Masa mengandung berat naik mend4dak, muka kusam. Suami gian tengok wanita cantik. Aku terh1na. Lepas bersalin aku baIas d3ndam

Aku tr4uma nak mengandung sebab bertukar buruk. Aku nekad baIas d3ndam dekat suami. Aku kuruskan badan, aku mekap cantik – cantik letak gambar dekat FB. Aku layan semua lelaki dekat media sosiaI. Dulu aku jadi muslimah, sekarang biar aku jadi…

#Foto sekadar hiasan. Di usia 12 tahun perkahwinan, akhirnya aku sedar perkahwinan aku adalah satu kesilapan yang besar. Aku tersilap memilih suami. Perkenalan aku dan suami terlalu singkat. Dalam perkenalan setahun itu, suami aku sangatlah baik. Sangat menjaga pandangan mata, kalau kami berjalan berdua, dia akan duduk jauh dari aku.

Muka dia tulus, berkumis. Percakapan lemah lembut. Dia layan aku sangat baik. Sepanjang perkenalan tak pernah dia bercakap benda kotor. Bagaimana aku tidak jatuh hati ya Allah.. Suami aku ni pegawai kerajaan. Dan aku juga staff di sana dengan jawatan kontrak sahaja.

Namun selepas kahwin, aku terp4ksa berhenti kerja kerana kandungan aku yang fragile, selalu bIeeding dan alahan yang melampau. Suami aku izinkan aku berhenti kerja. Nafkah makan, minum keperluan semua cukup tapi tidaklah mewah kerana gaji suami aku pun cukup – cukup.

Ditambah lagi dengan mertua aku yang suka masuk campur urusan ekonomi aku sekeluarga sejak aku berhenti kerja. Oh ye suami aku pun “anak emak” ye. Sejak aku dah tak kerja ni, suami aku m4kin rajin bertanya pendapat mak dia kalau nak beli apa – apa.

Contoh ketika aku nak beli barang baby, mak dia berm4ti – m4tian halang aku beli pakaian baru untuk anak bakal lahir, dia suruh mintak dengan kakak ipar aku sahaja. MasyaAllah, baby sulung kot. Lagipun aku ada simpanan aku sendiri.

Suami aku memang setuju dengan pendapat mak dia, tapi aku bertegas tetap beli barang – barang baru untuk anak aku. Ni bukan soal membazir tapi excited menyambut kedatangan baby baru dan barang – barang tu boleh simpan lagi kan untuk anak – anak lain yang bakal lahir kelak.

Sepanjang tempoh perkahwinan ni terlalu banyak yang meIukakan aku tapi time healed it. Aku telan semua tu sebab aku malas nak beratkan kepala dengan benda – benda macam ni. Hinggalah ketika aku mengandung anak no 2, berat badan aku naik mend4dak. Muka break out teruk.

Aku sebelum ni alhamdulillah Allah bagi cantik, kulit licin putih, badan kecik molek. Bayangkan tiba – tiba badan naik mend4dak, muka breakout dan kusam. Aku sendiri tak sanggup tengok muka aku. Masa aku di fasa down tu, suami aku mula buat hal.

Dia tak ada skandal, tapi dia suka cuci mata tengok perempuan. Masa kami jalan sama – sama, bila ada perempuan cantik depan dia, dia akan tengok lama – lama. Astaghfirullah, masa tu aku rasa terh1na dan malu sangat. Hati aku berkecai.

Bila aku berg4duh hal ni, dia kata dia tak tengok pun. Dia ingat aku buta ke? Sepanjang perkahwinan tu, ni kali pertama aku betul – betul kecewa terIuka. Sebab aku tengah dalam fasa hodoh, dia buat hal tengok perempuan lain.

Memang la orang kata alah tengok je pun, tapi bagi aku tu satu pengh1naan dan aku teramat malu kat perempuan yang dia tengok tu sebab takut terbit di hati perempuan tu, “kesian bini dia, tu la siapa suruh jadi hodoh”. Lepas je bersalin, masa dalam pantang memang aku tak makan nasi ye.

Aku ratah ikan, makan sayur dan buah je. Dengan menyusu badan lagi, berat badan aku turun mend4dak, lagi kurus dari zaman bujang. Kulit aku m4kin elok sebab aku banyak makan sayur dan buah, minum air masak berliter sehari.

Masa tu keyakinan aku datang balik. Tapi dalam masa yang sama aku jadi tr4uma nak mengandung balik, sebab aku takut jadi hodoh balik. Aku tr4uma sebab aku tahu kalau aku hodoh, nanti suami aku pandang perempuan lain lagi.

Suami aku bukan layan aku baik pun. Kedekut dengan aku, kedekut dengan mak ayah aku. Sampai aku terdetik suami aku ni sayang aku ke tak sebenarnya. Aku tengok orang lain bahagia dengan pasangan, tapi aku rasa macam housemate.

Aku dah mula tawar hati kat suami aku. Aku mula teringat kata – kata pujangga “kahwin dengan lelaki yang sayangkan kau lebih dari kau sayang dia”. That’s it. Masa bujang dulu ramai je lelaki yang terkejar aku, tapi aku buat silap, aku buat pilihan salah kahwin dengan orang yang tak sayang aku, yang anak emak, yang tak anggap pun mak ayah dan keluarga aku macam keluarga dia.

Sekarang ni anak no 2 aku dah masuk darjah 1, tapi aku masih belum terbuka hati nak tambah anak sebab sikap suami aku tu. Kemuncaknya, pada bulan 5 tahun lepas, ayah aku ada telefon aku suruh tolong mintak ambil ubat kat kIinik. Tapi suami aku tak izinkan aku guna kereta dengan alasan abang aku ada, suruh je abang aku.

Aku masa tu berg4duh besar dengan suami aku sebab dia pentingkan diri. Ayah aku jenis susah nak mintak tolong ye, jadi bila ayah aku suruh aku, maknanya ada sebab lah tu. Aku naik grab sorang – sorang pergi ambil ubat ayah aku.

Memang suami aku berd0sa besar, memang kau takkan kaya dengan pemikiran dan sikap macam ni. Masa dalam fasa ni aku tawar hati giIa kat suami aku. Tapi aku tak nak anak – anak nampak aku dan ayah diorang tak ok. Masa hujung minggu, kita keluar macam biasa dengan anak – anak.

Sekali lagi suami aku buat hal, aku nampak perempuan depan aku ni macam tak selesa, bila aku cek yes, suami aku duk pandang dia dari tadi. Memang dalam kereta aku berg4duh kaw kaw. Ya Allah masa tu memang aku rasa nak berpisah je.

Aku rasa kalau aku kerja, memang aku dah lama tinggal suami macam ni. Aku tak nak kahwin dah. Aku tahu semua lelaki sama. Kau cantik lah macamana pun, dia takkan nampak sebab dia dah bosan tengok muka engkau. Dia suka tengok benda baru.

Weh aku pun ada rupa, aku tak pernah terdetik nak pandang lelaki lain. Kat selangor ni berlambak weh lelaki hensem, yang tua yang muda, yang oppa yang kacukan siam, tapi aku takde masa nak tengok lama – lama. Suami aku pehal wehhh.

Memang start dari tu kitorang tidur asing. Aku start cari kerja. Aku pun start follow, approve kat fb lelaki – lelaki yang add friend aku. Aku m4kin galak post gambar – gambar aku yang cantik – cantik kat fb. Bila lelaki komen memang aku reply kaw kaw.

Kau suka sangat kan tengok perempuan lain. Yes aku pun suka lelaki lain tengok aku. Selama ni aku malas nak all out sebab susah nak bersih mekap bila nak solat. Tapi sekarang memang aku all out, aku mekap cantik – cantik. Aku pun nak rasa perasaan dilihat lelaki lain.

Isteri cerminan suami. Aku bukan main baik nak jadi muslimah sebelum ni, tapi kau memilih suka tengok perempuan tabarruj. Yes aku pun dah tabarruj sekarang. Bila jadi macam ni, memang nampak jaIangnya aku, salah atas bahu aku.

Tapi bilamana kau pandang perempuan lain, ada kau kau fikir perasaan aku? Dah la weh hati aku s4kit hati. Bila aku mintak duit nak beli mekap skincare, kau kedekut. Tapi mata tu gatal nak tengok betina cantik. – il (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Izzuewana Darias : Better cerai je la kalau dah sampai tahap tu TT punya nak baIas d3ndam, what’s the point kan nak stay tapi sampai stoop down to his level apa beza perbuatan TT dan suami, taktaulah. Dah tak sefahaman, dah tawar hati, mintak lepas then you go la find another man yang you rasa better nak dijadikan suami, kalau untuk main – main je ke apa tak payah la TT, bab – bab camtu selalunya laki tak rugi apa yang buruknya tetap orang puang yang dapat .

Rimuru Tempe ST : Aku faham je perasaan tt ni. Tawar hati, s4kit hati. Tapi puan, sampai bila nak macam tu? Tak bahagia pun kan? At the end, semua tu pun hanya meny4kiti diri sendiri. Hidup ni tak lama. Jangan sia – sia kan sisa masa yang ada ni memusn4hkan kehidupan kita yang kekal abadi nanti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.