Suami skandal dengan client. Saya report dekat boss dia, gaji dan bonus suami kena tahan. Impian suami nak kahwin lain terkubur

Anak-anak saya yang periksa handphone ayah mereka hampir setiap hari. Suami kata janda tu pandai manjakan dia. Saya nak tanya, macam mana nak manjakan suami? Kena suapkan makanan ke? Layan macam budak budak?

#Foto sekadar hiasan. Salam kawan – kawan, sSaya sedang berserabut memikirkan masalah ini. Ada juga saya mengadu dengan kawan – kawan tetapi biasalah kawan – kawan atau keluarga mesti memberi penyelesaian berat sebelah kan.

Jadi saya ingin berkongsi di sini untuk mendapatkan penyelesaian yang tidak berat sebeIah. Saya ini seorang isteri, ada sepasang anak, bekerja. Pada bulan Mac tahun lalu, seorang lelaki menghantar mesej di FB dan bagitahu bahawa suami saya ada hubungan sulit dengan janda (satu pejabat dengan lelaki ini).

Dia tahu status suami saya dan dia kenal yang janda itu memang kaki jantan dan bertukar – tukar lelaki. Dia cakap dia tak mahu bersubahat sebagai seorang Islam sebab itu dia memberitahu. Selepas itu, saya terus menghubungi bos suami (saya kenal bos suami) dan bagitahu yang suami ada hubungan sulit dengan pelanggan sendiri.

Saya turut menghubungi suami, suruh dia pulang ke rumah (masa itu dalam pukuI 11 pagi). Kalau tak, saya akan ser4ng janda itu. Suami terus pulang dan mengaku. Sejak itu bermulalah episod makan hati berulam jantung.

Saya sentiasa menangis dan berat badan turun sehingga 10 kilogram. Pada mulanya suami mengaku dia mencintai janda itu dan mahu berkahwin dengan janda itu. Tapi bila bos suami jatuhkan hukvman, sampai sekat gaji dan bonus, maka terkubvrlah cita – cita suami nak berkahwin dengan perempuan tu.

Perlahan – lahan suami berjanji akan meninggaIkan janda itu. Saya ada berjumpa dengan ustaz. Dengan bimbingan ustaz, saya menjadi kuat dan solat pun tidak tinggal. Suami pun, saya ajak solat bersama – sama dengan anak – anak.

Janda ini lima tahun lebih tua daripada kami (macam sudah habis tempoh pun) tapi dia tidak mengalah. Hubungan mereka hidup dan m4ti berkali – kali. Saya sentiasa solat istikharah dan meminta petunjuk Allah. Oktober lepas, suami berjanji akan meninggaIkan janda itu selama – lamanya. Saya masih tidak berpuas hati. Saya tak henti – henti memohon petunjuk Allah.

Janda ini bekas pelanggan suami. dan mengikut cerita rakan pejabat suami, janda ini memang sentiasa bertukar – tukar teman lelaki. Janda ini pernah berkata kepada saya, “You do not worry, I ini sparepart suami you sahaja, I tidak kisah lah…”

Untuk pengetahuan semua, mereka berkenalan pada akhir November 2022. mula rapat pada Januari 2023. Mereka memang sudah terlanjur. Pada awal Julai tahun ni, saya terbaca mesej mereka dalam email yang bersifat s3ksual.

Apabila saya print ada 19 muka surat semuanya. Saya bagitahu suami bahawa saya akan memohon fasakh. Ketika tu barulah suami merayu – rayu, melutut meminta ampun dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Tetapi saya tetap memohon fasakh.

Sejak saya memohon fasakh pada akhir Julai hingga sekarang, Disember, kedua – dua telefon bimbit suami memang tiada mesej daripada janda itu. Anak – anak saya yang periksa handphone ayah mereka hampir setiap hari. Perbicaraan fasakh yang pertama pada 18 Februari.

Saya memang setiap malam solat istikharah dan solat hajat memohon petunjuk dan ketabahan daripada Allah. Suami pula yakinkan saya bahawa dia sudah berubah. Dia dah tak mahu janda itu lagi. Anak – anak saya pula sangat rapat dengan suami.

Yang menjadi masalahnya sekarang, janda itu ada menghantar e-mel kepada saya mesej antara dia dan suami yang mengatakan mereka sekarang mengambil masa untuk berehat seketika dan akan kembali menyambung perhubungan mereka apabila saya tenang.

Suami menafikan hal ini sekeras – kerasnya. Suami berkata ini semua rekaan supaya kita bercerai. Dan masalah satu lagi, saya tidak dapat melupakan mesej tak senonoh antara suami dan janda. Ianya ibarat r4cun, duri dalam daging dan saya boleh menangis tanpa henti jika teringat.

Saya buntu bagaimana hendak membuat keputusan. Hati memang berat untuk bercerai tetapi mengenangkan anak – anak yang menangis seperti orang giIa setiap kali kami berg4duh. Saya pernah bertanya lagi, apa yang kurang pada diri saya ini.

Saya sudah banyak berk0rban dengan dia, sudah banyak membantu. “Penampilan saya apa yang abang tidak suka?” Suami menjawab, saya dengan janda itu ibarat langit (saya) dan bumi (janda). Terus saya jawab, “habis itu kenapa bang?” Suami cakap, “janda itu pandai memanjakan abang.”

Sekarang saya hendak bertanya. bagaimana hendak memanjakan suami? Suapkan dia makan ke?? Seperti kita layan anak kita? Saya memang buntu. Saya akui, janda itu banyak pengalaman dengan lelaki, ramai teman lelaki mestilah pandai sangat dalam melayan ego lelaki ini.

Saya ini pula.. teman lelaki sebelum suami dulu hanya seorang. Itu pun teman lelaki main – main. Kemudian jumpa suami. Saya memang tidak ada pengalaman. Saya rasa janda itu pandai melayan ego suami saya, di mana saya tidak pandai buat semua itu…

Sekarang ini saya amat perIukan pandangan, perIukah saya meneruskan perkahwinan ini atau tidak. Saya akui saya salah sebab tidak menjaga suami betul – betul. Saya sibuk dengan anak – anak, bekerja. Mungkin jodoh saya bukan dengan suami sebab selama ini pun suami saya baran.

Dan saya dulu dulu selalu minta cerai tak tahan kerana saya yang menanggung perbelanjaan keluarga… Ustaz memang suruh saya bersabar. Ini semua dugaan supaya saya boleh mendapat syurga nanti. Bagaimana harus saya bersabar… Terima kasih kawan – kawan kerana sudi membaca dan memberi pandangan (jika ada…)

Komen W4rganet :

Mama Miaa : Kadang – kadang isteri bukan sengaja abaikan suami. Bila ada anak kecik, autom4tic perhatian lebih kat anak. Tahu je la budak – budak ni macam mana. Kalau yang jenis clingy aje, tak nak berenggang lagi payah.

Pastu anak kecik – kecik.. maid takde. Si suami yang prihatin akan memahami dan tak kisah. Kalau pun terasa diabaikan, ape salahnya bagitahu isteri tu. Bukannya terus cari alternatif lain!

Farahway : Aku rasa susah part hati bila dah terIuka sekali, bekas tu akan selalu ada dan apa jua laki u buat. Curiga perasaan tertanya betul ke, dia curang lagi ke. Dah insaf ke macam akan kembali sentiasa di minda sebab kata lagi kepercayaan sudah tidak ada lagi.. Aku rasa ko kena tanya jiwa nak ke lagi hidup dengan laki ko ni, ko pun kata ko jenis jaga penampilan diri. Jadi mungkin sebenar senang aje ko jumpa penganti suami tu..

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.