Kak ipar buat baik konon ajak ayah mertua duduk sekali. Buku bank ayah, kak ipar pegang. Masa ni lah, duit mertua kena curi. Bila habis semua duit dalam bank, kak ipar halau mertua balik kampung. Doa orang terani4ya..
#Foto sekadar hiasan. Hai admin. Terima kasih sebab sudi siarkan cerita saya ni. Tujuan saya nak bercerita ni bukanlah nak a1bkan sesiapa. Saya bercerita ni hanya nak luahkan apa yang terbuku di hati saya ni. Mak mertua saya dah meninggaI (semoga arw4h mak di tempatkan di kalangan orang yang beriman).
Kisah saya lebih kepada suami saya. Macam mana suami saya diperlakukan “teruk” oleh adik – bradik dia sendiri. Suami saya mempunyai dua orang abang (Abang D dan Abang R), seorang adik (F) dan seorang kakak (Kak N) dan ada jugak kakak ipar (Kak Y).
Sebelum kami berkahwin, nampak semua baik – baik belaka. Kisahnya bermula bila kakak ipar saya (Kak N), tinggalkan anak dia untuk bekerja dengan abang ipar saya (Abang R). Mula – mula semua okey je, sampai la tiba – tiba mak mertua saya rasa duit dia m4kin kurang.
Suami saya pun pergiIah tanya Ustaz, ustaz tu cakap anak buah dia (anak Kak N) yang curi. Kak N ni pun datang la rumah mak, marah – marah mak sebab nak pertahankan anak dia si pencuri tu. Kak N terus ambik anak dia.
Konon – konon anak dia tak mencuri la. Padahal semua orang dah tahu. Jadi, per4ng besar la Kak N dengan mak mertua saya. Sampai saya kahwin pun dia tak datang. Ni baru sebahagian cerita saya. Suami saya sayang sangat kat mak dia.
Yela, semua orang kat dunia ni sayang mak masing – masingkan. Suami saya akan bawak je mana mak dia nak pergi walau masa tu kadang – kadang dia tak ade duit. Suami pernah pinjam dengan saya (masa ni saya kerja, jadi ada la duit). Saya tak kisah pun.
Masa ni ipar duai semua baik je macam malaik4t okey. Mak selalu cerita dia terasa hati dengan Kak N sebab tak datang langsung jenguk dia. Mak cerita sambil lap air mata dia. Masa tu saya cakap “biar la mak, dia percaya anak dia dari mak”. Mak cuma diam je.
Keadaan masih lagi okey sampai la saya lahirkan anak lelaki saya. Masa tu saya tak tahu rupanya suami saya banyak buat pinjaman sampai gaji bersih suami jadi sikit je. Yela, saya kerja masa ni, tak kisahlah kan. Sampai la saya ditamatkan kontrak sebab keaadan kewangan syarik4t tak stabil.
Masa ni keadaan jadi kelam kabut sikit sebab nak beli pampers, susu anak kami. Mak mertua dengan ayah mertua saya hari – hari nak makan kat kedai tapi duit sendiri tak nak keluar. Duit suami saya je bila bayar makan. Masa makan semua duk kat meja, bila selesai je makan, semua lari tak nak bayar.
Sampai la satu tahap suami saya tak ade duit (duit loan dah habis), mak dengan ayah dia masih lagi nak makan kat kedai. Diorang tak faham suami saya ada komitmen sekarang. Kadang – kadang suami saya pinjam duit dengan mak saya sebab nak bawak mak ayah dia makan kat kedai.
Masa tu saya macam s4kit hati jugak, sebab Abang R tu duk sebeIah rumah mak mertua je kot. Kereta ada sampai dua buah. Tak reti ke nak bawak mak awak pergi makan. Duit banyak simpan je. Masa ni hati saya macam nak menc4rut – c4rut dah.
Sampai la mak mertua saya pun s4kit, kena bawak pergi hospitaI. Masa ni la drama bersiri gerak khas bermula. Masing – masing nak tunjuk baik dah. Abang R bawak makanan hari – hari untuk mak, Kak N tiba – tiba datang jaga mak. Suami saya pun pegang la purse mak dia kan. Dah mak s4kit.
Tiba – tiba je adik dia, F tanya suami saya sapa pegang purse mak (sebab mak ada duit ribu – ribu dalam tu). Suami saya pun cakap la dia pegang. Korang bayang la, si F ni mintak purse mak sebab takot suami saya pakai duit mak. Ya Allah, sampai macam tu sekali korang buat kat suami saya. Suami balik cerita kat saya. Saya kate “takpe la bang, sabar la”.
Mak mertua pun s4kit m4kin teruk, kena transfer hospitaI besar. Masa ni la masing – masing duk pakat tunggu mak, takot mak habis umur tak sempat jumpa. Masa mak sihat ada tak korang jaga dia. Tanya mana dia nak pergi, apa dia nak makan?
Tak lama lepas tu, mak mertua saya mneghembuskan nafas terakhir di hospitaI. Masa mak meninggaI saya takda, sebab saya kena jaga baby saya. Masa ni Kak N tiba – tiba meraung macam orang hist3ria, si F marah suami saya.
F cakap “mana bini kau masa mak m4ti, tak datang tengok pun”. Masa suami balik dia cerita apa yang berlaku, saya nangis, saya cakap, “F tak tahu, anak kita baby prem, mana boleh pergi kat orang s4kit – s4kit macam tu, Doc pakar dah pesan”.
Suami cakap, “biarlah orang cakap kat kita, jangan baIas”. Semua urusan kebumi dah selesai. Keesokkannya, saya dan suami pergi rumah mak mertua. Suami saya pun keluar sekejap nak fotostat i/c arw4h mak. Nak wat kenangan.
Masa suami tak ada, tiba – tiba si F bersuara, “Yang tu (suami saya) giIa harta”. Masa tu saya rasa nak nangis je, saya tahan. Apa salah suami saya? Korang ingat selama ni mak keluar guna duit mak ke? Kadang – kadang suami meminjam dengan mak saya, dengan kawan – kawan dia semata – mata nak bahagiakan mak dia.
Hari ketiga selepas mak tak ada, Kak N pun tunjuk la belang dia. Masa tu Kak Y dah hasut dia suruh benci saya dengan suami. Saya dengar masa Kak Y duk hasut, saya diam je sebab saya nak tengok permainan diorang. Kak N pun konon – konon la nak berbincang adik – beradik dia. Saya duk kat luar dengan Kak Y, saya diam je masa tu.
Tiba – tiba je Kak N buka pintu rumah, tengking saya cakap macam ni, ”Mak banyak terasa hati dengan ko ye!!!”. Masa tu, Iuruh jantung saya. Dalam hati saya, ”apa aku buat sampai mak terasa?’. Aku tak pernah halang suami jumpa mak dia, sampai kadang – kadang suami saya abaikan anak kami.
Anak saya nak pergi kIinik saya bawak sendiri, mak mertua nak pergi kIinik suami bawak. Saya tak pernah soalkan hal tu. Saya hari – hari berdoa, “Kalau betol mak terasa hati dengan aku, Ya Allah kau tunjukkanlah baIasan pada aku”.
Masa ni, Allah Maha Mendegar, Maha Mengetahui, tiba – tiba anak Kak N exc1dent. Ced3ra parah, ced3ra kat kepala. Dan masa tu jugak, Kak Y dapat baIasan, tiba – tiba kena ser4ngan jantung. Sebab tu kita kena percaya, doa orang terani4ya tiada hijab antara dia dengan Allah SWT.
Lepas mak tak ada, Kak N pun tunjuk la baik, bawak ayah mertua tinggal dengan dia. Buku bank ayah mertua Kak N pegang. Sebab ayah mertua saya dah tua, tak pandai membaca, tak pandai menulis. Masa duk dengan dia, Kak N ambik kesempatan curi semua duit ayah mertua saya.
Bila ayah mertua dah tak ada duit, Kak N halau suruh tinggal balik duduk kat kampung. Sampai sekarang, dengar – dengar anak Kak N yang exc1dent aritu dah jadi 0KU. Saya tak mintak tapi Allah SWT bagi baIasan yang setimpal atas apa yang Kak N dan Kak Y buat selama ni.
Selama ni semua adik – beradik suami ingat keluar guna duit mak, kikis duit mak. Minta maaf ye saya dan suami tak pernah kikis duit mak korang tu. Masa dapat duit pusaka arw4h, ada tak korang adik – beradik tanya selama ni guna duit siapa bile keluar makan?
Lepas ni tolong tanya sikit ye. Sebab suami saya sampai berhutang nak bawak mak ayah dia makan. Tolong tanya hutang dah bayar habis ke belum? Suami saya dah tak ada duit sekarang, sebab banyak buat loan untuk “kemewahan” sebelum ni.
Suami saya kadang – kadang bawak Rm2 je pergi kerja. Bayang la zaman sekarang bawak RM2 je. Tapi takpela, mungkin dengan ujian macam ni boleh bawa suami saya ke syurga. Untuk pembaca, satu je saya minta. Doakan saya dan suami dimurahkan rezeki, diberi kekuatan yang luar biasa untuk menghadapi ujian dari Allah SWT. Untuk mak, S doakan mak tenang di sana. Terima kasih, Yang benar, – Siti
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.