Suami marah, m0gok sebab saya cemburu dia bercakap mesra dengan kawan perempuan. Dia ugvt tak nak pergi kerja sebab saya kuat cemburu. Saya berjanji pada diri saya yang saya tak akan call suami lagi..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ini adalah luahan saya sebelum ini tentang >> Saya berebut HP dengan suami, dia tolak saya sampai jatuh. Saya mengandung dan dia terus baling spanar, rosakkan kabinet. Banyak komen yang saya baca yang saya ambil untuk perbaiki kesilapan saya.
Untuk makluman, ketika waktu saya menulis confession ini suami sudah tidak bekerja 3 hari. Punca kami berg4duh haritu sebab gambarkan? Tapi sebenarnya lebih daripada itu. Suami kata nak cari kerja yang tidak berurusan dengan perempuan sebab katanya saya terlalu cemburu bila dia bercakap dengan perempuan.
Saya bagi contoh situasi. 1. Bercakap dengan orang perempuan di tempat kerja di depan mata saya sambil cakap sambil angkat – angkat baju sampai ke bawah d4da. Suami tak pakai singlet. Jadi normal lah bila saya nampak saya cemburu.
Saya cakap baik – baik, bercakap je macam biasa nanti kalau angkat – angkat baju orang bukan fokus ke muka tapi orang fokus ke badan. Sepatutnya bila saya nampak tu saya kena biarkan je. Kalau suami saya sampai nak tanggalkan baju depan pekerja pekerja perempuan yang lain tu pun saya kena diam je. Jangan tegur apa – apa.
2. Suami mesej melayan luahan seorang rakan sekolah perempuan lama yang kini kebetulan bekerja sama jabatan dengan suami tapi di lain daerah. Kawan perempuan tu dah kahwin tapi meluah penat tension str3ss kepada suami saya. Suami pun bukan main baIas.
Sepanjang berkahwin 4 tahun ni suami tak pernah mesej saya panjang – panjang macam tu. Melayan luahan penat bagai. Tapi dengan kawan perempuan dia tu bukan main panjang mesej. Saya tahu kalau nak tenang sepatutnya jangan cek handphone suami.
Tapi saya ni boleh kira setahun 4 – 5 kali je rasanya akan bukak fon suami. Haritu pun kebetulan je saya pegang fon suami untuk transfer duit. Masatulah saya ternampak mesej yang sangat panjang tu. Jujur cakap memang saya terasa.
Kalau dengan saya suami mesej macam tu sumpah saya tak akan terasa pun. Sepatutnya bila saya dah nampak saya kena diam je kan? Jangan tanya pada suami. Kalau suami dan perempuan itu tangkap cintan pun saya kena biarkan je.
Jadi sebab saya pernah tegur suami untuk 2 perkara ni, suami menggunakan alasan tak nak masuk kerja bukan sebab fon tiada je. Sebab saya tak suka dia bercampur dengan perempuan. Satu lagi kadang – kadang lepas kerja kalau suami tak balik lagi saya call untuk tanya kat mana.
Suami cakap apa, “tahulah nak balik, tak payah call – call. Jumpa kawan sekejap pun tak boleh ke?”. Saya cuma nak tahu je suami pergi mana, kot ada apa – apa berlaku ke. Suami kalau boleh tak nak saya tanya langsung pada dia apa aktiviti dia buat selepas kerja.
Lepastu pada hari yang sama waktu malam tu keluar jugak. Ingatkan petang dah lepak sampai maghrib malam tu duduk lah kat rumah. Rupanya tak. Ya lah sekali lagi saya salah kat sini. Patutnya tak perlu tanya apa – apa pun.
Kalau nak keluar balik pun senyap je jangan tanya apa – apa. Sekadar tanya nak pergi mana dan nak jumpa siapa pun, ini pun dah buatkan suami menyimpan d3ndam pada saya. Masa pagi hari ketiga suami di rumah harini dan masih tak masuk kerja ni saya confront suami cakap baik – baik, pujuk pergi kerja dan masa inilah suami cakap semua benda ni dengan nada yang tinggi.
Mungkin suami fikir yang bila dah jadi suami dia masih boleh berper4ngai bujang. Saya sampai terp4ksa mintak kerjasama bos suami untuk call suami pagi ni dan beritahu suami untuk uruskan sesuatu di tempat kerja. Barulah suami akan rasa terp4ksa kena masuk kerja jugak.
Rupanya saya silap lagi. Lepas boss dia call dia boleh b4bi – b4bikan bos dia, siap marah saya lagi kenapa gatal pergi angkat call. Saya kata, haritu cakap fon dah tak ada (suami dah hempas dan pijak masa berg4duh haritu) sebab tu tak nak kerja.
Saya guna duit saving saya belikan dia fon baru RM500 untuk dia guna, eh lepastu boleh cakap dia tak suruh beli pun dan dia tak nak masuk kerja. Last tadi pilihan terakhir saya ugvt untuk beritahu family suami dan minta duit nafkah dari adik beradik lelaki suami jika suami dah berhenti kerja.
Masa ni suami dengan berani bercakap, dia tak takut kalau family dia tahu dia nak berhenti. Saya bukan nak maklum suami nak berhenti, saya nak maklum yang mereka kena menafkahi saya sepanjang suami tak bagi nafkah pada saya.
Saya cakap lagi, tahu tak kalau 3 bulan suami tak kerja dan tak bagi nafkah, isteri boleh buat tuntutan cerai kat pejabat agama. Dan hak penjagaan anak pun akan dapat pada saya seorang sebab saya bekerja tetap dan anak kami ni perempuan.
Dah suami cakap saya pandai – pandai pulak. Macam ustazah, tiba – tiba pandai nak bagi hukvm ni hukvm tu. Dia cakap, “time aku kerja ko nak dekat aku, time aku tak kerja ko nak buang aku macam tu je”. Dia kata kalau tak kerja nak cerai – cerai buat apa, duduk jelah rumah yang sama.
Pening saya dengan kecetekan ilmu perkahwinan suami ni. Masa ambik kursus kahwin tu belajar apa pun tak tahu. Long story short, suami pakai baju kerja dan dah keluar naik motor. Tapi saya tak tahu la destinasi dia ke tempat kerja ataupun tidak.
Sempatlah mulut dia sambil siap sambil sebut “b4bi, b4bi, b4bi” tu. Tuan puan, tujuan saya meluah bukan untuk bercerai. Walapun saya kena jadi b0doh untuk pastikan dia bekerja semula saya sanggup. Kerana saya nak keluar dari rumahtangga ni dengan kejayaan bukan kerugian. Berikut merupakan benda – tanda yang saya akan buat lepas ni.
1. Tahan diri dari membelanja suami makan luar. Kalau nak makan luar saya akan pergi dengan anak sahaja. 2. Belajar untuk hidup mengikut gaji suami. Saya kena belajar makan kicap dan telur hari – hari sekiranya suami dah takda duit hujung bulan. Sebelum ni 2 minggu suami belikan, 2 minggu lagi saya belikan.
3. Merekodkan segala perbelanjaan yang saya topup sekarang dalam bentuk file. Mohon pembaca kongsikan cara menyimpan semua resit – resit dan total belanja dalam bentuk online. Mudah untuk saya akses. Terus scan dan save sahaja.
4. Mencari kerja part time sampai saya mampu bayar harga rumah ni sebulan RM1700 sendiri. Sekarang saya topup sebanyak RM750 sebulan untuk bayar duit rumah. Rumah ni atas nama saya seorang sahaja sebab masatu ada masalah nak letak dua nama.
Ini kali kedua suami ugvt nak berhenti kerja, saya harap dan berdoa kali ketiga bila suami ugvt lagi seperti ini nanti saya mampu untuk terus hantar permohonan cerai sebab masa ni saya dah tak perlu bimbang tentang kewangan lagi.
Yang terakhir saya kena belajar untuk hidup bersama anak – anak slow – slow dan tak terlalu memikirkan suami. Saya berjanji pada diri saya yang saya tak akan call lagi kalau suami keluar malam sampai subuh. Tak nak balik pun takpe.
Untuk anak kedua yang dalam kandungan ni, kalau suami tak nak terima kehadiran dia pun dan tak pedulikan keadaan dia pun saya akan ada sepenuhnya dengan dia. Lagi 2 minggu saya akan pergi scan semula baby ni. Semoga anak saya sihat – sihat sahaja dalam kandungan.
Andaik4ta jodoh saya tak panjang dengan suami disebabkan kebebasan yang saya berikan kepada suami selepas ini, saya terima. Asalkan anak – anak dengan saya. Para pembaca sekalian, mohon aminkan doa saya iaitu semoga suami saya akan terus bekerja dalam pekerjaannya sekarang dan tidak akan mengugvt untuk berhenti kerja lagi.
Saya hampir mental di rumah ini dengan ugvtan suami nak berhenti kerja dari minggu lepas lagi. Tapi saya tak mampu nak pergi kerana saya masih perIukan suami untuk menyara saya dan anak kerana hutang yang saya perlu bayar belum habis lagi.
Doakan juga semoga saya jumpa kerja part time yang mampu memberi rezeki kepada saya walaupun saya tak tahu nak jual apa dalam keadaan saya ada kerja hakiki ni. – Puan Kayu (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Ena Damin : Dia ugvt tu cara dia nak control awak. Dia nak buat awak rasa awak yang salah dan penyebab dia tak nak pergi kerja. Sebenarnya dia memang malas nak pergi kerja. Jangan layankan sangat. Kalau dia memang dah tekad nak berhenti kerja there’s nothing you can do.
Ugvt dia balik cuma akan keruhkan keadaan. Takyah ugvt – ugvt bercerai bertindak je kalau awak rasa itu yang terbaik. Semoga dipermudahkan urusan awak untuk keluar dari kemelut ni whatever the result is going to be.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.