Ayah aku ni dia tak boeh dengar bunyi bising – bising. Anak aku pulak yang kecik tu kuat menangis dan suka menjerit. Sampai la malam tadi ayah aku terlepas cakap. Ayah cakap ayah dah tak tahan dengar anak – anak aku bising..
#Foto sekadar hiasan. Untuk pertama kalinya ayah aku menangis minta maaf pada aku. Kes nya mungkin taklah terlalu besar pada yang tak merasai tapi aku sekeluarga betul – betul terkesan dengan apa yang dah jadi pada ayah aku.
Ayah aku umur dah 69 tahun. Ayah aku bekas askar. Kalau tengok fizikal dia memang body fit tak buncit, tegap. Bab kesihatan dia bersih. Takde peny4kit tiga serangkai yang selalu orang – orang berumur kena. Selalu umur – umur macam ayah aku dah ulang alik ke kIinik kesihatan untuk check k3ncing manis d4rah tinggi bagai tapi dia tak.
Petang – petang seminggu 2 – 3 kali memang aktiviti dia jogging. Kalau jogging, bila dah start berlari kau takkan nampak dia stop. Dah sampai rumah la baru stop berlari. Tambahan, ayah aku ni jenis tak banyak cakap. Cakap bila perlu je.
Masa kami kecil – kecil dulu takde pun gurau senda sangat dengan ayah. Memang moment waktu kecil dengan ayah sendu. Bila dah besar dah masing – masing kahwin baru lah okay sikit boleh gurau – gurau gelak – gelak besar.
Aku adik beradik 7 orang perempuan semua mak aku yang banyak ambil peranan. Pendek cerita kami tak rapat dengan ayah. Tapi yang satu aku ingat, ayah selalu bohong sunat ajak jalan – jalan naik motor cakap nak pergi kedai, padahal bawak kami adik beradik gunting rambut kat kedai aunty cina.
Bila sampai ayah cakap p0tong macam biasa. Makna macam biasa tu p0tong rambut kami pendek nampak telinga macam budak – budak lelaki tu. Kami tak suka! Haha. Okay. Tapi dalam sihat tu, ada satu peny4kit yang sebenarnya dia dah lamaaa ada dari dulu kami adik beradik ni perasan. Anxiety. Tapi level yang biasa – level je lagi.
Antara nya ayah aku memang tak boleh tempat sempit, ramai – ramai orang dan kalau drive lalu kat terowong memang dia akan pecut. Dia lemas katanya. Pernah dulu kami satu family pergi ikea, korang tau kan keadaan dalam ikea tu kalau dah masuk, takde pintu lain dah, kene terusss jalan sampai jumpa jalan keluar.
Lepastu bahagian siling atas kan rendah. Jadi dia start panic att4ck time tu jugak, berpusing – pusing cari jalan keluar. Sudahnya dia tunggu kami dalam kereta je sebab masatu masing – masing dah berpecah buat hal masing – masing.
Kalau dia keluar ke mana – mana dengan mak aku pun, dia tunggu kat luar je lepak mamak tepi – tepi pasaraya sementara mak aku shopping barang. Memang dia tak pernah teman. Masa tahun 2013, aku, kakak aku dan ayah aku pernah eksiden jalan raya.
Masa tu kami dalam perjalanan nak pergi ke satu tempat. Alhamdulillah kami semua okay cuma ced3ra ringan. Tapi kend3raan yang kami naik masatu teruk jugak. Cermin semua pecah, remuk sana sini sebab saksi cakap kenderaan kami tu berguling – guling.
Ditakdirkan masa kat balai ada la sorang lelaki ni bagi nombor towing kat ayah, ayah aku setuju lepastu terus la towing kend3raan ke bengkel. Kebetulan sangat bengkel tu dekat kampung kawasan kami duduk je! Lagi la ayah setuju sebab senang nak follow up katanye.
Bulan berganti bulan setiap kali ayah datang bengkel tu, kend3raan kami tersadai kat situ je. Takde sehabuk perubahan pun jadi kat kend3raan tu. Bila tanya macam – macam keluar dia punya alasan. Kakak aku pun dah siap berg4duh – g4duh dengan owner bengkel tu. G4duh mulut la.
Bila cerita – cerita sesama orang kampung barulah kami tahu rupanya dah ramai kena tipu dengan owner bengkel tu. Bengkel dia pun dah melingkup beberapa tahun lepas tu. Terduduk ayah aku time tu sebab kalau tak silap ayah aku dah bagi duit pada owner bengkel tu untuk baiki.
Kend3raan tu la dia pakai untuk cari rezeki sara kami 7 beradik. Bila tak elok – elok mana nak cari duit nya. Harap duit pencen. Sejak dari tu pertama kali ayah aku makan ubat. Aku pun tak tau ubat apa nama. Tapi atas saranan doctor.
Sebab lepas kejadian tu ayah aku tak boleh tidur malam, sesak nafas. Lama kelamaan bila dah boleh kawal baru lah ayah stop makan ubat tu. Lama juga lepas kejadian tu ayah aku dah okay alhamdulillah sihat macam biasa.
Anxiety dia pun mungkin boleh kawal. Sampai la 4 bulan lepas. Masa ayah mandi, telinga dia masuk air. Biasakan kalau telinga masuk air, orang akan masukkan lagi air dalam telinga tu bagi keluar. Macam tula ayah buat.
Sampai la petang tu dia dapat call dari adik dia, bila ayah tukar phone dari telinga kiri ke kanan baru dia sedar yang telinga dia tak dengar apa – apa. Mula dari haritu la kesihatan ayah aku merosot. Macam – macam cara dia buat untuk pulihkan telinga tu.
Secara medic sampai la traditional semua dah tapau. Ayah pernah pitam kat hospitaI masa follow up dengan doctor kes nya doctor cakap telinga ayah tak boleh baik macam biasa. Cara nak ikhtiar pulih tu ada je kene operation cuma chance untuk baik tu tipis.
Dah operate pun belum tentu boleh dengar balik macam dulu. Duit pun dah beribu habis untuk tu. Ayah cakap bila dah jadi macam ni duit bukan segalanya dah. Kesihatan lagi penting. Keadaan ayah aku tertekan. Dia punya str3ss sampai tubuh yang dulu tegap sekarang dah kendur kurus.
Banyak menangis, kadang – kadang marah – marah tak tentu pasal. Perkara remeh pun dia jadi kan topik untuk cari pasal camtu la. Okay satu masalah bila telinga dia tak dengar ni bukan semata – mata tak dengar. Telinga dia sentiasa ada bunyi berdesing. Tu yang buat dia tak selesa sampai anxiety aku rasa.
Ayah tak boleh bila dengar benda yang kuat – kuat. Macam bunyi tv kuat, bunyi anak – anak aku main suara kuat – kuat dan paling dia sedih, dia tak dapat pergi surau macam biasa sebab bila imam baca pakai mic, suara tu mengganggu dia.
Ayah aku ni setiap solat memang dia jemaah kat surau. Bulan puasa solat tarawih tak pernah tinggal. Memang 20 rakaat punya. Tapi tahun ni tak. Dia tak mampu nak duk lama – lama kat surau. Dan kami pula anak – anak ni dah mula mengeluh.
Padahal baru 4 bulan ayah aku macam ni. Puncanya sebab ayah aku tak nak dengar apa yang anak – anak cakap lebih pilih dengar apa yang g3ng – g3ng surau dia cakap. Bila kami suggest ustaz – ustaz yang kami kenal nak bawak lah dia berubat traditional sebab dia yang nak try kaedah tu, dia taknak.
Dia cakap kawan surau dia suh pergi kat situ sini macam – macam tempat la jauh dekat semua kami dah bawakkan. Bila jadi macam ni dia jadi macam budak – budak banyak songeh. D0sa besar rasa sebab depan memang kami layan je, tapi belakang ayah kami dah start cakap – cakap.
Bukan sebab malas layan tapi sebab ape yang kami nasihatkan kami suggest semua dia tak nak dengar. Ikut pun terp4ksa je. Ubat pun satu hal macam – macam ubat try, mana yang dia jumpa kat fb ni semua dibeli. Aku faham sebab ikhtiar tapi kami risaukan kesihatan ayah m4kin teruk.
Nanti dari pasal telinga melarat – larat pula jadi kes lain. Sampai ke harini ayah masih melayan perasaan. Moody, muka kusut banyak fikir. Hari – hari tengok hp pasal doc cakap itu cakap ini kat yutiub, fb. Kadang – kadang bercanggah – canggah taktau mana satu yang betul.
Saud4ra mara jauh pun ramai yang datang ziarah bagi nasihat yang membina. Lega sekejap sebab dia terima nasihat – nasihat macam “ada orang Allah uji lagi teruk pada kita”. Tapi sekejap je. Lepas tu dia layan perasaan sedih dia lagi.
Dulu ada masanya nampak la juga dia bergurau – gurau bergelak tawa sakan dengan mak. Sekarang lama dah aku tak nampak. Dengan kami adik beradik pun bila berkumpul ramai – ramai ada la jugak hilai tawa. Sekarang bila berkumpul muram je dia. Borak – borak sikit banyak termenung. Sedih aku.
Aku percaya dugaan ni bukan dugaan untuk ayah je. Tapi untuk aku jugak. Sebab aku selalu ada rumah dengan anak – anak aku. Aku memang ade menyewa rumah lain tapi seminggu tu khamis – ahad je aku akan balik rumah sewa aku.
Lain – lain hari memang aku tido rumah mak ayah aku je sebab aku keje kat sini. Anak – anak aku pulak fasa yang tengah betul – betul main je keje nya. Kalau pesan “jangan bising, aku s4kit telinga tak boleh jerit – jerit” sekejap jelah faham nya tak sampai 5 minit bising balik.
Anak bongsu aku umur 1y+. Memang dari lahir banyak menangis sampai la sekarang. Bila menangis memang kuat. Lagi pulak fasa dah pandai menjerit ni. Takde keje lain jeritttt je. Sampai aku yang dengar ni pun s4kit telinga apetah lagi ayah.
Bila keadaan bising – bising, aku jadi penat sebab nak kena kawal. Semua benda kena larang, main itu tak boleh ini tak boleh. Anak – anak aku pun asyik kena marah jelah jadinya supaya tak riuh sangat. Sampai la malam tadi ayah aku terlepas cakap.
Ayah cakap ayah dah tak tahan dengar anak – anak aku bising, terutamanya yang bongsu aku. Dia cakap bagi la mak ayah rehat – rehat, penat dengar. Esok balik la rumah sana, rumah sewa aku la kiranya. Aku diam. Ayah sambung cakap kat aku yang jangan ambil hati apa yang ayah cakap.
Aku diam lagi. Sebab aku taktau nak baIas apa. Memang betul – betul kelu lidah aku. Aku sebolehnya memang tak nak ambil hati sebab aku sayang ayah, tapi sebab ikutkan perasaan sangat aku terdetik dalam hati tak nak balik dah lepas ni taknak jumpa ayah, tahun ni beraya rumah laki aku jelah camtu. Teruk betul. Aku perasan muka ayah aku masa dia cakap tu berubah.
Lepas apa yang dia cakap tu lama kami duk kat ruang tamu. Tv ada bunyi tapi suara aku dengan ayah takda. Tak lama tu ayah pun masuk bilik. Tak semena – mena air mata aku jatuh teringat apa yang ayah cakap. Dalam – dalam ayah aku cakap jangan ambil hati tapi aku tetap ikut perasaan sombong aku ni.
Masatu dah mula fikir dah macam mana aku nak urus kan waktu dan hari – hari aku supaya anak – anak aku tak ganggu life dorang, sambil minum air kat dapur. Sunyi. Dalam sunyi tu aku dengar pintu bilik ayah aku terbuka.
Dia intai – intai nampak aku. Aku dengan sombongnye pandang je tanpa cakap apa – apa. Buat acuh tak acuh. 3x dia keluar masuk bilik tapi tak singgah ke dapur. Kali ketiga dia singgah, aku terus bangun dari kerusi habiskan minuman dan terus tuju ke bilik tidur aku. Aku nampak ayah aku ambil gelas nak minum air.
Dalam langkah nak ke bilik tidur aku, ayah panggil aku dengan suara serak kemudian ayah peIuk aku sambil menangis minta maaf. Ayah cakap pada aku dia serba salah lepas cakap macam tu dekat aku. Ayah cakap jangan lah tak balik terus lepas ni.
Hujung – hujung minggu nak balik sana balik lah. Tapi datang la sini balik. Aku baIas peIukan ayah aku, aku cakap aku faham keadaan ayah, padahal sebelum ni aku tak faham pun. Aku ikutkan perasaan aku, sampai ayah aku pula yang minta maaf pada aku.
Aku terlalu ikutkan emosi. Sebab sejujurnya aku dan suami aku betul – betul struggle jaga anak – anak yang jenis banyak meragam. Anak kedua aku ada masalah sama macam anak bongsu aku, memang dari awal lahir sampai sekarang umur 3 tahun banyak menangis.
Sekarang aku diuji lagi sorang sampai umur berapa baru kurang menangis aku pun tak tahu. Ni lah punca kenapa aku teremosi bila ayah aku cakap macam tu. Ada masanya aku memang koyak mental aku nak hadap. Tak pernah – pernah tau aku berpeIukan dengan mak ayah aku selain hari raya.
Kalau hari raya pun takdenya nak menangis sakan. Tapi harini sayu betul aku rasa. Harini juga la baru aku sedar yang ayah aku dah tua. Ayah aku dah start diduga dengan kesihatan. Kejadian harini dah jentik hati aku otak aku supaya sedar yang keadaan dulu itu dulu. Dah tak sama. Masa sem4kin beredar. Satu hari nanti aku pun akan tua.
Aku banyak d0sa dengan mak ayah aku. Aku harap Allah terima doa minta keampunan atas apa yang aku buat pada mak ayah aku, guris hati perasaan mak ayah aku. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik buat mak ayah aku, panjangkan umur mereka, terimalah segala amal ibadat mereka, jauhikan lah mereka dari api neraka dan semoga Allah pulihkan semula pendengaran ayah.
Aku rindu suasana santai dalam rumah mak ayah aku macam dulu. Semoga Allah perkenan doa – doa aku ni. Yang penuh d0sa, – Anak (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Faranisyah Hakim : Sedih baca part ayah mintak maaf tu. Mengalir air mata. Dik, saya ni dulu mak sendiri pun pernah cakap, dia serabut dengan budak – budak. Bukan dia tak sayang cucu dia, cuma kalau keluar ke mana – mana, dia tak suka budak – budak ada sekali. Dia rimas.
Jadi, sebagai anak.. pendamkan rasa kecik hati sebab bila keluar berjalan jer, saya takleh ikut sebab ada anak kecik. Lama – lama, perasaan tu jadi biasa dah. Kena faham lah orang tua ni, masa muda dia dah cukup struggle. Macam kita lalui sekarang lah.
Kalau dalam situasi awak ni, kalau boleh stay saja lah kat rumah sendiri walaupun jauh dari tempat kerja. Ayah awak masih struggle untuk sesuaikan diri dengan masalah kesihatan dia. Orang s4kit ni memang dia akan ada fasanya.
Sekarang dia dalam fasa grief. Bagi dia ruang buat sementara waktu ni. InsyaAllah, dia akan okey. Time tu, baliklah macam biasa. Semoga urusan awak dan ayah dipermudahkan dan Allah sembuhkan ayah awak yer.
Eva Azura Al Idrus : Kesian ayah awak. Dulu dah susah bela anak, sekarang susah nak bela cucu pulak. Dan masih dipersalahkn bila dah tak mampu menolong. Seriously, kesian parents bila ada anak yang tak memahami.
Mungkin dia dah lama bersabar sebenarnya. Bila berterus terang, tindakannya disalahertikan. Derh4ka kepada makayah ni banyak cara, tak semestinya dengan perbuatan yang kasar. “Menyusahkn” ibubapa adalah salah satunya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.