Lepas abg cerai, mak aku berk0rban jaga cucu-cucu. Bila budak ni dapat SPM cemerlang, tiba-tiba mak dia datang buat baik..

Selepas anak – anak kau dah besar, boleh urus diri sendiri, dah berjaya, kau tiba – tiba datang. Di mana kau saat mak aku struggle jaga cucu – cucu dia ni pagi petang siang malam?

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Bunga. Kisah aku nak kongsi ni bukan hal rumah tangga aku, tapi kisah anak buah aku yang baru habis SPM. Abang aku dah bercerai dengan isteri dia hampir 5 tahun. Sejak 5 tahun lepas, segala urusan anak – anak abang aku, mak aku dan ayah aku yang uruskan.

Mak aku sampai terp4ksa tinggal sekali dengan abang aku sebab nak galas tanggungjawab sebagai ibu kedua untuk anak – anak abang aku, sebab waktu tu, yang sulong darjah 6, no. 2 darjah 2, no. 3 baru 5 tahun. Memang masa tu susah sangat – sangat sebab mak aku pun dah 65 tahun, terp4ksa jaga anak – anak abang aku, sebab kesian kat abang aku, terkontang kanting tak dak bantuan, tambah dia bekerja,

Anak – anak lepas cerai semua abang aku ambil, sebab ibu dia tak dak income dan dah ambil haluan sendiri. Memang mak aku jaga cucu – cucu dia semua tip top, makan, pakai, keperluan sekolah, sarapan, lunch, dinner semua mak aku sediakan.

Kadang – kadang aku pon ada la tolong sikit, tapi biasalah aku ni dah kahwin, ada anak, susah nak tinggal anak dan suami untuk bantu mak aku tapi aku cuba sedaya mungkin sampai kadang – kadang g4duh jugak la dengan suami.

Ok berbalik cerita anak buah aku yang sulong ni, mak aku memang sayang kat dia. Lepas abang aku bercerai, 2 tahun pertama ibu diorang langsung tak tanya khabar. Masuk tahun ketiga, ada la dia wassup aku nak tolong arrange dengan abang aku nak jumpa anak – anak dia.

Ok la anak abang aku pon 50 – 50 jugak nak jumpa ibu diorang sebab dah lama terpisah, macam dah terbiasa tak dak ibu. Lepas tu ada la anak – anak abang aku ni dok wassup dengan ibu diorang. Bagi aku Okla sekurangnya kau tanya jugak perihal anak kau.

Tahun ke 4 cerai, isteri abang aku ni jadi janda balik. Dia kahwin balik lepas setahun bercerai dengan abang aku, lepas tu dia balik semula ke kampung dia which is tempat asal dia. Sepanjang 1 – 4 tahun ni, dia duduk dengan bekas suami dia yang ke dua, jarang dia ambil tahu pasal anak – anak dia.

Yelah dia duduk di selatan, kami di Utara, hubungan dia dengan anak so – so je, tak ambil tahu pun, jumpa pun tak, semua memang mak aku yang uruskan bersama dengan abang aku dan ayah aku. Jadi tibalah keputusan SPM, anak buah aku ni dapat keputusan agak CEMERLANG. A, B Dan C. Result sangat impressive.

Tiba – tiba nampak wassup status dari ibu dia yang berterima kasih kepada cikgu sebab banyak membantu anak dia hingga berjaya. Like what, mak aku, abang aku yang bersusah sepanjang ketiadaan seorang wanita bernama ibu, tapi kau senang je berterima kasih kepada cikgu ye tanpa sedikit pun nak mention pasal mak or abang aku.

Huhu… takpelah, aku just baca sambil senyum sendiri. Sekarang ni pun, anak buah aku yang sulong ni kalau keluar dengan ibu dia, tak bagitahu langsung kat abang aku, kalau nak ke rumah saud4ra beIah ibu dia pon, tak ada nak bagitahu abang aku pun, mak aku pon b3ngang la dengan per4ngai dia.

Macam tiba – tiba lepas cerai kau datang balik, selepas anak – anak kau dah besar, boleh urus diri sendiri, agak berjaya, kau nak spent time pulak dengan yang sulong tu. Untuk apa? Di mana kau saat mak aku struggle jaga diorang pagi petang siang malam?

Bukan aku mintak kau datang jaga, tapi setakat kau hargai titik peluh mak aku pon dah cukup. Nak hargai macam mana aku pon tak tahu, hahah, tapi kenapa tiba – tiba kau nak spent time dengan si sulong tu after 5 years kau senyap?

Berbalik kepada anak buah aku yang sulong ni, semalam aku wassup dia kenapa keluar tak bagitahu, mak aku masak pon dia tak makan, sebab keluar dengan ibu dia sampai tak makan kat rumah. Dan terk3jut ye dia reply kat aku, salahkah dia keluar dengan ibu dia? Tak payah risaukan dia. Terkedu aku baca.

Aku wassup pun sebab mak aku bising dia masak sup ikan favorite anak buah ni, tapi dia keluar tak balik, makan pun tak. Bila tanya dia ke rumah saud4ra beIah ibu. Aku dengar mak aku luah kat aku pon, dah sedih giIa aku.

Aku macam wow, anak buah aku ni dah besar panjang yer sampai boleh buat mak aku macam ni, macam kau dah cukup dewasa untuk ambil dan buat keputusan. Entah la aku tak marah pun, sebab macam mana sekali pun, itu tetap ibu diorang.

Mungkin doa ibu dia yang buat dia dapat result CEMERLANG, and most important is syurga bawah tapak kaki ibu, tapi aku harap anak buah aku ni tak jadi si Tanggang untuk abang dan mak aku yang banyak berk0rban untuk diri dia dan adik – adik dia.

Tak salah memuliakan ibu, tapi jangan la sampai kau lupa peng0rbanan tok kau, dari kau kecil, sampai la kau dapat result bagus, jangan la kau nak Iukakan hati diorang. Aku terima semua komen komen negatif dan positif. Sebab aku sendiri tak tahu, macam mana nak jaga hati semua orang.

Kita semua tak sempurna, Kita semua pend0sa, aku yang bercerita ni pun tak layak nak cakap tentang orang, tapi aku just nak luah kat sini, mana tahu ada idea bernas macam mana nak tackle hati anak muda ni. Nak marah pun risau, yelah anak muda kan, satni lari rumah pulak. Kalau ada cadangan boleh la kongsi ya. Assalamualaikum. – Bunga (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Siti Abdullah : Dah nampak tanda – tanda nak besar kepala sebab dah ‘dewasa’ dan dah tak perIukan nenek sebab mak dah muncul balik. Biarkan jelah dia. Lepas ni kalau boleh ajak mak rehatkan diri dari urus cucu – cucu. Better fokus berehat dan beribadat. Dan bagitahu mak jangan harapkan apa – apa baIasan dari cucu tu, nanti kecewa. Berharap kat manusia memang s4kit.

Wan Izzaty : Remaja ni memang akan rapat dan adore dengan orang yang say YES dekat semua kemahuan dan kehendak diorang. Supportive dengan apa yang diorang minat. Mungkin ini lah yang mak dia buat. So mak dia nampak lebih fun dan best di mata dia.

Walhal ayah dan tok ni la yang bela dia betul – betul. Harap si anak ni tak terbabas. Macam TT cakap jadi tanggang moden. Kena banyak heart to heart jugak dengan dia. Slow talk. Jiwa remaja memang sukar difahami dan dijinakkan.

Salina Gunawi : Waalaikumsalam… mula – mula sekali mesti tahu kenapa mereka bercerai? Kenapa ibu dia tak bela anak? Mungkin berlaku pertikaian atau disebabkan abang Bunga berduit abang yang dapat hak penjagaan anak.

Mungkin anak itu kecewa jadi bila ibunya datang balik dia nak bonding dengan ibunya semula. Dalam hal begini susah nak judge apa yang ada didalam fikiran anak itu. Mungkin dia rasa lost dengan kasih sayang ibunya selama ini. Biarkan dulu sehingga keadaan reda. Jika anak itu boleh berfikir tentu dia akan pulang kepangkuan ayahnya nanti.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.