Bapak aku terus pencen awal, ikut aku pindah di bandar, konon memberi focus yang maximum sebagai trader. Bayangkan, kurang setahun, semua duit epf, duit tabung haji, termasuk sspn adik adik aku lebur sebab melabur..
#Foto sekadar hiasan. Kisah bapak aku ketagih dengan forex bermula bila aku di salah sebuah Universiti, pada tahun pertama aku ambil ijazah. Waktu tu kiranya bapak aku ni bila sembang, dialah yang terpaling trader dan mak aku suruh aku doakan bapak aku berjaya supaya boleh berhenti kerja.
Logiknya kenapa bapak aku ni nak bersara awal sebab kalau orang tua macam bapak tak berhenti kerja awal nanti warga muda belia tak ada kerja. Macam tu la sembang kencang bini pen4gih forex. Aku waktu tu sangat tak setuju sebab bapak aku sangat tak cerdik dengan apa – apa bidang selain dari kerja hakiki dia.
Untuk makluman, bapak aku generasi lahir hujung 60 an yang ada degree dalam bidang sains dan lepasan university luar negara. Jadi gais, set – set umur macam tu dengan pendidikan macam tu, semestinya gaji bapak aku cecah 5 angka dengan number 2 di depan.
Ye… Lebih 20 ribu sebulan. Mesti korang bayangkan hidup aku mewah kan? MaIangnya sangat lah tidak. Sejak bapak aku jadi pen4gih forex, duit biasiswa aku pun terp4ksa bagi dekat mak untuk tutup mana – mana lubang yang tak cukup nak buat belanja.
Bila tahun ke 2 degree, aku dah mula jumpa doktor pakar sebab issue kelainan hormones, dengan kewangan mak bapak aku yang huru hara. Ya Allah, tuhan sahaja yang tahu betapa mer4nanya jiwa aku habiskan belajar dan aku terp4ksa terus kerja sehari selepas menghantar projek tahun akhir.
Mula – mula kerja, gaji aku cuma RM2.5k tak tolak epf lagi. Aku pulak tinggal jauh dari keluarga. Jadi perlu sewa rumah. Dan kemudian sebab kerja aku perlukan aku ada kend3raan sendiri. Di tambah lagi ubat – ubatan aku, jadi boleh bayangkan tak betapa cinonetnya gaji aku sebenarnya.
Tapi tetap ya, mak aku sentiasa call aku mintak duit sebab adik – adik tak ada duit untuk makan. Dan setiap awal tahun, mak aku akan meraung – raung mintak aku lunaskan yuran adik – adik aku. Apa aku nak buat lagi, aku pulak yang kena jalankan tanggungjawab bapak aku, bagi nafkah duit belanja rumah dan adik – adik aku.
Aku sendiri pun baru nak hidup sampai tak boleh nak rolling dah duit aku. Simpanan memang dah takde. Nak simpan maacam mana kalau setiap bulan pun negatif. Bila tanya mana gaji bapak aku yang lebih 20k tu, mak aku mesti jawap jangan tanya dia apa – apa. Dia tak pernah tau mana pegi duit bapak aku.
Akhirnya aku dah tahu nak fikir macam mana, aku mintak dorang semua pindah ikut aku duduk di bandar dengan harapan kurang lah beban aku sebab perlu tanggung 1 rumah sahaja. MaIangnya, bapak aku memutuskan untuk terus pencen lepas ikut aku pindah di bandar bagi memberi focus yang maximum terhadap kerjaya sebagai trader.
Bayangkan, kurang setahun, semua duit epf, duit tabung haji, termasuk sspn adik – adik aku lebur dengan forex. Waktu adik aku nak masuk universiti, aku menangis bila dapat tahu duit sspn adik aku pun lebur sekali. Aku menangis sampai hentak – hentak kepala ke steering.
Waktu tu, ya Allah kesiannya adik aku. Nak tak nak, suka tak suka aku terp4ksa buat sampai 2 tiga kerja untuk tanggung yuran dan belanja makan dorang di kampus. Sekarang ni, walaupun dah berstatus muflis, bapak aku tetap dengan ego dia tak nak bekerja.
Setiap hari makan tetap 5 kali sehari. Lepas makan, mestilah tidur. Tidur pulak berdengkur satu taman. Aku pulak sentiasa p4nik att4cks sentiasa. Tidur aku tak pernah lena sebab runsing memikirkan nak kena bayar bil untuk esok hari.
Paling aku sedih, pernah kawan aku hulurkan duit di tangan walau aku tak mintak. Pernah kawan aku call aku dengan soalan, “do you have money for tomorrow”. Aku tak pernah berani nak jawap ya atau tidak. Aku sangat sedih bila ada masa aku ni bak pengemis untuk cukupkan keperluan semua.
Kisah aku dan Cikgu Istiqomah cuma secebis cerita dari rentetan m4ngsa ket4gihan forex. Gais, sesungguhnya bukan senang nak senang. Kerjalah, carik duit yang halal. Tiada jalan pintas untuk meraih kekayaan. Sesungguhnya kaya itu bukan kejayaan dan kejayaan yang sebenar adalah keberkatan. – Anak Pen4gih Forex (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Noor Asikin : Memang tau lama dah forex ni h4ram tapi tak sangka rupa – rupanya kesannya sangat buruk dalam keluarga. Tambah bila dah berlaku kes kem4tian arw4h Cikgu Istiqomah semoga memberi banyak kesed4ran pada orang ramai kenapa mufti – mufti sebelum ni dah fatwakan forex ni h4ram.
Ibnu Husin : GiIa ler duit epf kalau dah gaji 5 angka paling kurang 2 juta. Camtu jer habis. Sebenarnya kalau tak yah main forex pun memang tak payah kerja dah. Umur 55 tahun dah buleh pencen bulan – bulan keluar 7K. Tak luak pun duit EPF.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.