Lepas kahwin baru tahu suami kedekut. Dia belanja aku kasut RM28 tapi minta baIasan seluar Uniqlo harga beratus. Tak boleh jadi…

Kasut tu RM28. Dia kata abang bayar RM20, lagi RM8 awak tambah sendiri. Rupanya ada sebab dia belanja aku. Dia kata takkan abang je kena belanja, kita saling berbagi hadiah la. Baru tak bertepuk sebeIah tangan. Aku pun ‘ajar’ suami..

#Foto sekadar hiasan. Bila pasangan yang mula nak bernikah akan minta nasihat, aku blur awalnya. Nasihat kahwin macam pilihlah yang beragama, kena sabar dalam melayari perkahwinan.. Ye betol. Tapi terlalu cliche, semua orang tahu.

Masa aku nak nikah awal – awal dulu, mak sed4ra aku orang yang paling kuat menentang sebab aku masih belajar dan takde pendapatan sendiri. Mak aku pujuk makcik aku, kata bakal suami aku ni orang yang beragama.

Makcik aku cakap, suami dia anak imam, solat berjemaah 5 waktu tak pernah tinggal.. Tapi hidup dia sengsara. Suami makcik sangat kedekut, mak aku bagi semangkuk besar sup kambing tapi suami dia makan sorang diri, tak bagi sesiapa sentuh dan akhirnya banyak yang tak habis dan basi begitu sahaja. Banyak lagi kisahnya. Itu salah satu. Ini kisah aku pula..

Aku ni nikah atas dasar suka sama suka. Tak selalu jumpa, tak selalu bergayut. Masa awal – awal kahwin, sebulan dua pertama, aku banyak makan hati. Makan hati bab duit. Rupa – rupanya aku baru tahu suami aku ada sifat kedekut yang melampau.

Dan aku baru perasan, semua kawan – kawan suami aku tahu dan panggil suami aku ni kedekut tapi dia boleh ketawa je macam satu kebanggaan pulak. Tapi ada satu lagi sifat dia, agak lembut hati. Awal – awal kahwin dulu, kami pjj. Aku student lagi. Dia dah kerja.

Jadi biasanya dia la yang akan datang tempat aku. Contoh dia datang tempat aku dua malam, jadi sewa hotel dua malam. Dia selalu desak aku bayar hotel untuk satu malam, dia satu malam. Hotel beza – beza untuk bahagian yang aku kena bayar dia akan pilih hotel yang mahal.

Aku buat tak tahu je sampai akhirnya dia yang bayar kesemuanya. Weh aku student tau, mana ada duit. Kalau dia p4ksa – p4ksa balik kampung, aku kena tambang tiket bas je dah beratus. Pulak tu aku silap cakap dekat dia sebelum kahwin yang nafkah bulanan aku 300 je. Jadi memang lepas kahwin dia bagi banyak tu. Terk3jut mak aku bila aku cerita..

Mak aku cakap duit mak abah bagi dekat kakak lebih daripada tu tiap – tiap bulan. Aku tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu makpak aku bagi berapa sebab setiap bulan cukup, aku makan tak kira masa.. Tak kira jenis, mahal murah semua aku bedal dan duit tetap mencukupi.

Lagi pulak masa tu aku takde online banking, lagi lah aku tak perasan duit masuk. Pergi atm tekan laju – laju jumlah yang nak buat keluar sebab ramai student beratur panjang dekat belakang. Tak pernah check baki. Lepas tu kami pergi shopping mall, dia belanja aku kasut. Kasut tu RM28.

Dia kata abang bayar RM20, lagi RM8 awak tambah sendiri. Aku ok jela. Rupanya ada sebab dia belanja aku. Dia kata takkan abang je kena belanja, kita saling berbagi hadiah la.. Baru tak bertepuk sebeIah tangan. Tak best la kalau abang sorang je belanja awak.

Dia minta aku belanja dia seluar uniqlo yang harga ratus – ratus tu. Tergamam aku tapi sebab dia push aku kuat giIa, aku bayar jugak seluar dia. Bayar penuh. Termenung aku. Sedih. Tu duit makan aku. Dalam perjalanan balik, tengah dia terloncat – loncat happy.. Aku tersentuh telefon yang dia pegang. Pangg, retak screen.

Telepon ipong. Faham – faham la harga nak tukar screen tu berapa. Dia nak tukar screen, ori. Dan dia suruh split dua bill sebab dia kata aku punca telefon dia jatuh. Aku nak nangis rasa.. Mana aku nak kaut duit? Duit untuk aku makan dah bayar seluar dia, baki dalam akaun aku walaupun dah bahagi dua tetap tak mencukupi.

Peruntukkan untuk makan memang takde dah. Jadi aku senyap, tak sabar nak balik hostel. Tu antara kejadian – kejadian bulan pertama perkahwinan. Balik hostel, aku fikir.. Tak boleh macam ni. Lepas lama fikir, aku terus terang dekat dia.

Aku bentang perbelanjaan aku sampai dia faham. Aku bukan macam dia, sebelum kerja dia anak orang senang.. Simpanan memang puluhan ribu, tambah sekarang dia dah bekerja. Macam aku kata awal – awal. Dia kedekut tapi hati lembut, jadi mudah aku nak nasihat dia.

Lepas tu, dia nampak dah tak p4ksa – p4ksa aku untuk belanja dia. Plus, orang tua – tua kata kalau nak ‘bentuk’ suami, mula dari awal kahwin. Jadi aku nekad untuk ubah dia. Step pertama, bila jumpa dia, aku ambil phone dia.. Aku bukak fb dia, like semua page – page pasal ilmu perkahwinan.

Alaa page – page yang bagi motivasi macam, “sem4kin banyak suami sedekah dekat isteri, sem4kin murah rezeki suami” hehe. Pasal perlunya berbuat dekat isteri, isteri punca rezeki suami dan banyakkk lagi. Setiap hari aku konsisten like page – page macam tu, like posting mereka sampai akhirnya penuh wall suami dengan motivasi macam tu. Physco secara halus.

Step kedua.. Apa aku buat lagi? Aku cerita kisah – kisah baIasan suami yang sangat kedekut dengan isteri, betapa tak bahagianya mereka, kedekut dengan isteri tapi sampai ketua tak kaya pon, hidup serabut penuh dengan hutang.. Tak berkat.

Kadang – kadang aku bagi contoh kehidupan orang terdekat, kisah nyata yang dia dapat tengok sendiri. Aku jadikan kisah tu macam bedtime story. Aku buat sebagai penceritaan santai, tak point pada dia. Macam mak – mak bacakan kisah nabi dekat anak – anak sebelum tidur.

Tak push suruh dia berubah. Tak kaitkan dia dalam cerita. Well, memang dia berubah. Step ketiga, ya dia berubah, dah tak kedekut macam dulu. Tapi sifat yang bertahun – tahun ada dalam diri tu tak akan hilang macam tu je kan?

Pernah sekali sekali dia terkedekut dekat aku.. Kali ni aku guna cara agak keras. Dah tak bertapis, straight terus. Untuk pengetahuan sebelum tu, aku rasa suami aku ni jenis terima baIasan cash terus dekat dunia. Sebab dia memang anak yang taat, lembut sangat tutur bicaranya dengan mak ayah dia.

Pulak tu dia ambil jurusan agama, hafiz walaupun tak full 30 juzuk. Jadi mungkin sebab tu Allah bagi baIasan cash dekat dunia, supaya selesai dekat akhir4t. Wallhua’lam. Sebab tu dekat atas phone dia berkecai, dia ambil hak isteri secara p4ksa. Ehh sedap pulak aku kira d0sa pahala orang, haha.

Tapi tu la ayat yang selalu aku guna untuk dia. Kalau aku terasa hati sangat dengan sifat kedekut dia, memang akan ada baIasan cash menyusul lepas tu. Contohnya barang kesayangan dia akan hilang ke, excident kemek sikit kereta, duit hilang.

Ya dan memang setiap kejadian ade kaitan dengan hati aku yang kecewe time tu. Bila tengah marah, kecewa, sedih.. Mulut aku ni tak boleh kawal. Time tu jugak aku melazer dia, “haa tu la, kedekut sangat dengan bini”. Tapi masa dia buat baik dengan aku, mewahkan aku.. Memang baIasan pon cash jugak.

Tiba – tiba masuk rezeki yang tak disangka – sangka, tiba – tiba orang bayar hutang, projek masuk. Aku pon akan kaitkan “murahkan rezeki abang, melimpah ruah bila buat baik dengan saya”. Memang jadi bini phsyc0 la jawabnya.

Hasilnya? Suami aku memang tak kedekut langsung dengan aku, tak berkira dan sangat takut bila aku gelar dia kedekut. Dia suruh aku cepat – cepat tarik balik perkataan tu. Korang kalau berniat untuk nikah, mulakan hal – hal positif dari awal perkahwinan.

Bukan dalam bab duit je. Dalam tugasan – tugasan rumahtangga… berbahagi la. Aku masak, dia clear sink. Aku sidai, dia lipat kain. Aku suap anak, dia mandikan anak. Bukan semua kau sebagai isteri galas sorang diri, tiber time anak dah ramai.. baru terasa lelahnya, masa tu nak minta dia berubah payah dah.

Contoh dalam bab nafkah, biarlah dia sebagai suami tanggung hal – hal yang wajib. Itu kewajipan dia. Melainkan betul – betul terdesak. Dah banyak kes aku jumpa, isteri sama – sama tunaikan kewajipan suami. Suami pulak ada lebihan duit menyimpan untuk diri sendiri.

Rasa simpanan dah banyak, mula rasa mampu dan berniat pasang lain. Banyak sangat dah kes macam ni. Mulakan dari awal perkahwinan, time tu dia masih sayang kita dan dia tak rasa pelik dengan perubahan mend4dak. Lepas dah lama nikah, aku tak jamin boleh ubah lagi atau tak. Tu jela kot. Bye – Laila majnun (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Apiz Una : Saya suka bantu isteri saya guna kudrat. Bila isteri saya sibuk bekerja. Saya membantunya buat kerja rumah dan menguruskan anak. Saya masak dekat rumah dan hantarkan makanan dekat tempat kerjanya.

Isteri saya suka bantu saya guna duit. Bila dia buka HP saya. Dia akan buka shopee dan tolong bayar barang dekat troli shopee. Saya kerja sebagai engineering tutor secara online dan web developer. Jadi dekat troli shopee banyak barang komputer. Masa sebelum kahwin dulu isteri saya bertegas supaya ikut tinggal bersamanya di rumahnya. Give and take.

Mohd Noor Ridzuan : Ini baru lah bagus jadikan teladan. Mula – mula baca, aku dah start geram dah. BTW Laki aku begini la. Sebab aku banyak membantu masa baru kawin. Bila dia dah senang, gaji sedap. Aku balik – balik dia ungkit, nak kawin baru la, perempuan tak kenang budi lah.

Jadi aku stop semua bantuan kewangan kepada dia. 1 sen pun aku tak keluarkan duit apa – apa. Memang s4kit hati la kena bebel cakap tak membantu, tapi aku keraskan hati walaupun balik – balik dihalau suruh keluar rumah. Aku bukan insan YANG lemah. Orang pijak, kita baIas balik ye. Bukan jenis menangis meraung – raung kena teriak ye. Kita bagi dia rasa tanggungjawab.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.