Mak tiba2 cakap nak tukar nama rumah pusaka atas nama aku. Masa nak pergi tukar nama mak jatuh terduduk atas jalan

Ada suatu malam giliran aku menjaga. Mak tunjuk kat sebeIah aku siapa sebeIah Nor tu, tinggi hitam orangnya? Aku mula meremang terus aku panggil adik aku kat sebelah bilik. Mak tunjuk dekat ruang dapur..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak cerita tentang perjalanan kem4tian mak aku. Allah itu sebaik – baik perancang. Dia sudah susun atur kem4tian mak aku dengan cukup indah. Baiklah, aku cerita tentang diri aku dulu. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Dengan kuasa Allah, 5 tahun yang lepas aku tergerak hati untuk balik dan menetap di kampung. Sebelum ini aku duduk di bandar KL mengikut suami bekerja di sana. Di kampung aku duduk sekali dengan mak ayah yang sem4kin berusia.

Apa yang aku nampak, mak telah menunjukkan tanda – tanda kem4tiannya seawal 2 bulan. Ianya bermula dengan penyerahan hartanya. Mak tiada la banyak harta hanya ada rumah yang kami duduki tu dengan barang kemas dan sedikit duit – duit dalam akaunnya.

Ketika itu cuti hari Malaysia adik beradik aku semua ada balik. Tengah kami adik beradik makan bersama dekat dapur tiba – tiba mak datang kepada kami. Mak dengan muka sedih dan menangis beritahu tentang pembahagian hartanya.

Rumah yang kami duduk ni dia nak bagi kepada aku, barang kemas, duit bahagi sama rata adik beradik. Mak cakap dia takut sangat kalau m4ti nanti anak – anak berg4duh pasal harta. Dia dengar ceramah ustaz Kazim tentang harta pusaka ni di tv.

Sebelum ni ayah aku dah pesan banyak kali rumah ni tukar la nama kepada anak, tapi mungkin hati mak belum terbuka lagi. Masa ni kami adik beradik belum perasan lagi tanda – tanda kem4tian mak. Inilah tanda pertama yang Allah tunjukkan.

Bila adik beradik aku setuju untuk serah rumah ini kepada aku, maka berlaku proses pertukaran nama. 2 minggu sebelum mak meninggaI. Aku sekeluarga dengan mak terp4ksa pergi ke Johor untuk melakukan proses pertukaran nama. Di sini berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sewaktu mak keluar kereta untuk ke bangunan pejabat pentadbiran, dalam 10 langkah berjalan mak jatuh terduduk. Ya Allah cemasnya aku. Padahal aku jalan seiring dengan mak. Mak hanya buka langkah perlahan sahaja.

Masa berjalan mak terkalih ke belakang dan ketika nak teruskan jalan badannya tak seimbang dan terus jatuh terduduk atas jalan tar yang rata. Mak cakap macam ada orang memanggilnya dari belakang. Mungkin ketika ini malaik4t m4ut sudah menyeru nama mak. Aku dan suami papah mak masuk kereta.

Walau ketika tu mak mengerang s4kit. Aku selesaikan urusan di pejabat tanah dan terus bawa mak ke rumah abang aku yang berhampiran. Sebenarnya mak lama tak pergi rumah abang aku yang seorang ni. Sebab mak jatuh lalu membawa mak ke rumah abang aku.

Rupanya itulah kali terakhir mak melihat rumah abang aku. Masa sampai, mulut mak tak berhenti minta maaf kepada abang, isteri dan anaknya. Tanda – tanda kem4tian mak m4kin jelas tapi masa ni kami tak perasan lagi.

Akhirnya Mak dimasukkan ke hospitaI akibat tulang pinggulnya patah. Doktor tidak dapat melakukan sebarang pembedahan kerana faktor kesihatan mak ada d4rah tinggi dan k3ncing manis dan faktor usia umur mak 70 an.

Bermulalah episod hijab mak terbuka ketika duduk di hospitaI. Aku dapat teman mak ketika hari ke 3 mak di hospitaI. Dari tengahari masa abang aku datang melawat mak cakap dia rasa takut sangat. Kalau boleh jangan tinggalkan dia. Sambil tu mata mak meliar memandang sekeliling wad.

Petangnya aku buat keputvsan untuk bermalam dan menemani mak. Malam pertama. Mata mak, Allah dah singkap hijabnya. Dalam pukuI 10 malam, atas katilnya, mak tiba – tiba nampak ada bas kuning berhenti dan turunkan penumpang.

Waktu tu lampu sudah digelapkan hanya 1 lampu yang terpasang samar – samar cahayanya. Jiran – jiran sebeIah katil mak sudah tarik tirai langsir untuk tidur. Lepas bas kuning berhenti, mata mak terpandang semut hitam penuh kat dinding.

Puas aku memujuk mak istighfar dan sama – sama baca surah pendek. Mak ikut aku membaca tapi mata dia meliar memandang ke hadapan katilnya. Masa tu aku dah tarik langsir tepi katil dengan tujuan mak tak terpandang perkara lain.

Rupanya tidak juga, m4kin banyak yang mak nampak. Ada dia nampak budak – budak kecil tepi katilnya bermain – main. Sampai dia cakap, ‘anak doktor tu agaknya kenapa la bawa masa bekerja. Bising je orang nak tidur’, marah mak aku.

Sekejap dia nampak orang tua duduk depan katilnya. Lepas tu hilang pula orang tua, mak nampak sungai deras yang hanyutkan kereta. Kesian orang dalam kereta tu kata mak. ‘Nor tak nampak ke’? Mak tanya kat aku.

Sumpah memang aku tak nampak semua yang mak cerita tu, depan aku kosong hanya tirai langsir berkibar ditiup angin. Aku rasa masa tu mak macam dah keliru. Dunia sebenar dengan dunia yang terbuka hijabnya.

Mak ternampak cahaya terang depan katilnya padahal tiada, dik4tanya cahaya lampu kereta abang aku nak bawa dia balik rumah. Sampai dia suruh aku tengok kat luar wad, kereta abang aku dah menunggu lama katanya.

Sekejap mak cakap macam dia kat rumah sendiri, sampai dia tanya bila nak pergi hospitaI. Bila aku cakap kita dah kat hospitaI ni mak, eh yeke iyalah kat hospitaI dah mak tak ingat katanya. Memang mak keliru sangat malam tu.

Bila tanya aku tak takut ke, ada la juga tapi mungkin aku ni seorang yang kuat semangat, aku Iawan ketakutan tu aku mengaji, baca surah – surah pendek. Sembahyang jangan tinggal sentiasa berwudhu sepanjang teman mak kat hospitaI.

Malam berlalu pagi muncul pula. Aku ingat cerita malam tadi tidak bersambung, rupanya hijab mak terus terbuka lagi. Pagi tu bermula dengan Mak menangis teresak – esak rupanya dia didatangi arw4h maknya yang sudah meninggaI 40 tahun lepas, arw4h ayahnya dan arw4h mak angkatnya. Kesemuanya duduk depan katil mak.

Masa ni hari dah cerah dan langsir sudah ditarik ke tepi. Aku cuba layan mak, arw4h tok cakap apa mak sampai mak menangis ni? Mak cakap dia ajak mak ikut sekali tapi mak cakap pergi la dulu nanti mak menyusul.

Dia orang pakai baju apa? Semuanya serba putih bersih je muka dia orang kata mak. Lepas tu mak banyak tidur mungkin malam tadi dia tak nyenyak tidur sebab terpandang semuanya. Sesekali aku baca yassin di telinga mak agar sy4itan tidak terus menggoda mak.

Hati aku dah terdetik tanda – tanda kem4tian mak sem4kin hampir. Mak memang tak boleh ditinggalkan keseorangan. 5 hari 4 malam mak di hospitaI. Akhirnya doktor membenarkan mak pulang ke rumah. Episod mak di rumah dengan hijabnya terbuka sem4kin panjang untuk aku cerita.

Lain masa aku akan ceritakan sehingga mak menghembuskan nafasnya terakhir. Semua berlaku di depan mata aku. Terima kasih sudi membaca sedikit coretan tentang mak. Aku terp4ksa menulis disini supaya aku dapat berkongsi dan meluahkan segala yang terbuku di hati aku.

Perit rasanya hati kehilangan mak yang tersayang secara mengejut. Doakan aku dan keluarga terus kuat menghadapi hari mendatang tanpa mak. Terima kasih.

Sambungan.. Maaf lambat untuk membuat sambungan bahagian ke 2. Aku baca komen semua dan ramai yang bercerita mereka ada menghadap tanda – tanda kem4tian seperti mak. Cuma kita bersedia atau tidak untuk menerima ketentuan semua itu.

Mari aku sambung semula cerita.. Apabila doktor sahkan mak boleh keluar hospitaI nampak muka mak ceria dan senyum. Walau dia agak susah nak menggerakkan pinggulnya yang patah, semangat dia tetap kuat. Mak sembunyikan kes4kitannya melalui senyuman, aku nampak semua tu.

Kami sampai rumah hari telah petang. Aku terus sorong mak masuk bilik air untuk bersihkan dirinya. 5 hari mak tak mandi, di hospitaI aku hanya mengelap sahaja badannya. Selesai mandi aku siapkan mak dan tempatkannya dalam bilik.

Aku ingat hijab mak sudah tertutup balik rumah, rupanya tidak. Bila dalam bilik, mak masih cakap ada semut hitam dalam biliknya. Aku tanya semut macam kat dinding hospitaI ke mak? Ya, mak aku cakap. Lepas tu dia mula nampak biliknya macam ada tangga bertingkat warna hijau. ‘Bila ubahsuai bilik ni?’ Mak aku tanya.

Aku hanya diam je. Tapi fikiran aku mula berfikir apa yang Allah nak tunjuk kat aku dan keluarga aku ni. Malam tu adik mak dari pantai timur datang dan mereka bermalam di rumah. Aku tengok mak seronok berbual – bual seperti dia tak s4kit.

Lama juga dia tak jumpa adiknya, ialah kekangan masa dan jarak jauh antara faktor mereka jarang berjumpa. Adik mak ni sama ayah tapi lain mak. Esok pagi mereka gerak nak balik. Aku nampak adik mak meraung menangis peIuk mak masa nak balik, seakan dia tahu itu kali terakhir dapat jumpa mak. Hibanya kami yang melihat.

Tapi aku pandang mak dia macam terpinga – pinga, kosong. Aku nampak muka mak, dia tak nangis. Bila adik mak balik, mak tunjuk kat luar pintu, ‘Siapa orang tua yang dekat luar tu? Orang tua lelaki pakai baju putih’ katanya.

‘Mana ada mak, tiada siapa kat luar tu’. Mak diam je bila aku cakap begitu. Kami sepakat mak memang tak boleh tinggalkan keseorangan. Kena ada teman sebeIahnya. Bergilir la kami menjaga mak setiap hari. Mak hanya terbaring atas katil, makan minum kami akan suap.

Setiap kali dia nak berpaling badan ke kiri kanan, mak akan meng4duh s4kit. Buntunya kami bila tengok keadaan mak macam tu. Ada suatu malam giliran aku menjaga. Mak tunjuk kat sebeIah aku siapa sebeIah Nor tu, tinggi hitam orangnya?

Aku mula meremang terus aku panggil adik aku kat sebeIah bilik. Kami sama – sama menjaga mak malam tu. Mak tak boleh tidur, ada sahaja benda yang dia nampak. Ada juga dia tunjuk kat meja luar siapa yang tengah makan tu? Padahal hari dah lewat malam lampu kat dapur pun dah tutup.

Aku mengaji kat sisi mak, adik aku melayan berbual dengan mak. Hampir 3 hari setelah balik dari hospitaI mata mak dihidangkan dengan perkara yang kami tak nampak. Setelah berbincang kami sepakat ke pusat tahfiz yang berhampiran dan menaja bacaan yassin dan solat hajat untuk mak.

Alhamdulillah selepas itu, mata mak banyak tutup dan mulutnya hanya diam tidak seperti sebelum ini. Bila aku tanya kenapa tutup mata mak? Mak cakap dia penat tengok sekeliling. Mungkin banyak benda yang datang kepadanya.

Aku ajak mak zikir selawat mengaji sama dengan aku. Setiap kali aku mandikan mak, aku akan siapkan sekali dia mengambil wudhu. Mak akan terbaring atas katil dan aku sarungkan telekung untuk dia. Aku harap Allah terima amalan mak ketika dia bergelut dengan kes4kitannya.

Dalam 5 hari sebelum kem4tian, aku perasan telinga mak dah jatuh, hidung mak pun dah jatuh tak seperti biasa. Perasaan aku ketika itu memang sedih aku menangis aku minta maaf berulang kali dengan mak. Aku tahu mak akan pergi. Pergi tanpa kembali lagi.

Dan selepas mak meninggaI baru aku teringat kenapa begitu susahnya nak pakaikan mak pampers. Rupanya belakang badan mak pun dah jatuh, biasa kalau yang normal bila baring akan ada lekuk kawasan pinggang dan punggung tapi mak dah jatuh kawasan situ dah rata.

Ada juga mak minta aiskrim, Abc, air jagung kiranya air yang berais. Dia cakap tekaknya perit, nak air yang sejuk – sejuk. Ada la dalam 3, 4 suap dia makan aiskrim Abc semua tu. Makan dia memang tak lalu, aku masakkan bubur pun tiada selera.

Aku perasan mak memang tidak makan makanan yang berat – berat, dia lebih selera kepada buah dan air sahaja. Ada juga aku dengar orang tua cakap tu proses cuci perut katanya. Dan mak sepanjang balik rumah, memang dia tak membuang air besar langsung.

Isnin kem4tian mak. Sudah 3 hari mak tak bercakap, hanya tidur dan tidak minta apa – apa lagi kepada kami. Pagi isnin tu aku tengok keadaan mak tidur berkeruh, setiap kali dia menarik nafas akan terdengar keruhan nafasnya itu.

Kaki mak mula sejuk dingin, sejuk yang susah aku nak tafsirkan, jari – jari kakinya mula kebiruan, lututnya pun nampak biru. Sedikit demi sedikit nyawa mak sudah ditarik. Aku berpesan dengan ayah di sisi mak, ajar mengucap kat telinga mak. Jangan tinggalkan mak.

Aku pun dah bagitahu dengan adik aku yang bekerja di KL agar bersedia terima sebarang kemungkinan. Ketika itu, katil yang makcik aku belikan untuk mak baru sampai. Katil macam kat hospitaI, yang boleh laras kedudukannya.

Makcik aku membeli secara online dan hampir seminggu proses penghantaran untuk sampai. Maka, aku dengan abang aku bertungkus lumus untuk memasang katil yang sampai itu. Dari pagi sehingga ke asar barulah katil itu dapat dipasang siap dengan sempurna.

Maka, kami pun bersetuju untuk pindahkan mak untuk duduk atas katil baru. Aku, ayah dan abang mengangkat mak, ketika itu aku angkat bahagian tengah badan mak dan aku betul – betul menghadap muka mak sambil angkat.

Bila sama – sama angkat dan meletak sahaja mak di katil baru, aku yang menghadap muka mak nampak wajah mak ketika itu matanya terbuka bibirnya tersenyum dekat aku dan muka mak lain sangat. Muka mak berseri sangat dengan senyum dia kat aku.

Aku terpaku seketika. Bila badan mak dah terletak atas katil, mata mak tertutup semula. Aku nampak air mata mak mengalir keluar, abang aku pun nampak dia terus mengesat. Abang aku sempat cakap mak gembira ya dapat duduk atas katil baru ya. Mata mak masih tertutup rapat.

Dan ketika itu aku sedar nafas mak tak berbunyi lagi. Terus aku panggil abang dan ayah. Dan betul mak tidak bernyawa lagi. Susah aku nak gambarkan ketika itu. Abang aku telefon kIinik yang berdekatan dan mereka datang periksa mak, mengesahkan mak sudah tiada lagi.

Jiran tetangga sudah datang kerumun rumah. Mak meninggaI betul – betul selepas Azan asar. Maka, mak akan dikebumi esok pagi. Tengah malam adik aku dan abang aku baru sampai. Sedihnya hati aku tengok diaorang bila sampai rumah mak sudah terbujur kaku. Adik aku menangis teresak di sisi jen4zah mak.

Aku teringat kali terakhir adik aku nak balik ke KL, mak ada melambai – lambai tangannya kat adik rupanya itu lambaiannya terakhir. Malam itu kami sekeluarga berjaga membaca yassin dan mengaji bergilir  – gilir. Aku pandang wajah mak, tenang sahaja wajahnya.

Sekejap rasanya dapat menjaga mak dalam s4kit, sekitar 2 minggu. Allah lagi sayang mak, mak dah tak s4kit kat sana. Tapi mak membawa tulang pinggulnya patah ke sana. Esok paginya aku dan adik berpeluang untuk mandi dan kafankan mak.

Sebelum nak dimandikan, aku membuka kain yang menutup muka mak. Aku nampak air di tepi pipi mak, hairan aku mana datangnya air ni. Seakan air mata atau peluh macam tu. Ketika mandi, badan mak lembut sangat untuk diangkat dan Allah permudahkan urusan mandi mak tanpa ada sisa dalam perutnya.

Tukang mandikan mak, sampai 2 kali picit perut mak tapi tiada n4jis yang keluar. Selepas mandi, mak dikafankan. Ketika ini badan mak sudah dilap dengan tuala berulang kali. Tapi bukan aku yang sahaja yang perasan tapi adik aku juga perasan ada air di pipi mak. Sama situasi macam aku buka penutup muka mak ketika mandi.

Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan mak sehingga mak dikebumikan. Banyak yang Allah tunjukkan kehebatannya kepada kami sekeluarga. Ayah aku cakap untuk dijadikan tauladan kepada kami yang masih hidup.

Aku perhati ketika mak hidup, dia sentiasa mengaji selepas sembahyang lima waktu. Mak juga ada pergi kelas mengaji di surau berdekatan setiap minggu. Semoga anak – anak mak dapat melakukan amalan – amalan kebaikan yang pernah mak buat ketika hidup. Berbahagialah mak di alam sana.

Mesti mak dah jumpa dengan maknya, yang hampir 40 tahun telah tinggalkan mak dahulu. Dan adik beradik mak yang telah meninggaI ketika kecil, mak cakap tak kenal sebab semua meninggaI sebelum mak lahir. Selepas seminggu mak meninggaI aku demam panas sehingga badan aku rasa lemah sangat. Tak boleh bangun.

Masa tu aku seakan meracau panggil mak, aku jerit aku nak mak, mana mak. Allahuakhbar seakan hilang akal aku masa tu. Ayah berjumpa ustaz dan minta buat air tawar untuk redakan keadaan aku. Ya, aku banyak masa dengan mak ketika di hujung hayatnya. Mata aku saksi segalanya.

Mana boleh mata ini melupakan setiap saat yang berlaku ke atas mak semasa 2 minggu itu. Dari dia jatuh sehingga dia senyum terakhir kat aku. Aku baru sedar Allah telah lorongkan hati ini untuk pulang ke kampung 5 tahun lepas.

Pulang untuk melihat kem4tian mak. Supaya aku ada di sisi mak ketika kem4tiannya. Ketika ini aku menjaga ayah yang sudah uzur. Sudah berumur 80an bertongkat untuk berjalan tapi masih mampu uruskan dirinya sendiri.

Doakan aku kuat ya untuk menghadapi hari yang mendatang. Rindu dengan mak yang tiada penghujung. Sehingga hari ini, mak tidak muncul dalam mimpi, walau aku mengharap sangat mak muncul untuk hilangkan kerinduan.

Aku sempat bisik kat jen4zah mak selepas menciuumnya kali terakhir, nanti mak tunggu kita kat sana ya, tunggu ya mak. Semoga kita sekeluarga dapat berkumpul di syurga. Aamiin. – NB (Bukan nama sebenar)

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.