Bila anak saya beli barang dapur lebih sikit, RM100, menantu akan bising, muka tarik. Ajak makan di luar, ambil lebih lauk, dia bising. Nak ambil buah longan sebungkus, minta bayarkan, muka tarik seribu, padahal baru RM3..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Sekadar minta pendapat teman – teman semua. Ceritanya begini. Saya mempunyai seorang anak perempuan yang memiliki dua orang anak (cucu), berusia setahun dua bulan dan dua tahun sepuluh bulan.
Beliau bekerja di bandar A dan tinggal juga di bandar A. Manakala suaminya (menantu)bekerja di bandar B dan tinggal di bandar B. Suaminya akan balik ke bandar A untuk melihat isterinya kadang – kadang sebulan sekali, kadang – kadang dua bulan sekali, kadang – kadang dua minggu sekali.
Rumah yang si isteri duduk dibayar oleh suaminya, RM300 sebulan. Manakala duit makan minum dan sebagainya diberi ikut kemampuan. Sebulan kadang – kadang RM150, kadang RM200, dan yang terbaru RM50 sebulan.
Pendapatan si isteri adalah RM1,500 tetapi jika tidak hadir kerja (mungkin kerana urusan anak s4kit), jumlah itu tidak ada. Apabila dip0tong EPF dan SOCSO, dapatlah RM1,300 sahaja, kadang – kadang RM1,200 sahaja. Duit itu beliau gunakan untuk beli pampers Drypers stok sebulan, kosnya RM150. Pengasuh RM600. Minyak pergi kerja RM150.
Jika beliau ada ambil advance pada tengah bulan, gaji akan kurang sikit. Jadi baki hanya ada dalam RM100 atau RM200 sahaja. Nasib baik anaknya tidak minum susu kerana alahan. Mereka hanya minum air sirap. Milo mereka tidak boleh minum kerana akan ada kahak yang kritikal sehingga menyebabkan pernafasan tidak stabil.
Namun, apabila pergi kIinik, berat mereka masih dalam keadaan baik. Si adik walaupun baru setahun, beratnya 11kg kerana suka makan nasi seperti orang dewasa, alhamdulillah. Soalan saya: Apakah nafkah makan bagi isteri di luar sana mencukupi jika suami hanya memberi sebulan RM100, kadang – kadang RM200, kadang – kadang RM50, dan kadang – kadang apabila awal bulan apabila suami bayar sewa RM300 tetapi duit belanja makan hanya dapat pada 26hb dan jumlahnya amat sederhana, RM100? Alasan suami ialah tidak cukup duit.
Pendapatan suami sebulan RM1,500 juga, tetapi dia tinggal di bandar B, rumah sendiri. Si isteri ada pulang ke bandar B, tetapi dia tidak selesa kerana seperti menjadi h4mba. Semua pakaian dalam rumah tersebut dia kena basuh, jemur, lipat, dan rumah yang berselerak dia kena kemas.
Dia kata dia bukan babu di rumah itu, badannya s4kit dan penat buat semua itu. Baik duduk di rumah sewa, hati senang sebab ada privasi. Dalam rumah di bandar B, ramai penghuninya. Pagi basuh baju, petang sudah bertimbun lagi. Kalau masuk mesin pun, empat kali basuh.
Si suaminya marah dan beri pilihan kepadanya, sama ada ikut tinggal di sana atau nak cerai. Maka si isteri kata lebih baik mereka cerai. Mereka tetapkan tarikh untuk ke mahkamah. Bila tiba tarikh itu, suami tidak mahu lepaskan isterinya, katanya masih sayang, tetapi si isteri sudah nekad untuk bercerai kerana tekanan mental dari suaminya dan keadaan rumah di bandar B.
Selain itu ada masalah lain juga, suami masih mengejar bekas teman wanitanya dan masih berhubung, jumpa, dating, dan makan bersama. Semua bukti ada dalam telefon suaminya. Isterinya baca sendiri. Sepanjang suaminya berada di bandar A bersama isteri, suaminya sibuk dengan telefon, kira-kira telefon 24 jam di tangan.
Semua kegiatan di bandar A dia laporkan kepada bekas teman wanitanya buat apa, makan apa, tengah buat apa, bila sampai, bila nak balik. Semua ada dalam chat tersebut. Siap bila sampai di bandar B, dia akan ajak ‘healing’, jalan – jalan.
Bayangkan, dengan isterinya beli barang dapur lebih sikit, RM100, dia sudah bising, muka tarik. Ajak makan di luar, ambil lebih lauk, dia bising. Nak ambil buah longan sebungkus, minta bayarkan, muka tarik seribu, padahal baru RM3. Ajak beli skincare baru, harga RM50, dia bising mahal, semua orang dengar. Beli gincu harga RM3 pun mengeluh, sampai si isteri makan hati.
Oleh sebab suami ini tidak mahu lepaskan, maka isteri bersabar lagi. Saya sebagai ibu dan ibu mentua kepada menantu lelaki, hanya mampu menasihati agar rukun damai. Alhamdulillah, anak perempuan saya terima. Tapi dia tetap mahu tinggal di rumah sewanya.
Kalau suaminya tidak mahu bayarkan pun tidak mengapa kerana selama ini pun dia yang bayar walaupun terp4ksa ik4t perut dan selalu makan di rumah saya, iaitu ibunya. Pada pendapat sahabat semua, bagaimana dengan cerita yang saya sampaikan ini? Sekian, terima kasih admin kerana menyiarkan luahan ini.
Komen W4rganet :
Norain Mohdnoor : Sabar lah.. Syukur ada ibu yang memahami. Sentiasa lah berada di sisi anak. Anak puan perlu sokongan dan bantuan puan. Sekiranya keadaan m4kin parah, tak salah kalau puan ambil kembali anak puan bersama cucu – cucu dengan cara apa sekali pun, asalkan ikut undang – undang. Tolong lah… Sebelum anak puan menjadi mental dengan bebanan yang ditanggung.
Shamsiah Razak : Macam tak ada makna apa – apa ada suami pun sebabnya yang pertama, suami dia tak duduk sekali. Anak – anak pun si isteri yang jaga, urus, hantar pengasuh. 99% semua atas bahu si isteri. Macam – macam laaaaaaaa haishhh… Kalau saya tak ada laki tak apa. Tak jatuh susah kot. Anak makcik akan bahagia nanti bersama cucu – cucu makcik tu. Menantu makcik tu pergi pulangkan balik kat mak bapak dia.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.