Nama saya Syuhada, berumur 16 tahun. Lepas kakak kahwin, dia ajak abang ipar duduk sekali dengan ibu dan saya. Abang ipar 24 jam dekat rumah dan saya juga kena 24jam bertudung, pakai baju lengan panjang..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan luahan hati saya ini. Nama saya Syuhada (bukan nama sebenar saya). Umur 16 tahun dan masih muda remaja. Sedang bersekolah di Tingkatan 4.
Saya tinggal bersama ibu dan mempunyai seorang kakak yang telah berkahwin tahun lalu. Kami hanyalah dua beradik sahaja. Ibu bekerja sebagai seorang guru sekolah menengah, manakala ayah pula telah dijemput Ilahi lima tahun yang lepas asbab ser4ngan jantung.
Arw4h ayah dulu seorang pegawai kerajaan dan sempat membina rumah tiga tahun sebelum beliau pergi meninggaIkan kami bertiga buat selama – lamanya. Saya bersekolah di sebuah sekolah agama yang berdekatan dengan rumah.
Hanya berjalan kaki sahaja melintasi beberapa buah rumah untuk sampai ke sekolah. Untuk pengetahuan semua pembaca saya seorang remaja yang pemalu, bertudung labuh dan sentiasa memakai stoking apabila keluar rumah.
Apa yang ingin saya luahkan ialah berkenaan dengan kakak saya. Selepas dia mendirikan rumahtangga saya fikir dia akan keluar tinggal di rumah sewa atau rumah mertuanya, namun saya silap. Kakak saya seorang yang sangat manja dan sentiasa mahu berkepit dengan ibu saya.
Kakak saya umurnya dua puluh enam tahun. Selepas tamat belajar universiti kakak mendirikan rumahtangga dan masih menganggur sehingga kini. Selepas berkahwin kakak mengajak abang ipar saya untuk tinggal di rumah kami.
Kakak saya tidak bekerja. Abang ipar tidak mengizinkan. Katanya dia masih mampu untuk sara kakak dan bayar bil api air rumah ini serta barang dapur rumah. Saya tidak pasti apa pekerjaan abang ipar tetapi apa yang saya tahu kerjanya akan sentiasa menghadap komputer 24 jam.
Katanya terlibat dengan perisian, design semua itu tapi wallahualam saya tidak tahu sangat. Saya rasa sangat str3ss sebab saya kena jaga aurat memanjang memandangkan abang ipar sentiasa ada di rumah. Beberapa bulan lepas abang ipar renovate bilik kakak untuk diwujudkan ofis kecilnya di suatu sudut dalam bilik itu.
Kerja abang ipar jenis duduk dalam rumah, maksud saya dia ada dalam ofis kecilnya 24jam. Saya sangat rimas. Saya terp4ksa bertudung, berbaju lengan panjang sepanjang masa. Sebelum kakak berkahwin saya bebas nak pakai apa pun dalam rumah saya.
Saya suka baring – baring depan TV selepas balik sekolah. Pergi dapur dengan bersinglet je. Lepas kakak kahwin semuanya berubah 360 darjah. Rumah itu rumah saya, bukannya rumah abang ipar. Saya dibesarkan di situ sejak saya bayi lagi, saya bebas nak buat apa, pakai apa yang saya nak.
Sekarang saya rasa seperti orang asing. Seolah – olah orang asing yang menumpang di rumah orang lain. Saya pernah beritahu ibu perkara ini tapi ibu cakap bersabarlah. Itu ujian, Allah nak uji besar mana iman adik, kata ibu.
Saya ingat ibu akan nasihatkan kakak untuk pindah cari rumah sewa namun ibu seolah – olah menangkan kakak pula. Pernah suatu hari tu saya rasa tak boleh tahan. Saya wasap kakak tanya kakak tak mahu duduk rumah sewa ke?
Adik tak boleh pakai tudung dan baju lengan panjang dalam rumah sentiasa, adik panas, badan adik pun dah banyak naik ruam sebab panas. Lepas tu kakak merajuk, hampir dua minggu kakak tidak mahu bertegur sapa dengan saya.
Saya jarang bercakap dengan abang ipar. Tapi pernah juga saya bergurau kata saya kalau kakak dan abang ada rumah sendiri nanti buatlah dekorasi macam ni macam tu. Abang ipar hanya diam pada masa tu. Pernah juga saya merajuk, saya str3ss sangat sampaikan saya buat hal.
Saya balik lambat. Lepas waktu sekolah saya tidur dalam musolla. Musolla sekolah sentiasa dibuka sehingga jam 7 petang sebab sekolah ada dua sesi, sesi pagi dan sesi petang. Bila ibu tanya, saya terp4ksa berbohong kononnya saya ada latihan kelas taranum Al-Quran. Berd0sanya saya pada ibu sebab saya berbohong.
Sekolah saya tiada asrama, kalaulah ada asrama sudah lama saya masuk asrama. Saya sayangkan sekolah ini, guru – guru dan kawan – kawan. Saya tidak mahu berpindah ke sekolah lain semata – mata mahu duduk asrama.
Bantulah saya. Saya benci balik rumah. Betul ke apa yang ibu cakap, Allah nak uji iman saya tentang aur4t? Sekian, terima kasih. – Syuhada (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Mohd Azhar Awang : Dalam keadaan ini ibu yang patut memainkan peranan yang betul. Kena faham keadaan anak – anak. Ibu sepatutnya nasihatkan sikakak tinggal berasingan atas dua sebab. 1) Untuk mengelakkan keadaan yang sumbang dan tidak selesa bila ipar lelaki serumah dengan anak perempuan kita. Malahan macam – macam boleh berlaku. Nasib baik ipar yang tidak meratah adik ipar. Kalau sebaliknya macam mana? Better be cautious than sorry.
2) Supaya anak – anak kita selesa di rumahnya sendiri, tidak str3ss dan berfikir dengan tenang. Saya pernah tidak membenarkan anak saud4ra saya yang lelaki tinggal bersama saya kerana saya ada anak – anak perempuan. Saya mahukan anak perempuan saya selesa berada di rumah dan tidak bertudung litup berlengan panjang sepanjang masa di rumah. Sudah tentulah ada solution lain untuk anak saud4ra saya masa tu.
Sherry Na : Dah Form 4, tak lama dah nanti lepas SPM nak keluar dah dari rumah further study. Nanti adik dah tak duduk sama, kakak dan Abang Ipar lah peneman Mak. Tidak lah dia rasa sunyi. Tak lama dah dik dalam setahun lebih je lagi. Sabar sikit lagi okay! Dalam masa yang sama minta mak pasang ekon, tv dalam bilik and deco lawa supaya tak perlu nak keluar bilik sangat di rumah.
Akmal Sulong : Mak adik bahagia ada anak – anak bersamanya. Apa kata adik minta emak belikan satu tv letak di bilik adik supaya adik bebas tengok tv, sambil baring ke. Keluar dari bilik bila perlu je. Untuk makan dan sebagainya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.