Beberapa bulan setelah talak yang pertama, kami g4duh lagi. Aku simbah air sejuk kat suami. Lepas tu dia taIakkan aku. Tiga kali lafaz, dia sebut dengan taIak tiga. Suami mengelak pergi pejabat agama. Entah hukum agama mana kami, kami buat rujuk sendiri..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Tahun ni tahun kelapan aku kahwin. Anniversary kitorang dalam sebulan lagi. Sebelum kahwin aku ada sorang anak luar nikah dengan suami aku ni. Jadi sebab ni lah aku berkahwin dengan dia.
Dulu suami aku pen4gih. Lima tahun aku kahwin dengan dia memang sengs4ra. Selalu g4duh sampai sama – sama pukuI satu sama lain. Dia pukuI aku teruk – teruk ya. Tapi aku tahan je sebab aku malu la cerai – cerai ni dulu.
Kolot kan aku? Tapi benda tu semua aku ingat dan aku pendam dalam hati aku sebab dia tak pernah minta maaf betul – betul minta maaf dengan aku. Alhamdulillah tiga tahun lepas, suami aku berhenti men4gih. Dia memang dah sepenuhnya tak ambik benda tu.
Dan dia pun sangat menyesal dulu dia men4gih. Okay baiklah, dari dulu sampai sekarang aku kerap rasa diabaikan sebab suami aku memang banyak sangat benda dia biar aku buat semuanya sendiri. Bila nak berbincang pulak, suami aku ni jenis kalau ada masalah yang kami perlu bincang, dia tak akan bincang. Dia akan tidur. Dia akan buat lawak. Akhirnya perbincangan tak jadi. Dan aku makan hati lagi.
Suami aku hanya pandai bekerja dan dia pandai makan dan dia pandai layan youtube sama – sama dengan anak. Nak ajar anak kerja sekolah? Nak kemas rumah? Basuh pinggan? Bawak kereta pergi carwash? Pergi dobi? Pergi mimpi lah itu semua dia tak buat ya.
Baru – baru ni kami baru pergi mahkamah selesaikan kes taIak. Kami pernah g4duh besar masa dia masih men4gih dulu. Dan masa g4duh tu dia taIakkan aku. Aku pun masa tu pukuI dia, memang patut la kena talak. Marah sangat aku masa tu sebab dia bawak balik kawan – kawan men4gih kat rumah.
Dua hari lepas kena taIak, dia rujuk aku. B0dohkan aku masa tu? Tapi dulu aku memang malu nak cerai. Beberapa bulan setelah taIak yang pertama, kami g4duh lagi. Aku tak ingat puncanya, tapi aku ada simbah air sejuk kat dia masa tu.
Lepas tu dia taIakkan aku. Tiga kali lafaz. Dan dia sebut dengan taIak tiga. Lepas tu dia terus pura – pura tidur atau memang tidur atau dia pengsan aku pun tak tahu sebab aku terk3jut sangat masa tu dan aku meraung – raunglah macam orang giIa.
Setelah seharian lebih dia tidur, dia bangun. Aku ajak dia berbincang dan dia kata tak ingat apa – apa. Dengan kejahiIan agama masa tu, aku anggap jela tu taIak yang kedua. Entah hukvm agama mana aku pakai, kami buat rujuk sendiri.
Nak pergi mahkamah masa tu? Laki aku tak nak ya sebab dia kan men4gih. Takut dia ke dalam terus. Tapi sejak dari haritu, g4duh teruk macam mana pun dia tak pernah lafaz cerai ke apa ke walaupun aku kurang ajar macam mana pun.
Kan aku cakap tiga tahun lepas dia berhenti men4gih kan? Per4ngai dia sama je men4gih ke tak. Suka marah aku, muka sentiasa nak baran. Suka abaikan aku. Dari lapan tahun aku kahwin dengan dia, aku rasa yang aku dah pro jadi pemuas nafsu dia je. Isteri solehah di atas katil sahaja.
Kami lebih kurang macam kawan cuma bila dia nak bersama tu je aku rasa aku nampak suami aku. Kalau tak bersama, kitorang lebih kepada housemate. Depan orang kami seperti pasangan bahagia je. Sebab suami aku paling baik ya depan orang. Paling lembut. Paling sopan la.
Aku sebenarnya dah lama sangat taw4r hati dengan dia. Tahun ni dari awal tahun aku rasa nak bebas dari dia. Haritu dia ada tuduh aku bukak aib dia kat orang lain. Walhal aku tak pernah buat benda tu. Jadi lagi lah aku taw4r hati bila dia tuduh aku.
Jadi bila dah tersangat taw4r hati tu. Aku nak bebas dari dia. Kami dah selesai kes taIak yang pertama kat mahkamah. Mahkamah dah sahkan memang ada jatuh taIak tu. Sekarang ni aku tengah buntu untuk kes taIak kedua.
Aku nak failkan tapi aku tak ingat tarikh dia lafaz cerai kat aku. Bulan berapa pun aku tak ingat. Bila kejadian tu sangat meny4kitkan. Kita nak lupakan sampai tak ingat apa dah. Aku anggap ni kifarah aku sebab ambik mudah benda ni dulu.
Sekarang bila aku nak sangat clarify benda ni. Aku dah tak ingat apa. Aku tanya suami aku. Dia lagi la cakap dia tak ingat apa – apa. Bahkan lafaz cerai tu pun dia kata tak ingat. Dia buat macam aku pulak berhalusinasi masa tu.
Dia siap dah bersedia ya nak bersumpah dalam mahkamah yang dia tak ingat apa – apa masa tu. Tapi aku tak ingat tarikh kan jadi susah nak failkan kes. Sekarang ni dah sebulan aku betul – betul tidur asing dengan dia. Dia pun tak pernah pujuk aku tidur sebilik dengan dia.
Jadi lama – lama sudah terbiasa dah dengan keadaan macam ni. Dan bila dah terbiasa macam ni aku m4kin nekad nak berpisah supaya aku tak mengharap apa – apa dari dia. Yelah, kadang – kadang dia tak tanya pun aku dah makan ke belum.
Kecewa sikit lah bila seharian tak makan tapi dia tak tanya apa pun kan. Kalau ikutkan, aku boleh je buat permohononan cerai kiranya macam lafaz cerai kedua la. Tapi aku taknak tipu diri sendiri, aku taknak tipu mahkamah. Aku nak benda ni settle dulu.
Dulu masa aku baru ditaIakkan tu, aku ada post kat group fb guna nama samaran. Kalau ada yang terbaca or teringat tarikh boleh ke bagi tahu aku. Masa dekat – dekat dengan tarikh lafaz tu, anak aku ada pergi kIinik tau. Aku boleh ke pergi kIinik tu nak tengok rekod aku ke sana eh?
Aku sebenarnya dah buntu nak buat apa. Aku dah takde rasa apa dalam rumahtangga macam ni. Aku cuma nak luahkan je. Sebab aku serabut sangat dengan benda ni semua. Kalau nak kecam aku sebab ambik mudah hal cerai tu, aku terima. – Brokoli putih (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Rania AR Ghazi : Pergi mahkamah cerita dari a-z. Kalau dah 3 kali taIak tapi masih bersama dah kira z1na dah tu. Nak rujuk pun dah tak boleh. Kalau bukan disebabkan taIak pun, kes d4dah dan pukuI pun boleh diambil kira juga. Segera pergi ke mahkamah. Jangan tangguh!
Rose Mekar : Kenalan saya pernah hadap situasi taIak ni. Macam tt, dia buat tak tahu ja. Sayang tak bertempat sedangkan hal taIak kena pengesahan makamah dan sebagainya. Cuma kes dia bukan berkait dengan d4dah, suami educated tapi jahiI agama.
Sekarang terus ke makamah. Terus terang je. Hal tarikh tu boleh rujuk kIinik. Jika tt rajin search yang kisah tt dalam group fb tu untuk term tertentu. Banyak – banyaklah minta Allah tolong, doa dan solat wajib dan sunat.
Minta lah Allah ampun d0sa. TaIak dan rujuk bukan mainan. Rujuk ada caranya. Andai sah (dari penceritaan tu macam jatuh) maka hubungan tt tu dah jadi z1na.. Na’uzubillahi minzalik.. yang kes laki tt yang lupa / tak ingat tu, tt tahu kan per4ngainya macamna. Orang macam tu tak boleh pakai, sebab memang jenis bermasalah. Bagi saya, tt usahakan yang wajib ni (pengesahan talak), niat Lillahi Ta’ala.. semoga Allah permudahkan segala urusan..
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.