
Berhari – hari ibu masuk wad, ayah langsung tak ziarah. Tangannya masih sibuk dengan handphone melayan bini muda. MaIangnya lepas ibu pergi, ayah bawa bini muda tinggal sekali dengan kami..
#Foto sekadar hiasan / AI. Nama saya Noni, berusia 23 tahun. Anak bongsu dari adik beradik seramai lima orang, tiga abang dan seorang kakak. Pada mulanya saya agak berat untuk berkongsi cerita ini tetapi apabila difikirkan ia boleh dijadikan teladan kepada pembaca saya setuju berkongsi cerita ini.
Di mata orang keluarga saya hidup dalam keadaan serba sederhana. Tiga orang abang lelaki telah berkahwin begitu juga kakak. Alhamdulillah.. semua kakak ipar dan abang ipar sangat baik dengan saya terutama dengan ibu dan ayah.
Sebagai anak bongsu dan adik bongsu saya mendapat sepenuh kasih sayang dari seluruh ahli keluarga. Ibu seorang yang penyayang. Begitu juga dengan ayah. Didikan ayah yang telah menyebabkan kami semua berjaya dalam kehidupan.
Saya pula baru habis pengajian di universiti tempatan sesuatu yang sangat menggembirakan hati ibu dan ayah kerana kesemua anak – anaknya berjaya ke menara gading. Namun, pada 2013 semua itu berkecai. Kebahagiaan kami direntap dan hilang dalam sekelip mata. Ayah dalam diam – diam telah berkahwin lain di Thailand.
Ibu tidak tahu. Rahsia ayah terbongkar ketika abang Lang saya ingin mengecas telefonnya di rumah keluarga saya. Dia dan isterinya datang singgah ke rumah untuk bertanya khabar ibu dan ayah. Ayah ketika itu sedang mandi.
Telefon ayah ketika itu sedang dicas. Kerana telefon abang Lang hampir kehabisan bateri, abang Lang meminjam pengecas ayah sebentar. Allah SWT maha berkuasa. Sebaik sahaja abang Lang cabut telefon ayah dan menggantinya dengan telefon dia, tiba – tiba telefon ayah berbunyi tanda mesej masuk.
Abang Lang yang tidak mengesyaki apa – apa terus membuka mesej tersebut. Alangkah terk3jutnya Abang Lang, bila membaca mesej yang masuk itu. Orang yang amat disanjung dan dihorm4ti oleh kami semua sanggup menipu ibu.
Ayat – ayat di dalam mesej tersebut amat meloyakan tekak abang Lang. Dalam diam – diam abang Lang adakan perjumpaan dengan adik beradik yang lain. Saya tidak diajak sama dan langsung tidak tahu tentang kecurangan ayah kepada ibu.
Abang Lang dan abang – abang yang lain berusaha untuk menyembunyikan hal tersebut dari ibu dan juga saya dengan alasan tidak mahu ibu susah hati dan saya pula takut terganggu pelajaran. Sejak itu saya menjadi pelik kerana ayah mula berubah.
Sem4kin hari dia sem4kin galak dengan telefon bimbitnya. Tidak berenggang langsung. Saya pula sem4kin pelik dengan per4ngai abang – abang dan kakak ipar yang sem4kin kerap singgah di rumah keluarga kami. Kadang kala mereka sangup bermalam.
Sangka saya mungkin tak nak ibu sunyi dan mereka semua perasan dengan perubahan ayah seperti mana saya rasakan. Tetapi satu perkara, mana mungkin seorang isteri tidak tahu dan boleh membaca perubahan per4ngai suaminyakan?.
Begitu juga dengan ibu. Sehinggalah satu hari ayah tergesa – gesa ingin keluar rumah. Ibu berkeras hendak ikut. Ayah memujuk juga supaya ibu tidak ikut tetapi kemudian mengalah dan membawa ibu bersama. Selepas balik dari keluar bersama ayah, ibu menjadi murung.
Saya risau sangat dengan keadaan itu. Saya menghubungi abang – abang dan kakak bercerita tentang per4ngai ibu. Sekali lagi mereka berkumpul di rumah. Kali ini saya diajak masuk ke bilik. Mereka bercerita hal sebenar kepada saya.
Selama ini mereka merahsiakan perkara ini dari saya. Tapi saya tidak marah kerana saya faham. Daripada penjelasan abang dan kakak semua baru saya tahu pada hari ibu mengikut ayah keluar ayah telah membawa ibu ke rumah isteri barunya. Di situlah ayah memperkenalkan ibu dengan madunya.
Sampai hati ayah. Ibu terk3jut bukan kepalang. Terdiam dan terduduk. Sejak dari hari itu ibu jadi seorang yang pendiam tetapi terus menjalankan tanggungjawabnya terhadap ayah seperti biasa. Ayah pula sejak hari itu sem4kin nampak miangnya.
Dia tidak perlu sorok – sorok lagi dengan ibu dan kami anak – anaknya. Kami pula sem4kin menyampah dengan gelagatnya. Meluat saya tengok! Takdir Allah SWT ayah jatuh s4kit teruk kerana tabiat mer0koknya yang kuat.
Tapi ibu tidak pernah berenggang dengan ayah. Jaga ayah sebaiknya walaupun ibu hanya diam. Madunya pula tidak tahu malu, juga tidak segan silu datang menjenguk ayah di hospitaI. Dia langsung tidak hormat ibu, duduk sebeIah ayah sambil mengurut badan dan mengusap – ngusap muka ayah di depan kami semua.
Bayangkan perasaan ibu. Ibu hanya tunduk. Saya hampir menangis tengok ibu. Rasa nak t4mpar saja muka dia. Tetapi kak Ngah pegang tangan dan minta bersabar. Saya perlu kuat, katanya. Ibu pula perIukan sokongan kami anak – anaknya.
Selepas pembedahan ayah dibawa pulang ke rumah. Tapi esoknya ibu pula dimasukkan ke hospitaI. Kami bergilir – gilir menjaga ibu di hospitaI. Tidak mahu ibu keseorangan. Hari – hari juga ibu bertanyakan kesihatan ayah. Tetapi sikap ayah sangat mengecewakan saya.
Abang Long pernah bertanya ayah bila hendak melihat ibu di hospitaI malah kalau ayah hendak pergi kami sanggup menolak kerusi roda untuk ayah supaya dia dapat menjenguk ibu dan memberi semangat kepada ibu seperti ibu buat semasa ayah masuk hospitaI.
Namun hampa. Ayah lebih suka berkepit dengan telefonnya. Bayangkan ayah baru sahaja menjalani pembed4han membuang separuh hatinya. Ibu bercekang mata menjaganya di saat dia kritikaI. Isteri mudanya satu hari pun tidak menjaganya di hospitaI.
Tapi bila ayah dibenarkan pulang ke rumah dan ibu pula masuk hospitaI, ayah langsung tidak mahu menjenguknya. K3jam sungguh ayah, saya tidak maafkan ayah kerana perbuatannya ini. Dua minggu kami berulang-alik dan bergilir – gilir menjaga ibu. Namun takdir mengatasi segala. Kuasa Allah tidak siapa mampu menolak.
Akhirnya ibu dijemput kembali kepada penciptaNya. Ibu menghembus nafas terakhirnya di sisi kami anak – anak menantunya dalam keadaan tenang. Saya menangis semahu – mahunya kerana kehilangan ibu. Sedih, geram bercampur – campur.
S4kit hati saya belum reda apabila selepas dua hari kem4tian ibu, ayah membawa isteri mudanya tinggal di rumah kami. Ya Allah, besarnya dugaan untuk saya. Abang – abang saya meminta saya bersabar. Kadang – kadang saya lari bermalam di rumah abang – abang saya sebab terlalu s4kit hati melihat kemesraan ayah dan isteri barunya yang tidak sedar diri itu.
Walaupun abang dan kakak – kakak minta saya bersabar tetapi sehingga kini saya masih belum dapat menerima keadaan yang memeritkan ini walaupun sudah tiga tahun perkara ini berlaku. Abang Long saya sudah boleh menerima isteri baru ayah.
Tetapi bagi saya dan abang – abang serta kakak ipar, kami tetap tidak dapat menerimanya terutama apabila mengenangkan sikap ayah terhadap ibu di saat akhir hayat ibu. Tetapi kami tidak pernah berlaku kurang ajar lagi dengan isteri baru ayah tetapi cuma mendiamkan diri sahaja.
Saya pula lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga abang dan kakak berbanding ayah. Biarlah.. saya selesa begini. Saya hanya berdoa semoga Allah bagi saya kekuatan dan kesabaran yang berterusan sehingga saya benar benar boleh menerima isteri baru ayah.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.