Staff baru suami selalu bagi suami saya bekal makanan sampai staff lain report dekat saya. Saya bawak suami jumpa ustaz

Melihat perubahan yang pelik inilah saya pun mula skodeng suami. Satu hari saya pergi ke pejabat suami, saya nak siasat sendiri. Terk3jut saya, perubahan pertama yang saya lihat, suami makan makanan dari dalam bekas plastik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama saya Hani, sudah berkahwin dengan suami Mat Salleh. Serba sedikit tentang suamai saya (Andy), dia seorang yang ada rupa, tinggi dan berpangkat tinggi. Memang apa yang saya ceritakan ini cerita biasa dan banyak berlaku kalangan masyarakat kita, tetapi sedihnya, wanita ini tahu suami kita sudah berkeluarga, sudah ada 3 orang anak, tetapi dia tetap menggoda suami orang.

Saya hairan, dia masih gadis (mungkin) masih muda, berpelajaran ada jawatan tetap tetapi mengapa suka goda suami orang, sedangkan ramai lelaki lain lebih muda dan sebaya yang mahu jadikan dia isteri, tetapi dia tolak kerana sukakan suami orang. Kenapa?

Kalau suka sangat dengan Mat Saleh, carilah Mat Saleh lain, bukan suami orang, kami dah lama kahwin, dan suami saya Andy memang peramah, tetapi janganlah ambil peluang daripada sikap peramah dia sebagai tanda dia suka menggoda wanita.

Perkenalan Andy dengan wanita penggoda yang saya namakan Susy bermula ketika Susy diambil bekerja sementara di syarik4t tempat Andy bekerja, bermula sebagai pembantu khas kepada Andy. Kerana setiausaha Andy bercuti bersalin, janji awal kontrak selama 2 bulan sahaja, tetapi kerana masalah kesihatan setiausaha Andy dan kesihatan bayi yang baru lahirkan, maka kontraknya bertambah 4 bulan. Di situlah bermula segala – galanya.

Awalnya berjalan lancar, tetapi Susy yang saya panggil penyondol ini bersikap terlalu baik dengan Andy, kerjanya bukan setakat tugas tugas pejabat sahaja, malah melarat hingga membelikan makan tengah hari dan makan malam. Selain menyediakan minuman.

Kalau biasanya Andy buat sendiri di pantri. Tetapi sejak ada Susy, semua makanan dan minuman dihantar khas ke meja Andy, sikap Susy yang terlebihan ini menimbulkan kehairanan dan kelainan kepada pekerja lain. Layanan serba istimewa ini membuat Andy lebih seronok di pejabat dari balik rumah.

Hinggakan ada kalanya Andy beritahu dia terp4ksa habiskan kerja di pejabat, sedangkan dia tidak pernah membuat kerja luar waktu seperti itu sebelumnya. Nak jadikan cerita kerana Andy begitu gembira dengan kehadiran serta layanan yang diberikan oleh Susy, dia mencadangkan supaya Susy diberikan tambahan waktu bekerja.

Awalnya janji 2 bulan ditambah lagi 2 bulan. Alasan Andy kepada atasannya, banyak projek perlu disiapkan segera dan mereka mesti bekera lebih masa termasuk hari cuti. Jika tidak usaha mereka mengejar projek lebih besar akan gagal sebab kelewatan.

Prestasi syarik4t mesti terbaik dan hati Klien besar mesti dijaga. Kelewatan bermakna kesilapan terbesar syarik4t. Hasilnya Susy si penyondol ini berasa amat bahagia, bukan sahaja dia dapat peluang bekerja, dan kemungkinan akan diserapkan sebagai staf ke dalam syarik4t sem4kin cerah dan harapannya untuk terus berdampingan dengan Andy lebih menggembirakan lagi. Ini antara cerita yang saya dapat dengar dari petugas lain.

Walaupun saya tak pernah berkunjung ke pejabat Andy, tetapi ramai kenalan di pejabat Andy baik dengan saya. Dari mereka saya dengar sedikit sebanyak perubahan Andy di samping melihat sendiri perubahan Andy ketika di rumah.

Andy memang sudah jadi macam orang lain. Dia bukan lagi suami yang saya kenal sebab dia sudah tidak mesra dengan saya begitu juga dengan anak – anak. Kelainan yang jelas dalam diri Andy, dia suka bersendirian, suka bergayut dan suka tengok telefon waktu malam dan pada hujung minggu.

Adakalanya dia keluar hujung minggu waktu malam pulak, memang per4ngai Andy lain sungguh. Lebih tak menyenangkan kami sering berselisihan faham, walaupun tak berper4ng, tetapi ‘angin’ kami tak pernah aman. Andy sentiasa tak senang hati ketika di rumah ada ada sahaja yang dia inginkan dan dia rasa tidak puas hati. Andy sekarang bukan Andy dulu lagi.

Lebih merunsingkan, saya dapati Andy kuat berbelanja, suka shopping. Bila kita tanya nak ke mana, Shopping’… Tetapi saya tak nampak apa barang dibelinya? Bila balik dia melenggang sahaja. Melihat perubahan yang pelik inilah saya pun mula skodeng Andy.

Tujuan saya semata – mata untuk mempertahankan perkahwinan ini dan saya tak mahu Andy pergi jauh dan bakal merosakkan kebahagian rumahtangga kami. Satu hari saya pergi ke pejabat Andy, saya mahu lihat apa perubahan dalam pejabatnya.

Saya mahu tanya dan saya mahukan jawapan dia terus terang. Kalau bercerita dan bertanya di rumah saya tak pernah dapat jawapan. Dia mengelak, tapi di pejabat dia tak boleh lari. Terk3jut saya, perubahan pertama yang saya lihat, Andy makan makanan dari dalam bekas plastik.

Saya pasti inilah makanan yang dibeli oleh ‘Penyondol Susy ’ . Saya rasa pelik setahu saya Andy cerewet tentang bekas makanan yang dia makan. Dia selalu ingatkan saya ‘No plastics’. Tetapi hari itu dia makan dari dalam bekas plastik. Apa dah jadi?

Saya terus tanya Andy siapa masakkan makanan awak ini? Awak boleh makan makanan dari bekas plastik? Bukankah benda plastik ini yang awak paling tak suka?. Tergagap – gagap Andy waktu nak jawab. Akhirnya dia terdiam langsung tak boleh jawab.

Jelas, Andy ada hubungan sulit! Entah apa yang diletakkan dalam makanan Andy ini. Saya mula syak yang buruk buruk. Sejak insiden itu, mungkin terasa bersalah, beberapa hari kemudian Andy ambil cuti sebulan. Dengan baik saya ajak Andy berubat dengan Ustaz.

Memang dia tak setuju dan kata mengarut. Tetapi kemudiannya kami berdua bercuti ke eropah untuk tenangkan keadaan. Tapi sejak peristiwa itu saya terus terang merasakan hubungan kami sem4kin taw4r dan terasa amat dingin.

Andy lebih banyak mendiamkan diri tak tahulah sama ada dia rasa bersalah atau terlalu rindukan layanan penyondol itu. Pada saya keadaan seperti ini memang tidak baik dan boleh mengh4ncurkan rumahtangga kami, akhirnya saya terp4ksa meghubungi ketua Andy.

Saya tahu jika Andy dapat tahu dia akan marahkan saya, tetapi saya tahu ketuanya bertindak tegas, dia berhentikan penyondol Susy dengan alasan kontraknya telah tamat. Saya dapat tahu beberapa kali Susy cuba hubungi Andy tetapi gagal, akhirnya Susy terp4ksa angkat kaki.

Namun saya yakin Susy tidak akan berdiam diri, dia pasti akan terus ganggu hidup saya dengan menghubungi Andy. Walaupun kini peristiwa itu telah 4 tahun berlalu, tetapi saya kesal dengan sikap seorang gadis sanggup menggoda suami orang demi mencari kebahagian untuk dirinya sendiri.

Jangan fikir dengan menikah suami orang hidup anda akan bahagia, belum tentu! Sebaliknya anda akan sentiasa takut, bimbang suami akan tinggalkan anda dan anda sentiasa diganggu oleh bekas isterinya ataupun ser4ngan dari madu pada bila – bila masa.

Kepada para isteri janganlah percaya suami anda seratus peratus, sesekali buatlah tinjauan ke pejabat suami anda. Sekali sekala buat ‘spot check’, kenali setiausaha suami anda, dan para petugas lain, berbaiklah dengan mereka dan jangan berlagak sombong, nanti anda juga yang rugi.

Kepada penyondol, jangan sondol suami orang nanti terjun dalam perigi buta. Sondol suami orang belum tentu bahagia, malah boleh merosakkan diri anda sendiri. Ingat, hidup anda juga tidak akan aman akan sentiasa diganggu oleh madu anda.

Kepada suami fikir 10 kali kalau nak berpoligami adakah anda bersedia beri nafkah anak – anak kepada bekas isteri? Jika gagal bersediakah anda terima pembaIasan Allah di akhir4t nanti?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.