Saya berebut HP dengan suami, dia tolak saya sampai jatuh. Saya mengandung dan dia terus baling spanar, rosakkan kabinet

Saya sampai je kat tepi pintu dewan saya terus jerit. Kalau suami tak buat per4ngai kebudak – budakkan macam tu saya pun tak akan menjerit macam orang giIa kat situ. Bila saya jatuh, suami pijak – pijak phone

#Foto sekadar hiasan. Saya dah berkahwin selama 4 tahun dikurniakan seorang anak. Sekarang sedang mengandung anak kedua, 2 bulan. Selama berkahwin dengan suami banyak yang saya pendam dengan harapan tak nak besar – besarkan perkara yang remeh.

Tapi semalam telah berlaku satu perkara yang kecil sehingga menjadi besar. Bermula dengan saya mengajak suami bergambar je kat rumah. Tapi suami asyik cakap kejap kejap kejap. Saya dah siapkan barang – barang anak nak keluar contoh macam bip leher, pampers, baju spare.

Suami tengah siapkan barang – barang dia macam spek mata dan susu anak. Tapi dia punya sibuk macam tengah kemas 1 beg nak balik kampung. Tadi saya dah suruh siap awal tak nak, lagi nak duduk tengok bola kat tv. Lepastu bila dah last minit mulalah cakap nak ambik gambar tak sempat.

Lepastu saya ajak lagi, tahu suami cakap apa, “Saya tanya lagi sekali, awak nak pergi kenduri kahwin tu ke tak?” Saya yang dengar kata – kata tu terus kecil hati. Mestilah nak pergi kan. Saya cuma nak ambik gambar je. Lepastu saya terus lap peluh – peluh di dahi dek menunggu suami kat bilik.

Lapkan sekali peluh anak. Memangla pakai kipas tapi tetap rasa dia panas. Last tu suami masuk bilik tapi hati saya dah berbulu sangat. Saya terus cakap tak payah, kalau ambik gambar dengan orang lain bukan main mudah. Nak ambik gambar dengan isteri sendiri susah betul.

Suami kalau ambik gambar dengan kawan – kawan, kadang – kadang tu dia yang suruh saya ambik gambar dia dengan kawan – kawan dia, ambik gambar dengan keluarga dia mudah je. Takda pulak nak cakap itu tak sempat, ini tak sempat.

Tapi bila nak ambik gambar dengan isteri macam – macam di cakapnya. Kemudian saya dah cakap macam tu, macam biasalah suami akan counter, ambik gambar dengan siapa? Bila? Saya cakap je semua ayat – ayat di atas tentang dia kalau bergambar dengan kawan dan family laju je. Tapi bergambar dengan saya cukup susah.

Lepastu suami dah start sentap. Bayangkan tuan puan, suami umur 36 tahun sentap macam mana. Dia merajuk duduk dalam bilik main fon. Tapi end up keluar jugak bila saya dah start kereta dan bukak pagar semua. Saya ingat dah ok lah kan sebab kami nak pergi kenduri bawak mak dan adik saya.

Eh sekali sampai kenduri dia boleh buat per4ngai tak nak duduk sekali dengan kami, tak nak makan. Duk main handphone kat luar tanda protes. Saya dah pergi ajak taknak, mak saya pergi ajak pun tak nak. Lepastu saya biar je teruskan makan dengan anak, mak dan adik.

Lepas makan anak sebut – sebut nama ayah dia, nak pergi dekat ayah. Suami boleh hantar anak dekat saya. Lepastu anak menjerit jerit la kat meja makan orang kahwin tu. Dia letak anak dia cakap, nah jaga anak ni, saya bukan makan pun kat sini.

Anak m4kin jerit. Orang sekeliling tengok. Mak saya tak habis makan lagi. Saya geram saya call suami saya cakap tunggu saya datang luar. Saya sampai je luar tahu suami buat apa? Dia bergelak ketawa dengar voice kawan dia kat wasap. Saya sampai je kat tepi pintu dewan saya terus jerit

“Ambik anak ni! Kalau tak nak makan nak sentap macam ni jangan datang. Anak tahu ayah dia ada kat sini sebab tu asyik panggil nama ayah.” Memang saya jerit. Tapi masa ni kat belakang dewan. Ada kami sahaja di situ.

Kalau suami tak buat per4ngai kebudak – budakkan macam tu saya pun tak akan menjerit macam orang giIa kat situ. Lepas saya jerit tu saya terus mintak kunci kereta dan masuk dalam kereta. Sekarang saya dan suami tak bercakap.

Bersambung ke petangnya pula, suami ambil gambar saya cub*t tangan anak sebab bukak api kat dapur. Suami saja pr0vok saya. Anak dia tak nak tengok, bila saya buat macan tu kat anak baru dia nak ambik gambar buat bukti konon saya buat mend3ra anak.

Sedangkan sebelum ini suami pun akan buat benda yang sama kalau anak buat salah yang teruk. Bermulalah pergelutan di antara kami, untuk merebut fon suami. Sebab saya nak tengok balik gambar tu. Saya tanya motif suami ambil gambar tu.

Saya cakap lagi, kenapa kena ambil gambar time saya bersalah. Kenapa tak ambil gambar waktu dia keluar tinggalkan kami dua beranak hampir setiap malam balik 3 – 4 pagi pergi race kat jalan raya. Kalau tak main motor pergi melepak.

Kalau esoknya kerja balik jam 1-2 pagi. Kalau esok tak kerja balik jam 4-5 pagi. Petang balik kerja mesti kena tidur sampai maghrib supaya malam ada tenaga nak pergi jumpa kawan. Suami ugvt kalau saya tak serahkan semula handphone tu dalam kiraan 5 dia akan pecahkan sliding door tu dengan hammer.

Dia kata, takut sangat duduk rumah time dia keluar tengah malam, ha sini aku pecahkan je pintu tu. Saya sayang rumah saya. Pergelutan berlaku sebab suami nak r4mpas fon, suami tolak saya sampai jatuh. Bila saya jatuh, suami pijak – pijak phone dia tanda tak puas hati.

Dia baling spanar besi ke arah kabinet. Saya sedang mengandung, 7 minggu. Suami pun tahu yang saya sedang mengandung. Anak sulung kami dalam 3 tahun. Lepas saya jatuh terduduk macam tu, suami masih teruskan merosakkan kabinet rumah dengan baling spanar bertubi – tubi dan pijak fon.

TerIuka betul hati saya masa tu. Sampai hati. Kalau dia tak sengaja tertolak saya pun apa salahnya dia berhenti tengok keadaan saya. Dalam hati saya menjerit perkataan “pembvnvh”. Saya terus ke kIinik bersama anak sulung saya.

Sedihnya saya bila doktor cakap tak dapat nak pastikan lagi keadaan kandungan sebab kandungan baru berusia 7 minggu. Doktor cuma boleh bagi duphaston untuk kuatkan rahim sebab takut ada spot d4rah yang keluar.

Dalam 4 minggu lagi doktor panggil saya untuk tengok semula heartbeat jantung baby tu. Saya pohon doa semua supaya kandungan saya selamat. Efek dari jatuh dan ser4ngan emosi dari suami buatkan saya kena anx1ety att4ck. Tangan mengigil gigil. Spot d4rah pun dah mula keluar sejak malam tadi. Allahh..

Suami dah mula tidur asing dan dah terus tak bercakap dengan saya. Siap ugvt lagi fon dah takda dan dia tak nak pergi bekerja dah. Dan akhirnya semua yang terjadi pada hari itu, kesalahan semua diletakkan di atas saya. Entah bila lah saya akan berhenti diuji oleh sikap suami mental yang sebegini. – Pn Kayu (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Athirah Mohd Noor : Sis kalau sekali, 2 kali husband takmau bergambar, move on je sis takyah ajak lagi. Benda dia tak berkenan takyah ajak buat. Jangan s4kitkan hati sendiri. Honour yourself sis. Kita taknak benda jadi besar. Awak tak keseorangan. Ramai je yang senasib dengan awak. Semoga kuat ye.

Shayna : Sama – sama salah. Tak pandai nak back out bila seorang lagi dah out of control. Isteri suka push, suami naik marah, isteri push lagi di kenduri, kat rumah berebut fon pulak. Disaster betul bila saya baca. Keduanya tak ada sifat sabar dan berfikir panjang. Kesian anak – anak dapat ibu bapa macam ni. Keduanya childish dan lebih sesuai hidup single je.

Hadila Hashim : Buat report polis dulu sebab dah ada unsur domestik abvse dengan ugvtan pecahkan rumah. Kalau rumah tu atas nama Puan record segala perbuatan dia (saya cadangkan Puan pasang CCTV tersembunyi dalam rumah.)

Isunya bagi saya bukan sebab tak nak bergambar ni, ada banyak underlying issue tak terluah. Kalau sayang perkahwinan pergiIah kaunseling. Suami tu dah tua, bukan muda lagi. Nampak macam per4ngai yang susah nak ubah. Kalau sama – sama api susah nak teruskan seumur hidup dengan dia tu.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.