir tiada ayah. Ataupun tidak ketahui nasabnya tapi percayalah pernah suatu ketika. Terlintasnya di benak fikiran aku..
Ya Allah ya tuhan jika sebegininya per4ngainyaaa biarlah aku tidak berbapa kerna hadir sekadar menambah Iuka dan parut sahaja buat kami kerna sapa ke saat ini dia tidak berubah dan hanya Allah tahu pengakhirannya bagaimana buat kami semua
Dia ade ke tidak dalam kehidupan kami, life goes onn. Kami struggle je sendiri aku dengan adik – adik kerja dari zaman sekolah lagi cari duit poket nak belanja sekolah bagai (kalau emak aku ni jenis lemah semangat dan lama dah dia ajak kami semua minum r4cun tauuu. Alhamdulillah Allah jaga kami)
Kepada sesiapa yang bagi statement kurang menyenangkan tentang luahan aku, kamu tidak pernah akan memahami kehidupan aku, kamu tidak menghadap apa yang aku hadap. Hanya Allah sahaja yang tahu dan aku hanya bercerita certain part sahaja disebabkan penceritaan hidup aku yang kompleks.
Ayah masih dalam dunianya mencari yang tidak pasti dan terbaru dia ingin adik beradik yang lain untuk bekerja dengannya mencari rezeki bersama namun dibantahkan oleh emak aku. Untuk informasi semuanya, berkerja dengan ayah sama sahaja ibarat seperti h4mba abdi tidak dibayar upah setimpal tidak lupa kepada barannya.. Sumpah seranahnya.
Aku tahu aku tiada daya untuk membuat perhitungan dengannya disebabkan dia ayah dan aku anaknya. Percayalah akan aku tuntut semua di mahsyar kelak. Dan ketika itu aku percaya Allah sebaik – baik hakim untuk tiap – tiap percaturan manusia. Salam akhir dari Cik Kentang. – Cik Kentang (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Sedih bila berhadapan dengan ayah sebegini. Selagi dia belum insaf selagi itulah per4ngainya tidak akan pernah berubah. Semoga Cik Kentang ibu dan adik adik berbahagia selalu. Ketenangan jiwa itu juga satu kebahgiaan. Amiin.
Ezd Airaniez : Memang wujud ayah N4rcissistic dan tak bertanggungjawab macam ni. Yang tak hadap bolehlah cakap – apa pun itu ayah. Tapi kenalah ada empati. Ujian orang berbeza – beza. Confessor ni ujiannya dapat ayah yang tak baik.
Hikmahnya dia jadi matang dan hargai kesenangan akibat kesusahan yang dialami dulu. Better pandang daripada sudut ni daripada mengenang kenangan ayah yang tak baik ya. Semoga confessor dan mak dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah swt. Aamiin..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.