Aku rasa kak ipar aku ni kuat cemburu la dekat kami adik beradik sebab kami banyak barang kemas. S4kit hati ke dia bila kami lebih darinya? Kami adik beradik belajar tinggi.. Satu hari ayah aku sound dia suruh dia kerja jangan harap duit suami..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua. Aku nak meluah dan minta pandangan pembaca semua pasal kakak ipar aku sorang ni. Sebagai pengenalan, aku gelarkan diri aku Cik Slumber mempunyai 8 orang adik beradik. Aku yang anak ke-5. Baru berkahwin selama setahun.
Aku nak kisahkan pasal isteri abang aku iaitu kak N. Baru tiga tahun menjadi sebahagian dalam keluarga kami. Tapi aku cukup tak senang dengan sikap dia yang terlalu pemalu dan tak pandai bergaul. Aku tak faham kenapa dia begitu.
Kami semua jenis yang sangat happening dan ada masanya suka menyakat antara satu sama lain. Tapi tidak dengan dia, suka buat hal sendiri, menyendiri. Perwatakan dia yang terlalu tertutup membuatkan kami jadi kurang selesa dengan dia. Seolah ada jurang antara kami dengan dia. Dia tak banyak cakap.
Bila kami berkumpul bergelak ketawa dan berkongsi cerita, dia hanya sekadar lalu dan seolah menyibukkan diri dia dengan urusan lain seperti mengemas dapur atau mengurus anak kecilnya takpun akan terperap je di dalam bilik.
Macam manalah abang aku boleh hidup dengan bini dia yang berper4ngai macam tu. Sangat membosankan. Dia tak pandai mengambil hati kami adik beradik suaminya. Kadang – kadang aku rasa dia seperti pentingkan diri sebab hanya nakkan abang kami saja.
Sepatutnya bukan sahaja kahwin dengan suami kan, kena kahwin dengan adik beradik keluarga suami jugak. Sikap dia yang terlalu pemalu dan tak pandai bergurau membuatkan kami rasa serba salah nak berbual dengan dia.
Aku juga perasan dia tidak mempunyai ramai kawan dan juga seperti bermasalah dengan keluarganya. Keluarganya juga aku lihat hampir semua seperti dia tidak banyak cakap dan terlalu pasif. Saud4ra kami juga ada yang merungut tentang dia yang susah untuk berborak dan beramah mesra.
Hanya tersenyum je memanjang jadi tepu otak bila berdepan dengan dia. Setiap kali pulang ke kampung hanya dia yang akan dapat bilik. Memandangkan dia seorang saja yang bertudung litup di dalam rumah tu, seolah dia dapat keistimewaan. Kononnya tipikal yang, “nak jaga batas aurat”.
Memang itu bilik abang iaitu suami dia. Tapi seperti tiada tolak ansur untuk bagi peluang kepada adik beradik yang lain bila pulang ke kampung. Bila dah ada bilik, lagiIah terperap dia dalam tu tak nak bergaul berkumpul borak – borak kosong dengan kami. Mesti dia buat – buat sibuk dengan benda lain.
Dia juga aku lihat seperti seorang yang kuat cemburu bila melihat kami banyak barang kemas dan bila kami saling bercerita tentang barang kemas kami, pasti wajahnya berubah. S4kit hati ke dia bila kami lebih darinya? Kami adik beradik semuanya berjaya, belajar tinggi. Kakak sulong aku siap ada PHD.
Ada satu hari ayah ku bercerita tentang kakak. Ayah kata kakak berjaya hidup senang tanpa mengharap duit suami kerana dia berpelajaran tinggi. Dan ayah aku juga cakap pada kak N, supaya belajar mencari pendapatan sendiri supaya senang di kemudian hari.
Tapi aku lihat dia seperti sentap. Yelah, sebab dia hanya suri rumah nak dibandingkan dengan kami. Kenapa dia terlalu sensitif. Pada aku itu hanya nasihat yang baik dari ayah untuk kebaikan dia jugak. Pada aku, bila kita dah jadi ipar ni, kenalah rajinkan diri bergaul sesama ahli keluarga suami. Ini tidak, ibarat hidup dalam dunia dia je.
Perlu ke aku terus terang dia dan tegur sikap dia tu? Sebab aku rasa lemas bila setiap kali pulang ke kampung ada dia. Korang semua faham tak? – Slumber (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Nana Diana : My God! So negative. Kalau macam ni punya pemikiran dan macam ni punya mulut. Aku yang jenis bercakap ni pun boleh jadi pendiam. Kalau betul lah masing – masing berpelajaran tinggi seperti yang diperkatakan, bukankah orang yang berpelajaran tinggi patut tahu bahawa setiap manusia itu berbeza – beza dan diam itu lebih baik?
Kalau dari kecil abang tu hidup dengan adik beradik ramai, yang havoc happening dengan masing – masing volume suara tinggi – tinggi. No surpr1se laa abang tu pilih isteri yang pendiam because peace and quiet is priceless, sampaikan orang sanggup bayar jota – jota dik untuk beli rumah di kawasan yang takde jiran “happening” macam korang. Kawasan yang senyap dan menenangkan.
Plus.. Why are those perceived as introverts often viewed as the odd one that needs to change. Have u ever seen an introvert asking an extrovert to change who they are? To just calm down and shut up? Takde kannnn.. Belajarlah baik sangka dan belajarlah terima hakik4t bahawa setiap manusia adalah berbeza.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.