Ayah tak bayar sewa rumah dan kami kena halau. Masih aku ingat, tuan rumah datang bercekak pinggang di pintu rumah, memarahi ibu, mengatakan ibu tak pandai jaga suami sebab itu suami lari.
#Foto sekadar hiasan. Perkenalkan diri, aku Layu, 35 berasal dari selatan tanah air. Aku seorang ibu kepada sepasang cahaya mata. Aku dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami iaitu bapa kandung aku terkapai – kapai tanpa nafkah zahir mahupun batin.
Masih jelas diingatanku kala itu aku dan adik beradik aku 5 orang semuanya sedang tidur, kami dik3jutkan dengan pertelingkahan ibu dan ayah. Aku berusia 6 tahun ketika itu, dapat mendengar dengan jelas bilamana ibu aku dengan lembut dan penuh rayuan meminta ayah untuk berlaku jujur adakah ayah mempunyai isteri lain.
Ibu katakan pada ayah yang dia sanggup bermadu asalkan ayah jujur padanya. Ayah meninggi suara, berm4ti – matian menafikan. Sedangkan, ibu telah mengetahui perkara itu daripada rakan – rakan karib ayah dan wanita itu sendiri ada menelefon ibu untuk memberitahu perkara ini.
Masih aku tidak lupa bila akhirnya ibu hilang kesabaran dan menyuruh ayah keluar dari rumah. Ayah mengugvt dengan mengatakan selangkah dia keluar, dia tak akan berpatah balik. Kemudian ayah masuk ke bilik dan mengucup dahi kami berlima, lalu terus keluar dari rumah.
Sejak hari itu, hidup kami berubah. Kami yang dahulunya cukup makan dan minum tidak lagi cukup segalanya. Pada mulanya ayah ada beri nafkah sekali sekala apabila dia pulang melawat kami, itupun jumpa di luar dan ayah akan bawa jalan – jalan sekitar kawasan.
Akhirnya tidak sampai setahun, ayah tidak lagi pulang, tidak menghubungi kami dan tidak lagi memberi wang belanja. Ibu aku sejak berkahwin dengan ayah memang tidak bekerja. Apabila ayah mengg4ntungnya tidak bertali, ibu terkontang – kanting mencari rezeki.
Dengan sekolah setakat darjah 6, ibu hanya mampu menjadi tukang cuci rumah orang, kerja di kedai makan dan pelbagai lagi pekerjaan lain. Ibu bukan lagi ibu dahulu yang jelita, yang lembut dan penyayang. Mungkin kerana tekanan hidup, ditambah pula adik bongsu aku pada ketika itu masih menyusu badan, wajah ibu menjadi kusam.
Ibu menjadi seorang pemarah dan sering memukuI kami adik beradik tapi di malam hari, aku sering mendengar esakan tangisan ibu. Sekali sekala aku dapat rasakan ibu mengusap rambut kami semua ketika kami sedang tidur.
Bila sudah dewasa begini, baru aku mengerti betapa beratnya beban yang ibu tanggung akibat pengkhi4natan suaminya. Oh ya, ayah dan ibu dulu pjj kerana ayah tak izinkan ibu mengikutnya ke bandar dengan alasan ayah perlu fokus pada perniagaan.
Rupa – rupanya dia sudah ada isteri lain dan sudah beranak pinak pun ketika itu. Ibu, boleh aku katakan wanita yang sangat naif, terlalu mentaati dan mencintai suami kerana itu tidak pernah ibu ada syak wasangka terhadap kelakuan ayah selama ini.
Setelah ayah pergi, hidup kami memang benar – benar susah. Ibu struggle memastikan kami terus bersekolah, duit yuran memang sering tertangguh. Malu juga bila cikgu asyik meminta, kadang – kadang ada h4mba Allah yang tolong bayarkan untuk kami adik beradik. Semoga Allah melipatgandakan rezeki mereka. Aamiin.
Pernah kami dihalau oleh tuan rumah sebab ayah sudah tidak lagi membayar sewa dan ibu juga tidak mampu untuk membayarnya. Masih aku ingat, tuan rumah datang bercekak pinggang di pintu rumah, memarahi ibu, mengatakan ibu tak pandai jaga suami sebab itu suami lari.
Tuan rumah beri tempoh sebulan untuk ibu lunaskan tunggakan sewa, jika tidak, kami semua perlu berpindah. Aku lihat ibu sambil mendukung adik, merayu minta belas kasihan, tetapi tuan rumah tetap berkeras. Ibu, dengan tebal muka memohon bantuan ketua kampung.
Berkat bantuannya, ibu dapat sebuah rumah bantuan kerajaan yang menjadi tempat kami berteduh sehingga hari ini. Setiap hari kami adik beradik ke sekolah dengan berjalan kaki sejauh 3km. Tak masuk lagi dengan sekolah petang.
Penat, tetapi Allah bantu memudahkan urusan ibu, kami adik beradik semuanya ‘behave’ dan cemerlang di sekolah walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Di mana saud4ra mara? Ibu tidak punya ibu dan ayah. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat sejak kecil.
Ibu ada adik beradik kandung tetapi tiada kasih saying antara mereka disebabkan telah terpisah sejak kecil. Jadi, ibu ibarat sebatang kara ketika itu. Masih aku ingat, setiap kali menjelang raya, aku akan menangis teringatkan ayah.
Bila dengar takbir pada malam raya, aku menangis di anjung rumah, mengharap ayah pulang. Dan ibu akan katakan pada aku, tak payah sedih, ayah tak akan pulang. Tahun demi tahun, kami adik beradik tidak lagi mengharapkan kepulangan ayah.
Kami membesar tanpa kasih sayang daripada ibu dan ayah. Ibu sibuk mencari nafkah, ayah pula hilang entah ke mana. Boleh aku katakan, aku dan adik beradik aku membesar dan membentuk identiti sendiri kerana itu setiap seorang daripada kami mempunyai karakter yang jauh berbeza.
Tapi Alhamdulillah, kami 5 beradik sangat rapat, asbab kesusahan yang kami lalui bersama. Meningkat remaja, aku pelajar pintar yang dapat masuk ke sekolah asrama, bermula episod yang meny4kitkan. Aku tidak pernah mahu ke sekolah asrama.
Aku pelajar miskin yang segala keperluan tidak pernah cukup. Setiap kali nak kembali ke asrama, ibu tak pernah mampu untuk menghantar aku dan aku terp4ksa menumpang orang. Pada hujung minggu yang pelajar tidak dibenarkan pulang, aku hanya mampu melihat ke luar jendela dari katil aku, kawan – kawan aku dilawati oleh ibu bapa mereka.
Ada yang saling berpeIukan, ada yang bentang tikar di tepi padang dan makan masakan ibu mereka bersama keluarga. Ada yang datang dengan kereta mewah, dibekalkan dengan pelbagai jenis makanan seperti biskut, coklat dan wang belanja. Sedangkan aku, melihat kegembiran mereka dengan linangan air mata.
Ibu tidak pernah datang melawat selama 5 tahun aku di asrama tersebut. Aku faham, ibu tidak mampu kerana jarak yang jauh, dan duit yang tidak mencukupi. Aku tidak pernah makan di kantin pada waktu rehat di sekolah, sebaliknya aku tunggu sehingga pulang ke asrama untuk makan di dewan makan.
Aku membesar sebagai seorang remaja yang introvert. Namun aku disayangi guru – guru kerana prestasi aku dalam pelajaran. Subjek kegemaran aku adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kerana kecemerlangan aku dalam subjek – subjek tersebut, aku sering mewakili sekolah dalam pertandingan mereka pantun dan puisi.. Di sinilah bermula detik hitam dalam hidup aku.
Sewaktu usia aku 17 tahun, aku diperk0sa oleh lelaki yang aku anggap sebagai pelindung aku. Dia, M yang pada mulanya hanyalah rakan yang sering aku ketemu pada setiap pertandingan puisi, mula menyatakan cintanya pada aku.
Aku, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang menyambut cintanya tanpa memikirkan apa – apa kemungkinan. Aku tidak pernah tahu apakah itu cinta, tapi yang dapat aku rasa ketika bersamanya adalah debaran dan rasa suka yang amat sangat.
Aku tidak pernah tahu dan menyangka bahawa dia seorang ‘kasanova’. Iyalah pada waktu itu tiada media social yang boleh kita selidik latar belakang seseorang. M sering mengambil aku dari sekolah untuk pulang ke rumah pada hujung minggu.
Jadi tidak perlulah aku naik bas lagi seperti selalu. Ibu dan adik beradik aku juga sudah mengenali dan mempercayainya. Sehinggalah pada satu waktu dia mengajak aku untuk ke rumahnya dengan alasan untuk makan tengah hari bersama ibunya.
Sewaktu kami tiba di rumahnya, tiada siapa pun di situ. Dia meminta aku masuk ke rumah dan mengatakan ibu dan ayahnya mungkin keluar ke kedai. Sedangkan rupanya pada ketika itu ibu dan ayahnya ke rumah saud4ra mereka di negeri lain.
Setelah kami masuk ke rumah, dia mengunci pintu dan mendakap aku erat dari belakang. Aku yang tidak mengesyaki sebarang perkara buruk, cuma melonggarkan peIukan namun dia menyuruh aku buktikan cinta aku dan berjanji untuk bertanggungjawab.
Barulah aku sedar bahawa aku dalam bah4ya tetapi sudah terlambat apabila tubuhnya yang tinggi dan tegap telah terlebih dahulu mengunci aku yang kecil dan rendah. Masih jelas saat aku menulis ini, kes4kitan yang aku alami, kata – kata dan janji bahawa dia akan bertanggungjawab.
Aku menangis namun kerana b0doh mempercayai dan mencintainya, aku terus terusan menjadi pemuas nafsu serakahnya setiap kali berjumpa. Sehinggalah aku dapat taw4ran belajar ke negeri lain, kami mula jarang bertemu dan acap kali aku mendengar khabar bahawa dia ada perempuan lain.
Fast forw4rd, pada tahun terakhir pengajian aku, dia minta putuskan hubungan dengan alasan sudah bosan dengan aku. Aku merayu dan menuntut janjinya untuk bertanggungjawab. Tapi dia mengh1na aku dengan mengatakan pasti ada lelaki ‘baik’ yang akan sudi menerima perempuan seperti aku.
Dia juga mengatakan bahawa dia tidak mahu menanggung perempuan yang berasal dari keluarga miskin dan si*I seperti aku. H4ti aku h4ncur – seh4ncurnya, ini rupanya rasa putus cinta. Tapi kerana tidak mahu keluarga aku tahu apa yang berlaku, aku tetap cuba kelihatan seperti biasa.
Aku score anugerah dekan dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Aku keseorangan tanpa saud4ra mara namun tekad dan berazam nak kerja untuk baIas jasa ibu aku. Setahun di Kuala Lumpur melalui susah dan senang seorang diri, menyewa di rumah flat yang dipenuhi w4rga asing, ke tempat kerja menaiki bas RapidKL, menempuh kesesakan, aku mampu membeli kereta tempatan yang sederhana namun selesa bagi aku.
Aku kemudian berkenalan dengan F, yang merupakan klien di tempat aku bekerja. Dia lelaki yang berperwatakan menarik, bijak, dan mempunyai ciri – ciri lelaki idaman aku. Dia terlebih dahulu menghubungi aku untuk berkenalan. Kami berkawan lebih kurang setahun sebelum benar – benar serius.
Jujur aku katakan tempoh perkenalan kami sangat indah. Dia lelaki matang yang banyak membimbing aku dalam perkara berkaitan kerjaya. Sepanjang perhubungan kami tiada apa – apa yang mencurigakan. Dia single, belum berkahwin, keluarganya tinggal di seberang namun dia merupakan w4rganegara Malaysia. Jadi, di sini dia juga keseorangan seperti aku.
Kami memang banyak menghabiskan masa bersama dan boleh katakan we have many things in common. Kami juga sudah merancang masa hadapan bersama. Indah sungguh saat itu aku rasakan. Rasa seperti Allah sudah menjawab doaku dengan mengurniakan seorang lelaki yang pada aku amat sempurna.
23 Julai 2014, pada hari lahir aku, setelah kami gembira menyambut hari lahir aku, dia tiba – tiba memberitahu sesuatu yang amat meruntvhkan seluruh kepercayaan aku kepada cinta dan insan bergelar lelaki. Dia memberitahu pada 23 Ogos depan, dia akan melangsungkan perkahwinan bersama wanita di kampung halamannya.
Dia mengatakan bahawa wanita itu merupakan pilihan keluarganya bukan dia. Kegembiraan aku menyambut hari lahir bertukar dengan esak tangis. Dia turut menangis, kononnya ayahnya ada s4kit jantung, tak sampai hati untuk menolak, namun tak sampai hati juga ingin meninggaIkan aku.
Dia katakan, jika aku tidak izinkan, dia sanggup untuk membatalkan perkahwinan itu. But me being me, naif dan b0doh. Aku minta dia untuk teruskan, dia pula meminta aku untuk menunggu dia. Pada pagi hari dia akan bernikah, dia sempat video call aku sambal menangis.
Aku menangis dalam sujud, sehingga sesak d4da aku, kecewa, h4ncur seh4ncurnya. Allah maha Kaya, dia tunjukkan aku kebenaran, semasa F masih berada di kampung halamannya, aku yang kecewa dan bosan pun ‘scrolling’ laman twitter dan tergerak untuk search nama F.
Lalu terpampang profilenya yang sudah tidak begitu aktif, namun disetkan kepada ‘public’, aku baca tweet – tweetnya yang saling mengungkapkan sayang, cinta bersama seorang wanita dari seberang. Dalam salah satu tweetnya, F ada menyatakan yang dia tidak sabar menunggu tahun 2014.. aku lihat tarikh tweet itu, sekitar Ogos 2013 di mana ketika itu aku dan F sudahpun berkenalan dan bercinta.
Allah, terIukanya aku.. ternyata aku hanyalah sebuah persinggahan sepertimana yang dilakukan oleh M kepada aku. Patutlah tiada yang mencurigakan tentang F dan dia sentiasa bersama aku, rupa – rupanya wanita itu nun jauh di seberang.
Aku lihat profile wanita itu, ya mereka berasal dari kampung yang sama, wanita itu juga berpendidikan dan berasal dari keluarga yang agak berada di kampung itu. Maka fahamlah aku, kenapa dia memilih wanita itu berbanding aku.
Aku buat pula carian di laman sosiaI lain menggunakan keyword nama wanita itu dan F, ya aku jumpa perkongsian rakan – rakan wanita itu yang berkongsi moment persandingan mereka. Menitis der4s air mata aku, melihat F tersenyum gembira dengan pakaian tradisional sambil lengannya dipaut erat oleh wanita itu.
Aku teringat bagaimana F sering berkongsi denganku gambar – gambar pakaian persandingan yang dia mahu aku dan dia pakai semasa perkahwinan kami nanti. Aku masih ingat, aku menangis sambil mendongak ke langit dan berkata “Allah, kenapa kau begitu k3jam pada aku?”.
2 minggu selepas itu F pulang ke Malaysia, keesokannya dia datang berjumpa aku seperti biasa, meminta maaf, dan melayani aku seperti selalu. Dia ceritakan pada aku yang wanita itu tidak secantik aku, berfikiran kolot, tidak bijak dan sebagainya. Namun aku katakan pada dia, sudah – sudahlah menipu aku.
Aku tunjukkan pada dia apa yang aku jumpa dan tahu. F terk3jut dan panik. Dia memberhentikan kereta di bahu jalan, menarik tangan aku kuat dan meminta maaf, merayu untuk tidak ditinggalkan dan minta untuk beri dia masa selesaikan perkara ini.
Dia mengaku dia telahpun bertunang semasa mengenali aku dan dia tidak sangka akan jatuh cinta pada aku. Dan dia tersepit antara janji dengan tunangnya dan cinta pada aku. Tidak dinafikan ketika itu aku sedikit goyah, kerana aku amat mencintai F, ingin sahaja aku pentingkan diri, tetapi aku teringat bagaimana h4ncurnya ibu aku angkara orang ketiga.
Lalu aku katakan pada F, aku hanyalah orang ketiga di antara mereka dan wallahi, jika aku tahu dia milik orang, aku tak akan berani menyambut salam perkenalan dahulu. Dia menangis dan aku turun dari keretanya, dia cuba menarik aku kembali ke sisinya tapi aku menepis, aku tahan teksi di hadapan, dan pulang ke rumah sewa aku.
Aku sangat broken untuk beberapa ketika, kesunyian, keseorangan. Tiada siapapun di antara keluarga dan teman – teman aku yang tahu tentang perkara ini.. susahnya ingin move on kerana padaku F adalah cinta m4tiku. Aku merasakan jiwa aku telah m4ti, hati aku telah taw4r pada cinta.
Setahun berlalu dan seorang lelaki iaitu suami aku kini diperkenalkan pada aku oleh salah seorang rakan. Lelaki yang biasa – biasa pada mata aku, agak berusia dari aku. Dia menyatakan keinginan untuk mengenali aku tapi aku yang telah ‘m4ti’ katakan padanya, jika serius, teruslah berjumpa keluarga aku namun aku tidak mahu sebarang majlis diadakan.
Maka kami bernikah di pejabat agama, tanpa kenduri atau persandingan dengan mas kahwin yang tidak sampai RM100. Impian perkahwinan idaman aku musn4h. Pernikahan tanpa cinta yang Allah takdirkan untuk aku.
Sehingga kini, aku masih belum mampu mencintai suami aku, meskipun usia perkahwinan sudah menginjak ke tahun ke 9. Ditambah pula dengan sikap suami aku yang sangat konservatif, tidak pandai mengambil hati, tidak romantik, tidak pandai bersosiaI dan hanya menunggu aku membuat sebarang keputusan dalam urusan seharian, baik dari segi urusan anak – anak, mahupun urusan rumahtangga.
Aku seakan hanya menjalani kehidupan rumahtangga ini tanpa sebarang expectation. Aku bertahan kerana dia bapa kepada anak – anak aku, dan aku tidak mahu anak – anakaku membesar tanpa kasih sayang seorang bapa seperti yang aku jalani.
Dan suami aku juga setia, tidak pernah mendatangkan masalah seperti curang, panas baran dan sebagainya. Dia lelaki konservatif yang rajin memasak, pandai menguruskan kerja – kerja rumah dan pandai menjaga anak – anak.
Dia juga tidak begitu bekerjaya, gajinya jauh lebih rendah daripada aku. Kadang – kadang fikiran jahat aku datang, aku katakan pada diri, kalaulah aku dengan F sekarang, pasti hidup aku jauh lebih baik.. F pula, meskipun setelah 10 tahun perpisahan kami, dia masih lagi mengirim emel – emel pada aku kerana dia tidak dapat menghubungi aku no telefon kerana aku telah menukar no telefon aku dan telah ‘block’ dia dari segala laman sosiaI aku.
Emel – emel dia penuh dengan pujuk rayu dan imbasan masa lalu, tapi ironinya, tatkala aku lihat sosiaI media isterinya, mereka kelihatan bahagia saja dengan anak – anak yang comel. Malam tadi, aku tahajud, apabila tiba – tiba kenangan lalu sejak zaman kecil aku sehingga kini menerpa kotak fikiran.
Aku katakan pada Tuhan dalam esak tangisku, di manakah keadilanNya.. Aku yang sejak kecil mend3rita, membesar tanpa cinta dan kasih sayang, diperk0sa, diperh4mba oleh lelaki yang bertuhankan nafsu, ditipu hidup – hidup oleh insan yang aku cinta, kini hidup pula dengan lelaki yang tidak ada rasa cinta padanya.
Aku soal pada Tuhan, adakah sememangnya takdir hidup aku ini tak akan bahagia selamanya? Adakah sememangnya aku akan m4ti tanpa sempat merasa nikmatnya mencintai dan dicintai? Adakah aku mew4risi nasib maIang ibuku?
Tiba – tiba anak sulung aku, Intan yang berusia 6 tahun bangun, merengek dan menghampiri aku.. baring di riba aku dan dalam keadaan matanya yang masih terpejam, dia katakan padaku, “Mommy, I miss u so much. I need u mommy. Dont leave me”.
Aku mendongak ke langit, air mata aku mengalir der4s, aku katakan dalam hati, “Rupanya masih ada insan yang benar – benar menginginkan dan mencintaiku aku tanpa syarat.. mereka adalah anak – anakku.” Pada para pembaca, doakan aku terus kuat. Sekian.. – Layu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Maziyah Mansor : Mohon renung balik kata – kata puan. “Dan suamiku juga setia, tak pernah mendatangkan masalah, rajin memasak. Puan dicintai, tapi tak beri peluang untuk mencintai. Suami puan tak tunggu lama untuk ajak kahwin.
Dia terima puan seadanya dan serius berbanding laki – laki yang sebelum ni. Puan tak nampak semua tu disebabkan “jiwa yang m4ti”. Kita takkan dapat semua yang kita nak. Apa yang ada, hargailah sebelum ia hilang.
Nur Na : Dapat suami terbaik, cubalah mencintai dia. Bukan semua perempuan dapat rezeki suami baik pada isteri dan anak – anak. Semua orang ada masa lalu. Tak salah untuk mengenang namun jangan sampai jadi ahli nujum kalaulah itu kalaulah ini. Inilah jalan takdir ketentuan Tuhan. Syukur apa adanya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.