Saat usia perkahwinan 29 tahun, pakcik rancang bawa ayah kahwin di Thailand dengan janda. Bertahun mereka plan

Tak sangka, pakcik orang yang paling rapat dengan ibu tapi sanggup khianat ibu. Pakcik sama – sama dengan ayah rancang pergi nikah di Thailand. Saat umur ayah yang akan mencecah 70 tahun..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum and hi, nama aku Bunga (bukan nama sebenar). Maaf kalau aku tak pandai bercerita tetapi aku tetap nak bercerita, hahaha. Dan moga jadi iktibar untuk aku dan kalian semua. Dulu keluarga aku bahagia, ibu bapa yang penyayang, adik beradik yang baik dan pengasih, rumah yang sederhana, kereta yang sederhana dan segalanya nampak sempurna.

Dan Alhamdullilah pada masa itu kami bahagia, bahagia yang tersangat. Sampai kan di setiap doa aku mohon moga semuanya berkekalan dan berada di tempatnya. Tetapi, aku lupa.. Aku dan keluarga aku pun manusia, kami mesti akan diuji dan tak lari dari ujian.

Dan tak sangka, ujian yang kami hadapi adalah punca keh4ncuran semua doa dan impian aku, terselitnya sebuah karma. Tapi takpe, aku sedang belajar untuk menerima dan menghadapinya bersama insan yang kuat dan memahami.

Ayuh cerita, hahaha. Susah untuk diluahkan, IYA, Perkara yang paling ditakuti dan dibenci setiap perempuan. Ayah aku kahwin lain. Kahwin dengan janda pilihan kesukaannya. Tanpa pengetahuan kami ibu dan kami adik beradik.

Bayangkan betapa luluhnya hati kami bila mendengar perkataan itu “YA, AYAH MENGAKU AYAH KAHWIN LAGI”. S4kitnya dan bencinya kami bila teringat peristiwa itu. Perkataan tu macam panahan yang tepat menusuk ke jantung, hahaha.

Hilang senyuman dan tawa kami selepas peristiwa itu. Yang ada hanyalah senyuman dan tawa untuk menjaga hati ibu kami. huhuhu.. Kami adik beradik menjadi saksi bagaimana ibu membantu ayah dari zaman kami kecil hingga sekarang.

Penat, keluh kesah, bergolok gadai, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bekerja pagi pulang petang demi membantu ayah melengkapkan semuanya untuk keluarga. Tiada apa pun yang kurang dari segala aspek.

Dan untuk pengetahuan semua, umur perkahwinan ibu bapa kami mencecah 29 Tahun + +. Ibu memang wanita yang sempurna, bangun pagi subuh, siapkan sarapan untuk ayah, masak tengahari dan malam untuk ayah balik kerja.

Buatkan segala galanya untuk ayah supaya ayah balik kerja ayah tak penat dan terus boleh berehat. Ibu jugak yang selalu membantu ayah dari pelbagai segi pekerjaan walaupun waktu itu ibu juga bekerja dan, ibu juga topup apa yang kurang dari segi barang dapur masak, barang rumah sofa almari dan segala – galanya.

Hanya kerana ibu merasa ingin membantu dan memudahkan segala urusan ayah. Dan mungkin sebab itulah ayah mula merasakan duit dia terlampau banyak hingga tak tahu ke mana arah yang nak dihabiskan. Dan mungkin sebab itu ayah terfikir untuk menduakan ibu.

Untuk pengetahuan semua, setelah kami selidiki punca ayah berani meIukakan dan meny4kiti hati ibu dengan menduakan ibu secara mudahnya. Ianya melalui ahli keluarga terdekat ibu yang aku kenali sebagai Uncle J. Mereka merancang secara teliti dan menipu ibu dengan mengatakan akan pergi ke Thailand atas urusan kerja.

Urusan yang tak boleh membawa ibu sekali ke sana. Mereka juga merancang telah bertahun tahun dengan alasan ayahku yang memaksa Uncle J untuk membantu dia bernikah dengan wanita simpanannya itu. Kami sememangnya kecewa dengan Uncle J kerana dia adalah orang yang paling ibu dan kami percaya.

Kami bertanya kenapa sebelum Uncle J bertindak untuk membantu ayah, tidak khabarkan kepada kami, beritahu kami sebelum semuanya terjadi. Luluh melihat air muka ibu apabila dua insan yang disayangi dan dikenali menikam ibu sebegitu rupa.

Dan luluh juga perasaan kami melihat airmata ibu jatuh tanpa henti – henti. Yea, pada masa dan ketika itu, aku sememang nya tak menyangka akan mengeluarkan kata – kata yang akhirnya menjadi DOA kepada Uncle J. Aku masih ingat lagi ayat – ayat aku kepada Uncle J-,

“Uncle akan terima kifarah yang sangat dasyat suatu hari nanti, memang takkan berlaku kepada uncle tetapi kepada keturunan Uncle sekali, Uncle percayalah cakap saya” dan seperti pemanah yang tepat, kifarah itu sampai pada waktunya.

Aku mendengar khabar bahawa anak perempuan Uncle J mengandung tanpa ik4tan yang sah. Hingga hari ini aku masih berasa serba salah terhadap kata – kata aku. Tak tahu kenapa aku boleh berfikiran untuk berkata lancang seperti itu.

Dan pada akhirnya, Uncle J menerima kifarah di atas perbuatannya kepada ibu aku dengan pelbagai perkara yang tak dingini berlaku. Sungguh aku tak tahu doa apa yang kami langitkan sehingga semuanya terjadi begitu drastik.

Begitu juga ayah aku, segalanya jatuh merundum. Tiada apa yang boleh dibanggakan lagi tentang kehidupannya. Tiada apa yang menarik kerna kami menyaksikan betapa hebatnya kuasa Tuhan atas kesedihan dan keperitan seorang isteri yang baik dan setia.

Sungguh, doa seorang isteri itu tiada hijabNya. Ayah mula kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mula meminta pertolongan ibu, mula berasa serba salah terhadap ibu dan memulakan kehidupan yang sedih dan sederhana.

Sad to say, ibu dan ayah kami akan mengakhiri perkahwinan mereka setelah 29 + tahun. Kerana ayah memilih untuk hidup dengan perempuan itu berbanding ibu dan kami. Wanita itu bersedia untuk hidup susah dan senang bersama ayah pada usia ayah yang akan menjangkau ke 70-an.

Tiada apa yang perlu kami pertahankan jika itu yang ayah ingin dan idamkan sekian lama. Untuk perempuan itu, kami takkan pernah memaafkan dan menerima anda dalam keluarga kecil kami. Anda ambil dan rentap semuanya tanpa adab dan beradab.

Kami simpan kata – kata h1na anda kepada ibu kami. Seolah ibu kami yang mer4mpas HAK anda. Maaf takkan pernah menyesal dan tarik kata – kata ini “KIFARAH IS WATCHING YOU RECENTLY”. Dan untuk Uncle J, moga anda akan terbuka hati untuk meminta maaf kepada ibu dan kami adik beradik.

Kami masih menunggu kata – kata maaf dari Uncle. Dan moga dipermudahkan segala urusan Uncle J untuk menimang cucu nanti. Begitu s4kit dan kecewanya Uncle J rasa, begitulah kami merasakannya. Tapi mungkin lebih lagi keperitan kami. Kerana “HOME SWEET HOME” kami sudah pun musn4h dan mer4na.

Inilah kisah keluarga kecil kami, pada usia yang meningkat tua dan mungkin kem4tian yang akan hampir menjelma. Kami diduga ujian yang berat dan tr4uma seumur hidup kami. Hanya Allah yang mengetahui segala di langit dan di bumi.

Kini, tiada lagi tahun baru yang akan didoakan, tiada lagi ramadhan, syawal yang dinanti, tiada lagi happy birthday yang akan diulang tayang, tiada lagi RUMAHKU, SYURGAKU. TIADA! Yang ada hanyalah sebuah rumah tetapi seribu kenangan.

MUNGKIN ADA YANG TERSOROK, TERBUKA DAN TERKURANG TERAIB DI SINI. MOHON MAAF DIPINTA TAPI INI ADALAH KISAH BENAR KELUARGA KAMI. DOAKAN KAMI KUAT MENGHADAPI UJIAN INI HINGGA KITA BERJUMPA DI LAIN DIMENSI. – Si Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Norizan Mamat : Salam, kalau umur ayah 70an, maksudnya dah sangat tua. Kadang – kadang, kita terlambat sedar hikmahnya Allah uji kita begitu. S4kit yang sangat – sangat itu belum tentu dugaan, tapi mungkin latihan atau juga mungkin satu kaedah untuk menerima hadiah berupa sebuah keihlasan atau mungkin redha.

Makcik bagi satu contoh. Ada satu pasangan yg berkahwin muda. Dari umur perempuan 18 dan lelaki 28. Mereka berumah tangga dan hadapi suka duka susah payah bersama. Usia rumah tangga 30 tahun, suami tersingkap ada perempuan lain.

Susah sebenarnya nak tutup bangkai. Isteri yang sebelum ini sangat berg4ntung dan sayang suami, akhirnya lebih sayang diri sendiri dan Allah. Kemudian, mereka baik semula. Tetapi, perasaan isteri dah tak sekuat dulu.

Suami diuji s4kit. Suami diuji meninggaI. Isterinya cakap, ujian Allah sebelum ini membuat dia kuat hadapi kehilangan suami. Gitulah… Kekadang kita tak tahu apa hikmahnya, tetapi bila masanya sampai, kita tahu ianya hadiah untuk kita. Kan? Semoga keluarga confessor bahagia. Adik beradik bahagiakan ibu. Tentang ayah, usianya dah nak di penghujung. Simpan marah d3ndam tu, jadikan semangat untuk lebih bahagia.

Siti Nazirah : Sedih sebab tiada lagi figura seorang ayah di dalam rumah. Bukan sebab meninggaI dunia tapi pergi meninggaIkan keluarga.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.