Suami ada satu peti besi lama. Dia kunci. Dari dulu pun aku tak pernah tahu apa dalam tu. Rupanya dalam peti besi tu ada semua barang – barang orang perempuan. Suami panik bila aku selongkar depan dia..
#Foto sekadar hiasan. Ya Allah menggigil tangan aku saat menaip ni. Aku nak meluah pada siapa pun tak tahu. Buntu, kosong, takut, marah.. Aku dah 10 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 3 cahaya mata. Suami aku seorang suami yang baik.
Dulu aku selalu fikir aku perempuan paling beruntung dikurniakan suami yang baik dah rumahtangga yang bahagia. Tutur kata dia sentiasa lembut, caring, sentiasa puji aku dan sentiasa ambik hati aku. Tak pernah aku nampak apa – apa cela dia.
Tapi hari ni, ya Allah. Sesaknya d4da aku nak flashback apa yang jadi. Aku tak sihat. Jadi dalam pukuI 11 pagi macam tu aku balik rumah lepas dapat mc. Terk3jut tengok kereta suami aku ada. Sedangkan pukuI 7 tadi dia dah pergi kerja dah. Aku pun terfkir agaknya dia pun tak sihat ke.
Aku m4ti – m4ti ingat dia tidur ke apa. Jadi aku buka pintu sendiri. Tak panggil dia. Aku slow – slow pergi ke bilik, tak nak ganggu dia rehat. Pintu macam terbuka separuh.. Astafirullahalazimmm. Menjerit aku tengok suami aku bermakeup dan memakai gaun pendek macam orang dangdut pakai tu. Warna pink terang.
Dia berdiri depan cermin pusing kiri kanan sambil dia cakap cantiknya kau. Ya Allah dia pun menjerit tak berhenti bila tengok aku tiba – tiba buka pintu luas. Ya Allah. Aku takut weh. Takut sangat – sangat. Mengigilnya aku. SubhanAllah dugaan apa ni..
Suami aku menjerit macam apa ja. Aksi dia tu aku tak tahu nak tulis macam mana. Dengan makeup tebal macam h4ntu pun ada. Yang aku ingat dia kata kau kau kau buat apa ni. Kau kenapa tak pergi kerja. Pastu dia menjerit lagi. Lepas tu, “kau pergi kau pergi kau pergi. Keluar keluar.” Itu ja dia ulang – ulang.
Kau dia panggil aku. Sebelum ni sentiasa panggil aku sayang. Dah tu menjerit – jerit macam apa ja. Lepas tu dia macam orang tak betul dah. Macam bercakap sorang – sorang. Lepas tu bernafas laju. Sampai aku menjerit abangg!!!!.
Baru dia macam kembali ke realiti. Terus dia cakap sayang, jangan bagitau orang. Jangan bagitau mak. Jangan bagitau anak – anak. Abang suka macam ni tolong la. Jangan cakap kat sapa – sapa. Aku kata apa abang buat ni. Apa semua ni. Ya Allah..
Dia kan ada satu peti besi lama tau.. Dia kunci. Dari dulu pun aku tak pernah tahu apa dalam tu. Rupanya dalam peti besi tu ada semua barang – barang orang perempuan. Ya Allah.. Ya Allah ya tuhan ku. Pad pun ada weh. Dia dapat mana tak tahu la.
Dia nampak p4nik bila aku selongkar barang – barang dia. Bra panties semua ada la.. Warna terang – terang. Mana dia dapat ni. Tu semua bukan aku punya. Aku tak tahu nak buat apa weh. Aku menggigil, aku menangis. Dia pun menangis. Aku rasa pening nak pengsan masa tu.
Aku cuba untuk bertenang tapi tak mampu. Aku sangat sangat takut tengok dia dalam keadaaan macam tu. Untuk satu saat tu pandangan dia macam nak bvnvh aku ja. Aku berharap ni semua mimpi. Kenapa dia ada personality macam ni. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.
Ya Allah tolong aku weh. Aku tiba – tiba rasa takut giIa dengan dia. Aku terus berlari keluar. Aku start kereta tanpa arah. Dengan aku demam panas giIa, pening. Aku cuba untuk bertenang. Nasib baik aku tak eksiden. Aku berhenti kat petronas aku menangis puas – puas..
Dekat sejam lebih jugak la. Aku fikir nak bersemuka dengan dia, aku nak tanya apa masalah dia. Aku nak bantu dia. Tapi lepas tu aku balik rumah dia takde. Peti tu pun takde. Ni sampai sekarang pun tak balik – balik. Tapi seriusnya aku rasa takut dengan dia.
Adegan tu masih terbayang – bayang depan mata aku. Aku tak tahu nak semuka dengan dia macam mana. Ya Allah ya tuhan ku. Astafirullahallazim. – Bunga (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Omar Mukhtar II : Suami puan sedang s4kit. Dia ada masalah ‘split personality disorder’. Pes4kit ini perlu diberi rawatan. Jangan tinggalkan dia. Bantu dia keluar dari dunia satu lagi itu. Puan perlu ambil tahu sejarah silam suami dari kecilnya.
Pasti ada sesuatu yang telah dilalui ketika kecil. Ini semua akan diambil kira dalam rawatannya nanti. Cuba riki – riki dengan ibu bapanya tapi jangan pecahkan rahsia suami. Biar rahsia ini antara puan dan suami sahaja. Slow talk dengan suami secara halus dan profesional dan pujuk dia untuk mendapatkan rawatan psiki4tri. Semoga Allah permudahkan urusan puan..
Juliet Rabiatularda : Puan, bersabar.. Begitulah manusia Allah jadikan dalam pelbagai ragam dan ujian. Ini ujian dia dan puan. Puan jangan judge suami dahulu, nanti bincang elok – elok. Ajak dia jumpa pakar psy. Mental disorder ni memang pelik – pelik dari Norma manusia.
Begitulah saya juga diuji dengan bekas suami yang dulu, ada personaliti disorder. Puan pun kata dia suami yang baik.. Insya-Allah ada jalannya jika dua – dua pihak mahu berusaha dan menerima. Saya doakan Puan dan Suami kuat. Nanti sambung ya kisah Puan.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.