Senior tumpangkan aku balik kampung, dia bawak aku masuk jalan tanah merah. Dari muka dia yang handsome, putih dah macam ibIis!

Dalam toilet, aku betulkan tudung, rambut yang terkeluar, aku basuh muka. Aku sabun badan aku pam sabun tu sampai nak habis sebotol. Aku rasa jijik. Ya, umur aku 23 tahun, tapi aku adalah m4ngsa sebab aku b0d0h..

#Foto sekadar hiasan. Rentetan dari viralnya seorang pendakwah selebriti yang telah dijatuhkan hukvman, aku jadi geram baca komen – komen netizen. Diorang cakap m4ngsa dah 23 tahun takkan la boleh jadi m4ngsa r0g0l. Dah besar panjang kenapa ikut lelaki. Entah – entah suka sama suka.

Wahh! Sedap korang komen itu ini ye. Kenapa kalau lebih 18 tahun tak boleh jadi m4ngsa ke? Straight to the point, aku juga adalah m4ngsa dan ketika kejadian aku pun 23 tahun. Masa menaip ni gigil tangan aku mengenang kembali saat kejadian.

Tapi aku nak korang tahu nak jadi m4ngsa tak perlu syarat umur, w4ras ke tak. Cukup kau berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah dengan orang yang salah. Meh aku cerita untuk jelaskan maksud ‘salah’ tu. Aku masa tu student di sebuah universiti.

Dan pelaku pun student tapi dia senior aku. Punya rupa paras elok dan putih. Hensem la senang kata. Aku namakan K. Aku ni kecil molek agak comel. Masa aku baru daftar masuk, senior ingat aku dari matrikulasi. Padahal aku lepasan diploma.

Aku kenal K ni masa aku terlibat satu program di satu negeri. K ni macam g3ng unit media, aku perasan la dia ke sana sini dia usung kamera Canon tu. Selepas program 2 – 3 hari K ada mesej aku nak send file gambar. Lepas tu ada la kami mesej biasa je. Takda la hari – hari.

K ni baik bagi aku sebab dia pernah belikan ubat dan hantarkan makanan masa aku demam. Dia sendiri nak, bukan aku minta. Ada satu hari tu, aku nak balik rumah, rumah aku dekat negeri sebeIah je. Ayah aku baru meninggaI masa tu tak sampai sebulan.

Jadi, takda sape nak jemput aku. Kebetulan K ni mesej, aku cakap la aku nak balik tapi abang aku sibuk, mungkin esok baru balik. K ni reply dia kata dia boleh pinjam kereta kawan hantarkan aku. Takyah bayar dia kata. Katanya memang dok buat prebek sapu juga.

Aku menolak. Pastu dia ajak lagi. Aku berbolak balik. Sebab kalau balik esok, semalam je aku tidur kat rumah. Kalau balik sekarang 2 malam. Aku tak fikir panjang aku terima sebab aku ni tersangat homes1ck. Aku fikir dia dah biasa buat prebek ni hantar ambil orang so mesti ada lesen.

Dia datang jemput naik kereta kelisa w4rna silver. Masa nak balik, dia lalu jalan lain. Aku tanya ni jalan mana, dia jawab jalan ni nanti tembus situ juga. Masa ni jam 6 petang macam tu. Jalan tu hutan kiri kanan. Aku dah tak sedap hati, aku ni penakut sebenarnya bab h4ntu s3tan ni. Risau la benda ikut balik ke apa.

Tiba – tiba dalam aku takut jalan sunyi tu, dia belok masuk satu jalan tanah merah, kecik je jalan tu macam kebun pisang, jauh naik ke atas macam kawasan bukit. Aku dah takut sangat fikir macam – macam. Aku tanya dia nak pergi mana. Dia diam je. Pastu dia berhentikan kereta tanpa m4tikan enjin.

Dia pusing arah aku, dia senyum pandang aku. Dia kata, “Sekejap je.” Dia turunkan seat aku sampai habis. Dan terjadi la apa yang exactly aku fikir akan berlaku. Ya, kesucian dir4gut. Masa tu muka dia yang putih cerah tu dah macam s3tan.

Dia atas aku dan aku tak daya dah nak tolak nak tepis. Aku jerit pun siapa je ada. Tangan dia dah laju. Aku takut sangat. Aku cakap, “Tak nak macam ni, jom kita balik.” Ulang kali aku cakap. Sampai aku tak ada tenaga dah dok tolak dia, aku t4mpar – t4mpar muka dia.

Aku mampu nangis je masa dia buat benda terkutuk tu, sekuat tenaga aku tak bagi. Aku ulang cakap jangan buat macam ni. Memang ibIis betul muka dia masa tu. Tak peduli langsung. Dah habis, dia tarik balik seat aku, sapu airmata aku, betulkan tudung aku. Dia cakap jom dia hantar balik.

Aku masa tu blur, aku tak terkata apa. Diam je sambil teresak – esak aku nangis. Dah separuh jalan nak sampai rumah aku, aku cakap aku taknak balik. Hantar aku balik bilik. Masa masuk perkarangan universiti tu. Aku minta dia singgah area satu jabatan pentadbiran.

Masa ni dah malam dah maghrib. Dia park tepi jalan, aku pergi toilet seorang. Aku ni penakut teruk tapi masa tu aku dah tak fikir da h4ntu jembaIang sebab aku dah jumpa ibIis. Dalam toilet, aku betulkan tudung, rambut yang terkeluar, aku basuh muka.

Aku perasan panty aku ada d4rah. Gigil aku masa tu. Aku masuk kereta balik dan dia hantar aku depan hostel. Masa aku naik bilik, roomate aku tanya aii, tak jadi balik ke. Aku jawab emm, aku capai towel bawa bakul mandi masuk toilet.

Masa mandi ada d4rah keluar lagi. Aku menangis lama sambil mandi sambil fikir apa salah aku. Aku sabun badan aku pam sabun tu sampai nak habis sebotol. Aku rasa jijik, b0doh sangat aku ni. Kotor sangat. Bila masuk bilik, roomate aku tanya ‘ko nangis eh?”.

Aku jawab ” Ye, rindu ayah.” lepas tu aku tarik selimut aku baring hadap dinding sambung menangis. Aku fikir apa salah aku, kenapa aku, s3ksi ke aku, aku pakai tshirt tutup labuh belakang, siap sweater hoodie berzip tu. Aku tak ada kacau orang, aku kisahkan hal aku je. Kenapa semua ni jadi kat aku?

Masa ni ada mesej masuk, K mesej, “K minta maaf kat dia, K takleh tahan tadi. Dia comel sangat.” Aku tak baIas. Memang k panggil aku ‘dia’. Hari – hari aku lepas tu. Aku jadi pendiam. Aku taktau nak cerita pada siapa. Rasa dah tak nak hidup? Nak report polis? Ayah aku baru meninggaI.

Aku taknak tambah masalah dan kesedihan pada family terutama mak aku. Musibah yang berpunca dari aku sendiri yang aku boleh elak. Aku yang b0doh. Kenapa aku nak bebankan pada orang yang tak bersalah. Kadang – kadang aku berdiri dekat koridor datang rasa nak t3rjun ke bawah tapi cepat – cepat aku lari masuk bilik. Aku pendam sendiri..

Kawan – kawan tegur aku dah tak banyak cakap dan diorang bagi kata semangat sabar la ujian. Allah sayang ayah kau. Hmm. Sweater pink tudung pink aku pakai masa kejadian aku dah tak pakai dah. Sebab aku rasa tu punca.

Aku orang yang sangat positif. Bila jadi macam ni. Memang aku nampak salah tu pada aku. Aku yang tarik perhatian orang. Aku pergi kelas macam biasa tapi aku akan elak pandangan mata orang. Terutama lelaki. Aku sanggup jalan kaki ke kelas tak naik bas.

Aku sentiasa pakai baju lengan panjang seluar panjang. 24/7. Dah takda tshirt pendek. Pernah, sebulan lepas tu. masa kat rumah ada telemovie berkisahkan ‘benda’ ni. Aku takda tengok pun cerita tu. Kakak dan mak aku sibuk la bercerita komen pasal drama tu dalam bilik mak aku.

Aku kononnya nak luah pada mak dan kakak. Aku cakap, “mak, orang haritu kena r0g0I.” Kakak aku terkekek gelak, dia kata aku merepek.. Mak aku pun gelak sama. Mak aku kata sape je nak buat macam tu dekat kau. Merepek tak habis – habis.

Jangan buat gurau benda gitu katanya. Pulak. Terbantut luahan aku. Family perasan aku dah tak riuh bila balik rumah. Diorang ingat aku terkilan aku takda masa ayah hembuskan nafas terakhir. Aku pernah Iukakan lengan aku dengan pen tanpa aku sedar. Memang Iuka dalam juga. Tapi takda sape tahu.

K masih mesej aku, minta maaf.. Lama – lama aku dah tak boleh tahan. Hari – hari aku kenang nasib aku, aku rasa aku bawa siaI. Aku mimpi ayah aku, mak aku cakap sebab aku ada salah ngan ayah. Lagi la aku sedih rasa anak tak guna.

Aku dah cuba jaga diri aku. Aku rasa aku ni dah takda harga diri. Mudah sangat ikut lelaki. Siapa nak kahwin dengan aku nanti. Aku dah tak suci. Balik – balik aku salahkan diri sendiri. 24/7 aku fikir benda sama. Apa salah aku?

Hari – hari lepas solat maghrib aku baca Quran dengan harapan aku lupa semua kejadian malam tu. Aku niatkan pahala untuk ayah aku. Aku cuba positif aku kena uji mesti bersebab. Aku kena ubah diri aku sebab salah dari aku.

Tiap kali solat aku doa sepenuh hati Allah kuatkan aku, jangan bagi aku kenang saat buruk tu. Kawan rapat aku, Heri pun mesej aku tanya kenapa dah jarang sangat mesej jawab call dia. 3 bulan lepas kejadian tu, aku jadi benci lelaki, aku takut benda berulang.

Aku tak ada hati nak rapat macam biasa nak sembang dengan lelaki. Mujur aku dan K lain school so memang tak berjumpa. Perubahan aku memang semua perasan sebab karakter aku ni umpama penghibur. Happy go lucky. Tetiba aku banyak diam.

Tapi semua ingat sebab aku hilang ayah. Aku rasa nak berhenti belajar sebab aku dah takleh fokus dalam kelas. Tapi apa alasan aku nak bagi family aku? Aku sambung belajar sebab ayah aku nak sangat aku ada degree. Aku taknak sia – siakan harapan ayah aku.

Kesan tr4uma aku tu, aku selalu mimpi buruk. Dan bila ada lelaki senyum pandang aku nak sembang aku dah berpeluh satu badan. Aku takut. Bergenang air mata. Sebab itu la reaksi wajah K masa dia tolak badan aku ke bawah.

Hari – hari aku berlalu dengan semangat ayah aku je. Aku kuat sebab ingatkan ayah. “Ayah dulu sekolah sampai darjah enam je, atok nenek orang susah. Tapi anak – anak ayah kena belajar tinggi – tinggi lebih dari ayah. Duit ayah boleh cari tapi ilmu ayah tak boleh bagi.” Sebak aku ingat kata – kata ayah.

Sampai satu hari, Heri mesej aku, dia cakap aku dah tak nak kawan dengan dia sebab dah tak layan dia. Masalahnya aku jadi taw4r hati dengan lelaki. Biarlah takda lelaki dalam hidup aku. Ayah pun aku dah takda. Ha biarlah takyah ada langsung lelaki.

Heri call aku marahkan aku sebab rasa aku tak serius kawan dengan dia. Dia macam marah aku. Aku sedih aku nangis. Dia cakap aku play v1ctim bilamana dia yang patut marah. Aku dah takleh tahan, aku jerit kat dia. “Aku kena r0gol.” Aku letak fon.

Lepas tu dia call berkali – kali aku tak jawab. Esok tu dari KL dia datang jumpa aku kat uni. Aku taknak jumpa tapi dia p4ksa jugak. Kami pergi lepak dekat mall. Dia tanya betul ke apa aku cakap. Aku cerita semua kat dia. Dia beng4ng nak call si K tu. Aku cakap tak payah.

Bukan salah dia aku yang salah aku b0doh. Heri nangis masa tu dengar kisah aku sambil dia kata kenapa jadi kat aku benda ni. Kami menangis bersama. Tak peduli dah orang lalu lalang. Dia ajak aku report, aku tak nak sebab benda ni pihak uni tahu, nanti semua tahu.

K tu lantak dia. Aku taknak maIukan family aku dan tambah duka, masalah family. Masa ni la Heri ajak aku kahwin. “GiIer ke?” aku kata. Dia cakap dia sayangkan aku dan dia akan jaga aku baik – baik lepas ni. Aku dah takleh fikir. Layak ke aku jadi bini orang.

Aku minta dia cari je orang lain. Aku takut sangat aku mengandung ke apa. Macam – macam aku fikir. Sebulan lepas tu, Heri bagitahu nak datang merisik. Dia dah inform mak aku pun. Abang aku pun setuju aku kahwin. Abang cakap pada mak, “biarlah suami dia tanggung dia pulak. Lepas dah tanggungjawab kita mak.”

Aku dah malas fikir, aku jujur dengan Heri aku masih tr4uma, dulu aku suka dia tapi sekarang aku dah taw4r hati dengan lelaki. Aku ni kotor. Tak layak untuk sesiapa pun. Lagi – lagi aku tengah study dengan dia pun baru start kerja. Heri ni sangat la tak putus asa.

Dia kata, “Aku nak kau jadi isteri aku, dari hari pertama aku nampak kau. Benda tu tak akan berubah.” Dia dah buat istikharah katanya dan rasa gerak hati dia ni tepat. Lagi pula kami nanti PJJ. Jadi aku boleh ambil masa banyak mana pun aku suka untuk terima dia. Dia takkan p4ksa aku. Ni kata dia la.

Serius aku buntu. Mend4dak sangat. Ayah aku meninggaI, aku ditimpa ujian, ni family suruh kahwin. Aku ikut je dan kami kahwin lepas 4 bulan. Sebulan sekali je aku jumpa Heri. Kadang – kadang 2 bulan sekali. Sebab dia nak bagi aku masa.

Dia baik sangat hari – hari mesej aku. Dia risau aku murung sebab dia pernah ternampak parut kat lengan aku. Aku pernah tend4ng dia jatuh katil sebab tr4uma aku. Aku mimpi buruk, aku terjaga dan nampak lelaki kat sebeIah, aku tendang dia sekuat hati.

Aku lupa aku ada suami. Sabar dia tidur malam dengan lampu terpasang sebab aku. Bila lalu jalan hutan kiri kanan aku akan jadi panik. Berpeluh dan tangan aku gigil. Heri je tahu. Bila dia tetiba sentuh aku, tindakan refleks aku cepat je elak tepis dia. Tak pernah dia marah. Dia sabar je tunggu aku.

Sebelum aku kahwin, aku mesej K aku cakap aku maafkan dia. Aku taknak ingat lagi dan aku anggap itu mimpi buruk aku. Sedangkan aku tahu aku takkan boleh buang benda tu dari hidup aku. Aku tak pernah sangka aku akan ada memori seburuk itu dalam hidup aku.

Dan dengan bantuan Heri, kejadian tu aku dah tanam jauh – jauh dalam kotak memori aku. Aku syukur sangat Allah hadirkan dia. Aku rasa aku mampu atasi tr4uma aku dengan semangat ayah dan Heri. Berbalik pada isu selebriti itu, jangan korang mudah buat andaian.

Takda perempuan yang relakan diri jadi m4ngsa. Nanti ada yang kata aku yang serah diri, iye aku memang salahkan diri aku. Aku yang b0doh percaya so called ‘kawan’. Aku ingat semua orang baik, kalau aku baik dengan orang, orang baik dengan aku.

Umur 23 takkan takleh fikir? Iye, sebabkan kami fikir orang sekeliling kami baik. Dan tak pernah terfikir akan jadi perkara buruk pada diri sendiri. Seumur hidup 23 tahun tu belum pernah lagi jumpa orang jahat. Sebab tu mindset aku macam tu.

Takkan la K ni nak buat bukan – bukan. Kawan aku kot. Tu silap aku tak beringat. Jangan ingat yang hensem tu baik. Yang muka pecah rumah jahat. Paras rupa tak menentukan baik buruk seseorang. Pengajaran untuk aku.

Aku boleh cerita benda ni sekarang sebab aku anggap semua tu mimpi je. Dan aku takkan biarkan mimpi tu bagi kesan dan jejaskan orang sekeliling aku. Aku ambil masa nak jadi diri aku yang happy fo lucky macam dulu.

3 tahun kebelakangan ni suami aku cakap aku mula jadi diri aku balik, macam awal – awal dia kenal aku. Aku masih simpan rapi pendam sendiri kisah ni tanpa keluarga tahu. Dah meluah tapi digelakkan katanya gurauan. Hanya suami je tahu.

Dah 13 tahun berlalu. Masih tr4uma bila lalu kawasan hutan. Memori tu akan flashback macam orang pasang projector depan kau. Tapi tak seteruk dulu. Aku pernah terfikir, kalau aku report polis masa tu, apa jadi pada kehidupan aku sekarang?

Aku tak ada jawapan dia sebab aku buat pilihan lain dan aku tak pernah menyesal. Allah baik sangat, aku ada anak – anak yang comel dan suami yang tepat. Doakan aku kuat semangat dan tak dih4ntui kisah lalu sampai habis umur aku.

Aku takut juga kalau aku tiba – tiba tr1ggered dan mula ced3rakan diri macam dulu. To girls out there, jangan mudah percaya lelaki. Sentiasa beringat kerana maIang tidak berbau. – Bunga layu (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Nur Diyana : Ceritanya sangat panjang tapi saya baca sampai habis. Penulisannya pun jelas dan rasa sedih geram semua sampai. Semoga Allah sentiasa memberikan Puan rasa sabar dan tenang. Allah jua lah sebaik – baik pengadil, pasti K lambat laun atau sekarang pun sudah merasa kifarah atas perbuatannya 13 tahun dulu, dunia berputar. Semoga Puan bahagia bersama suami dan anak – anak selalu.

Munirah Rosli : Siannya awak. Alhamdulillah, dapat suami yang baik. Salute suami awak. Semoga terus kuat semangat untuk suami dan anak – anak awak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.