Adik ipar ada pinjam duit aku 60k sebab ditipu. Aku ikhlas tapi sekarang aku betul – betul takde duit nak beli makanan, susu, pampers anak. Aku minta pinjam dekat adik ipar tapi dia mengadu dekat suami. Suami naik h4ntu..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum wbt. Nama aku Ratu. Terima kasih admin jika artikel aku ini tersiar. Aku penghidap Major Depr3ssive Depr3ssion with Psycosis, Mild Schiz0frenia, Bip0lar Disorder, Anx1ety dan Chr0nic Slip Disc.
Aku harus terangkan peny4kit aku ini agar kalian faham akan cerita aku nanti. Alhamdulillah aku telah berkahwin selama 16 tahun dan ada seorang anak angkat lelaki berusia 2 tahun. Aku tidak dapat mengandung kerana satu tiub fallopio aku tersumbat dan satu lagi telah dip0tong pada tahun 2015 akibat kandungan kembar luar rahim.
Aku pernah menjalani IUI dan IVF tetapi gagal. Dan akhirnya mengandung normal tetapi di luar rahim. Akibat mer0yan setelah keguguran aku mendapat segala peny4kit yang aku sebutkan di atas tadi. Doktor juga tidak menyarankan aku mengandung lagi akibat kondisi tulang belakang yang sem4kin meruncing.
Aku selalu hilang ingatan dan hilang dari rumah dalam keadaan yang tidak terurus akibat peny4kit – peny4kit yang aku hidapi. Satu taman perumahan kenal aku dan menganggap aku tidak kuat iman dan kesunyian sedangkan hakik4tnya tidak begitu.
Tak perlu untuk aku terangkan segala amalan yang aku telah buat kerana ia adalah urusan aku dengan Penciptaku. Setiap hari aku akan makan 14 biji ubat rentetan dari peny4kit yang aku hidapi. Berbalik pada kisah keluarga mertua dari syurgaku pula.
Aku kini sedang mengalami kemurungan yang dahsyat pada hematku. Pada kalian mungkin tidak seberapa tapi pada aku amat berat. Mertua aku ingin tinggal bersama aku sedangkan dengan peny4kit aku ini aku tidak betah untuk ada orang asing dalam rumah.
Bagaimana mahu menjaga mertua sedangkan diri sendiri tak terjaga dan anak angkat aku pun pengasuh yang jaga. Mak ayah mertua aku sepatutnya hanya singgah seminggu ke rumah baru kami tetapi akibat saranan adik beradik suami aku maka mereka ambil keputusan tinggal sebulan di rumah baru kami.
Aku tak tahan dengan mak mertua aku yang suka mengumpat dan bercerita mengenai artis 24 jam dan ayah mertua aku yang merupakan per0kok tegar. Aku rimas ayah mertua hisap r0kok dalam rumah aku hatta dalam bilik berhawa dingin sekalipun.
Suami aku yang per0kok itu pun aku minta mer0kok di luar bagi menghorm4ti ilmu – ilmu dari Al-Quran dan buku – buku ilmiah memandangkan r0kok adalah h4ram. Aku tak ingin benda – benda h4ram dan syubahah dibawa masuk ke dalam rumah aku.
Aku bimbang malaik4t rahmat tak ingin memasuki rumah kami. Selesai bahagian mak ayah mertua aku. Masuk bahagian adik ipar kesayangan suami aku yang merupakan seorang pensyarah di salah sebuah institusi awam.
Adik ipar aku ini ada berhutang dengan kami sebanyak 60 ribu dan tak pernah bayar. Wallahi aku tak pernah kisah kerana aku kasihan dengannya yang telah ditipu. Aku anggap keluarga mertua aku seperti keluarga kandung dan menyanyangi mereka seperti keluarga sendiri.
Satu hari akibat desakan hidup aku telah menghantar pesanan Whatsapp kepadanya bagi meminjam seribu ringgit memandangkan duit simpanan kami telah habis digunakan untuk buat rumah baru. Aku katakan padanya aku minta maaf kerana menyusahkan dan jika ada lebihan duit aku ingin pinjam memandangkan susu dan lampin pakai buang anak aku dah habis. Duit nak makan pun dah tak ada.
Aku meminta dia merahsiakan daripada pengetahuan suami aku sebab suami aku memang tinggi egonya. Dia tidak suka keluarganya tahu bahawa kami susah. Aku tidak pinjam dari keluarga aku kerana aku telah pinjam duit mak, abah dan adik beradik aku untuk buat rumah sebanyak 50 ribu.
Aku sangkakan adik ipar aku boleh dipercayai tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Dia bagi aku pinjam duit seribu itu dan berjanji tidak akan beritahu suami aku. Tetapi selepas itu dia telah menelefon suami aku dan beritahu bahawa aku pinjam duit dari dia.
Apalagi suami aku meng4muk bila dapat tahu. Suami aku caci m4ki dan keji aku dengan panggiIan perempuan b0doh, perempuan tak guna, perempuan giIa duit dan harta dan macam – macam lagi. Aku sedih sangat dengan perbuatan adik ipar aku lalu aku hantar pesanan Whatsapp kepadanya.
Dia minta maaf kerana tak sangka suami aku akan marah sedemikian rupa dan berpesan pada aku lain kali jangan buat benda yang suami tak suka kalau nak bahagia. Dia kata dia tak berniat nak buat kami berg4duh tapi dia tak suka per4ngai aku yang pinjam duit tanpa pengetahuan suami aku.
Salah aku juga sebab percayakan dia sedangkan sebelum ini dia pernah khi4nat aku sebegini juga. Aku rasa teramat b0doh dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak dua kali. Akibat kata – kata suami dan perbuatan adik ipar menjadi pemangkin untuk aku menced3rakan diri aku dan bvnvh diri.
Tetapi semasa aku ingin buat benda tu, alunan azan Asar berkumandang dan aku hanya mampu menangis hist3ria. Kemudian aku diser4ng anx1ety att4ck mengakibatkan aku tak boleh bernafas. Setelah reda sedikit, aku ambil grab dan pergi ke unit kec3masan kerana aku bimbang akan ada cubaan bvnvh diri lagi. Itupun selepas pakar psik4tri aku menuntut aku berbuat demikian.
Suami datang ke kec3masan dan cakap kau ni hanya tahu menyusahkan dan membebankan aku. Perbuatan kau ini sedikitpun tak buat aku simpati malah buat aku rasa benci. Aku ditahan di wad dan setelah stabil aku pulang ke rumah naik grab.
Setelah pulang suami aku terus m4ki hamun aku lagi. Aku pun minta maaf pada dia sebab buat benda yang dia tak suka. Dia tak puas hati dan bertindak menunjal – nunjal kepala aku dan berkata yang aku ni benak tak ingat – ingat pesanan dia.
Aku sedih tapi tak tahu nak buat apa. Dia cakap dia maafkan aku sebab kenangkan aku ini giIa. Dua hari selepas itu mak mertua aku telefon. Aku memang akan telefon mak dan mak mertua aku setiap hari. Tapi sebab dah dua hari aku tak telefon maka mak mertua aku telefon. Dia tanya kenapa tak telefon dah lama.
Kemudian dia beritahu yang dia tahu aku berg4duh dengan suami sebab adik ipar aku ada mengadu pada dia. Setelah itu mak mertua beritahu jangan rapat dengan adik ipar aku kerana dia tak sukakan aku. Aku tanya kenapa.
Akhirnya mak mertua aku beritahu yang suami adik ipar aku jatuh cinta dengan aku. Itu yang buat dia marah dan bencikan aku. Tak adil untuk aku sebab bukan salah aku suami dia suka pada aku. Aku bukannya melayan suami dia pun.
Suami adik ipar nak dia jadi macam aku yang taat pada suami dan keluarga mertua memandangkan adik ipar aku ni mulut cakap lepas, suka member0ntak, suka cari g4duh dengan mak mertua dan canang keburukan suami.
Adik ipar aku tak dapat mengandung disebabkan suaminya bermasalah. Dia dengan selamba beritahu semua orang dia tak boleh mengandung bukan salah dia tapi sebab suami dia bermasalah. Dan dia keluarkan kenyataan juga yang mak mertua dia tak sama standard dengan dia sebab mak mertua dia sekadar belajar hingga tingkatan tiga dan dia pula ada sarjana.
Suaminya tak suka per4ngai dia dan nak dia contohi aku. Aku pun bukannya baik untuk dicontohi. Dan paling penting aku mana tahu suami dia suka aku dan dia cemburu suami dia suka aku. Sekarang ini aku tengah str3ss mak dan ayah mertua aku tak nak balik – balik rumah mereka.
Aku tak boleh ada perubahan dalam pola kehidupan. Perubahan hanya akan buat s4kit aku sem4kin tenat. Tapi nak buat macam mana tak ada orang pun nak pert4hankan aku. Suami aku pun tak nak faham aku. Tolong doakan aku kuat hadapi hidup ini ya. Aku sekadar ingin meluah sebab dah tak tertanggung sangat. Maaf sebab luahan aku ni panjang sangat dan membosankan. Sekian, terima kasih. – Ratu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Umi Mas : Sebab 16 tahun perkahwinan sis tulah sis dapat semua s4kit tu. Sekarang m4kin hari m4kin str3ss kan ? Selagi sis tak decide to do something for your own good, nothing will change. Nobody can help u sis.. Diri sis sendiri kena ubah.
Pergi ke pejabat agama dan cerita semuanya. Depa takkan senang – senang suruh cerai pun. Bagi kaunseling dulu.. tapi sis lebih tahu segalanya yang berlaku. Solat istikharah. Buat sampai puas hati dengan jawapan sis dapat tu.
Trust me dear.. once sis dah melangkah untuk buat tu, you will never regret it. Takkan sesekali menyesal dah. Terlalu lama hidup dalam t0xicity sampai sis tak sedar, tak nampak yang life tu merosakkan diri sis. Wake up ! Kita berhak bahagia. Hidup tenang. Do it now !
Hora Hera : Aku baca pun penat, ini kan tuan badan yang mengharungnya. Tak tahu nak nasihat macamana, kalau komputer boleh reboot balik. Kalau kita cakap suruh ‘melepaskan’ semua tu nanti kena kata kita tak alami tak faham tapi kehidupan memangnya begitu. Terlalu menuntut keupayaan kita semoga menjadi tangguh atau sebaliknya. Semoga urusan puan dipermudah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.