Paling buat saya hilang sabar bila menantu datang ser4ng anak saya di rumah saya. Menantu saya tend4ng barang dalam rumah saya. Saya halau dia. Saya h4ramkan kaki dia jejak rumah saya. Saya cakap dengan anak saya..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Selalu kita dengar menantu lelaki ni tak banyak kerenah, tak macam menantu perempuan. Saya tiada anak lelaki. Yang ada hanya lah 2 orang anak perempuan. Jadi saya bercita – cita jika ada menantu lelaki mesti seronok, saya akan dapat seorang anak lelaki ekspress.
Anak – anak perempuan saya alhamdulillah terdidik dengan baik. Kami suami isteri hantar mereka belajar setinggi mana yang mereka mampu. Ditakdirkan Allah, anak saya berkahwin selepas habis diploma. Saya pujuk suruh dia belajar ke peringkat lebih tinggi tapi dia tak mahu kerana teman lelaki dia dah tak sabar nak berkahwin.
Jadi saya dan suami turutkan lah hajat anak sebab tak nak berlaku perkara tak diingini jika melambatkan proses perkahwinan mereka walau ada sedikit perasaan kecewa sebab dia tak nak sambung belajar. Anak saya seorang anak yang cerdik tapi kerana cinta semua hanya impian yang tak tertunai saja
Selepas kahwinkan mereka, maka mereka hiduplah sebagai suami isteri. Dan saya terima menantu saya dengan tangan terbuka. Ye lah dah jodoh nak buat macamana lagi kan. Saya cuba layan menantu saya umpama anak lelaki yang saya dambakan selama ini.
Tapi saya nampak anak menantu saya ni dia tak berapa gemar dengan saya. Mungkin sebab dia tahu dari awal saya keberatan untuk terima dia sebagai menantu awalnya. Dan lagi satu dia ni sejenis anak mak. Mak dia ni mastermind dalam hidup anak lelaki dia ni.
Semua urusan anak lelaki ni memang mak dia akan masuk campur. Pernah anak dan menantu saya tengah makan di rumah saya, mak dia akan call bertalu – talu ajak anak dia keluar makan. Pada hal menantu saya dah bagitahu sedang makan di rumah saya.
Saya dan besan memang tak rapat sangat. Ye, saya tak berapa suka dengan besan saya ni. Jangan tanya kenapa. Saya sendiri tiada jawapan kenapa saya tak suka mereka walau ketika itu saya hanya kenal gitu – gitu je. Selang dua bulan perkahwinan anak saya, tiba – tiba saya dapat panggiIan dari anak saya suruh saya ambil dia di tepi jalan.
Ketika tu bulan puasa. Saya tanya kenapa. Dia nangis suruh saya ambil dia. Suami saya suruh saya ambil je. Saya ambil tengok anak saya menangis dan ada beg baju sekali. Saya dah agak mereka berg4duh. Saya tak tanya anak saya apa puncanya.
Saya hanya diam dan bawa anak saya balik. Waktu berbuka saya ajak anak saya berbuka. Dan saya tak tanya pon apa – apa. Pada saya tu lumrah rumah tangga. Biar lah mereka selesaikan sendiri. Akhirnya menantu saya jemput anak saya kembali ke rumah keIamin mereka.
Saya tak ada lah marah ke apa. Saya hanya pesan dengan anak saya bersabar. Tu semua resam rumah tangga. Saya tetap melayan menantu saya macam biasa. Selang seminggu saya ajak anak saya keluar. Saya pesan suruh beritahu suami dia yang saya ajak anak saya keluar.
Ketika anak saya sedang memandu tiba – tiba saya dapat mesej dari menantu. Dia tulis, “kau pandai ambik kau pandai pulangkan. Dah lah ambik bini aku tak mintak izin.” Saya terk3jut dapat mesej macam tu. Saya tanya anak saya ada tak minta izin dari suami dia. Anak saya cakap dah bagitau.
Saya baIas balik, “ye”. Lepas tu dia mesej lagi, “kau jangan harap aku nak ambik bini aku sebab kau yang ambik.” Kali ni d4rah saya naik dah. Saya baIas, “selama ni sebelum kahwin kau ambik anak aku, ajak keluar ada kau mintak izin aku? Ada aku bahasakan kau macam ni?”
Dia baIas kononnya anak saya biadap dengan dia, sebab anak saya keturunan dari saya yang biadap juga. Allahuakbar naik d4rah saya masa tu. Siap ugvt saya nak jandakan anak saya. Saya cuma cakap terpulang. Talak kat tangan kau.
Ketika saya berbaIas mesej tu anak saya tak tau sebab dia tengah memandu. Sump4h saya tak pernah sangka menantu saya sebiad4p itu. Patut lah dari awal mereka kenal saya tak suka dengan dia. Kalau nak cerita pasal konflik anak saya dengan suami dia serta keluarga mertua dia mau 3 hari 3 malam tak habis saya menaip.
Belum lagi cerita cucu saya s4kit tapi besan saya tak beri bawa ke hospitaI kononnya doktor semua b0doh. Nanti cucuk kena ambik d4rah, s4kitkan bayi. Menantu saya yang taat memb4bi buta ikut cakap mak dia tu pon tak beri anak saya nak bawa cucu saya ke hospitaI.
Sampai saya dan suami pergi ke rumah besan sebab nak ambil cucu dan anak saya untuk di bawa ke hospitaI sebab anak saya berpantang di rumah mertua dia. Suami dia tak izinkan anak saya berpantang di rumah saya. Masa ni lah suami saya mula masuk campur.
Suami saya cakap selama ni kalau anak saya dan anak awak berg4duh, saya tak masuk campur sebab saya tau anak saya boleh pertahankan diri dia. Tapi bayi ni tak boleh pertahankan diri dia. Bayi dah lemah macam ni kenapa tak nak di bawa ke hospitaI.
Besan perempuan saya cakap sebab doktor tak pandai. Kalau datang jumpa doktor nanti doktor tanya, “awak s4kit apa.” Haaa memang free suami saya b0dohkan besan kami. 5 hari cucu saya masuk wad. Nenek atok ayah dia tak jenguk langsung. Tu sebenarnya kemuncak sabar saya m4kin menipis dah.
Akhirnya kemuncak paling buat saya hilang sabar bila menantu saya datang ser4ng anak saya di rumah saya. Depan mata saya dia tunjaI kepala anak saya dan dib0doh – b0dohkan anak saya. Depan mata saya. Anak saya tak b0doh.
Dia pandai tapi sebab kahwin dengan lelaki tak guna yang setakat ada SPM dan tak diberi izin untuk kerja. Jangan senang – senang nak b0dohkan anak saya. Masa tu saya meng4muk. Menantu saya tend4ng barang dalam rumah saya. Saya halau dia.
Saya h4ramkan kaki dia jejak rumah saya. Saya tak nak jumpa dan tengok muka dia lagi. Saya cakap dengan anak saya. Saya tak ada hak nak suruh mereka bercerai. Kalau anak saya nak pertahankan perkahwinan mereka saya cakap terpulang.
Tapi saya tak boleh terima lagi suami dia. Yang boleh hanya anak dan cucu saja. Saya cakap saya tak nak dengar lagi korang berg4duh ke apa. Saya tak nak masuk campur. Kalau dah tak tahan pergi pejabat agama selesaikan sendiri.
Barulah saya dapat hidup dengan aman. Saya dah tak nampak dan tak jumpa langsung menantu tak guna saya tu. Anak saya masih pertahankan rumah tangga dia. Saya doakan dia kuat dan mampu bertahan dengan suami dan keluarga mertua dia tu.
Kalau hari raya saya hanya sambut dengan anak cucu dan suami. Tiada istilah menantu lelaki dalam hidup saya dan suami. Kami gembira. Anak dan cucu saya seronok dapat balik rumah saya. Saya tak tau apa yang anak saya buat sampai suami dia izinkan dia balik ke rumah saya walau tanpa suami.
Ahhh saya tak peduli semua tu. Janji saya dapat balik anak dan cucu saya. Jauh di sudut hati saya tetap doaakn menantu saya berubah jadi ayah dan suami yang lebih baik. Jadi ketua keluarga yang pandai buat keputusan sendiri bukan lagi dibayangi pihak ketiga.
Pernah anak perempuan bongsu saya tanya, “mama sangka tak yang mama tiba – tiba jadi mak mertua macam cerita Kassim Selamat?” Sump4h saya tak sangka filem tu rupanya sayalah yang memegang watak ibu mertua Kassim Selamat tu, hahahahah
Dengan confession ni saya tak peduli jika menantu atau besan saya baca. Lagi bagus kalau kamu semua baca. Biar mereka tahu yang saya tak penah nak masuk campur dalam urusan rumahtangga anak menantu walau besan lelaki pernah tuduh depan muka saya yang saya kononnya batu api.
Sedar lah sikit siapa sebenarnya jadi batu api. Patut lah dari awal bismillah saya tak boleh tengok muka besan saya tu. Rupanya instinct seorang ibu ni memang kuat. Kepada pembaca doakan saya dan keluarga saya kuat menghadapi dugaan dan bahagia tetap menjadi milik kami.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.