Dan tidak masuk akal. Gambar kawan aku tu dia snap time kami tengah duduk di atas pelamin tengah sanding. Aku macam eh apa benda ni. Aku tunjuk dekat suami, pucat!
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w4rga alam maya. Nama aku Fay (Bukan nama sebenar). Aku berumur 25 tahun dan telah berkahwin. Aku berkahwin dengan seorang lelaki duda tapi tiada anak. Perbezaan umur kami agak jauh 16 tahun.
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan perkenalan kami singkat. Setahun bercinta dan kami buat keputusan untuk berkahwin. Kami kahwin pada tahun 2020 ketika PKP dan ketika itu ada pelonggaran boleh buat majlis hanya 5 jam sahaja.
Pada waktu itu semua indah – indah sahaja kan. Yala pengantin baru. Kami tinggal di rumah sendiri walaupun atas rumah mertua. Tapi dapur asing tandas asing. So kira rumah sendiri la kan. Alhamdulillah aku dapat rezeki mertua yang baik, ipar – ipar dan biras – biras semua baik belaka. Tidak pernah berkira.
Nak dijadikan cerita belum sampai tempoh setahun kami berkahwin. Waktu tu suami tengah cuci kereta kat luar. Aku masuk tandas dan tengok ada hp suami di situ. Tanpa fikir panjang aku pun ambil la hp tu kan. Bila aku tengok, sangat – sangat luluh hati ya. Tangan auto mengeluarkan peluh. Jantung berdegup kencang.
Apa yang ada tertera di skrin hp tu tidak pernah aku expect ada. Ada gambar – gambar perempuan yang aku kenal. Gambar kawan baik aku semasa kerja, ada gambar sepupu perempuan dia yang cantik. Dan gambar – gambar tu tersimpan elok di folder yang letak password tu.
Dan tidak masuk akal. Gambar kawan aku tu dia snap time kami tengah duduk di atas pelamin tengah sanding. Aku macam eh apa benda ni. Dalam pada aku happy sebab tengah meraikan hari kami, dia boleh fokus dengan orang lain.
Dan ketika itu, terdetik di hati betulkah keputusan yang aku buat ni? Aku masuk bilik, aku pegang hp dia, tunggu sampai dia settle buat kerja dia. Dan selepas beberapa minit menunggu, dia masuk bilik. On the spot aku tunjuk hp tu dengan dia.
Dengan muka yang terk3jut macam tiada d4rah sudah di muka tu. Aku cakap, oh begini rupanya. Kalau suka orang lain kenapa kahwin dengan aku. PanggiIan sayang tu memang aku tidak guna. Sebab panas sudah hati ni. Ber ‘aku’ ‘kau’ sudah.
Aku nangis sebab memang selama ni aku tidak pernah check hp dia. Sebab aku percaya dia. Betul – betul aku letak kepercayaan dengan dia. Dan aku ada tengok satu chat WhatsApp dengan seorang perempuan. Aku tahu perempuan tu siapa. Anak kawan dia tapi dah besar sebab habis SPM. Memang cantik.
Dia ajak keluar makan. Bila perempuan tu tanya bini abang tidak marah ka. Dia boleh jawab, tidaklah, bini abang okay ja. S4kit tu Tuhan ja tau. Aku nangis depan dia. Aku nangis yang sampai tidak boleh sudah mengeluarkan apa – apa perkataan.
Aku buat silent treatment kat dia. Beberapa kali jugak dia meminta maaf. Dan sampai satu tahap kecewanya tu aku cakap kat dia. Aku mau cerai. Tiada guna jugak sama – sama kalau hati dan fikiran tu dengan orang lain.
Walaupun aku tahu kawan baik aku pun tak tahu sebenarnya benda ni sebab husband ja yang snap dan save gambar dia senyap – senyap. Tapi lama – kelamaan aku menjadi lembut hati dan maafkan dia. Dia treat aku baik – baik. Sangat baik. Layan aku macam permaisuri.
Aku tahu dia buat semua ni sebab mau t3bus semua kesalahan dia. Memang aku maafkan dia tapi bukan lupakan terus semua apa yang dia buat tu. Aku tahu perbuatan dia tu bukanlah kesalahan yang berat. Bukan jugak dik4tegorikan sebagai curang sebab tiada baIasan dari pihak sana.
Boleh dik4takan suami syok sendiri. Tapi disebabkan kepercayaan tu dia sendiri yang musn4hkan. Dia pun tidak mahu bercerai untuk kali kedua. Aku faham mungkin sebab dia lama menduda so tabiat tu susah untuk dihilangkan.
Aku bagi dia peluang. And slowly dah nampak perubahan dia. Sebab semua password media sosiaI dia aku tahu. Aku bukan jenis perempuan yang mengongkong tapi once kau dah buat kesalahan tu sampai kesudah aku susah mau percaya.
Husband jenis peramah. Kalau boleh semua orang dia nak tegur. Sampaikan ada pelayan perempuan pun dia boleh bawak bergurau depan aku. Pelayan tu apa lagi sengih – sengih tergedik. Memang aku jeling habis lah. Pelayan tu gerak ja memang aku sound terus suami aku ni.
Ntahlah semenjak kejadian tu, apa sahaja yang husband lakukan, aku jadi tr1ggered. Dan aku jadi sem4kin fikirkan yang bukan – bukan sehingga tangan dan kaki berpeluh. Jantung berdebar laju. Berd0sakah aku sebab tidak meletakkan kepercayaan kepada suami aku?
Masa berlalu dengan pantas. Sekarang ni perkahwinan kami dah 4 tahun. Alhamdulillah masih bertahan. Dan aku bersyukur sebab dia dah tahu cara nak menghargai isteri dia ni. Kalau aku senyap ja memang dia tidak senang duduk. Takut kalau – kalau dia ada buat kesalahan.
Sebelum aku habiskan luahan hati aku ni. Aku nak minta doa semua untuk doakan saya dan husband dikurniakan zuriat. Sebab sampai sekarang kami masih belum dikurniakan zuriat. Tengah dalam usaha dan perubatan.
Aku ada kisah sedih jugak pasal zuriat ni tapi nantilah di lain hari aku cerita. Hehehe. Itupun kalau cerita aku ni disiarkan lerr. Buntu dah otak ni sebab nak susun ayat. Lama dah tak mengarang cerita ni. Jadi tungang langgang pulak ayat aku kan.
Sekian. Dan terima korang yang sudi baca luahan hati aku. Dah lama simpan cerita ni. Tak pernah cerita dengan sesiapa sebab risau ni adalah aib suami kan. Tapi rasa lega tu lain macam bila kita dapat meluah kan. Hehehe. – Fay (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Sakinah Zulkefle : Semoga dikurniakan zuriat keturunan soleh dan solehah. Maafkanlah suami untuk kali pertama dulu walaupun hakik4tnya kepercayaan memudar, semoga suami kekal bertaubat dan dapat didik tt sama – sama ke syurga. InshaAllah amenn.
Habsah Hashim : Betul, suami sis terlalu peramah, itu yang boleh buat sis cemburu. Apa yang sis tegur dan nasihat pun, betul dah. Teruskan nasihat sebab orang peramah ni, kadang – kadang dia tersasar juga. Lepas ni, jangan mudah minta cerai. Marah dan merajuk pada suami itu, boleh tapi jangan berlebihan ya. Apa pun, semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga perkahwinan sis dan suami kekal hingga ke syurga ya.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.